Showing posts with label movie Indonesia. Show all posts
Showing posts with label movie Indonesia. Show all posts

Movie Review | Keluarga Suami Adalah Hama (2026)

Saturday, 17 October 2026

Pengarah: Anggy Umbara  
Penulis Skrip: Anggy Umbara, Dewi Fita, Aditya Santana
Pelakon: Meriam Bellina, Raihaanun, Omar Daniel, Sitha Marino, Jeremie Moeremans, Fairuz A Rafiq, Karlina Inawati, Kevin Faulky
Syarikat Produksi:  VMS Studio, Umbara Brothers Film   
Pengedar: 10 Star Cinemas, Vidio
Genre: Drama  
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2026   
Trailer:


Setelah kematian bapanya, Damar (Omar Daniel) menggalas beban yang semakin bertambah setelah ibunya perlu menjaga kesihatan supaya tidak terkena strok. Adiknya, Danan (Jeremie Moeremans) masih lagi belajar di sem akhir jadi yuran semesternya perlu dibiayai oleh keluarga. Sementara adik perempuannya, Bella (Sitha Marino) menyimpan duit untuk dapatkan visa bekerja di Australia bersama rakannya. 

Semua perbelanjaan keluarga diletakkan pada Damar hingga dia terpaksa pujuk isterinya, Intan (Raihaanun) untuk tangguhkan sementara rancangan mereka untuk menyewa di luar. Intan faham tapi rakannya, Sisi (Fairuz A. Fariq) mula nasihatkan supaya jangan berlembut dengan keluarga mertua takut diambil kesempatan. 


Ternyata betul apa yang dikata Sisi kerana tak lama setelah pembantu-pembantu rumah diberhentikan, Intan yang menguruskan rumah. Sudah lah dia yang mengemas, memasak dan membersihkan tapi Bella dan Danan tak pernah membantu. Damar sentiasa tiada di rumah jadi kebanyakan masa semua rasa tak enak dipendamkan saja. Ibu mertua dia (Meriam Bellina) juga sering menyindir dan berkasar dengan Intan. 


Adik Intan pujuk untuk berehat di rumah keluarga kerana Intan nampak semakin kusut dan penat tapi Intan masih ingin membantu suaminya. Dia yakin Damar masih ingat dengan janji dia untuk bawa Intan keluar tinggal di rumah lain. Namun janji tinggal janji dan duit simpanan mereka habis digunakan oleh keluarga Damar. 


Filem Keluarga Suami Adalah Hama diadaptasikan dari filem pendek arahan Aditya Santana yang mengangkat beban generasi sandwich seperti Intan dan Damar. Tak lari jauh filem ni dengan beban yang ditanggung oleh watak utama dalam filem Home Sweet Loan (2024) juga 1 Kakak 7 Ponakan (2025) cuma diperdalamkan lagi bila watak utama sudah berkahwin. 

Setiap babak buatkan konflik semakin tegang dan perasaan benci bertambah. Kalau babak sebelumnya sudah ada jalan penyelesainnya oleh Damar, nanti akan muncul lagi masalah baru. Tak sempat lega dari sakit tadi, penulis masukkan lagi perasaan sedih dan penat. Kita yang tengok pun penat apatah lagi Intan yang hadap setiap hari. 


Benda yang orang perempuan takut akan terjadi selepas berkahwin digambarkan dengan tepat dalam filem Keluarga Suami Adalah Hama. Makin kejam bila dua watak wanita yang dimasukkan lah yang paling teruk menindas Intan. Pedih betul bila Bella cakap dia tak nak jadi macam Intan sedangkan dia yang letak Intan dalam posisi tu. 

Patutnya dia yang jaga mak dia sakit dekat rumah. Kalau tak pandai memasak pun, tolong sediakan bahan. Semua masalah ni jadi sebab mak Damar manjakan sangat anak-anak sampai hilang adab dan hormat dekat orang. Patutnya Damar tampar sekali Bella tu biar ada akal. Baran betul tengok babak Danan ceramahkan abang dia pasal mentaliti makan gaji. Typical Gen Z.


Sinematografi Keluarga Suami Adalah Hama tak lah menyerlah dan ada kalanya terlihat seperti drama TV yang biasa. Music album juga menghimpunkan lagu-lagu yang mempunyai lirik tentang kehidupan setelah dewasa. Rentak dia pop sedangkan mood filem dah mula kelam dan menyesakkan dada. 

Walaupun mempunyai penceritaan yang kuat pada konfliknya dan dramanya tapi penyelesaian keluarga Damar agak bernasib baik lah. Mungkin sebab filem kan padahal penulis boleh sangat kuatkan lagi babak drama antara Intan dan Damar. Tak patut langsung final scene dekat café, babak tu nampak tenang dan tak puas sedangkan kita pun rasa nak ronyoh je Damar. 


Jarang nak suka dengan filem sutradara Anggy Umbara macam Jin & Jun (2023), Gundik (2025) dan lain-lain tapi Keluarga Suami Adalah Hama tampil sebagai naskhah yang bagus dan beremosi. I wish Anggy Umbara hasilkan lebih banyak filem dengan tema macam ni sebab dia sendiri dah berkahwin dan faham posisi Damar macam mana. I suka ending setiap watak dalam keluarga Damar, thanks Anggy. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.4/10

Movie Review | Qorin 2 (2025)

Sunday, 11 October 2026

Pengarah: Ginanti Rona  
Penulis Skrip: Lele Laila   
Pelakon: Fedi Nuril, Wavi Zihan, Ali Fikry, Muzakki Ramdhan, Seroja Hafiedz, Dimas Aditya, Indra Birowo, Epy Kusnandar, Sari Koeswoyo, Fitrie Rachmadhina, Gilang Devialdy, Vincentius Jeremhia, Ben Malaihollo, Quentin Stanislavski
Syarikat Produksi: IDN Pictures, Rapi Films, SL23, Sky Media  
Pengedar: Suraya Filem, Netflix
Genre:  Seram / Thriller  
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan:  11 Disember 2025 (Indonesia), 22 Januari 2026 (Malaysia)
Trailer:


Sekuel filem Qorin (2022) kali ini memaparkan kehidupan Makmur (Fedi Nuril) yang menyara diri dan anak tunggalnya, Jaya (Ali Fikry) dengan mengutip sampah di pekan kecil di Sunda, tempat mereka tinggal. Sebelum ini rumah mereka mempunyai kedai buku namun hangus terbakar hingga merenggut nyawa isterinya. 

