Movie Review | Atrangi Re

Friday 31 December 2021


 Director : Aanand L. Rai

Writer : Himanshu Sharma

Cast : Dhanush, Sara Ali Khan, Akshay Kumar, Seema Biswas, Dimple Hayathi, Ashish Verma

Production Company : T-Series, Colour Yellow Productions, Cape of Good Films

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 137 minutes

Release Date : 24 December 2021

Trailer :


Naskhah terbaru arahan Aanand L. Rai mengisahkan tentang Rinku Sooryavanshi Shetty (Sara Ali Khan) yang dipaksa berkahwin dengan S. Venkatesh Vishwanath a.k.a Vishu (Dhanush) supaya nenek dia, Rajjo Devi Chauhan (Seema Biswas) tak perlu sakit kepala lagi hadap perangai dia. 

Vishu sebenarnya mangsa keadaan dalam drama cucu dan nenek ni sebab dia diculik dalam gelap kemudiannya dikahwinkan dalam keadaan dia tak waras. Rajjo bijak jugak lah siap ambil cap ibu jari Vishu untuk temeteraikan borang kahwin jadi tak ada isu kahwin paksa sampai naik court lah. Rinku cuba pujuk Vishu yang bersedih dengan keadaan tu sebab dalam masa dua hari lagi Vishu nak bertunang dengan Mandy (Dimple Hayathi). 

Sementara nak tunggu dokumen cerai siap, Rinku dengan Vishu akan tinggal bersama di Delhi. Lepas tu Vishu akan kahwin dengan Mandy dan Rinku pula akan hidup Bahagia dengan Sajjad Ali Khan (Akshay Kumar), ahli sihir terkenal di India. 

Awalnya Vishu setuju dengan rancangan Rinku tapi tanpa dia sedar dia dah jatuh cinta. Kawan baik Vishu, MS (Ashish Verma) banyak membantu supaya rahsia besar ni tak terbongkar tapi kalau dah namanya zaman digital, sekejap je dah dapat berita walaupun merepek je ritual perkahwinan Rinku dengan Vishu ada dekat Youtube. Selalunya orang share dekat IG ataupun Facebook. 

Awalnya macam tak berapa nak ambik port sangat dengan movie ni lepas Zero (2018) hancur teruk jalan cerita dia ditambah pula heroinnya Sara yang over bila berlakon. Tapi lepas tengok positive reviews dari critics, try lah spend time layan movie ni. Baru tengok 10 minit awal dah melekat sebab chemistry Dhanush dengan Sara kuat sangat. Dah la diorang first time bekerja sekali tapi dah boleh cipta dinamik macam tu. 

Dhanush kata tak ambil masa yang lama pun untuk dia setuju nak berlakon dalam movie ni lepas baca skrip sebab Himanshu Sharma yang karang. Lagi satu hal, Dhanush debut dekat Bollywood dalam movie Ranjhanaa (2013) arahan Aanand L. Rai jadi tak ada masalah untuk bekerja dengan orang yang memang tahu nak serlahkan bakat dia. Watak Vishu pun tak berat mana sebab diolah mengikut perwatakan Dhanush dan juga background yang sama bila Vishu berasal dari Chennai. Kebanyakan babak pun dia guna Bahasa Tamil sbab watak dia datang ke Delhi untuk belajar dalam bidang perubatan. 

Pujian patut diberikan pada Sara sebab watak dia berlatarkan Bihar bila ada dialek tersendiri dan agak berbeza dari slang di Mumbai. Lakonan Sara pun mengikut watak Rinku sepertimana yang dibentuk oleh penulis. Setiap kali watak emosi muncul, Sara boleh lakonkan secara natural sampai rasa terbawa sekali dengan perasaan sedih tu. Backstory Rinku sedih sangat sebab percintaan berlainan agama. Boleh lah disimpulkan yang Sara kena berlakon dengan pengarah bagus supaya dia boleh belajar untuk deliver mengikut watak acuan penulis. 

Walaupun Sara dengan Akshay ada age gap yang agak besar tapi dalam movie ni tak nampak canggung pun walhal masa video diorang leak sampai Aanand kena kecam teruk ramai yang dah cringe dan bagi persepsi negative pada movie ni. It turns out good lah dalam movie ni. 

Penggunaan VFX dalam Atrangi Re banyak juga sebab watak Sajjad sebagai ahli silap mata terkenal. Kalau ada yang nampak macam kartun sikit tub oleh pejam mata je sebab tak banyak sangat pun scene dia. Jatuh cinta dengan hasil kerja sinematografi Pankaj Kumar sbab dia pandai cari shot aesthetic dengan penggunaan lighting supaya kisah cinta Rinku dan Vishu mengikut konsep little little pyaar seperti yang Vishu idamkan. 

