GELOMBANG TARUNG : UNFORGIVEN TERUS HANGAT DI PAWAGAM, TERIMA KUTIPAN RM 15.7 JUTA

Monday, 18 May 2026

GELOMBANG TARUNG : UNFORGIVEN TERUS HANGAT DI PAWAGAM, TERIMA KUTIPAN RM 15.7 JUTA  | Kekal Pilihan Nombor 1 Filem Pilihan Ramai

Kuala Lumpur, 18 Mei 2026 - Filem aksi arahan pengarah Razaisyam Rashid, TARUNG: Unforgiven terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM15.7 juta dalam tempoh 11 hari tayangan, sekali gus membuktikan bahawa filem tempatan masih kukuh dan terus mendapat tempat di hati penonton Malaysia.

Dengan momentum yang masih kekal hangat di pawagam dan perbualan yang aktif di media sosial, TARUNG: Unforgiven kini melangkaui status sebuah filem semata-mata dan telah berkembang menjadi fenomena budaya pop tempatan. Malah, sejak hari pertama tayangan, TARUNG: Unforgiven kekal mendominasi carta Top 10 GSC di tangga pertama sehingga hari ini.

Pengarah dan Penulis Skrip merangkap Penerbit Eksekutif TARUNG : Unforgiven, Razaisyam Rashid menyatakan “Melihat sambutan luar biasa penonton terhadap TARUNG: Unforgiven benar-benar menyentuh hati saya dan seluruh pasukan produksi. Kami menghasilkan filem ini dengan penuh jiwa, disiplin dan komitmen untuk mengangkat lagi martabat filem aksi tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Kutipan RM15.7 juta ini bukan sekadar angka, tetapi satu isyarat jelas bahawa penonton Malaysia bersedia dan terbuka untuk menyokong karya tempatan yang berani, jujur dan berkualiti. Saya berharap momentum ini akan terus berpanjangan dan membawa lebih ramai penonton ke pawagam untuk merasai sendiri pengalaman TARUNG: Unforgiven di layar besar.”

Pelakon, Penerbit dan Penerbit Eksekutif TARUNG: Unforgiven, Aedy Ashraf, “Kami amat bersyukur dengan sokongan luar biasa yang diberikan oleh penonton sejak hari pertama tayangan TARUNG: Unforgiven. Melihat reaksi di pawagam serta perbualan yang tercetus di media sosial memberikan kami tenaga dan semangat yang sangat besar sepanjang perjalanan ini. Kejayaan ini adalah milik semua yang telah percaya dan menyokong TARUNG: Unforgiven. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua yang telah menonton dan menyokong filem ini. Bagi yang masih belum berkesempatan, inilah masanya untuk turun ke pawagam dan merasai sendiri pengalaman dunia TARUNG: Unforgiven”.

TARUNG: Unforgiven membariskan bintang hebat tanah air, Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Razib Salimin, Shaharuddin Thamby, Wak Ruzaidi, Theebaan G, Akmal Asyraf serta petarung sebenar, Jai JMT dan Ijam Asri.

Sertai siri jelajah filem TARUNG : Unforgiven dan temui barisan pelakon minggu ini di Utara pada 22, 23, 24 Mei. Untuk perkembangan terbaru dan klip menarik filem ini, boleh dapatkan di semua digital platform Alpha47, Icon Pictures dan Astro Shaw. Gunakan #TarungUnforgiven bagi berkongsi dan ikuti keterujaan tentang filem ini.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.