Makmur dan Jaya lebih banyak mendiamkan diri dari bergaul dengan penduduk kampung. Di sekolah, Jaya sering dibuli oleh Dharma (Gilang Devialdy). Bu Fitri (Wavi Zihan) cuba untuk selamatkan Jaya setiap kali dia diganggu namun perbuatannya menyebabkan Jaya dibuli lebih teruk. 

Bu Fitri juga mempunyai adik lelaki yang sebaya dengan Jaya bernama Rijal (Muzakki Ramdhan) tapi dari menghalang aktiviti buli di sekolah, adiknya pula turut serta dan cuma berdiam diri. Di rumah pula, mereka berdua menjaga ibu yang sakit tua. 

Kerana pekerjaan dan hanya kelas bawahan, Makmur menggunakan jalan gelap dengan berdamping bersama Qorin untuk menyelamatkan anaknya. Seorang demi seorang mula dibunuh hingga Bu Fitri perasan ada sesuatu yang aneh berlaku di kampung tersebut. 

Setelah kejayaan instalment pertama, filem Qorin 2 menggunakan khidmat pengarah yang sama, Ginanti Rona bersama penulis skrip yang sama iaitu Lele Laila. Kali ini filem Qorin 2 mengangkat tema psikologi dengan paparkan trauma kehilangan orang tersayang dan juga isu buli serta penindasan terhadap kelas bawahan. 

Selepas filem Sukma (2025) yang merupakan filem seram pertama Fedi Nuril, dia tampil sebagai watak utama dalam Qorin 2 dengan watak yang lebih kurang sama bila mental terganggu. Bezanya, Hendra pergi berjumpa dengan psikatri sementara Makmur pilih untuk menyeru jin Qorin supaya dapat balas dendam. Tak terkejut pun Fedi boleh jayakan watak Makmur dengan bagus hingga terlupa persona suami poligami sebab dah pernah tengok filem dia sebagai ayah atau ketua keluarga. 

Sinematografi Qorin 2 oleh Arfian dibikin lebih gelap berbanding naskhah pertama mungkin sebagai simbolik kehidupan Makmur dan Jaya yang sentiasa dirundung malang. Malangnya setting yang terlampau gelap mengganggu juga penceritaan terutamanya bila jin Qorin muncul tapi tak terlihat dengan jelas sekaligus melemahkan elemen seram. Babak Ibu mengajak Fitri dan Rijal makan juga terlampau gelap sampai hilang rasa seram sedangkan babak tu boleh meninggalkan impak yang kuat.

Kalau filem Qorin 2 mempunyai alur cerita yang menarik dalam menggerakkan beberapa isu sosial juga elemen seramnya pada first half, filem mula longgar di separuh masa kedua dan juga klimaks. Lantas elemen kejutan pada credit scene tak begitu menyengat baik dari penceritaan atau commercial value. 

Boleh sangat kalau penulis lebih berani untuk keluar dari kebiasaan tapi produksi lebih memilih untuk menghukum Makmur dan Jaya sedangkan mereka berdua cuma korban masyarakat yang rosak dan lebih selesa menutup mata dari menjaga. Masalah yang sama juga berulang sebab Qorin (2022) pun mula longgar di second half filemnya. 

Watak Bu Fitri juga terlalu lambat bertindak buatkan momentum filem terasa lemah dan draggy. Boleh sangat filem dikembangkan dengan tambah lebih banyak babak seram atau perbualan tentang penindasan yang dihadapi oleh Makmur juga Jaya. Bonding kekeluargaan baik keluarga Makmur atau Bu Fitri kedua-duanya goyah dan kurang meyakinkan. 

Meskipun filem Qorin 2 mempunyai kelemahannya namun peluang untuk produksi tampil dengan instalment ketiga masih cerah. I masih berminat untuk tahu apa akan jadi dengan Jaya selepas berjaya keluar dari kampung tersebut. Mungkin produksi akan tampilkan cerita yang baru dan Jaya akan crossover watak-watak dalam instalment pertama. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7/10

Movie Review | Munafik: Melawan Iblis (2026)

Sunday, 4 October 2026

 

Pengarah: Guntur Soeharjanto  
Penulis Skrip: Kota Cerita Writers Room  
Pelakon:  Arya Saloka, Acha Septriasa, Dimas Aditya, Faqih Alaydrus, Donny Damara, Widi Dwinanda, Annisa Hertami, Nova Eliza, Oce Permatasari, Elvira Devinamira  
Syarikat Produksi: Unlimited Production, Skop Productions, Legacy Pictures, AZ Films, Komet Productions    
Pengedar:  Astro Shaw (Malaysia)
Genre: Supernatural / Seram / Agama 
Durasi Tayangan: 105 minit
Tarikh Tayangan: 3 September 2026 (Indonesia), 1 Oktober 2026 (Malaysia)   
Trailer:


Filem Munafik bermula dengan babak Ustaz Adam (Arya Saloka) meruqyah Mutia (Annisa Hertami) yang dirasuk oleh jin. Selepas sesi ruqyah, Mutia muntahkan darah hitam pekat bersama lipan hidup. Pulang saja dari rumah tersebut, Ustaz Adam bersama keluarganya pergi ke pantai untuk meluangkan masa bersama. 