Music album Atrangi Re antara kekuatan naskhah romantik ni bila music maestro, A.R. Rahman yang jadi music composer. Fav song dari Atrangi Re haruslah lagu Chaka Chak sebab melodi yang rancak, lirik nakal dan koreografi menarik dalam suasana meriah sarat dengan budaya India Selatan. 


Happy dapat merasa pengalaman kisah cinta rinku dan Vishu ni lepas Bollywood dah mula kekurangan stok romantic drama. Terima kasih Akshay Kumar sebab tak kacau karya Aanand L. Rai macam superstar yang lain walaupun pelakon asal untuk watak Sajjad tu Hrithik Roshan. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Drama Review | The Mysterious Class (2021)


Director : Ha Han Me
Writer : N/A
Cast : Choi Hyun Suk, Park Ji Hoon, Yoshi, Kim Jun Kyu, Mashiho, Asahi, Haruto, Bang Ye Dam, Yoon Jae Hyuk, Kim Do Young, So Jung Hwan, Park Jeong Woo, Jang Tae Hoon
Production Company : YG Entertainment
Distributors : YG Entertainment
Genre : Teen / Mystery / Horror 
Episodes :  8 episodes (20 minutes per episode)
Release Date : 12 November 2021 – 31 December 2021
Trailer :


Drama The Mysterious Class yang berlatarkan kehidupan pelajar sekolah menengah berasrama mengisahkan tentang para pelajar Kelas 4 di Treasure High yang mula menyedari kewujudan makhluk halus selepas guru kelas mereka, Ha Dong Min (Jang Tae Hoon) dimasukkan ke hospital akibat diganggu kemudiannya terjatuh di tangga sekolah. 

Cikgu Ha Dong Min menyerahkan tugas menjaga pelajar lain kepada ketua kelas, Kim Do Young sepanjang 15 hari ketiadaan dia di sekolah. Nak cari guru ganti pun tak lepas sebab setengah bulan je dia ambil cuti. Jadi semua murid dalam kelas tu kena lah belajar sendiri. Best lah diorang satu kelas tak payah belajar tapi stress lah dekat ketua kelas sebab kalau dia gagal walau hanya sekali atau sebab perkara kecil pun, dia tak boleh dapat recommendation letter untuk masuk ke universiti yang bagus. 


Boleh nampak lah kenapa Do Young stress setiap kali ada benda pelik ataupun muncul gangguan dalam kelas tu. Awalnya gangguan tu biasa je tapi makin lama makin teruk sampai Yoon Jae Hyuk minta tolong Yoshi untuk dapatkan kertas azimat nak tampal dekat katil supaya dia boleh focus study. Ye Dam pula dah panas hati bila demo lagu debut dia kena kacau dengan hantu. 

Sepanjang 5 episod The Mysterious Class ditayangkan ni memang tak boleh nak agak langsung siapa hantu dalam kelas tu. Dah lah tak kenal langsung semua ahli kumpulan Treasure ni walaupun junior kepada iKON dekat YG Entertainment tu. Lama jugak lah nak ambil masa untuk kenal itupun ada lagi watak yang tak cam. Nasib baik lah semua nama watak dalam drama ni guna nama sebenar. 


Tak banyak details yang boleh korek dari drama ni so I assume YG Entertainment je lah yang buat cerita ni since YGE pun ada acting department dengan label YG Stage. Mungkin sebab tu lah jalan cerita untuk web drama ni bagus, ada elemen seram, komedi dan drama yang dimasukkan secara seimbang. Bab seram tu ada part yang seram tapi masa diorang buat rumah hantu tu alahaiii comelnya semua dress up jadi hantu. Memang patut lah senior diorang gelakkan je. Paling comel haruslah Haruto dengan Yoshi. Mak I join tengok pun puji diorang semua comel-comel haha


Pujian harus diberikan kepada YG Entertainment sebab kreatif dalam mempromosikan group Treasure memandangkan diorang tak boleh aktif promote dekat luar disebabkan pandemik Covid-19. Sama juga dengan pengarah yang kenal dengan semua ahli Treasure sebelum olah cerita tersebut. Dia tahu ahli mana yang tak pandai berlakon dan ahli mana yang tak fasih dengan Hangeul sebab Treasure ada beberapa ahli yang datang dari Jepun macam Asahi, Yoshi, Haruto dan Mashiho. Dialog diorang tak sebanyak watak lain walaupun screentime lebih kurang sama. 

