Kerja Baru Di Pet Store

Thursday 12 July 2018

Hujung bulan 5 haritu dah habs kontrak dengan company lama sebab projek pun dah siap maka berehat la selama sebulan sebab tak dapat tawaran kerja dari mana-mana company. Yang apply pun banyak kena reject je sudahnya pergi sendiri cari dekat area rumah ni. Malas nak menapak jauh sangat sebab malas nak hadap jam. Nak tunggu kerja yang dijanjikan pun macam tak berkunjung tiba. Duit makin susut, badan makin lemau sebab makan tidur saja kerjanya.

Kebetulan dekat pet store tengah mencari Sales Admin, saja try apply. Lepas interview terus dapat dan esoknya mula kerja. Sales admin ni ingatkan duduk dalam office control inventory je rupanya nak kena pergi warehouse kira stock, susun semua stock, siapkan order customer, pack barang yang pecah dari packaging lepas tu masuk office kira semua stock, semua harga berkaitan dan segala yang berkaitan.


Haritu lepas raya target nak masuk gym konon nak buang lemak tapi dah tak perlu dah semua tu sebabnya dekat warehouse kotak berkilo angkat sana sini siapkan order customer. Menangis wei angkat makanan anjing atau kucing yang 20kg tu. Memang tak duduk cerita dia siapkan order sebab satu order makan 3 atau 4 pallet. Order dari kedai lain memang banyak, order dari cutomer kedai sendiri pun ramai jugak sebab harga lagi murah dari kedai biasa. 


Minggu pertama ni agak penat sikit sebab tak familiar lagi dengan kedudukan semua barang. Nak siapkan order pun makan masa berjam lamanya sebab tak tahu barang dekat mana. Kalau semalam dia terletak elok dekat belakang, hari ni dia ada dekat belah depan pula sebab kedudukan sentiasa berubah. Mungkin kena buat sistem tag lepas ni, biar duduk satu tempat je. Order pun boleh siap cepat sebab dah tahu dah dekat mana setiap produk. 




Tiap hari balik kerja confirm menangis sebab penat kemain. Lebam sana sini tak payah cakap lah. Nasib lah ada penguat semangat tiap malam suruh bersabar. Haritu target seminggu je nak kerja dekat tempat baru ni tapi makin hari makin okay lah sebab dah faham cara kerja cuma penat tu masih lagi sama. Since kereta pun rosak, tiap hari jalan 2km pergi, 2km balik dari rumah. Dalam sehari memang cecah lah 10,000 langkah tu. Memang menyahut seruan Fit Malaysia betei.

Tapi tetap murung sebabnya berat badan masih sama walaupun setiap hari bermandi peluh. Grrrr

20 comments

  1. wow..kita pun g kerja jalan kaki. blum smpat ketiak basah dah sampai..hihi

    ReplyDelete
  2. haha, walaupun berat still sama, tp stamina makin naik , tu yang best tu ...
    dah hari2 menapak, boleh fit segala betis dan paha ...
    lepas ni dah boleh join marathon dah ...

    ReplyDelete
  3. Kdg2 berat memang statik, tapi badan build stamina & otot. Tu yg penting. Kiranya keje ni 2 in 1 la, bekerja sambil bersenam, hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh..Work out terbaik nih..Tp kena hati2...huhu

    ReplyDelete
  5. Dugaan dalam bekerja kak.Anyway,goodluck ye

    ReplyDelete
  6. xpa.. sambil2 tu cari kerja yg lebih ok. yg ni pun ok asalkan halal dan kene kuatkan usaha.. semoga dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  7. Alahai dorang suruh Farhana angkat barang2 juga yer. Teringat masa zumal kerja kedai kurma dulu, jawatan kekonon manager tapi bila stok sampai manager juga yang angkat. Turun berkilo juga berat time tu...

    ReplyDelete
  8. Sabar la Farhana...Kerja tu satu ibadah eh sibuk nak nasihat kan orang pulak aku ni

    ReplyDelete
  9. Mesti naik otot2 tangan tu. Hehe. Penat pun takpe janji bahagia.

    ReplyDelete
  10. huhu...sabar yer....dugaan kerja..

    ReplyDelete
  11. saya dulu pergi ke tempat kerja dalam 15 minit dengan berjalan kaki selama 4 tahun...

    kerja memang tahu letih giler..

    campur lagi jalan kaki pergi dan balik..

    alhamdulillah kerja sekarang duduk rumah je hahahaha

    ReplyDelete
  12. Cabaran kerja baru, lelama biasa dah tu, if tak sesuai, at the same time, cari2 keja lain sis. Apapun stay calm 😊

    ReplyDelete
  13. dugaan dan cabaran. dalam peritnya tu ada manis juga =)

    ReplyDelete
  14. Wah, kuat Pana sekarang! Jangan give up dulu, cari kerja lain sambil2 kerja kat situ. Dah makin mahir kan? Go Go Pana!

    ReplyDelete
  15. Chaiyok! chaiyok untuk kerja baru kak FJ!!! ^^ Semoga Allah permudah... *dapat gaji nanti lanjee tau! *ehhhh??? >_< heheh (Gegurau ja)

    ReplyDelete
  16. Allhamdulillah... segala yang Allah susun sungguh indah... tak pa sis, sabar itu banyak rahmatNya... semoga dipermudahkan segala apa yg dipertanggungjawabkan...

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, akak doakan agar awak sentiasa kuat semangat untuk teruskan kehidupan ini walaupun pelbagai dugaan yang perlu awak tempuhi..

    ReplyDelete
  18. Cabaran sungguh kerja baru Farhanna nie.. Semoga dipermudahkan segala apa yang dipertanggungjawabkan buat Farhanna.. You can do it girl..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.