Dalam perjalanan pulang, Ustaz Adam cuba mengelak Mutia yang berdiri di tengah jalanraya. Nasib dia baik kerana sempat mengelak namun mereka kemalangan setelah dihentam oleh sebuah kereta yang bergerak laju. Akibatnya, isterinya, Aini (Widi Dwinanda) meninggal di tempat kejadian dan Amir (Faqih Alaydrus) pula cedera parah. 


3 bulan dari kemalangan tersebut, Ustaz Adam mula menolak permintaan orang kampung untuk meruqyah. Dia juga tidak lagi berjemaah di masjid kerana ingin menjaga Amir di rumah. Namun usaha dia sering diendahkan oleh Amir kerana anaknya rindu pada si ibu. Ustaz Adam sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mencari pemilik kereta yang melanggar keluarganya kerana dia ingat no plat kereta tersebut. 

Dalam masa yang sama, Ustaz Adam mengalami gangguan dari makhluk halus. Sama juga dengan Fitri (Acha septriasa), jururawat yang merawat Ustaz Adam juga anak kepada dermawan bernama Haji Mansur (Donny Damara). Rakan baik Ustaz Adam, Anwar (Dimas Aditya) pujuk untuk bantu Fitri kerana mungkin jawapan kepada ujian yang menimpa Ustaz Adam ada pada kes ini.


Filem Munafik: Melawan Iblis merupakan remake kepada filem ikonik Syamsul Yusof iaitu Munafik (2016). Komet Productions berjaya membeli IP Munafik dan bakal menghasilkan trilogi Munafik bersama Skop Productions Sdn Bhd. Pengarah Guntur Soeharjanto popular dengan filem-filem bertemakan agama dan seram seperti Assalamualaikum Beijing (2014), Ayat-ayat Cinta 2 (2017), Backstage (2022), Suzzanna: Malam Jumat Kliwon (2023), Dosen Ghaib: Sudah Malam atau Sudah Tahu (2024) dan banyak lagi sepanjang 18 tahun bekerja sebagai pengarah filem. 

Penceritaan filem Munafik: Melawan Iblis sedikit berbeza dari filem Munafik (2016) dengan pengurangan watak sampingan juga elemen drama yang lebih mendalam. Kalau dalam filem Munafik, Ustaz Adam mula diganggu sejak merawat Maria (Nabila Huda) tapi dalam filem Munafik: Melawan Iblis, dia sudah bermula sejak menyelamatkan Mutia. 


Jujurnya I lebih suka penceritaan Munafik: Melawan Iblis yang lebih bercerita berbanding Munafik (2016) yang lebih banyak tekankan tentang sisi munafik pada pelbagai watak. Bila bercerita, nampak lah siapa watak Ustaz Adam, keluarga dia, masyarakat sekitarnya dan kita diperkenalkan juga dengan keluarga Fitri. 

Dalam filem Munafik: Melawan Iblis, watak ibu tiri iaitu Hajjah Zaenab (Nova Eliza) tak lah sebanyak watak Zati namun penulis berjaya tonjolkan konflik dalaman keluarga kaya tersebut. Penceritaan pada first half filem diceritakan dengan baik lantas mendukung momentum pada final act. Sama juga dengan keluarga Ustaz Adam bila banyak babak bonding antara Ustaz Adam dengan Amir di awal cerita sampai kita puas hati tengok second half dan final act. 

Babak seram dalam filem Munafik: Melawan Iblis tak lah sebanyak filem Munafik (2016) dan kebanyakannya lebih ke arah gore yang kena dengan selera penonton Indonesia. Babak Fitri berlawan dengan Ustaz Adam dipanjangkan dan mempunyai stunt yang dilakonkan oleh Acha sendiri.

 
Sama macam Munafik (2016), I suka dengan bacaan ayat ruqyah dan ayat-ayat Al-Quran oleh  Syamsul Yusof, bila dibikin semula, Arya Saloka masuk kelas supaya bacaan dia sama bagus dengan Syamsul. Guru yang mengajar dia pun puji bacaan Syamsul jadi usaha yang diletakkan oleh Arya untuk watak Ustaz Adam terlihat menjadi dan meyakinkan. Rasanya ini watak pertama Arya sebagai ustaz so I’m impressed. 

Sinematografi dari Enggar Budiono mengukuhkan lagi penceritaan Munafik: Melawan Iblis dengan syot yang menarik, penggunaan transisi juga slo-mo untuk mendapatkan visual yang menarik. Syaifullah Praditya masukkan bunyi yang menguatkan lagi suasana seram dan drama yang diperlukan. 



Penggunaan lagu Kemarin dari Seventeen yang digubah oleh Herman Sikumbang meruntun jiwa untuk pendedahan di penghujung cerita. Lirik lagu tu kena sangat dengan ujian Ustaz Adam jadi mudah lah menangis dalam panggung. 

Pace filem Munafik: Melawan Iblis ni perlahan sedikit lah dari Munafik (2016) sebab dia lebih tekankan pada seram dan drama sementara filem asal bergerak laju untuk bagi ruang kepada banyak watak. Ada part yang draggy macam Ustaz Adam minta untuk jumpa Fitri sedangkan boleh sangat sembang terus masa call tu. Mungkin ada yang tak suka Ustaz Adam versi Indonesia sebab softie tapi I okay je sebab sesuai lah dengan peribadi ustaz. No beef towards Ustaz Adam Malaysia tapi I rasa semua watak dalam Munafik (2016) beremosi sangat. 