Haruto yang rapat dengan Junkyu pun berlakon jadi watak kawan baik dalam kelas tu. Senang lah diorang nak hidupkan watak tu sebab bonding memang dah kuat. Tak lah nampak kekok sangat. Kalau perasan dalam web drama ni ada banyak emoticon smiley sebab tu kira maskot Treasure lah. 


Dalam web drama ni nampak lah YG Entertainment nak tarik iKONIC untuk support drama ni sebab banyak sangat reference dari iKON yang dimasukkan dalam drama ni. Contohnya macam scene So Jung Hwan cakap ‘Let’s Get It’, tagline yang sama dengan Songchelin Guide, Youtube channel Yunhyeong ataupun scene diorang kacau Jeongwoo mandi sambil nyanyi lagu Love Scenario. Sebagai iKONIC, I approved this stunt lol! 


Sinematografi dan visual effects web drama The Mysterious Class dipaparkan dengan cantik dah level drama yang diterbitkan oleh production house terkenal. Memang puas hati lah layan walaupun pendek je durasinya setiap episod. Music score pun menggunakan lagu-lagu Treasure lah sebab nak promote kan. 


Of course drama ni ada part yang tak logik macam pakaian diorang ke sekolah ataupun watak Park Jeong Woo yang dibenarkan pakai subang walaupun admit wad. Tapi disebabkan genre dan target audience dia remaja so kita tengok secara santai je lah. 

All in all, congrats Treasure for giving their best for this web drama! For those yang nak tengok web drama ni boleh tengok dekat SINI! And please tengok dekat link tu je sebagai tanda support okies :)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Last Day Lunch, Original Kayu CITTA Mall


Dah macam annual event pulak bila last day tahun tu pergi lunch dekat luar. Tahun lepas kitorang lunch dekat Deli Wau Citta Mall. Tahun ni pergi ke Original Kayu Penang Nasi Kandar pulak sebab Kak Nora teringin sangat nak tengok robot hantar makanan tu. Yang tak syoknya tahun ni kitorang bertiga je sebab Ain ambil cuti untuk pindah rumah. 

Dari luar dah panjang beratur depan kaunter lauk untuk nasi kandar tu tapi tak lah penat nak menunggu pun sebab bhaiya tu buat kerja laju. Dekat sini ada pilihan nasi putih, nasi minyak (ghee) ataupun nasi beriani. Kalau ambik nasi beriani, confirm petang tu sedap tidur dekat surau, eh!


Sebab hujung tahun kan, kita makan berlagak kaya sikit la sebab ambik sotong celup tepung. Sebenarnya nak ambik udang tapi tak ada pulekkkkk. Dah bosan makan kari kambing sebab dah selalu sangat makan dekat Restoran Arafah belakang rumah. Kari dia sedap weiii. 


Done nasi kandar separuh, bendi goreng, telur dadar dengan sotong celup tepung. Harga semua ni RM22. Ms Fisah pulak nasi kandar dengan kari kambing. Kak Nora nak makan maggi goreng ayam. Kak Nora kalau pergi mamak ni memang menu wajib order. Nasib baik Kapitan depan office tu dah tukar tukang masak. 

Mamak : Order order mau minum apa? 
Ms Fisah : Teh tarik kurang masin satu


Ni lah rupa teh tarik kurang masin tu hshshs

Punya la excited nak makan sampai tersasul buat order haaaa. Dah settle order air memasing excited pegang phone sebab nak record ketibaan robot. 


'Nora, robot datang nanti jangan tunggu dia letak atas meja pulak. Robot tu tak ada tangan tau. Dia hantar je tapi you kena ambik sendiri makanan tu. My parents masa datang sini dok excited tengok sampai tak perasan robot tu dah nak blah.' - Ms Fisah


'Bestnya hajat Kak Nora nak jumpa robot ni dah tertunai.' 

Kak Nora kata robot ni ada lagu Hindustan tapi tak tahu lah ye ke tidak sebab dekat restoran Kayu tu pun dah kuat dengan lagu Hindustan. Masa Kayu baru bukak dulu robot ni ada satu unit je tapi sekarang dah beranak sampai 3 dah. Mungkin tarikan utama Kayu ni robot comel tu lah kot sebab tu diorang tambah. 

Berbaloi jugak lah sebab tarik customer macam Kak Nora yang happy dapat jumpa robot ni. Kak Nora kata Kayu kena buat robot yang boleh terima payment atau order terus. Tapi kalau teknologi macam tu confirm lah mahal harganya. 


