Movie Review | Nar'sata: Sekutu Setan (2026)

Wednesday, 16 September 2026

Pengarah: Pierre Andre 
Penulis Skrip: Pierre Andre  
Pelakon: Trisha Ooi, Mawar Rashid, Khenobu, Fadlan Hazim, Dai Fuad, Aniq Suhair, Imranul Effendy, Namron, Vanidah Imran, Wan Hanafi Su, Ashraf Muslim, Faa Zaini, Aisha Andre
Syarikat Produksi: Metrowealth Pictures   
Pengedar: MIG Beats
Genre: Seram 
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2026 (Malaysia), 27 Ogos 2026 (Netflix)   
Trailer:


Filem bermula dengan Wati (Mawar Rashid) mencari rakan baiknya, Balqis (Trisha Ooi) selepas beberapa hari hilang. Dia pergi ke rumah Balqis tapi Sariman (Namron) khabarkan anaknya tiada. Nasib Wati baik bila teman lelakinya, Fir (Aniq Suhair) sempat menghalang Sariman dari mengapa-apakan Balqis. 

Sebaik saja pulang ke rumah dan ingin berehat, Wati dengar Balqis merayu minta tolong. Namun rayuan Balqis cuma mimpi buruk yang mengganggu. Keesokannya Wati mula terlihat kelibat Balqis, kemudiannya menghilang. Fir juga bantu Wati mencari Balqis dengan bertanyakan kepada rakan-rakannya yang lain. 


Balqis mula hilang sejak pergi ke rumah Alif (Fadlan Hazim) yang mengadakan private party bersama Cai (Khenobu), Duka (Dai Fuad) dan Ben (Imranul Effendy). Fir maklumkan pada mereka sekiranya Balqis tak ditemui selepas seminggu, Wati akan buat laporan polis. 

Dalam masa yang sama, Balqis ditemui nazak di tebing sungai lalu dirawat oleh Nek Bayu (Khatijah Tan). Setelah pulih sepenuhnya, Nek Bayu ceritakan tentang Nar’sata, syaitan kegelapan yang akan bantu Balqis membalas dendam kepada mereka yang berbuat jahat pada dia. Namun sekiranya Balqis gagal, jiwa dia akan jadi penggantinya. 


Filem Nar'sata: Sekutu Setan arahan dan penulisan Pierre Andre ketengahkan konsep anti-hero untuk balas dendam terhadap watak-watak yang jahat. Bila layan Nar'sata: Sekutu Setan teringat-ingat filem I Spit On Your Grave (2010) dan mungkin filem Vina: Sebelum 7 Hari (2024). Pierre guna tajuk Nar'sata, gabungan dua perkataan untuk elakkan gangguan. Nar' adalah api, manakala 'Sata' membawa maksud syaitan. 

Lakonan Trisha Ooi sebagai Balqis terlihat bagus untuk beberapa babak termasuklah babak aksi cuma watak Balqis tu sendiri agak lemah. Masa pergi private party tu boleh sangat dia lari dari situ daripada pujuk Wati tapi tak dilayan. Masa tu semua watak tengah mabuk dan high jadi dia sebagai orang yang masih waras, ada banyak masa dan cara untuk lari. 


Perjalanan Nar'sata: Sekutu Setan tak lah menarik untuk naskhah seram sebab filem ni lebih kepada gore. Macam babak Sariman kena hentak dekat lantai sampai pecah kepala ataupun babak Fir pecah perut sampai terkeluar usus sedangkan kena langar dengan Hilux itupun cuma pada kelajuan bawah dari 60km/h sahaja. 

Pierre Andre terlampau fokus pada balas dendam sampai terlupa untuk wujudkan emosi yang sepatutnya supaya kita rasa kesian dengan watak utama. Bila tak ada suntikan emosi, filem Nar'sata: Sekutu Setan terasa hambar. Babak flashback yang banyak dan berulang buatkan filem terasa bosan sebab dah tahu semua yang diburu buat salah dan semuanya boleh diceritakan dalam satu babak sahaja.
 

Sinematografi dari Mohd Sharizad Saad menghidupkan suasana seram yang diinginkan untuk filem Nar'sata: Sekutu Setan. Seriau tengok Wati berbungkus atas katil masa Lin (Vanidah Imran) kejutkan anak dia. Masa Wati senyum tengok Kiai Sidek (Wan Hanafi Su) pun meremang. Mawar boleh berlakon dalam filem seram lagi lepas ni, tak payah pakai makeup pun dia dah boleh kuatkan suasana seram tu. 

Muzik dari Reza Ramsey mendukung perjalanan Nar'sata: Sekutu Setan, pemilihan muzik latar yang menarik selain dari BGM yang sesuai dengan babak seram. 


I wish Ashraf Muslim dapat screentime lebih panjang untuk ubatkan Wati sebab bacaan dia sedap, dah lah kacak. Patutnya pengarah tak perlu letak penjelasan dalam bentuk penulisan karangan lepas babak pemujaan di batu sembah tu sebaliknya bagi pada Umar. Biar banyak screentime dia dengan Vanidah sekaligus masukkan konflik dari segi agama dan pengajaran pada penonton juga supaya tak buat jahat dengan orang. 

Kalau jadi Balqis, santau dulu Alif tu pindahkan semua harta atas nama Balqis sebelum bunuh dia. Sayang lah harta banyak macam tu tak diwarisi. Kalau polis tanya, cakap lah Alif rasa bersalah sebab buat jahat dekat Balqis. 


Terfikir juga kalau Balqis tak terima ilmu Nek Bayu lepas dia sihat tu, apa agaknya akan jadi dekat Balqis? Nek Bayu bunuh dia tak? Anyway, rosak imej Jodoh Lebaran dalam filem Nar'sata: Sekutu Setan ni. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.