Kekuatan Munafik: Melawan Iblis masih lagi pada mesej sosialnya yang ketengahkan tentang iman setiap Muslim. I suka bila Ustaz Adam tak lemah sangat bila diganggu dengan jin yang menyerupai Aini sementara Fitri sepenuhnya bergantung pada bantuan orang luar bila diganggu. Watak Anwar mungkin tak dapat banyak screentime tapi function setiap kali muncul. 

Keseluruhannya, I suka dengan filem Munafik: Melawan Iblis dan naskhah ini juga antara contoh remake yang bagus bila pihak produksi menambah baik lagi material yang ada. All the best untuk instalment kedua nanti!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

Movie Review | Tumbal Proyek (2026)

Saturday, 19 September 2026


Pengarah:  Jero Point  
Penulis Skrip: Jero Point, Sandika Gusti, Shinta Puji  
Pelakon: Karina Suwandi, Kiesha Alvaro, Callista Arum, Agus Firmansyah, Eduwart Manalu, Adi Sudirja, Fuad Idris, Agus Firmansyah, Rendi Khrisna, Raffan Al Aryan   
Syarikat Produksi: Dee Company  
Pengedar:  Antenna Entertainment (Malaysia), Netflix
Genre: Seram / Drama / Thriller
Durasi Tayangan: 106 minit
Tarikh Tayangan: 13 Mei 2026 (Indonesia), 20 Mei 2026 (Malaysia), 13 September 2016 (Netflix)
Trailer:


Yuda (Kiesha Alvaro) ingin membongkar kematian ayahnya, Bayu (Rendy Khrisna) setelah pergi bekerja di tapak pembinaan berskala besar milik Surajaya Construction yang ingin membina jambatan mega menghubungkan Surabaya dan Madura. 

Yuda, adik perempuannya Laras (Callista Arum) juga ibu mereka, Martha (Karina Suwandhi) tidak mempercayai berita yang dikhabarkan oleh Surajaya Construction sebagai kematian di tempat kerja kerana Bayu meninggal ketika malam satu suro. Selain ayah mereka, ada juga berita kanak-kanak hilang secara misteri berdekatan dengan tapak pembinaan tersebut. 


Yuda dan Laras sama-sama memohon kerja di Surajaya Construction. Yuda sebagai supervisor sementara Laras bekerja di bahagian pentadbiran. Mereka bertiga berpindah masuk ke apartment yang disediakan oleh pihak syarikat. Ketika Yuda dan Laras bekerja di waktu siangnya, Martha berehat di rumah kerana dia tidak boleh berjalan kecuali menggunakan kerusi roda. 

Mereka masuk bekerja tak jauh dari malam satu suro dan terdapat banyak kemalangan ngeri yang berlaku di tapak pembinaan. Kanak-kanak pun mula menghilang sama seperti 5 tahun lepas dan Martha pula mula dirasuk oleh roh yang tak tenang di apartment tersebut. 


Filem Proyek Tumbal arahan dan penulisan Jero Point menggunakan kisah urban legend di mana projek pembinaan mengorbankan nyawa untuk menenangkan entiti di alam lain. Dalam Tumbal Proyek, Surajaya Construction melakukan ritual seperti yang disepakati bersama semangat laut. Tema dan konsep yang sama dengan filem Kereta Berdarah (2024) yang mengorbankan pekerja untuk projek kereta api dan resort. 

Konflik yang dimasukkan mewujudkan elemen misteri di mana Yuda dan Laras mencari tahu kematian Bayu selepas 5 tahun dikhabarkan meninggal. Awalnya adik-beradik ni bergaduh kerana bimbangkan keselamatan masing-masing padahal keputusan besar macam tu sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu. 


Masing-masing tahu bila nak mendaftar masuk sebab satu keluarga pindah ke rumah yang sama. Dangkalnya keputusan Yuda dan Laras bila abaikan kebajikan si ibu. Dah tahu Martha sakit, tak boleh bergerak, bawa pula duduk di rumah apartment tingkat 5. Dah syak Bayu meninggal sebagai korban ritual tapi tetap bawa ibu yang kurang upaya dekat tempat berbahaya. Baru jejak kaki ke apartment, Martha dah dirasuk. 

Sejak mereka sekeluarga berpindah ke situ, hidup masing-masing tak tenang sebab diganggu bukan saja di rumah malah di pejabat juga. Dekat awal filem nampak lah Laras rajin berdoa dekat Jesus tapi bila sampai klimaks, dah hilang doa dia. 


Filem Proyek Tumbal mula hilang arah bila tak mampu hadirkan persoalan sama ada kegagalan syarikat menyiapkan projek disebabkan kebodohan pekerja ataupun kerana hal mistik. Filem jadi draggy bila Laras dan Yuda masih tak keluar dari situ bila keadaan Martha makin melarat. Sudah lah tak tahu kenapa Martha dirasuk, anak-anak pula tak bawa ke hospital padahal luka dekat belakang badan Martha dah berulat macam sundelbolong. 


Lakonan barisan pelakon yang terlibat tak perlu dinilai pun bila perjalanan cerita itu sendiri dah lemah dan tak perlu wujud. Elemen seram yang dimasukkan tu menjadi tapi rimas bila watak-watak dalam babak seram tak faham yang itu adalah gangguan hantu. Masuk second half, hantu dia dah berubah jadi zombi sampai kokak telinga orang. Itu belum yang merangkak serupa cicak dari hujung sana ke hujung sini. 

Misteri kematian Bayu boleh sangat diselesaikan tanpa anak-anak dia masuk bekerja di syarikat yang sama pun. Bila tahu punca sebenar pun tak ada apa-apa perubahan yang dibuat pun. Ending pun tak difahami apa yang pengarah cuba untuk sampaikan. Kalau nak jadi kaya kena upah hantu untuk bekerja ke? 