Macam biasa lah gagal ambik gambar bersama padahal boleh mintak tolong waiter tu masa dia ambik order. Banyak lah kitorang sembang masa lunch ni nak pulak dapat makan makanan sedap, memang berat masing-masing nak bangun balik office. Mentang-mentang boss pergi bercuti pakat jadi baloq nak buat kerja haha

First Time Buat Gift Exchange!

Thursday 30 December 2021

Biasanya hujung tahun ni ramai yang buat exchange gift atau manito game kan? Selama bekerja dekat Ram Reza & Muhammad ni, first time lah ada aktiviti macam ni. Tujuan buat ni sebab semua orang dah dapat duit bonus lepastu hujung tahun kan ada Year End Sale, mudah lah nak berbelanja kan sebab barang yang mahal selama ni dah turun harga. 

Tahun 2021 ni agak memenatkan juga untuk kitorang semua sebab di kala semua orang boleh work from home dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat, kitorang kena masuk office dan jumpa banyak pihak. So untuk menghargai usaha keras semua orang, buat la aktiviti macam ni untuk eratkan lagi bonding dekat office. 
 

Sebelum nak buat ni pun kena minta persetujuan dari semua termasuklah runner sekali sebab dia baru bekerja so takut pula kalau aktiviti ni membebankan dia. Bila semua setuju nak join baru lah decide tarikh dan masa nak buat. Harga maksimum yang ditetapkan RM100 untuk setiap hadiah. Memandangkan branch Oasis ada managing partner, jadi kitorang collect duit untuk bagi hadiah jugak untuk dia. Dalam paper bag Hip Hip Horay tu hadiahnya lah. Cuba teka kitorang bagi apa?!! :P


Ni semua hadiah yang dikumpulkan untuk aktiviti Exchange Gift ni. Jangan terpedaya dengan paper bag letops memasing sebab isi dekat dalam tu tak sama pun dengan luaran. Terutamanya hadiah yang dekat bawah ni. Paling tak boleh blah seal dengan paper clipper. 


I excited nak join aktiviti ni sebab boleh pergi shopping haha sebab ada plan yang kena cancel so cuti I terasa amatlah bosan selama 4 hari tak buat apa dekat rumah. Bila ada peluang pergi shopping mesti lah happy. Shopping dekat OU pulak tu dengan decoration Krismas meriah sana sini. Jenuh jugak lah nak cari hadiah apa sebab penerima hadiah I orang lelaki. Kalau perempuan sekejap je dah dapat idea nak beli apa. 

Siap Google lagi nak beli hadiah apa untuk lelaki since penerima ni kira dah cukup lengkap serba-serbi barang dia. Nak beli barang yang berkaitan dengan fitness rasanya semua dia dah ada. Nak beli kasut pulak tak tahu saiz. Nak beli pen, lebih dari maximum price. Sudahnya beli baju kemeja dengan tie sebab kebetulan kemeja dekat Parkson cantik design dia. 


Memandangkan buat aktiviti ni jam 4 petang jadi kitorang order lah Krispy Kreme, sandwich Garsa dengan Dimsum Dollu untuk santapan semua. Nampak macam sikit tapi semua ni pun dah buat perut kenyang teruk sampai esok paginya. 

Paling happy bila tengok donut Krispy Kreme tu ada corak Krismas, cantik betul gabungan warna krim merah dengan hijau siap ada sparkle warna emas sebagai topping. Even krim meriah macam tu pun tak manis teruk sangat macam donut yang dip dalam coklat. Donut pulak gebu, memang in love sangat. Rasa macam nak order lagi je nanti. 


Aktiviti exchange ni start dengan ucapan, bacaan doa, sesi penyampaian hadiah, makan then unboxing. Formal bukan? :') Sebab aktiviti ni ada managing partner, bukannya boleh berhuha sangat. Tapi masa unboxing tu meriah lah sebab managing partner on call dengan client. 

Meriah sebab dapat hadiah satu hal, ada yang kena prank satu hal jugak. Penerima hadiah I masa tu Danial tapi dia tak datang pulakkkk. Tapi tapi tapi Ms Fisah buat video call supaya dia boleh join sekali unboxing hadiah dia. 

I pulak dapat hadiah perfume Elianto dari Abang Daus tapi sesi unboxing I kejap je lah sebab box dia transparent. Dari luar pun dah boleh nampak apa hadiah dekat dalam. Perfume Elianto ni tak kena dengan bau yang disukai jadi perfume tu I bagi adik I pakai sebab kebetulan dia memang perlukan perfume dan bau perfume tu pun strong. Thanks Abang Daus! 


