Movie Review | Chand Mera Dil (2026)

Sunday, 5 July 2026

 

Pengarah:  Vivek Soni
Penulis Skrip:  Tushar Paranjape, Vivek Soni, Akshat Ghildial
Pelakon: Ananya Panday, Lakshya, Paresh Pahuja, Aastha Singh, Manish Chaudhari, Iravati Harshe Mayadev, Charu Shankar, Javed Khan, Akhil Kaimal, Manik Papneja, Vidushi Kaul   
Syarikat Produksi: Dharma Production   
Pengedar: Dharma Productions
Genre: Romantik / Drama   
Durasi Tayangan: 145 minit
Tarikh Tayangan: 22 Mei 2026  
Trailer:


Aarav (Lakshya) jatuh cinta pandang pertama pada Chandni (Ananya Panday) ketika perhimpunan pertama pelajar kolej jurusan Mechanical Engineering. Asrama perempuan cuma terletak berhadapan dengan asrama lelaki jadi Aarav akan cuba padankan baju dia dengan baju yang dipakai oleh Chandni setiap hari. 

Usaha dia berjaya bila Chandni tertarik dengan Aarav kemudian mereka berdua bercinta. Semakin lama semakin serius hinggalah Chandni disahkan mengandung. Awalnya mereka berdua setuju untuk gugurkan kandungan tersebut tapi Chandni yang pernah mengalami trauma ketika kecil mula rasa terikat dengan bayi dalam kandungan. 


Rancangan untuk gugurkan kandungan terbatal sebaliknya mereka berdua berkahwin walaupun tanpa restu keluarga. Pihak universiti tak ada bantahan untuk mereka berdua sambung belajar sebagai pasangan yang berkahwin tetapi mereka berdua tak boleh tinggal di asrama. Perjalanan mereka semakin sukar setelah Kavya lahir dan bebanan kewangan semakin bertambah. 

Aarav semakin ketinggalan dalam pelajaran akibat sibuk dan penat mencari duit untuk menyara keluarga sementara Chandni sibuk dan penat menjaga Kavya juga menguruskan rumah. Akhirnya mereka berdua tertekan dan pilih untuk berpisah. 


Chandni dapat kerjaya yang baik dan berjumpa dengan Kevin (Paresh Pahuja) yang banyak membantu dia ketika di pejabat dan di rumah sementara Aarav hidup dalam kemurungan akibat kehilangan isteri juga anak. 

‘What about me? Is there any place for me in this future of yours? Can you live without me? Because I can’t live without you.’ – Aarav Rawat


Naskhah romantik drama terbaru terbitan Dharma Production mendapat sentuhan sutradara dan penulisan dari Vivek Soni yang pernah popular dengan filem Meenakshi Sundareshwar (2021) dan Aap Jaisa Koi (2025). Sama dengan naskhah yang pernah diterbitkan sebelum ini, Vivek sekali lagi mempersoalkan adakah cinta cukup untuk pasangan mengharungi perjalanan kehidupan yang baru. 

Dari tahun lepas lagi I masukkan filem Chand Mera Dil dalam waiting list sebab Ananya Panday dengan Lakshya ada chemistry yang kuat. New jodi in town, both have good visuals and both are good in drama genre. Ananya pernah deliver strong emotion dalam filem Gehraiyaan (2022) dan Kho Gaye Hum Kahan (2023) sementara Lakshya dalam filem debut, Kill (2024) juga debut siri, The Ba***ds of Bollywood (2025)


Sekali lagi Vivek Soni bekerjasama dengan Debojeet Ray untuk menghidupkan dunia romantik Chand dan Aaru. Ada yang kata merepek Chandni dengan mudah suka dengan lelaki yang suka match baju dengan dia tapi berapa ramai sangat lelaki yang suka pakai sedondon dengan pasangan dia? The importance of this dah pernah diceritakan dalam filem I Hate Luv Storys (2010) dan Kabhi Alvida Na Kehna (2005) terbitan Dharma. It took just a small effort to be crazy in love. Dan Dharma berpegang pada small details macam tu. I call that sweet, I call that love. 


Chand Mera Dil sama macam filem-filem romantik Dharma yang lain, mempunyai estetik yang tersendiri dan Chandni memang terlihat cantik persis bulan purnama. Kudos to wardrobe team yang sediakan wardrobe Chandni. Karan Johar memang fokus untuk jaga tradisi India dengan cipta watak female lead dalam pakaian tradisional. Kalau Rani dalam Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani (2023) sentiasa pakai sari ke balai berita, Chandni selesa dengan salwar kameez ke kelas atau kuliah. 

Menariknya, wardrobe Chandni masa universiti berbeza dengan fasa bekerja. Dia nampak innocent, carefree dan sopan masa dekat universiti tapi sofiskated, tegas dan berdikari dalam pakaian serba moden. Wardrobe dia berubah dekat final act bila dia sedia untuk buat keputusan besar. 


Filem Chand Mera Dil ada trauma yang membelenggu tapi tak diceritakan dengan mendalam dan mungkin ada yang tak dapat nak faham kenapa Chandni buat keputusan terburu-buru. Kalau yang pernah alami boleh faham kenapa Chandni hantar surat cerai padahal cuma Aarav buat satu kesilapan sahaja. Konflik Chandni yang nak jaga anak sebab nak berpegang pada sesuatu yang sayang dia sama dengan konflik yang dimasukkan dalam filem Tu Yaa Main (2026)


Mungkin kalau trauma Chandni dapat fokus yang lebih, filem Chand Mera Dil akan jadi lebih baik. Pelakon sampingan macam keluarga Chandni dan Aarav pun tak dapat ruang yang cukup untuk bantu pelakon utama cari hala tuju balik. I rasa Chandni masih perlukan permohonan maaf dari ibu dia (Charu Shankar). Sama juga dengan Aarav yang rasa terabai oleh keluarga. 


Tak faham kenapa tiba-tiba dua belah keluarga nak sambut ulangtahun padahal dah tahu apa yang jadi. Kalau sambut dekat rumah atau private room, mungkin babak tu jadi lebih tegang dan kuatkan elemen drama. Latar masa dalam filem Chand Mera Dil pun ada masanya mengelirukan.

Music album Chand Mera Dil tak dapat perhatian sangat, mungkin sebab tak ada kehadiran Arijit Singh dalam mana-mana lagu romantik. Ini adalah tahun pertama Arijit Singh tinggalkan dunia Bollywood dan kali pertama juga Faheem Abdullah dapat nyanyi title track which is a huge deal for his career. Lagu-lagu yang digubah oleh Amitabh Battacharya puitis dan romantik tapi audience masih tak boleh move on dengan Arijit. I suka Aitbaar dengan Chand Mera Dil. 


Tak faham kenapa Dharma Productions pilih poster Lakshya tak berbaju sebagai poster utama sedangkan ada banyak teaser poster yang romantik dikeluarkan. Pemilihan poster utama pun antara punca Chand Mera Dil tak menjadi pilihan masa ditayangkan di pawagam. Female audience dah jelak dengan toxic masculinity films and characters so it's really a bad move. 

I really love this poster tsskkk

Anyway, Chand Mera Dil is a good movie. I puas hati penantian setahun tu tak sia-sia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.