My exact reaction watching this movie

Proyek Tumbal cuma menumpang populariti urban legend untuk menjayakan naskhah yang sangat lemah. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 2.8/10

Movie Review | Cinta Tak Pernah Tepat Waktu (2025)

Sunday, 6 September 2026

Pengarah: Hanung Bramantyo   
Penulis Skrip: Haqi Achmad, Hanung Bramantyo  
Pelakon: Refal Hady, Nadya Arina, Mira Filzah, Carissa Perusset, Meriam Bellina, Dewi Irawan, Slamet Rahardjo, Morgan Oey     
Syarikat Produksi: Dapur Film, K Studio, Seven Skies Motion, Kencana, JerryGood Films
Pengedar:  Vidio (Indonesia), Skop Productions Sdn. Bhd. (Malaysia)
Genre:  Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 114 minit
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2024 (Jakarta Film Week), 13 Februari 2025 (Indonesia), 20 Februari 2025 (Malaysia, Brunei) 
Trailer:


‘Kata bapakku, musuh terbesar manusia adalah waktu. Ia mudah buat kita terlena juga bisa buat kita sangat menggebu-gebu. Bapak bilang waktu itu seperti monster, yang siap menelan kapanpun.’ – Daku Ramala

Daku Ramala (Refal Hady) merupakan seorang penulis novel dan mempunyai masalah writer’s block. Di fasa itu, teman wanitanya, Nadya (Nadya Arina) setia memberi sokongan moral juga kewangan. Namun Nadya mula persoalkan tentang masa depan mereka setelah 5 tahun bercinta. Sebolehnya Daku mengelak kerana dia belum bersedia. 


Keluarga Nadya tak mampu menerima sikap Daku yang berlengah-lengah dan mencadangkan supaya anak perempuan tunggal mereka berkenalan dengan calon pilihan mereka. Nadya sendiri mula ragu-ragu untuk bersama dengan Daku lalu dia bersetuju untuk bertunang dengan pilihan keluarga. 

Daku yang patah hati bertemu dengan Anya (Carissa Perusset), wanita cantik yang mempunyai kerjaya bagus. Anya senang dengan Daku dan mula bercinta tapi sebaik saja Anya melamar, Daku pilih untuk lari. Sekali lagi Daku menyakitkan hati orang yang sayang dengan dia seikhlasnya. 


Ibu (Dewi Irawan) dan bapa Daku (Slamet Rahardjo) mula jelak dengan perangai anak teruna mereka. Sudah lah tidak mempunyai kerjaya yang stabil, perangai pula tak seberapa. Walaupun orang tua Daku inginkan menantu tapi ibunya melarang Daku untuk mesra dengan Dr. Sarah (Mira Filzah) yang berasal dari Malaysia kemudian dipindahkan ke pekan kecil Rembang. 

Namun Daku dan Sarah dengan mudahnya tertarik antara satu sama lain tapi takdir ada rencana tersendiri. 


Filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu arahan dan penulisan Hanung Bramantyo diadaptasikan dari novel karya Puthut EA dengan judul yang sama. Penceritaan filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu bersifat ringkas dan mudah difahami. Pace juga laju, mungkin sebab diceritakan dari perspektif lelaki yang bukan berjiwa sensitif atau ada perasaan yang mendalam terhadap orang lain. 

Sepanjang menonton memang menyampah dengan watak Daku tambah pula I pernah ada di posisi Nadya. Tunggu lama tapi tak berhujung dengan perkara yang manis. Tunggu bukan sekadar tunggu tapi buat semua yang kita mampu sudahnya putus. Kesian tengok Nadya menangis masa ambil barang dekat bilik Daku tapi lagi kesian kalau dia terus menunggu. 


Lakonan Mira Filzah sebagai Dr. Sarah tampak natural dan bersahaja. Chemistry Mira dengan Refal juga kuat dan buatkan penonton yakin yang mereka berdua adalah endgame. Watak Sarah bukan saja kuatkan genre romantik malah mendukung elemen drama. Nampak macam berat tapi semuanya tampak mudah dan bersahaja untuk Mira Filzah yang memang berpengalaman untuk genre romantik drama. Babak yang sekejap dari Sarah tu memang beri impak untuk klimaks dalam Cinta Tak Pernah Tepat Waktu. 


Sinematografi dari Satria Kurnianto menggunakan keindahan landskap Jogjakarta dan Rembang. Salah satu latar tempat di mana Daku healing setelah diserang anxiety attack adalah tempat yang sama dengan latar tempat dalam filem Sadali (2026) - Elo Progo Art House. Ikutkan filem ni dulu yang jumpa tapi I tengok Sadali dulu so I discover dekat situ lah. Filem ini juga mengangkat seni pementasan dan wayang kulit yang menjadi seni tradisi masyarakat Nusantara. 

Lagu latar Cinta Tak Pernah Tepat Waktu menggunakan bakat Aina Abdul dan Fabio Asher, dua suara yang sangat sesuai dengan genre balada. Lepas tengok filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu, makin terasa bermakna lirik lagu tu sebab kita dah faham apa yang penulis ingin sampaikan. 



Kekuatan filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu juga terletak pada skrip yang kuat bersama naratif yang puitis tentang manusia yang perlu berjuang melawan waktu. Pengajaran yang dimasukkan juga kuat tentang hidup dan waktu. Mungkin sebab tu juga kita diajar bermeditasi supaya tak lemas dalam tekanan hidup. 

‘Saat kita dilahirkan, kita seirama dengan waktu. Seiring kita berjalan, langkah berubah, irama juga berubah. Terpengaruh dengan keinginan, terpengaruh oleh nafsu, terpengaruh oleh pikiran. Pikiran membangkitkan ego. Ego mengaburi nurani.’ – Karjo (Whani Darmawan)


Kelemahan filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu bila watak Sarah agak singkat dan flashback yang dimasukkan pula mengulang kembali momen mereka yang sudah dipaparkan sebelumnya. Patut pengarah tambah babak yang lain supaya kita boleh faham kenapa mudah sangat Daku rasa tergerak hati nak berubah selepas berjumpa dengan Sarah. 