Hadiah Ray pulak kelakar jugak lah sebab kena prank satu hal, hadiah dapat half je sebab Mai tak sempat nak pergi beli. Dia siap bagi pantun istimewa untuk Ray supaya tak sedih. Kitorang macam terkejut jugak penerima hadiah Mai ialah Ray sebab Kak Nora dah beria mengaku dia penerima hadiah tu sampai bagi hint apa hajat dia untuk exchange gift nanti. Nak barang makeup katanya rupanya bukan dia penerimanya. Hadiah Kak Nora sebenarnya yang dalam bag Steve Madden tu. 

MC Ray masuk air untuk aktiviti exchange gift



All in all first time kitorang buat exchange gift ni not bad lah walaupun 4/10 tak reti rules aktiviti ni macam mana. Siap pergi tanya pulak penerima nak hadiah apa nanti padahal benda tu sepatutnya rahsia. Punya lah syok buat unboxing sampai lupa nak ambil gambar ramai-ramai untuk simpan buat kenangan. Makanya tak adalah gambar untuk aktiviti ni :(

GrabFood Year in Cravings 2021

Tengah belek IGstory weekend lepas ternampak pulak story Ms Fisah update pasal GrabFood Year on Cravings 2021 ni. Rasanya sebelum ni tak pernah wujud lagi rumusan ni. Ikut style Spotify Wrapped lettew. 


Daah tengok orang lain buat, kita pun nak jugak lah walaupun selalu tumpang FoodPanda orang lain bila nak order makanan haha. Tak susah pun nak cari sebab rumusan ni dekat bahagian home apps Grab. 


So according to GrabFood I akan menggedik craving pada hari Rabu petang. I assume petang lah sebabnya Ram Reza Muhammad Oasis kan ada free lunch every Monday until Thursday. Takkan lah dah dapat makan free, nak craving lagi kan. Haaa gitu kau promote firm sendiri. 

Berbalik kepada hari mengidam tu entahlah kenapa jatuh pada hari Rabu, nak kata ada promosi pun tak jugak. Misteri betul. Kalau bab ambil masa sampai 22 minit tu tak payah cerita lah konflik dalaman antara perut dan otak. Perkara biasa dah tu. 


Tak tahu lah kenapa KFC paling atas sekali sebab rasa macam takde lah selalu sangat order KFC tahun ni hahaha. Mungkin sebab setiap kali nak order lunch untuk hari Jumaat, tumpang GrabFood orang lain kot. 


Restoran Ali, Muthu dan Ah Hock nombor dua tapi makanan terpaling banyak order dapat dekat Nasi Goreng Ali pulak. Surprisingly satu office team Nasi Goreng Ali hahaha memang yang ni je menu yang dijamin sedap dan tak berubah rasa dia. Tak pasti lah dekat franchise lain tapi dekat Ali, Muthu dan Ah Hock, Oasis Square Ara Damansara memang rasa dia sedap. 

Setiap kali buntu nak makan apa dan nak makan yang sedap mesti pilih Nasi Goreng Ali. Terima kasih Nasi Goreng Ali sebab selalu menggembirakan perut kami satu office :)


Dan berdasarkan rumusan ni juga dapatlah disimpulkan bahawa seketul Pana tergolong dalam skuad pencinta daging. Konon je azam 2021 nak berjinak dengan makanan vegan sudahnya kelaut bersama diet yang tak pernah berjaya tu. Takpe takpe, azam tahun 2022 ada ruang kosong lagi haha

Korang dah try ke tengok rumusan GrabFood ni? Share lah kat sini korang skuad apa :P

Movie Review | 420 IPC (2021)

Tuesday 28 December 2021

Director : Manish Gupta

Writer : Manish Gupta

Cast : Vinay Pathak, Ranvir Shorey, Rohan Mehra, Arif Zakaria, Gul Panag

Production Company : Kyoorius digital

Distributor : Zee Studios

Genre : Crime / Drama

Running Time : 98 minutes

Release Date : 17 December 2021

Trailer :


Projek kedua Manish Gupta yang berkisarkan dunia perundangan mengisahkan tentang akauntan Bansi Keswani (Vinay Pathak) disiasat oleh pihak CBI selepas salah seorang kliennya didakwa untuk kesalahan penggubalan wang haram. 

