Pengarah: Bryan Singer
Penulis Skrip: Tom DeSanto, Bryan Singer, David Hayter
Pelakon: Patrick Stewart, Hugh Jackman, Ian McKellen, Halle Berry, Famke Janssen, James Marsden
Bruce Davison, Rebecca Romijn, Ray Park, Anna Paquin
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment Group, The Donners' Company, Bad Hat Harry Productions
Pengedar: 20th Century Fox
Genre: Superhero / Aksi
Durasi Tayangan: 104 minit
Tarikh Tayangan: 12 Julai 2000 (Ellis Island), 14 Julai 2000 (United States)
Trailer:
Senator Amerika Syarikat, Robert Kelly (Bruce Davison) meluluskan Akta Pendaftaran Mutan di mana setiap mutan perlu mendedahkan identiti dan keupayaan mereka. Di Meridian, Mississippi, Marie (Anna Paquin) yang berumur 17 tahun tanpa sengaja buatkan teman lelakinya, David (Shawn Roberts) koma kerana sel mutannya menyerap sumber dari manusia atau makhluk lain.
Marie tukar nama kepada Rogue dan lari ke Alberta. Di sana, dia berjumpa dengan Logan / Wolverine (Hugh Jackman) tapi kedua-dua mereka diserang oleh Sabretooth (Tyler Mane). Nasib mereka baik bila Cyclops (James Marsden) dan Storm (Halle Berry) sempat selamatkan dari serangan tersebut lalu bawa ke Xavier’s School di New York.
Wolverine percaya mereka diserang kerana Magneto (Ian McKellen) inginkan dia untuk misi yang masih belum mereka ketahui. Charles Xavier (Patrick Stewart) minta Wolverine berehat di situ buat sementara waktu. Logan mula berminat dengan Dr. Jean Grey (Famke Janssen) tapi perasaan dia hanya perlu disimpan kerana Jean sudah lama bercinta dengan Cyclops.
Rogue pula selesa di sekolah baru dan berkawan dengan mutan lain. Di situ dia berjumpa dengan Pyro (John Allerdyce) dan suka dengan Bobby Drake / Iceman yang comel dan baik.
Magneto menculik Senator Kelly dan lakukan eksperimen hingga badannya berubah menjadi lembik akibat radiasi yang dimasukkan. Dia berjaya lari dari penjara Magneto di pulau Genosha lalu berjumpa dengan Charles Xavier tapi keadaan dia sudah parah kemudiannya mencair seperti air. X-Men mula menyiasat misi terbaharu Magneto dan Brotherhood of Mutants yang ingin mengancam manusia.
Filem X-Men arahan dan penulisan Bryan Singer yang diadaptasikan dari komik hasil ilustrasi Stan Lee bersama Jack Kirby adalah filem pertama yang diterbitkan oleh 20th Century Fox. Namun disebabkan susur masa yang menggunakan zaman millenium, I tengok selepas filem X-Men: First Class (2011) dan X-Men Origins: Wolverine (2009) yang berlaku jauh lebih awal.
Dalam filem X-Men, watak Charles, Magneto dan Mystique (Rebecca Romijn-Stamos) dah bertukar orang seiring dengan usia mereka yang semakin tua. Mystique sepenuhnya dalam kulit berwarna biru selepas hidup bersama Erik yang bangga dengan sel mutan mereka. I kinda miss Mystique Jennifer Lawrence sebab lagi cantik dan tak agresif atau garang macam Rebecca. Tapi okay lah sebab watak Mystique tak dapat banyak screentime pun selain jalankan misi Magneto dalam pelbagai rupa.
Jalan cerita X-Men mengelirukan pada fakta yang dimasukkan sebab watak Cyclops diselamatkan oleh Wolverine dalam filem X-Men Origins: Wolverine (2009) gara-gara Major Stryker jalankan eksperimen ke atas mutan tapi Cyclops tak kenal langsung pun siapa Wolverine. Benda yang sama juga lah terjadi pada watak Emma Frost dalam filem X-Men: First Class (2011).
Tak diceritakan pun kenapa Cyclops boleh jadi orang kanan Professor X walaupun dia adalah adik kepada Havok, antara mutan terawal yang berperang dengan Charles di Cuba. Sementara Storm dan Jean Grey pula digambarkan sebagai watak yang bijak dan mempunyai tugas tersendiri.
Sut yang digunakan dalam X-Men lebih menarik berbanding X-Men: First Class (2011) walaupun Wolverine tak selesa tapi sut dia paling stylish. Boleh nampak filem X-Men menggunakan visual effects yang banyak bila barisan utama banyak menggunakan kuasa mutan macam Cyclops dengan pancaran laser dari mata, Storm dengan kuasa ribut, Bobby dengan ais dan Pyro selalu show off kuasa api. Sinematografi dari Newton Thomas Sigel mengukuhkan penceritaan supaya terlihat menarik sepanjang 104 minit tayangan.
Konflik dalam filem X-Men terarah pada misi rahsia Magneto walaupun ada konflik kecil yang menerangkan watak Rogue dan perdalamkan watak Logan. Kalau X-Men dibikin pada zaman sekarang, rasanya kita dah boleh perkembangan watak utama X-Men sebab 104 minit memang terasa singkat.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.