Tak pasti kenapa pengarah menggunakan ratio visual yang kecil apabila Daku bertemu dengan Sarah. Mungkin sengaja untuk paparkan hubungan mereka yang rapat atau gambarkan perasaan Daku yang terhimpit dengan beban perasaan. Seninya wujud tapi geram juga bila tengok filem dalam ratio yang kecil. 


Perjalanan hidup Daku mungkin menyakitkan hati pada awalnya tapi I lega semua watak yang disakiti dapat penutup yang indah untuk mereka. Bukan Daku saja yang rasa tenang, I yang tengok pun rasa tenang dan lega sebab kisah Daku, Nadya dan Anya ditutup dengan baik. Mungkin tidak bagi Sarah tapi ikut pada personaliti dia, insya-allah dia berserah dan berada di tempat yang selayaknya. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Movie Review | Operasi Pesta Copet (2026)

Thursday, 3 September 2026

Pengarah: Edy Khemod
Penulis Skrip: Edy Khemod, Rino Sarjono
Pelakon: Iqbaal Ramadhan, Kristo Immanuel, Zulfa Maharani, Kawai Labiba, Fauzan Lubis, Azizah Hanum, Ardit Erwandha, Kiki Narenda, Shakeel Fauzi, Totos Rasiti, Yeyen Lidya, Damita Almira, Myesha Lin
Syarikat Produksi: Imajinari, Angin Segar, Boss Creator
Pengedar: Antenna Entertainment (Malaysia) 
Genre: Jenayah / Komedi
Durasi Tayangan: 113 minit
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2026 (Indonesia), 03 September 2026 (Malaysia)
Trailer:


Ditekan keadaan ekonomi selepas dibuang kerja di kilang, hidup Ijal (Iqbaal Ramadhan) mula berantakan kerana tiada sumber pendapatan. Makin ditambah beban bila ibunya (Yeyen Lidya) muncul bersama adik tirinya, Mila (Myesha Lin) bantu  selesaikan hutang dengan lintah darat sebanyak Rp13 juta.

Ijal ada buat kerja sambilan dengan rakan baiknya, Adut (Kristo Immanuel) mengambil upah jadi badut bersama ayahnya, Somali (Totos Rasiti) tapi upahnya tak seberapa. Ijal bertemu dengan Silet (Fauzan Lubis) yang suka mencuri di pasar basah. Silet ajak Ijal dan Adut mencopet beberapa biji handphone kemudian jual di kedai telefon. 


Hasil mencopet di pasar agak lumayan tapi tak lama bila Silet tertangkap dan dipenjarakan. Ijal semakin kusut kerana hilang punca pendapatan sekali lagi. Dia kemudiannya diajak oleh adik sepupunya, Melodi (Kawai Labiba) ke konsert rock. Di situ Ijal mendapat ilham untuk mencuri di konsert musik sebab ramai penonton yang leka. Bila moshing pula banyak handphone yang melayang dari kocek seluar.
 
Ijal ajak Adut untuk mencopet di konsert muzik, Melodi pula ingin menjadi perancang strategi sementara Tia (Zulfa Maharani) tukang tadah atau tukang kutip hasil mencopet. Melodi cadangkan mereka berempat mencopet di Pestapora, festival musik terbesar di Indonesia yang berlangsung selama 3 hari. 


Imajinari perkenalkan Edy Khemod sebagai pengarah baru dan pertama kali bekerjasama dengan Iqbaal Ramadhan dalam filem komedi Jenayah selepas filem Agak Laen (2024). Filem Operasi Pesta Copet menceritakan bagaimana operasi mencopet dijalankan dan jelaskan dengan mudah istilah yang digunakan seperti ngambang, ngalih, mutus, nadah. 

Edy Khemod juga menceritakan scenario dunia musik untuk pelbagai genre termasuklah metal. Semuanya digambarkan dengan menarik sampai kita jelas dengan budaya musik di Indonesia. Cuma segala ilmu yang dicurahkan tak lah dipratikkan oleh watak-watak utama jadi ada masanya nampak macam watak utama tak betul-betul blend in dengan peminat muzik yang lain. 


Penampilan Rhoma Irama, "Raja Dangdut" dengan lagu 1001 Macam menguatkan lagi landskap muzik Indonesia yang mengangkat genre dangdut. Himpunan lagu juga musik latar dari Mar Galo dan Ken Jenie menguatkan penceritaan Operasi Pesta Copet. 

Awalnya agak skeptikal dengan perjalanan filem Operasi Pesta Copet bila tampilkan watak pencopet dengan latar masyarakat yang hidup miskin melarat. Tambahan pula ada babak Ijal kecil (Shakeel Fauzi) yang ditinggalkan oleh ibunya. Risau juga akan ikut format penceritaan Agak Laen (2024) dan betul jangkaan tu cumanya olahan sutradara Edy Khemod terlihat menarik dan menghiburkan. Sepanjang filem berdekah dengan kisah Ijal dan pencopet yang lain. 


Sinematografi dari Dicky R. Maland menjadikan filem Operasi Pesta Copet tampil bergaya walaupun latar tempat tak lah begitu menarik. Tempat yang biasa tapi hasilkan visual yang luar biasa bersama teknik transisi dan mockumentary style. Ada awkward fourth wall breaks untuk kuatkan lagi suasana komedi yang dimasukkan. 

Dalam filem Operasi Pesta Copet, penulis ada masukkan babak tentang penindasan terhadap kelas bawahan seperti Ijal. Babak Ijal dan Somali paling ketara sindirannya bila Somali bercakap tentang kerja keras sedangkan dia antara yang menindas Ijal walaupun dia tahu Ijal bekerja bagus, tak seperti Adut yang banyak curi tulang. I suka bila penulis tak paksa watak Ijal untuk maafkan kesalahan si ibu.


