Tutorial | AR Post

Sunday 1 September 2019

Masa awal masuk kerja dekat office baru memang tak tahu menahu langsung pasal AR post ni bila lawyer suruh I pos surat kepada opponent guna AR post. Merangkak jugak mencari tutorial macam mana nak guna AR Post ni. Dah Google tapi tak ada pun tutorial macam mana nak guna AR post. Yang ada keluar cuma penerima dapat atau pengirim berjaya hantar AR post. 


Beza AR post ni bila kita hantar surat, pihak Pos Malaysia akan hantar kembali kad berwarna kuning ni sebagai jawapan sama ada penerima terima surat kita ataupun enggan terima. Sama ada terima atau tolak, penerima tetap kena bagi jawapan dan sign. 

Kalau penerima dah pindah ataupun pengirim tersalah alamat, pihak Pos Malaysia akan kembalikan balik dalam masa seminggu atau lebih dari tu. Nak buat AR post ni agak senang sebenarnya tapi kena ada banyak item dan steps lah. 

For sure kena ada AR card, sticker AR, borang AR post dan juga setem (kuantiti setem mengikut jarak alamat). AR card dengan sticker AR ni boleh dibeli di mana-mana cawangan Pos Malaysia dengan harga RM4.10 (harga pada Jun 2023). Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa ye.

First step, just isi details kita sebagai pengirim dan penerima di ruang yang disediakan di sebelah kiri AR post tu.

Sebagai contoh:

Ram Reza & Muhammad, 
Chambers Unit E-7-02, Jln PJU 1A/7A, 
Oasis Square Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor


Nak senang, guna cop syarikat yang lengkap dengan nama, alamat dan no telefon syarikat tempek je dekat bahagian pengirim tu. 

Semua AR post akan dapat sticker putih dan beberapa bar code untuk kegunaan pejabat Pos Malaysia, simpanan penerima dan juga pengirim. Ambil bar code kedua dan tampal di No. Pos Daftar macam gambar di atas. 


Step ketiga, ambil bar code pertama (Office use only) dan tampal di borang AR post macam gambar di bawah. Dalam borang AR post ni cuma kena ada nama penerima dan alamat penerima. Kalau ada lebih dari satu penerima boleh je isi dalam satu borang. Pls contact I dekat farhannajafri@gmailcom untuk dapatkan borang tu. I dah pernah letak link but it seems ramai sangat ubah itu ini sampai hilang format asal. 


Untuk bar code customer's copy tu boleh simpan sebagai rekod pihak pengirim. 

Dah habis tarik semua bar code sticker, isi details pengirim dan penerima kemudian boleh buka dan tampal dekat hujung sebelah kanan sampul surat. Sebelah sticker tu tampal setem biasa macam dalam gambar di bawah ni. 


Dah settle semua, attach AR post dengan sampul dan borang AR post dan serah dekat kaunter. Bila pihak pos Malaysia dah check, nanti dia akan cop di bahagian bawah borang AR post. 

Lepas penerima dah dapat surat tu nanti, posmen akan hantar AR post kepada kita macam dalam gambar bawah ni. Paling lewat pun seminggu tapi kalau Pos Malaysia diam je, ada eloknya u guys call diorang. Takut kena peram dekat transit sebab penerima tak ada ataupun masalah dalaman transit. 


Senang je buat AR post ni tapi kalau first time tu mungkin akan pening main dengan sticker barcode tu. Guess that's all for now, hopefully yang mencari boleh dapat pencerahan dekat entri ni. 

38 comments

  1. ni kalo urusan penting seri paduka baginda, elok guna AR Post ni kan...

    ReplyDelete
  2. wahh bagus nie .. sy baru tau pasal AR post nie..

    ReplyDelete
  3. wah terima kasih sudi berkongsi informasi =)

    ReplyDelete
  4. AR ni utk luar malaysia boleh ke?

    Marina tengah on giveaway. Jom join.

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Good sharing.. Mnalah tahu ada yang cari nanti.. atleast ada dah info..

    ReplyDelete
  6. boleh ke kat NAMA DAN ALAMAT PENGIRIM tu kita cop je company punya cop yg ade address?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti sebab nanti dekat belakang surat kena cop jugak. Tak pernah lagi cop. Try tanya abang pos lah kalau nak confirm

      Delete
    2. Boleh...klu sy mmg sediakan cop je sbb alamat ofis pnjg kan, xperlu nk tulis2 dh..

      Delete
  7. sgt2 membantu. terima kasih. satu algi nk tny, borang bungkusan pos banyak tu kena beli di pejabat pos ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, beli dekat pejabat pos. Nanti dia akan bagi kad kuning tu dengan sticker putih. AR card untuk current rate, RM2.80 sekeping.

      Delete
    2. Maaf, I salah faham, borang tu tak pasti. But u can email if u want the copy of that form.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. thank you... saya pun tak menahu pasal pos AR ni

    ReplyDelete
  10. Borang AR tu nak dapatkan di mana ye? Pejabat pos ke?

    ReplyDelete
  11. Borang AR tu nak dapatkan di mana ye? Pejabat pos ke?

    ReplyDelete
  12. nak tanya.. selain setem biasa ade ke setem lain.. sebab tmpt yg saya nk hantar document ni katanya tak boleh pakai setem biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak kalau ada setem lain sebab selama ni pakai setem biasa je. Cuba hantar dekat pejabat pos lain. kadang2 yang dekat kaunter tu lain orang lain perangainya

      Delete
  13. assalamualaikum farhana , gmail farhana gmail.com atau gmailcom ?

    ReplyDelete
  14. Salam kak ar kad nj selalunya berapa lama akan sampai?

    ReplyDelete
  15. Salam kak kalau guna ar kad nj berapa lama boleh sampai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya pos ambil masa dalam seminggu macam tu. Ambil masa lama kalau alamat tak lengkap, tak ada no telefon penerima ataupun alamat tak ada penerima masa dia hantar tu.

      Delete
  16. Salam.. Yang Kita kena bawak salinan bila masuk court nanti Yang mana ya??

    ReplyDelete
  17. terima kasih

    ReplyDelete
  18. terima kasih tutorialnya..terbaik..

    ReplyDelete
  19. nak mintak tolong sesiapa boleh email kan saya borang bungkusan pos banyak ke prema@rsas.com.my

    ReplyDelete
  20. thanks for your tutorial

    ReplyDelete
  21. Boleh ke wakil yang isikan kad AR ni sewaktu posmen hantar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tak ada masalah. cuma liabiliti akan terletak pada wakil

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.