Masa nampak promosi untuk Matcha Latte Cloud Series tak terasa nak try pun sebab ada perkataan cloud. Sebelum ni pernah minum cloud drinks tapi foam je lebih so I rasa tak berbaloi lah nak beli. Tapi I tertengok pulak review Jason bagi cloud series ni 7 ke atas. I memang lemah eh kalau rating tinggi dari Jason lepastu benda mudah sangat nak dapat.
Adik pun tertengok review yang sama lepastu colleague dia cakap sedap. Maka terbeli lah Matcha Latte Cloud Series. I try Not Pistachio Matcha Latte, adik I beli Frappe Matcha Cloud Latte.
😦: Miss, I nak cup sleeve.
😀: Eh kita tak ada cup sleeve untuk series ni tapi kita ada straw sleeve!
😦: Hah? Straw sleeve?
So ni lah straw sleeve dia. Cantik tapi tak function. Kalau cup sleeve tu untuk prevent dari kesejukan tapi straw sleeve ni nak buat apa?
Anyway, Not Pistachio Matcha Cloud Latte sama seperti apa yang Jason review. Dia tak rasa berlemak macam pistachio tu tapi lemak manis kacang hazelnut. Tak hairan lah I boleh suka sebab kita lurvvvee hazelnut. Rasa matcha dia ringan sikit dari matcha biasa sebab guna coconut milk. Beza Matcha Cloud Latte dengan Not Pistachio Matcha Cloud Latte pada kacang hazelnut tu.
For me sedap je sebab dia pekat, gabungan matcha dengan hazelnut dan coconut milk tu menjadi tapi dia ada aftertaste sebab cloud tu melekat dekat tekak. Dia macam creamy foam tu melekat dekat tekak. I prefer beli Matcha Latte biasa je tapi berbaloi je beli Matcha Cloud series ni sebab sticker dia stailllll.
Adik I minum Matcha Cloud Frappe tapi rasa dia macam aiskrim matcha vanilla sebab ada sirap vanilla untuk frappe punya. Ada orang mungkin suka la kot tapi adik I tak berapa gemar.

Balik office nampak ada ole-ole dari Korea. I tahu siapa yang bagi sebab Dayan je yang pergi jalan-jalan dekat sana. Before this dia pergi Korea, dia bagi fridge magnet. Kali ni dapat pouch cantik ni. Warna pulak ada vibe sama dengan matcha strawberry. Thanks Dayan! 💚💗



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.