Semua pelakon menjalankan tugas dengan baik tapi Iqbaal Ramadhan dan Kawai Labiba paling menyerlah. Sebelum ni pernah tengok lakonan Kawai dalam 1 Kakak 7 Ponakan (2025) dan Kitab Sijjin & Illiyyin (2025) tapi ruang dia agak terhad. 

Kelemahan Operasi Pesta Copet pada second half bila penulis masukkan babak dramatik yang meleret dan mengganggu momentum filem yang dibina dengan baik di awalnya. Flashbacks yang dimasukkan sangatlah tak perlu sebab kita masih ingat memori manis yang dibina oleh watak utama. Lakonan Zulfa Maharani juga tak mampu menghadirkan konflik emosi yang kuat di samping Ijal. Chemistry Zulfa bersama Iqbaal juga terasa kurang sekaligus melemahkan elemen romantik dan dramatik bila konflik yang lebih besar diwujudkan di second half. 


Anyway, thank you, Antenna Entertainments, for the invitation. Terima kasih juga Iqbaal menceriakan birthday I walaupun tak bertentang mata in real life tibehhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

Movie Review | Patah Hati Yang Kupilih (2025)

Tuesday, 18 August 2026

Pengarah: Danial Rifki
Penulis Skrip: Junisya Aurelita, Ezra Cecio, Santy Diliana 
Pelakon: Prilly Latuconsina, Bryan Domani, Indian Akbar, Humaira Jahra, Marissa Anita, Rowiena Umboh, Willem Bevers
Syarikat Produksi: Sinemaku Pictures, Legacy Pictures, Masih Belajar Project
Pengedar: Antenna Entertainment, Netflix
Genre: Drama / Romantik
Durasi Tayangan: 109 minit
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2025 (Indonesia), 08 Januari 2026 (Malaysia)
Trailer:

Alya (Prilly Latuconsina) membesarkan anaknya, Freya (Humaira Jahra) bersama ibunya (Marissa Anita) dan tinggal di rumah kedai. Di bahagian bawah untuk restoran milik ibunya menjual mi sementara di bahagian atas adalah ruang kediaman mereka bertiga. Alya bakal berkahwin dengan Fadil (Akbar Indian) yang bekerja satu pejabat dengannya dan juga menerima dia seadanya walaupun tahu identiti Freya tanpa kehadiran ayah yang sah. 

Satu hari Alya mendapat khabar bahawa Gideon (Willem Bevers) meninggal dunia lalu dia bersama Freya pergi ke pengebumian. Di sana dia berjumpa kembali dengan Ben (Bryan Domani) setelah 5 tahun berpisah. Setelah mereka putuskan hubungan, Ben bawa diri ke Itali untuk menjadi chef di sana. 


Ben pulang ke Indonesia kerana ayah dia meninggal namun tak sangka dia mendapat khabar bahawa dia mempunyai anak perempuan. Ben cuba berkenalan dengan Freya secara curi-curi kerana tak mahu bertegang urat dengan keluarga Alya. Freya seronok dapat bertemu dengan ayah kandung dia dan kebetulan dia perlu tunjukkan bakat di Talent’s Day di taska tak lama lagi. 


Minat Freya sama dengan Ben dan kebanyakan masanya Freya ingin luangkan masa dengan Ben yang selalu memenuhi kehendak dia hingga Fadil mula mempersoalkan tentang fokus Alya. Ben mula berfikir tentang masa depan bersama Freya sementara Alya ragu-ragu antara Fadil dan Ben. 


Setelah filem Bolehkah Sekali Saja Kumenangis (2024) dan Perayaan Mati Rasa (2025), Umay Shahab menerusi Sinemaku Pictures tampilkan filem romantik drama terbaru berjudul Patah Hati yang Kupilih dengan khidmat sutradara dari Danial Rifki. 

Masa dapat invitation untuk premiere screening I tak pergi sebab malas tengok lakonan Prilly untuk genre drama. Bila masuk Netflix baru tergerak hati nak tengok. Tak sangka tenang betul lakonan Prilly sebagai Alya. Tak kisah lah babak drama atau konflik, semuanya dia hadapi dengan tenang namun emosi tetap sampai. 


Bukan pertama kali nampak lakonan Prilly bersama Bryan Domani sebab mereka pernah bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam filem Ketika Berhenti di Sini (2023). Soal chemistry dan dinamik lakonan mereka berdua tak menjadi masalah malah menguatkan lagi genre romantik sampai kita pun tertanya-tanya apa pilihan Alya pada second half movie ni. 


Memang tak banyak screentime untuk watak Fadil tapi tindakan dia menjaga Alya dengan Freya, terima mereka berdua seadanya pun dah cukup menggambarkan rasa sayang dan prihatin dia. Babak Fadil imamkan solat Alya dengan Freya pun dah boleh nampak mereka bertiga cocok sebagai sebuah keluarga. Kita sebagai penonton nampak perkara tu, Ben pun nampak perkara yang sama. 


Konflik yang dibawakan dalam filem Patah Hati yang Kupilih bukan saja tentang watak Alya yang perlu memilih antara Ben atau Fadil tapi dilemma Ben juga yang perlu memilih antara dua agama yang berbeza. Kalau dia nak hidup dengan Alya dan Freya, dia perlu tukar agama tapi macam yang disoalkan oleh ibu dia, mampu tak dia nak terima agama baru sedangkan agama dia sejak kecil tak ajar dia benda buruk pun. 