Walaupun pihak CBI tak jumpa sebarang bukti tapi Bansi masih dalam pemantauan mereka. 5 bulan kemudian Bansi digeledah sekali lagi kerana Mr. Sinha (Arif Zakaria) dakwa 3 keping cek miliknya dicuri. Pihak polis jumpa cek tersebut di pejabat Bansi dan kes dibawa ke mahkamah dengan Balbir Chaudhary (Rohan Mehra) menjadi peguam kepada Bansi manakala Sewak Jamshedji (Ranvir Shorey) peguam plaintif. 

Sama macam naskhah sebelumnya, Section 375 (2019) bila kes mempunyai bukti yang kuat untuk dakwa defendan dan hakim jatuhkan hukuman. Memang susah untuk Balbir nak buktikan Bansi tak bersalah melainkan kesan lipatan pada 3 keping cek tersebut. Kalau betul Bansi yang curi, kenapa kesan lipatan terlampau dalam? 

Kalau ikutkan masa hujah Balbir dengan pihak forensik pun dah boleh nampak yang defendan tak bersalah sebab pihak bank sahkan mereka tak akan terima 3 keping cek tersebut sekiranya dibawa untuk proses pengeluaran wang sebab tandatangan tak sama. Dekat situ pun dah boleh nampak yang tuduhan mencuri dan pemalsuan tu tak berasas. 

Kemudian pengarah masukkan karakter hakim yang bias terhadap senior lawyer bila Sewak sama kaum dengan dia. For me this is so realistic. Baru je bulan lepas my managing partner bagitahu sebelum pergi court kenal dulu siapa hakim untuk kes tu. Lain hakim lain prinsip dan pegangan dia. Ada hakim yang bias kepada feminism atau activist, ada pula yang boomers dan orthodox, ada yang tak suka hujahan panjang. Kira macam zaman sekolah lah, ada cikgu bagi markah extra kalau tulisan kemas, ada pula tolak markah kalau eja nama dia salah. 

Kelemahan pada movie 420 IPC bila tak ada intensity atau elemen saspen pada penceritaan sampai momentum tu mendatar. Patutnya Balbir deliver dialog yang dia akan ringankan hukuman anak guam bila partner dia tanya kalau betul klien mereka bersalah. Bila dia diam nampak watak dia goyah padahal reputation penting bagi dia. Kalau soalan macamtu dah goyah baik dia join in house je lah. Stay sampai habis pun sebab watak Balbir yang licik menggunakan resources dia untuk peroleh maklumat.

Berbeza lah situasi tu dengan Section 375 bila ada loopholes pada seksyen tersebut sampai peguam defendan terpaksa bergadai nyawa untuk berpegang pada ilmu dan prinsip dia. Kita nak berpihak pada plaintif pun jadi ragu-ragu sebab confident level dia power betul. 

Penulis pun tak tekankan pada Seksyen 420 dalam Indian Penal Code untuk terangkan kepada audience dengan lebih jelas dan mendalam. Ada lah sekali dua peguam mention dalam dialog mereka sedangkan ada beza menipu dalam seksyen ni dengan breach of contract. 

Seksyen 420 adalah akta di mana individu menipu yang melibatkan property terhadap pihak lain sama ada meminda, mengubah atau musnahkan mana-mana bahagian sekuriti atau yang lainnya, sama ada ditandatangani atau dimeteraikan, dan sekuriti tersebut boleh ditukar kepada barangan berharga. 

Bila dah tengok definisi seskyen 420 baru faham kenapa ada plot twist pada pertengahan cerita dan kenapa watak Pooja beria nak minta tukar peguam baru. Tapi masih lagi tak faham kenapa hakim buat keputusan macam tu sedangkan patutnya counterback dekat opponent lah. Macam Balbir kata beberapa persoalan lain tu akan dijawab dalam perbicaraan lain tapi selesaikan dulu apa yang patut untuk perbicaraan kes sekarang. 

Kelemahan pada penceritaan dan olahan buatkan naskhah 420 IPC kelihatan hambar sedangkan movie ni boleh jadi movie yang sarat dengan pelajaran dan pengajaran kepada orang awam sebab ditayangkan di Zee TV. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

Movie Review | Antim : The Final Truth

Director : Mahesh Manjrekar

Writer : Mahesh Manjrekar, Abhijeet Deshpande, Siddharth Salvi

Cast : Salman Khan, Aayush Sharma, Jisshu Sengupta, Mahima Makwana

Production Company : Salman Khan Films

Distributor : Zee Studios

Genre : Action / Drama

Running Time : 140 minutes

Release Date : 26 November 2021

Trailer :


Diadaptasikan dari movie Marathi, Mulshi Pattern, Antim : The Final Truth mengisahkan tentang Rahul (Aayush Sharma) yang berpindah keluar setelah Shinde rampas tanah dan pecat ayah dia (Sachin Khedekar). Di pasar tersebut, Rahul bekerja dengan Nanya Bhai (Upendra Limaye) ketua geng dan juga pembantu kepada MLA. 

