Movie Review | Tumbal Proyek (2026)

Saturday, 19 September 2026


Pengarah:  Jero Point  
Penulis Skrip: Jero Point, Sandika Gusti, Shinta Puji  
Pelakon: Karina Suwandi, Kiesha Alvaro, Callista Arum, Agus Firmansyah, Eduwart Manalu, Adi Sudirja, Fuad Idris, Agus Firmansyah, Rendi Khrisna, Raffan Al Aryan   
Syarikat Produksi: Dee Company  
Pengedar:  Antenna Entertainment (Malaysia), Netflix
Genre: Seram / Drama / Thriller
Durasi Tayangan: 106 minit
Tarikh Tayangan: 13 Mei 2026 (Indonesia), 20 Mei 2026 (Malaysia), 13 September 2016 (Netflix)
Trailer:


Yuda (Kiesha Alvaro) ingin membongkar kematian ayahnya, Bayu (Rendy Khrisna) setelah pergi bekerja di tapak pembinaan berskala besar milik Surajaya Construction yang ingin membina jambatan mega menghubungkan Surabaya dan Madura. 

Yuda, adik perempuannya Laras (Callista Arum) juga ibu mereka, Martha (Karina Suwandhi) tidak mempercayai berita yang dikhabarkan oleh Surajaya Construction sebagai kematian di tempat kerja kerana Bayu meninggal ketika malam satu suro. Selain ayah mereka, ada juga berita kanak-kanak hilang secara misteri berdekatan dengan tapak pembinaan tersebut. 


Yuda dan Laras sama-sama memohon kerja di Surajaya Construction. Yuda sebagai supervisor sementara Laras bekerja di bahagian pentadbiran. Mereka bertiga berpindah masuk ke apartment yang disediakan oleh pihak syarikat. Ketika Yuda dan Laras bekerja di waktu siangnya, Martha berehat di rumah kerana dia tidak boleh berjalan kecuali menggunakan kerusi roda. 

Mereka masuk bekerja tak jauh dari malam satu suro dan terdapat banyak kemalangan ngeri yang berlaku di tapak pembinaan. Kanak-kanak pun mula menghilang sama seperti 5 tahun lepas dan Martha pula mula dirasuk oleh roh yang tak tenang di apartment tersebut. 


Filem Proyek Tumbal arahan dan penulisan Jero Point menggunakan kisah urban legend di mana projek pembinaan mengorbankan nyawa untuk menenangkan entiti di alam lain. Dalam Tumbal Proyek, Surajaya Construction melakukan ritual seperti yang disepakati bersama semangat laut. Tema dan konsep yang sama dengan filem Kereta Berdarah (2024) yang mengorbankan pekerja untuk projek kereta api dan resort. 

Konflik yang dimasukkan mewujudkan elemen misteri di mana Yuda dan Laras mencari tahu kematian Bayu selepas 5 tahun dikhabarkan meninggal. Awalnya adik-beradik ni bergaduh kerana bimbangkan keselamatan masing-masing padahal keputusan besar macam tu sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu. 


Masing-masing tahu bila nak mendaftar masuk sebab satu keluarga pindah ke rumah yang sama. Dangkalnya keputusan Yuda dan Laras bila abaikan kebajikan si ibu. Dah tahu Martha sakit, tak boleh bergerak, bawa pula duduk di rumah apartment tingkat 5. Dah syak Bayu meninggal sebagai korban ritual tapi tetap bawa ibu yang kurang upaya dekat tempat berbahaya. Baru jejak kaki ke apartment, Martha dah dirasuk. 

Sejak mereka sekeluarga berpindah ke situ, hidup masing-masing tak tenang sebab diganggu bukan saja di rumah malah di pejabat juga. Dekat awal filem nampak lah Laras rajin berdoa dekat Jesus tapi bila sampai klimaks, dah hilang doa dia. 


Filem Proyek Tumbal mula hilang arah bila tak mampu hadirkan persoalan sama ada kegagalan syarikat menyiapkan projek disebabkan kebodohan pekerja ataupun kerana hal mistik. Filem jadi draggy bila Laras dan Yuda masih tak keluar dari situ bila keadaan Martha makin melarat. Sudah lah tak tahu kenapa Martha dirasuk, anak-anak pula tak bawa ke hospital padahal luka dekat belakang badan Martha dah berulat macam sundelbolong. 


Lakonan barisan pelakon yang terlibat tak perlu dinilai pun bila perjalanan cerita itu sendiri dah lemah dan tak perlu wujud. Elemen seram yang dimasukkan tu menjadi tapi rimas bila watak-watak dalam babak seram tak faham yang itu adalah gangguan hantu. Masuk second half, hantu dia dah berubah jadi zombi sampai kokak telinga orang. Itu belum yang merangkak serupa cicak dari hujung sana ke hujung sini. 

Misteri kematian Bayu boleh sangat diselesaikan tanpa anak-anak dia masuk bekerja di syarikat yang sama pun. Bila tahu punca sebenar pun tak ada apa-apa perubahan yang dibuat pun. Ending pun tak difahami apa yang pengarah cuba untuk sampaikan. Kalau nak jadi kaya kena upah hantu untuk bekerja ke? 

My exact reaction watching this movie

Proyek Tumbal cuma menumpang populariti urban legend untuk menjayakan naskhah yang sangat lemah. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 2.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.