Sinematografi filem Patah Hati yang Kupilih menguatkan lagi emosi dan mood filem lantas menguatkan lagi penceritaan yang penghujungnya bakal berakhir dengan patah hati. Dari tajuk pun dah tahu pilihan apa yang Alya buat tetap akan ada yang patah hati tapi baik Alya, Ben atau Fadil, masing-masing selesaikan konflik dengan matang. 


Geram tengok Humaira Jahra sebagai Freya, comel betul. Sesuai lah jadi anak Bryan Domani sebab muka dia ada iras. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

Movie Review | Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa (2026)

Monday, 10 August 2026

Pengarah: Azhar Kinoi Lubis
Penulis Skrip: Jujur Prananto, Ferry Lesmana, Sunil Soraya
Pelakon: Luna Maya, Reza Rahadian, Clift Sangra, Djenar Maesa Ayu, Restu Triandy 
Syarikat Produksi: Soraya Intercine Films
Pengedar: Antenna Entertainments (Malaysia, Brunei, Singapura), Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 18 Mac 2026 (Indonesia), 25 Mac 2026 (Malaysia) 
Trailer:


Filem bermula dengan babak Bisman (Clift Sangra) meminta Bomoh hantar santau kepada bekas ketua kampung untuk merampas jawatan tersebut. Sejak Bisman naik berkuasa di kampung Karang Setan, habis penduduk kampung dianiaya. 

Bekas guru bernama Satriyo (El Manik) berani melawan ketidakadilan itu dan melarang anak tunggalnya, Suzzanna (Luna Maya) dari menerima lamaran Bisman. Namun tak lama kemudian dia juga disantau hingga meninggal dunia dalam keadaan yang ngeri. Tak lama kemudian, Suzzanna pula melarikan diri dari diganggu oleh anak buah Bisman lalu jatuh dari gaung. 


Suzzanna diselamatkan oleh Pramuja (Reza Rahadian) yang tinggal bersama ibu saudaranya, Nyi Gayatri (Djenar Maesa Ayu). Suzzanna dirawat secara tradisional di situ hingga beransur pulih. Dia juga semakin rapat dengan Pramuja namun mereka berdua berpisah kerana Pramuja tak suka dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh Nyi Gayatri. Sementara Suzzanna pula menjadi pelapis kepada dukun wanita tersebut. 


Niatnya jelas, dia ingin membalas dendam terhadap perbuatan Bisman yang sengaja menghancurkan keluarganya. Selepas mempelajari ilmu Nyi Gayatri, Suzzanna pulang ke Karang Setan untuk menghancurkan musuhnya. 


Setelah kejayaan filem Suzanna: Bernapas Dalam Kubur (2018) dan Suzzanna: Malam Jumat Kliwon (2023), instalment ketiga atau mungkin yang terakhir mengadaptasikan filem Santet (1989) yang pernah dibintangi oleh Suzzanna Martha Frederika van Osch.  

Kali ni Luna Maya tak berlakon sebagai Sundel Bolong untuk membalas dendam sebaliknya sebagai pengamal ilmu hitam. Lakonan Luna Maya dalam filem Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa juga pamerkan beberapa signature style Suzzanna selain dari protestik dan wardrobe yang seakan sama dengan Ratu seram Indonesia. Masa dia jatuh dalam sungai tu je yang kita boleh nampak rupa sebenar Luna Maya. 


Jalan cerita Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa arahan Azhar Kinoi Lubis mempunyai jalan cerita yang ringkas namun tidak cukup rencah untuk filem seram tapi lebih terarah pada gore. Mual juga lah tekak sebab tengok masa makan. Seram yang dimasukkan cuma pada hantu di dalam gua yang kacau Suzzanna semasa bertapa tapi itu pun tak lah seram. 

Dialog dari barisan penulis tak begitu kuat untuk menyampaikan mesej memperjuangkan hak masing-masing. Kalau jadi penduduk situ memang pilih untuk larikan diri sebab siapa punya idea letak nama kampung Karang Setan? 


Tak pasti Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa menggunakan zaman bila sebagai latar masa utama tapi yang pastinya 80-an sebab tak dijajah tapi tak juga moden. Nak dapatkan bantuan pihak polis pun perlu pergi ke bandar yang terletak jauh dari situ. I tak nampak alasan yang munasabah untuk tinggal lama di Karang Setan.  

Watak Pramuja dari awal filem hadirkan elemen misteri dan kejutan di hujung cerita sebab datang ke Karang Setan untuk menjejak ayah dia yang hilang. Dia jatuh suka dengan Suzzanna dan chemistry mereka berdua pun tak disangkal lagi sebab dah pernah tengok Reza dan Luna berlakon bersama dalam filem Mendarat Darurat (2022) sebelum ni. 


Tapi kehadiran Reza pun tak mampu selamatkan Karang Setan sebab penggerak filem ini sepenuhnya terletak pada watak Suzzanna walaupun ada watak sampingan yang lebih kuat dari dia. I pun tak expect Reza Rahadian akan lakonkan watak yang kuat sebab dia dah selesa lakonkan watak pasu bunga. I cuma rindu Suzzanna mengilai tapi dalam filem ni tak ada. 

Watak Bisman memang ada kuasa sebagai ketua kampung tapi bukan sebagai ketua keluarga. Tak faham juga macam mana dia boleh berani nak kahwin dengan Suzzanna tapi takut dengan Bu Suroh (Nunong) dan kenapa dia tak boleh tundukkan isteri dia. Banyak sebenarnya plot dalam filem ni yang tak mampu untuk difahami. Fun fact, Clift Sangra adalah suami kepada mendiang Suzzanna. 


Sinematografi dari Muhammad Firdaus bergantung pada keindahan lokasi latar tempat yang digunakan. Sungai tempat Suzzanna jatuh tu cantik, tempat tinggal Nyi Gayatri pun sarat dengan budaya Nusantara. Namun terlihat lemah pada babak yang menggunakan visual effects. Musik latar pun okayish lah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.3 = 5/10