Tak susah pun untuk Rahul jadi orang kanan Nanya Bhai sebab dia licik dan kuat. Setiap kali Rahul ditangkap oleh Inspektor Rajveer Singh (Salman Khan) kerana pertuduhan membunuh, dia akan diikat jamin oleh MLA Ambir (Sharad Ponkshe). Rahul ada impian untuk jadi Ketua Menteri tapi Rajveer banyak kali ingatkan dia yang jalan yang dia pilih tu salah. 

Movie Antim ni mengetengahkan nasib petani di India yang menderita selepas tanah kepunyaan mereka dirampas oleh gangster macam Nanya Bhai atau Rahul. Tanah mereka digunakan untuk syarikat korporat ataupun sebagai tapak rumah mewah kepada businessman seperti Shinde. Modus operandi mereka mudah dengan memeras ugut menggunakan pistol atau kekerasan. 

Rahul benci dengan Shinde sebab aniaya ayah dia tapi bila dia dah ada kuasa dan harta, dia pun buat perkara yang sama dekat petani-petani lain. Memang patut lah dia kena buang keluarga sebab kejam sangat. Kalau dia rasa nak bunuh, dia bunuh je tanpa belas. Dia rasa nak tampar, dia tampar je tak kira siapa. Dah rasa macam dunia tu dia punya lah. 

Pengarah Mahesh Manjrekar guna tajuk Antim : The Final Truth tapi macam tak saspen langsung pun bila kebenaran sebenar tu terbongkar. Dan rasa macam tak nak tahu pun sebab olahan movie ni berulang-ulang dan tak menarik. Scene Inspektor Rajveer guna strategi untuk hapuskan dua geng tu sama sangat dengan scene dalam Shootout at Lokhandwala ataupun mana-mana movie yang mempunyai pertarungan antara gangster dan polis. Dari jalan cerita tak ada sesuatu yang segar dipaparkan pun.

Menyampah sebab Salman Khan macam over dramatic bila dia muncul dan deliver dialog. I tak pernah tengok movie Mulshi Pattern tapi bila tengok scene Salman Khan especially bila dia buka uniform polis tu dah boleh agak dah yang jalan cerita ni diolah mengikut selera Salman Khan. Untuk peminat Salman Khan mungkin bahagia lah tapi untuk penonton biasa, benda tu a bit annoying. 

Lakonan Aayush Sharma pun try hard sebagai gangster, dia tak boleh deliver expression yang tepat untuk mana-mana elemen yang dimasukkan oleh pengarah. Patutnya scene dia jatuh cinta dengan Manda (Mahima Makwana) tu buang je sebab meleret dan tak penting pada plot utama. Salah satu kelemahan movie Antim bila ada banyak sangat watak sampingan sepanjang 140 minit. Kalau movie ni dianggap relaunch platform kepada Aayush Sharma then it’s a huge disappointment and embarrassment. 

Sinematografi dari Karan Rawat pun lemah sebab banyak guna tona kuning yang cliché setiap kali movie berkisarkan kehidupan gangster atau sisi gelap negara India. Music album dari Ravi Basrur juga tak menarik perhatian walaupun ada lagu rancak Bhai Ka Birthday untuk tarik fans Salman Khan macam dalam movie Tevar (2015) dengan lagu Superman - (Main toh Superman, Salman ka fans)


Overall movie ni membosankan sebab tak ada arah tuju yang kuat, lakonan watak utama yang lemah dan hanya sesuai untuk peminat Salman Khan. Anyway my dream comes true bila Varun Dhawan berlakon satu scene dengan Salman Khan dalam lagu Vighnaharta. Varun muncul kejap je dalam satu lagu tapi dia punya screen presence tu lagi kuat dan meyakinkan. He looks happy in his given space. Loved it. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10

Drama Review | Ganjil (2021)

Pengarah : Yusry Abdul Halim

Penulis Skrip : Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam, Evelyn Afnilia

Pelakon : Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek, Imuda, Amir Nafis, Danish Hazriq, Azri Sabri, Takahara Suiko, Sofi Jikan

Genre : Fantasi / Drama / Romantik

Syarikat Produksi : Razor’s Edge Pictures

Penyiaran : Viu

Jumlah Episod : 10 Episod (40–50 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 25 September - 28 Oktober 2021

OST : Bisikan -  Noh Salleh

Trailer :


Mengisahkan Bel (Diana Danielle), anak tunggal kepada En Haris (Eizlan Yusof) dan Rina (Aida Aris). Setiap hari dia akan mengalami mimpi yang sama di mana dia akan terjatuh gaung setiap kali ingin selamatkan kalung pemberian ibunya. Dia pernah tanya hal ni kepada kawan baik dia, Ihsan (Izzue Islam) tapi jawapan yang diberi tak membantu pun. 

