DOA YANG TERLINDUNG TERUS MENDOMINASI, CIPTA FENOMENA DI SLOT AKASIA & PLATFORM DIGITAL!

Thursday, 5 February 2026

Drama bersiri Doa Yang Terlindung terus mencipta kejayaan tersendiri apabila mencatat pencapaian memberangsangkan di pertengahan siaran, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu judul paling berpengaruh di slot Akasia TV3. Sejak mula bersiaran, drama ini konsisten meraih perhatian penonton dan kekal trending merentas pelbagai platform, termasuk iQIYI.

Prestasi cemerlang ini terserlah melalui capaian tontonan TV tertinggi melebihi 4 juta penonton setiap episod, membuktikan penerimaan luar biasa penonton terhadap naskhah yang berani dan relevan. Di platform digital dan media sosial pula, Doa Yang Terlindung terus mencetuskan perbualan hangat dengan 600 juta capaian keseluruhan, merangkumi perkongsian klip episod, reaksi emosi penonton, serta perbincangan setiap minggu.

Kejayaan ini turut dipacu oleh sokongan penonton digital, apabila episod baharu boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3. Langkah ini berjaya memperluas jangkauan drama kepada audiens yang lebih luas dan pelbagai, sekali gus mengekalkan momentum perbualan di media sosial.

Menjelang minggu-minggu terakhir siaran, momentum Doa Yang Terlindung dijangka terus melonjak apabila konflik semakin memuncak dan penonton mula menanti jawapan kepada persoalan yang selama ini mencetuskan tanda tanya. Dengan jangkaan capaian tontonan 5 juta penonton untuk minggu akhir, drama ini diramal mencipta penutup yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton setianya.

Dengan pencapaian kukuh di kaca televisyen dan platform digital, Doa Yang Terlindung bukan sekadar sebuah drama, malah menjadi fenomena perbualan yang menyatukan emosi penonton menjelang episod-episod terakhir. Kini, tumpuan sepenuhnya terarah kepada bagaimana segala konflik akan dirungkaikan, menjadikan setiap episod yang bakal disiarkan semakin dinanti-nantikan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan minggu terakhir Doa Yang Terlindung, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Penonton boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store.

Untuk info terkini dan kandungan eksklusif, ikuti TV3 di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat @dramasangat.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.