Rasa macam mimpi bila nampak announcement HYUNHAYO TREASURE jadi duta untuk ZUS Coffe di Malaysia, Thailand, Singapore, Philippines dengan Brunei! Setiap hari akan masuk untuk tengok muka diorang bertiga supaya I tahu ini benda nyata.
Bulan April lepas ZUS Coffee ada tease gambar tengah buat proposal nak berkolaborasi dengan TREASURE. Masa tu excited teruk sebab kita memang TEUME tegar walaupun skip konsert tahun ni. Makin lama, makin rancak admin post pasal TREASURE even celebrate IF I menang.
Disebabkan TREASURE menang, Haruto belanja 100 cups untuk TEUME yang vote. 100 cups untuk setiap negara tapi I tak redeem lah sebab I tak vote. But still I happy ada cara untuk idol menghargai peminat.
Cumanya tak syok masa tu bila bukan fans pun pergi redeem, for me manusia paling selekeh lah yang tu. Dah lah tak buat kerja, bukan komuniti tapi ambil hadiah orang. Patutnya ZUS buat syarat hanya untuk pickup supaya fans boleh tunjuk bukti dia pernah vote untuk idol group.
Anyway, masa REBOOT Tour dah mula nampak TREASURE beli ZUS Coffee siap gantung plushie sebagai hint. Memang gempita lah Twittter masa tu sebab bangga jenama tempatan dipandang oleh idol kegemaran.
![]() |
| Hyunsuk gantung plushi ZUS |
![]() |
| Jekjek minum Zus Gula Melaka dekat Manila |
![]() |
| Junghwan gantung plushie beans |
![]() |
| Haruto minum Americano ZUS masa dekat Malaysia |
![]() |
| Haruto pegang cup ZUS |
![]() |
| Yoshi minum Americano ZUS dekat Manila |
![]() |
| Yoshi bergambar dekat ZUS Pasar Seni |
Bukti semakin banyak even HyunHaYo ada pergi ke ZUS Pasar Seni sebelum balik ke Korea. Ingatkan ZUS nak pacak coffee truck dekat konsert TREASURE rupanya tak pun. Masa tu macam hmmm kena game je dengan ZUS. Slowly the hype died so TEUME just assume TREASURE suka minum Zus masa tour.
Masa ZUS release Coconut series minggu lepas, I dah try Coconut Cafe Latte sebab I suka susu kelapa and it taste good lah. Rasa berlemak susu kelapa tu cuma rasa kopi tenggelam sikit bila guna susu kelapa walaupun ambik biji kopi BOSS.

Saja update pasal HYUNHAYO TREASURE x ZUS dan pengalaman I minum Coocnut Series sebab nak tinggalkan bukti sebagai TEUME yang I bangga dengan kolaborasi ni. Thank you ZUS cipta kenangan indah ni. Semoga ada lebih banyak berita gembira tentang TREASURE bersama ZUS lepas ni. Baru je nak uninstall apps ZUS tapi buat sementara waktu kita hold dulu dan berusaha menjadi ELITE hshshs 💙💙💙💎💎💎💎












Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.