Movie Review | Scream (2022)

Sunday, 31 May 2026

Pengarah: Matt Bettinelli-Olpin, Tyler Gillett 
Penulis Skrip: James Vanderbilt, Guy Busick
Pelakon: Melissa Barrera, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jace Norman, Jenna Ortega, Jack Quaid, Marley Shelton, Jasmin Savoy Brown, Sonia Ben Ammar, Courteney Cox, Steve Burns, David Arquette, Matthew Lillard, Neve Campbell    
Syarikat Produksi: Paramount Pictures, Spyglass Media Group, Project X Entertainment  
Pengedar:  Lantern Entertainment, Spyglass Media Group
Genre: Slasher / Mystery / Thriller
Durasi Tayangan:  114 minit
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2022   
Trailer:


Requel (reboot + sequel) Scream bermula dengan babak Tara (Jenna Ortega) diserang oleh Ghostface di rumahnya sebanyak 7 tikaman namun selamat dan menerima rawatan di hospital. Berita tersebut dikhabarkan kepada kakakknya, Samantha Carpenter (Melissa Barrera) yang berada di luar Woodsboro. 

Sam pulang dengan teman lelakinya, Richie Kirsch (Jack Quaid) dan bertemu dengan Tara di hospital. Di sana, dia diserang oleh Ghostface yang mengetahui tentang latar belakangnya. Rasa bersalah dan ingin menyelamatkan adiknya, Sara berterus-terang tentang siapa dirinya. Ketika sekolah menengah, Sam dapat tahu dia adalah anak luar nikah bila ibu mereka berselingkuh dengan Billy Loomis (Skeet Ulrich). 


Tamat belajar, Sam keluar dari rumah kerana menjadi punca ibu bapa Tara bercerai dan tak lama kemudian, Tara pula diabaikan setelah orang tuanya berpisah. Terkejut dengan pengakuan tersebut, Tara terpaksa bergantung dengan Sam untuk selamat dari serangan Ghostface. 

Rakan-rakan sekolah Tara – Amber Freeman (Mikey Madison), Wes Hicks (Dylan Minette), Mindy Meeks-Martin (Jasmin Savoy Brown) dan Chad Meeks-Martin (Mason Gooding) berjumpa dengan Dewey Riley (David Arquette) yang tinggal bersendirian setelah bercerai dengan Gale Weathers (Courteney Cox) untuk minta petunjuk dan bantuan dia. 


First time dengar perkataan requel untuk filem, selalunya sekuel dengan reboot tapi konsep instalment kelima Scream menggabungkan kedua-duanya. Konsep reboot pada pelakon utama yang baru iaitu adik-beradik Carpenters dan anak-anak buah kepada Randy Meeks. Mewarisi pengetahuan filem seram seperti Randy, Mindy menjadi sumber rujukan baharu untuk generasi baharu. 


‘See, you can't just reboot a franchise from scratch anymore. The fans won't stand for it. Black Christmas, Child's Play, Flatliners, that shit doesn't work. But you can't just do a straight sequel, either. You need to build something new. But not too new or the Internet goes bug-fucking-nuts. It has to be part of an ongoing storyline, even if that story should never have been going on in the first place. New main characters, yes, but supported by, and related to, legacy characters. Not quite a reboot, not quite a sequel, like the new Halloween, Saw, Terminator, Jurassic Park, Ghostbusters, fuck, even Star Wars. It always, always goes back to the original!’ - Mindy Meeks-Martin


Memandangkan filem Scream 5 dibikin oleh pengarah baru bersama penulis baru, ada banyak tribute dan reference kepada franchise Scream (1996). Macam babak Gale bagitahu dia tak akan buat hairstyle bang lagi merujuk kepada hairstyle dalam Scream 3 (2000) sampai ramai peminat Scream marah dan bagi kesan kepada kutipan panggung. 


Babak Dewey simpan abu mayat Tatum Riley yang menjadi korban Ghostface dalam Scream 1 (1996) dan banyak lagi. Dekat credit scene pun team production letak ‘For Wes Craven’ sebagai tribute setelah pengarah tersohor tersebut meninggal dunia gara-gara kanser. Watak Wes Hicks, anak kepada Judy Hicks juga sebagai tribute kepada Wes Craven. Babak Wes makan lemon square dekat dapur sebagai reference kepada Scream 4 (2011) masa Gale perli Judy Hicks suka buatkan dessert untuk Dewey. 


‘Because nobody takes the true fans seriously, not really. They just laugh at us, and why? Because we love something? We're just a fucking joke to them! How can fandom be toxic? It's about love! You don't fucking understand, these movies are important to people.’ - Richie Kirsch

Berbalik kepada lakonan, tak sangka pula Jenna Ortega dan Mikey Madison pernah join franchise Scream. Kenal Mikey dalam filem Anora (2024) yang menang di Cannes Film Festival dan BAFTA Awards. Watak Amanda mungkin agak lemah dengan ruang yang terhad sebagai pelakon sampingan tapi Jenna dan Melissa Barrera menyerlah sebagai watak utama. Kemunculan Sidney Prescott (Neve Campbell) seolah-olah bagi bayangan untuk pass baton kepada generasi baru. Sekejap tapi beri impak.


Makin lama layan Scream makin lemah jantung dibuatnya, nak pula bila pengarah sengaja tease penonton dalam babak Wes Hicks bersiap di rumah sementara tunggu ibu dia balik dengan sushi. Pembunuhan Ghostface masih lagi brutal untuk menghidupkan genre slasher dan aksi mendebarkan dari Ghostface untuk genre thriller. Sedih tengok pembunuhan di hospital tapi geram lah juga sebab boleh sangat elak dari berlaku kalau terus bagi headshot. 


Elemen whodunnit sentiasa dimasukkan untuk elemen misteri dan kali ni penerbit guna tagline ‘It always someone you know’ tapi hint yang diberi tak membantu pun. Mengekalkan tradisi satira pula, Scream 5 memperkenalkan konsep elevated horror dalam perbualan antara Ghostface bersama Tara di opening scene. 

Selain menjadi pengubat rindu kepada peminat Scream yang lama, banyak juga trivia tentang filem yang diperkenalkan dalam filem ni kepada generasi baru. Puas hati juga lah tengok Scream 5 sebab mendebarkan sama seperti Scream 2 (1997)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.