FAQ : Movie Review

Wednesday 25 July 2018


First of all, thanks to every readers for spending some of your time reading my movie/drama/telemovie reviews. Lagi terharu kalau ada yang lepas baca & drop comments yang berkaitan dengan entri. I faham my review agak panjang dan details tak macam movie reviews di blog atau media sosial yang lain so agak mengambil masa untuk baca tambah pula kalau emosi lepas tonton. Paling terharu bila ada yang up entri penghargaan untuk slot review. Thanks is such understatement for Mai. You guys can read it here

Tbh, slot movie review untuk suka-suka dan medium untuk lepaskan emosi yang terbuku di hati lepas menonton. Tak sangka pulak ada yang request review untuk movie yang diorang nak tengok ataupun dah tengok tapi nak tahu from my POV. Ada juga yang nak bagi job, ada yang bukukan so yeah terharu, terkejut, happy semua ada.


Okay, berbalik kepada tajuk asal kenapa perlunya ada entri ni sebab nak jelaskan kepada yang kurang jelas supaya tak wujud sebarang salah faham.

1) Kenapa Movie Review Detail Sangat?

Sebuah filem/drama/telemovie adalah hasil kerja bukan pelakon dan pengarah tapi pelbagai department ataupun team. Pelakon, pengarah, penulis skrip, editor, team visual, team audio, costume, stylist and makeup dan ramai lagi. So my review here is to appreciate every effort that have been poured into a movie.

Tak semestinya jalan cerita best akan digarap cantik oleh pengarah dan tak semestinya pelakon berbakat besar akan berikan yang terbaik bila jalan cerita hancur dan banyak lagi. You guys can read in HERE which criteria I put in my reviews.

2) Kenapa Movie Tak Best Tapi Rating Tinggi?

Rating bergantung kepada setiap kriteria yang terpilih dalam sistem pemarkahan. Bila ada yang compare review dia dengan my review, rasa macam tak boleh pergi sebab rating dia based on emotions solely while for mine, markah untuk plot atau jalan cerita ialah +1 so kalau best ke tak best limit dia memang 1 dan ke bawah. Kalau movie tak best boleh dapat markah tinggi, itu disebabkan kriteria lain yang bagus. Like I said tak semestinya tak best, semua benda pun hancur.


But hey, I baca je semua movie reviews rakan blogger yang lain and some entries influenced me to watch certain movies. Yang I komen nak tengok tapi tak tengok lagi, faktornya ialah kekangan masa.

3) Kenapa Movie Best Tapi Rating Rendah?

Jawapan dekat soalan nombor dua cuma terbalikkan je situasinya.

4) Dekat Mana Download Movie

Soalan ni walaupun tak relate tapi rajin betul muncul sekerap yang boleh dan jawapannya di SINI. Selalunya berkesan lah, tanpa gagal.

********************

Dulu memang sama je macam semua orang, bila orang tanya best tak movie tersebut dan jawapannya antara ya ataupun tak tapi tak tahu nak explain untuk kuatkan hujah sendiri. Blog lama pun ada jugak buat movie review sampai kena kecam.


Since then, belajar macam mana nak tulis movie review yang elok sikit, apa yang perlu ada dalam sesuatu review. Bila dah ditahap sekarang ni, my aim and goals agak tinggi jugak, nak movie review bantu sesiapa yang mencari rujukan tentang movie/drama/telemovie tersebut since movie sekarang dah menjadi medium menyampaikan mesej sosial selain menjadi medium hiburan atau escapism. Ada jugak berangan nak masuk newspaper ataupun mana-mana magazine wei 40 orang doa benda sama ada possibility termakbul ni.

Last but not least, I’ll put this entry and movie review criteria at featured post so you guys can read it later or anyone new in town wants some explanation for this blurry lane? Till then, have a nice day and grab a popcorn!

13 comments

  1. Bila dah warga emas ni jarang2 nonton movie atau drama.

    ReplyDelete
  2. betul tu.. filem bukan sekadar pelakon je.. tetapi semua bahagian penting..

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Not bad juga Farhanna buat review.. Keep it up dear.
    Best baca review ni sebab bila tak sempat tonton sis prefer baca review..

    ReplyDelete
  4. ika suka baca awak review movie. very details. tak mcm ika review sbb ika punya general and personal opinion saja. lagipun awak punya bagus untuk org luar sana yang nak baca review movie dlu sebelum tgk. hehe keep it up awak :)

    ReplyDelete

  5. Baca movie review penting..baru tau sesuatu cerita tu best ke tidak.
    Kadang2 hero dan heroin glamer..tak menjanjikan sebuah filem tu best.

    ReplyDelete
  6. Akak tak tau la pendapat orang lain tapi apa yang pasti akak suka baca review awak, Farhana.. Keep it up girl becoz your older sister always support you.. hihihi..

    ReplyDelete
  7. ejulz x reti sgt nak review film @ drama ni.. kalau sekadar pendapat sendiri tu boleh la. hehe

    ReplyDelete
  8. suka baca review movie, lepas tu boleh fikir nak tengok ke tak ...
    reiew movie yg FJ buat best, selalu bagi review yg terperinci :))

    ReplyDelete
  9. hehehe kalo sejenis yang okay ngan spoilers okay je baca movie review. best la tu awak buat ramai yang suka. keep it up =)

    ReplyDelete
  10. Dulu suka buat movie reviews.. Tapi lepas terbaca artikel ustaz tentang bab review movie dan drama boleh jadi maksiat dan hukum haram.. Nak kena tapis dan lebih berhati-hati review lepas ni..

    ReplyDelete
  11. saya rajin jugak buat movie review. As for me yang penting adalah tulis tu jujur. Tapi in the end taste orang tak sama. Movie review hanyalah guideline.

    ReplyDelete
  12. Zumal suka gak baca review sebelum tengok. Disebabkan panggung jauh kita tengok online jer...

    ReplyDelete
  13. Saya suka juga baca review awak cause I want to see how other people think about the movie. As for me, I'm an emotional people. So, most of my reviews (tbh, more like fangirling) are based on my emotions. Tak subjective la kiranya. Hahaha :D

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.