Tak mungkin lah sebab Bel selalu fikir tentang jatuh gaung atau rantai sampai dia terbawa dalam mimpi. Siapa yang nak mimpi yang mengerikan? Makin bertambah persoalan dia bila Amry (Fattah Amin) muncul untuk selamatkan dia. Amry, seorang jurutera di syarikat besar yang menunggu tawaran untuk naik pangkat supaya dapat biaya rawatan kemoterapi untuk ibu dia. 

Dalam mimpi tersebut dia sentiasa dapat lihat keluarga di kampung semasa kecil sebelum ayah dia meninggal. Bel dan Amry berkenalan dalam dunia mimpi tersebut dan cuba untuk berjumpa di dunia nyata. Tempat yang dijanjikan tu sama, mereka berdua juga tinggal dalam kawasan yang berdekatan tapi tak pernah berjumpa. Seolah-olah mereka berdua berada dalam dimensi yang berbeza. 

Geram sangat bila Bel dengan Amry dah nak berjumpa ataupun dah berada di tempat yang sama tapi tak pernah berjumpa. Kita pun jadi penasaran sebab nak tahu kenapa dua watak ni susah sangat nak berjumpa. Jadi berat hati nak pergi macam mana Bel rasa bila Ihsan ajak dia balik lepas beberapa jam dia tunggu dekat bangku taman tu. 

Amazed dengan tema dan konsep cerita Ganjil arahan Yusry Abdul Halim ni sebab unik dan segar. Setiap episod dipaparkan dengan baik dan setiap watak diberikan ruang untuk berkembang dalam kadar tersendiri. Flow dekat awal-awal episod tu lebih kepada watak Bel dan Amry mengembara dalam dunia mimpi mereka. Dekat hujung-hujung pula mencari diri sendiri dan takdir hidup mereka. Tak semua yang kita nak kita boleh genggam erat, ada benda kita perlu lepaskan juga. 

Memandangkan drama Ganjil mengisahkan tentang alam mimpi jadi visual dibikin dengan cemerlang walaupun penggunaan CGI adakala agak lemah terutamanya pada babak gaung tapi puas hati lah layan. Visual pun Yusry nak ala-ala filem sebab tu bermutu kualitinya. Sinematografi dari Irwan Munir menggunakan panorama dan shot dengan baik untuk menjelaskan situasi dan menaikkan impak dalam kebanyakan babak. Suka tengok Angeline's Bistro sebab mewah dan bercirikan restoran Perancis macam yang Bel suka. 

Sembang pasal lakonan, Fattah Amin dah improved banyak dalam drama ni tapi untuk scene drama tu dia belum dapat deliver dengan mantap lagi. Tak banyak pun sampai mencacatkan penceritaan so okay je nak tengok. Sama juga dengan Diana walaupun dia banyak speaking dalam drama ni walhal orang tua dia Melayu tulen. Chemistry Diana dengan Fattah pun meyakinkan walaupun pertama kali bekerja sekali. 

Dah lama tak nampak Imuda berlakon lepas dia berehat dari dunia lakonan dan dalam drama ni dia jadi seorang pelukis walaupun tak ada babak khas untuk serlahkan bakat dia walaupun umum tahu dia memang ada bakat melukis. Suka babak Imuda cerita pengalaman dia sebagai pelukis walaupun dalam masyarakat kita bidang seni tak dipandang tinggi sejak dulu lagi. Sebab tu Amry happy bila jumpa bapa Sally sebab dia adalah acuan stigma masyarakat yang kena bekerja lawyer, doctor, engineer walhal bakat dia dalam seni lukisan lebih besar. 

Banyak mesej yang diketengahkan dalam drama Ganjil dan sesuai untuk tontonan keluarga. Happy bila dapat layan naskhah yang bagus dari industry tempatan. Harap lepasni Yusry boleh bekerja lagi dengan Fattah dengan Diana. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10