Movie Review | Maryam: Janji dan Jiwa yang Terikat

Sunday, 15 February 2026


Pengarah: Azhar Kinoi Lubis
Penulis Skrip: Jamaluddin Daris, Lele Laila
Pelakon: Claresta Taufan Kusumarina, Wafda Saifan Lubis, Debo Andryos, Shaqueena Medina Lukman, Rukman Rosadi, Maryam Supraba, Sari Majdid, Ayu Dyah Pasha, Annisa Lutfhiani, Ridwan Kainan, Daffa Balanipa, Rahmet Ababil, Shakeel Fauzy
Syarikat Produksi: Visual Media Studio (VMS), Legacy Pictures, Mandela Pictures
Pengedar: Suraya Filem (Indonesia), GSC Movies (Malaysia), Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 92 minit
Tarikh Tayangan: 18 September 2025 (Indonesia), 18 Disember 2025 (Malaysia)
Trailer:


Filem yang diangkat dari siri podcast Lentera Malam berjudul Maryam: Belenggu Jin Kafir mengisahkan tentang Maryam yang dibelenggu oleh Jin Ifrit sejak lahir. Maryam (Shaqueena Medina) sentiasa bersendiri kerana pelajar lain menganggap dia sebagai seorang yang aneh kerana suka berbual sendiri. Maryam juga sentiasa mendapat duit dari jin tersebut sejak kecil. 

Kerana sering diejek di dalam kelas, jin mula mengganggu dan mencederakan rakan sekelas Maryam lantas membuatkan Maryam dipulaukan oleh orang sekitar. Menginjak dewasa juga Maryam (Claresta Taufan) sering diganggu malah sesiapa saja yang suka dengan Maryam akan dicederakan oleh Jin. 

Tak peduli dengan cerita-cerita orang, Bagas (Debo Andryos) mengajak Maryam berkahwin tapi nasibnya juga sudah dapat dijangka bila berakhir dengan musibah. Kyai Saleh (Rukman Rosadi) memujuk Maryam supaya terus kuat dengan ujian tapi dia juga tidak mampu mengalahkan Jin tersebut. 

Filem Maryam: Janji dan Jiwa yang Terikat disutradara oleh Azhar Kinoi Lubis yang mula aktif berkecimpung dalam genre seram sejak 2018 seperti Kafir: Bersekutu Dengan Setan (2018) Mangkujiwo (2020), Pengantin Setan (2025) atau Mama: Pesan Dari Neraka (2025). Tak banyak filem arahan Azhar Kinoi Lubis yang I dah layan tapi tengok pada filemografi dia jadi risau pula untuk filem Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa nanti. 

Menggunakan khidmat penulisan Lele Laila yang popular dengan KKN di Desa Penari (2022) tapi vibe filem Maryam jauh berbeza kerana tak dijelaskan dengan lanjut bagaimana Maryam terikat dengan Jin Ifrit yang pedo. Selain Maryam, ada lagi bayi yang diganggu di alam ghaib. Filem Maryam hanya menceritakan secara ringkas tanpa mengupas dengan lebih mendalam. Wujudnya naskhah Maryam: Janji dan Jiwa yang Terikat adalah untuk memahami dunia Maryam tapi kalau tidak dikembangkan dengan baik, macam mana nak faham?

Watak Maryam ada kelebihan bila dijaga oleh Kiyai sejak kecil yang berjanji akan menjaga Maryam dari Jin tapi Maryam dan ibu dia tak tinggal di pusat tahfiz sebaliknya mereka berdua tinggal jauh dari orang lain, di persisiran pantai. Setiap kali diganggu baru Kyai datang berjumpa dengan Maryam. Tapi nak kata pusat tahfiz tu lebih selamat pun, dalam filem Anak Perjanjian Syaitan 2 (2024) pun tak menjamin keselamatan watak utama bila dia ditempatkan di madrasah untuk menghalang gangguan syaitan. 

‘Jin itu bisa berubah menjadi apa saja. Bisa masuk ke dalam tubuh manusia dari mana saja. Bisa dari makanan yang tak halal, bisa dari hasil kerja yang kotor atau bisa jadi dari tempat yang nggak baik. Intinya bisa dari mana saja. Hanya Allah yang tahu pastinya.’ – Kyai Saleh 

Walaupun entiti seram yang digunakan lebih mencabar bila Jin Ifrit tak gentar dengan bacaan ruqyah atau air Yassin, namun solusi yang dibawakan ternyata lemah. Maryam sendiri tak ada pendinding yang kuat atau amalan yang dilakukan untuk mengurangkan gangguan Jin. 

Babak klimaks pun bosan bila watak Maryam sengaja ditinggalkan berseorangan ketika mengambil wudhu sedangkan semua sedia maklum atas risiko pada hari kejadian. Bial dia bersemuka dengan Jin Ifrit, tak ada apa sangat pun yang dia buat sebab usaha menyelamatkan tu terletak pada watak Ustaz Farhan (Wafda Saifan). 

Bila filem Maryam: Janji dan Jiwa yang Terikat tak ceritakan sepenuhnya bagaimana jiwa Maryam boleh terikat sejak awal, memang susah nak masuk dalam dunia Maryam. Terlalu banyak persoalan yang timbul sepanjang menonton filem ni. Babak seram tak terasa sangat pun sebab dia lebih kepada gore. Entiti jin pun kerap muncul sebagai bayang-bayang kecuali pada babak klimaks. 

Lakonan semua pelakon yang terlibat baik pelakon dewasa atau kanak-kanak menggalas tanggungjawab sebaik mungkin untuk menghidupkan watak yang diberikan. Sayangnya, penulisan dan olahan buatkan filem Maryam: Janji dan Jiwa Terikat terlihat lemah sebagai sebuah naskhah seram.

p/s: Jin Ifrit yang ganggu Maryam boleh tahan flirty – aku mencintaimu dalam semua bahasa cinta yang ada di dunia. Gitewwww

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10



Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.