Bulan Oktober tahun lepas, Ms Junny dijemput jadi panel untuk Forum Ibu Bapa untuk topik 'Didik Anak Mengenal Sempadan - Disiplin, Hormat & Empati' di Dewan Sekolah Kebangsaan Subang Bestari. Memandangkan LPJE tak cukup tangan sebab ada staff yang terlibat dengan komitmen lain, I pun menghadirkan diri untuk membantu.
Program ni bermula jam 2 petang tapi kitorang dah sampai lepas Zohor sebab nak kena prepare apa yang patut. Rumah dekat sangat dengan sekolah ni, tak sampai 5 minit pun dah sampai. Kitorang sepakat untuk pakai baju hitam dan tudung coklat atau cream tapi macam silap percaturan sebab petang tu panas.
Tapi bila datang awal jadi pishang pula sebab Biro SK Subang Bestari ni dah prepare semua benda dah, tinggal kitorang setup device untuk live je dekat TikTok dan Facebook. Kagum juga lah dengan semangat para cikgu yang terlibat sebab korbankan masa untuk buat program padahal boleh rehat dekat rumah dengan keluarga.
Tepat jam 2 petang majlis pun bermula sebab semua panel dengan orang penting pun dah sampai. Since this is a throwback post, I pun dah tak ingat siapa yang terlibat. Selalunya I buat notes tapi entah kenapa lupa pula kali ni hshshs
Panelis yang terlibat selain Ms Junny adalah Coach Zaid Mohamad dan En Hezry Yasin sebagai moderator. Seronok juga dengar Coach Zaid tu bagi pendedahan tentang cara dia didik anak. Orangnya soft spoken, berbeza lah dengan Ms Junny. Dia bercakap tak payah pakai mic pun suara dah jelas.
Kalau panelis ada sesi Q&A di atas pentas, kitorang yang dekat bawah ni pun menjawab soalan dari tetamu juga. Tapi sesi soal jawab tentang khidmat LPJE lah sebagai legal firm. Objektif buat CSR macam ni sebab nak dekat dengan masyarakat setempat. Bukan sebagai tempat mencari klien je tapi sebagai pendedahan juga kepada orang sekitar tentang kerjaya peguam dan position lain.
Kadang ada orang tak tahu pun tak semua peguam kena pergi mahkamah. Macam LPJE lebih kepada Korporat dan Conveyancing. Kes pusaka pun ada juga. Pesuruhjaya Sumpah pun di pejabat yang sama.
Lepas habis forum ada sesi cabutan bertuah dengan pemberian hadiah saguhati kepada panelis dan moderator.
Tamat sesi forum, Leen dengan Izzah buat interview ringkas dengan tetamu yang hadir. Sementara tunggu diorang siapkan tugas, kitorang bergambar dulu sebab tak pernah lagi masuk ke kawasan SK Subang Bestari ni. Seronok tengok sekolah ni sebab design dia petak, semua bangunan akan bertembung.
My outfit of the day! Masa ni saja nak try style shawl yang lain dari kebiasaan tapi rasa tak kena dengan muka so ini adalah first dan last kita lilit macam ni.
Lepas habis sesi interview, Ms Junny ajak kitorang makan dekat kantin sekolah sebab ada banyak makanan. Sambil makan sambil mendengar sesi curhat Izzah yang baru jumpa cinta hati. Nanti I reveal dekat entry akan datang. Tibehhhhh
Anyway, I had fun beraktiviti dekat program ni. Sekejap tapi bermanfaat sebab masa yang ada terisi dengan perkara berfaedah hshshs. Terima kasih SK Subang Bestari atas jemputan, kalau ada rezeki kita jumpa lagi.






















Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.