KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAWA PERCATURAN TERAKHIR KE PAWAGAM 29 OKTOBER INI | Fenomena Siri KUDRAT 1968 Cecah 1 Bilion Tontonan Video Digital, Tiket Tayangan Awal Filem Habis Terjual Dalam Lima Minit
KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2026 – KUDRAT 1968: High Council terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara fenomena dunia hiburan terbesar tahun ini. Selepas tayangan empat episod mencetuskan pelbagai spekulasi, perdebatan dan teori dalam kalangan peminat, KUDRAT 1968 kini bersedia melangkah ke layar perak dengan membawa penonton menyaksikan percaturan terakhir yang bakal mengubah sejarah Kudrat, bermula 29 Oktober 2026.
Keterujaan terhadap filem ini semakin memuncak apabila trailer rasmi KUDRAT 1968: High Council meraih lebih satu juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam, manakala tiket ‘Mega Fans Screening’ pula habis terjual dalam masa hanya lima minit, manakala tiket Hari Manifesto yang memberi peluang kepada peminat untuk merasai acara karpet merah dan tayangan filem bersama barisan pelakon terjual dalam masa kurang satu jam, sekali gus memperlihatkan kekuatan ‘fandom’ menjelang tayangan rasminya.
Membawa tagline ‘Darah Kita Sama’, filem yang diterajui Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Evertts Gomes ini bakal menyaksikan kemuncak konflik, perubahan yang tidak dijangka dalam persahabatan dan pendirian watak-watak utama, sekali gus mencabar segala tanggapan penonton.
Sejak menemui penonton pada 11 September lalu menerusi siri premium, KUDRAT 1968 terus mencipta impak apabila mendominasi carta Top 10 kandungan televisyen di Astro dan sooka, selain menduduki tangga pertama Netflix Malaysia selama enam minggu berturut-turut.
Pengaruh KUDRAT 1968 turut melangkaui platform tayangan dengan mencatatkan 1 billion tontonan video di media sosial, sekali gus berjaya membina kelompok peminat yang aktif mengikuti setiap perkembangan cerita, meneliti petunjuk dan menghubungkan peristiwa dalam dunia High Council.
Menurut Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968: High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, sambutan luar biasa terhadap KUDRAT 1968 membuktikan kekuatan penceritaan tempatan dalam membina hubungan yang mendalam dengan penonton.
“Sejujurnya, kami amat terharu dengan sambutan terhadap KUDRAT 1968. Daripada lebih 9,000 peminat yang membanjiri House of Kudrat, pelbagai teori yang hangat diperkatakan, sehinggalah tiket Mega Fans Screening habis terjual dalam tempoh hanya lima minit. Dan apa yang lebih menggembirakan kami, filem ini belum pun ditayangkan secara rasmi di pawagam, tetapi jualan tiket awal sudah mencecah RM2 juta!”
“Apa yang paling bermakna adalah melihat bagaimana cerita ini bukan sekadar ditonton, tetapi berjaya membawa peminat bersama-sama meraikan dunia High Council. Sambutan ini juga merupakan satu penghargaan besar buat seluruh pasukan kreatif yang diketuai oleh showrunner dan pengarah Zulaikha Zakaria, produksi, pasukan pemasaran dan barisan pelakon yang telah menghidupkan dunia KUDRAT 1968.”
“Menerusi pendekatan ‘Satu Cerita, Dua Format’, kami mahu mencabar kebiasaan dalam cara sesebuah cerita dipersembahkan. Jika siri membina dunia dan hubungan antara watak, filem ini pula membawa penonton menyaksikan sisi berbeza watak yang mereka kenali, dengan skala sinematik lebih besar, konflik lebih intensif dan kejutan yang tidak dijangka. Kami mahu KUDRAT 1968 menjadi satu langkah ke hadapan dalam cara kita membangunkan kandungan tempatan, bukan sahaja dari segi skala produksi, tetapi bagaimana sesebuah cerita boleh berkembang dan memberikan pengalaman berbeza kepada penonton.”
KUDRAT 1968: High Council diterajui oleh showrunner merangkap Pengarah, Zulaikha Zakaria di samping Pengarah Bersama Khairi Asyraff, menampilkan barisan pelakon seperti Zarif Ghazzi sebagai Abbas, Mierul Aiman Fareez Fauzi, Akmal Asyraf sebagai Piji, Dai Fuad sebagai Pa, Evertts Gomes sebagai Ghafar dan Chech Harith sebagai Mazli.
Filem ini turut dibintangi barisan pelakon berpengalaman termasuk Zamarul Hisham, Nabila Huda, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aziz M. Osman, Aleza Shadan, Yasmin Hani, Johnny Gillet, Fauzi Nawawi, Sharul Kamal, dan Rusdi Ramli, di samping pelakon muda seperti Umar Shakur, Muzayyin Mahyuddin, Jebat Zulfar, Nix Wong, Royce Iqram, Mokhtar Mohsin, Zarul Zaidee, Fareez Fauzi dan penampilan khas Tan Sri Mohamed Nazir Razak, Christy Ng, Bengap Brothers.
Filem ini mempersembahkan penceritaan yang lebih intensif dan sarat konflik, yang memaparkan apabila Abbas kembali ke KUDRAT, sekolah dikepung oleh pihak berkuasa secara mengejut akibat kes kematian pelajar yang cuba disembunyikan. Ketegangan antara pelajar elit dan pelajar biasiswa semakin kuat.
KUDRAT 1968: High Council diterbitkan oleh Astro Shaw bersama rakan penerbit ZAK Capital, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures, HM Entertainment dan Golden Screen Cinemas, manakala produksi dikendalikan oleh PASAL Productions.
Lebih menarik, KUDRAT 1968 turut menjalinkan kolaborasi strategik bersama jenama fesyen tempatan, Christy Ng, menerusi koleksi eksklusif Christy Ng X KUDRAT 1968. Menampilkan beg dan stokin edisi terhad yang diinspirasikan daripada dunia High Council, koleksi ini habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam menerusi platform dalam talian, dan bakal kembali dengan stok terbaru akan datang.
Kempen ini turut dimeriahkan menerusi kolaborasi bersama myBurgerLab yang bakal memperkenalkan burger edisi eksklusif KUDRAT 1968, Burger Ayam Madu Pedas. Boleh dapatkan info lanjut di portal rasmi myBurgerLab, www.myburgerlab.com.
Astro Shaw turut mengalu-alukan sokongan aplikasi ShopeePay selaku rakan kolaborasi Kudrat 1968 dalam memperkukuh perjalanan filem ini kepada para peminat. Kerjasama ini mencerminkan usaha berterusan untuk menghubungkan penonton dengan pengalaman hiburan yang lebih menarik, di samping membuka peluang untuk para peminat mendekati Kudrat 1968 melalui inisiatif khas yang dibawakan bersama aplikasi ShopeePay.
Bagi mendekati peminat di seluruh negara, siri jelajah KUDRAT 1968 bersama barisan pelakon ke beberapa lokasi di Selatan pada 6, 7, 8 November, Utara pada 13, 14, 15 November, Pantai Timur pada 20, 21, 22 November, Lembah Klang setiap minggu. Peminat berpeluang bertemu pelakon kegemaran mereka, selain menyertai pelbagai aktiviti menarik.
Saksikan percaturan terakhir yang bakal mengubah KUDRAT menerusi KUDRAT 1968: High Council, di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Oktober 2026.
Ikuti perkembangan terkini menerusi akaun media sosial rasmi Astro Shaw dan gunakan tanda pagar #KUDRAT1968.


.jpg)




Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.