Jalan-Jalan Ipoh | Restoran Adily - Hidangan Kampung

Wednesday, 23 September 2026


Lepas habis solat dekat Masjid Jamek Baru Gopeng tu sempat lah rehat kejap untuk charge handphone dan make-up balik lepas dah buang untuk berwudhu'. Sementara tu cari lah jugak nak makan tengahari dekat mana. 

Kitorang avoid terus makan dekat cafe sebab dekat KL pun bersepah kan. Memang nak cari nasi campur je. Google cadangkan Restoran Adily sebab rating dia tinggi. Tak jauh pula tu dari masjid. Nak parking pun mudah dekat sini sebab kawasan restoran ni besar. 


Dari luar dah nampak banner dia ada gulai kawah daging tetel, sup daging tetel, asam pedas utara dan daging salai. Walaupun I  orang utagha tapi I tak suka asam pedas utara. I prefer asam pedas selatan so yuppp I buat tak nampak je menu tu. 

Dekat banner lain ada nampak yang Restoran Adily ni ada sediakan sebanyak 100 menu setiap hari. Seronok lah orang yang kerja dekat dengan restoran ni sebab boleh makan macam-macam menu. Kalau serabut jugak macam perempuan nak pakai baju apa walaupun ada banyak baju, tu susah nak tolong. 


Rasanya kitorang sampai sini jam 2.30 macam tu kot sebab tu tak ramai orang sebab lunch hour dah habis tapi nasib baik lah lauk ada banyak lagi. 





Ingatkan dekat mamak je ada harga kayangan untuk makan sotong rupanya dekat Restoran Adily ni pun ada diasingkan Sudut Kayangan untuk lauk sotong dan udang. 



Dekat sini ada ikan bakar jugak dan yang bestnya, dia dah seal siap-siap yang ada sambal supaya tak diganggu lalat. Lauk pulak banyak, mana nak sempat nak belek lalat hinggap dekat mana. 


I fikir dua tiga kali jugak lah nak ambil ke tak kurma kambing kawah dia sebab takut sakit kepala. Makan masa panas-panas ni memang mengundang. Selepas buat girl math, I ambil kurma kambing dan minum air sejuk. 




Lepas dah tawaf 3 ke 4 kali entah, kitorang berjaya la ambil lauk mana yang nak dimakan lepastu bayar dekat kaunter. Order air jugak. Dekat bahagian tepi kaunter tu ada kaunter air balang. Tak ingat dah masa tu ada air apa sebab air balang pun dah hujung-hujung. 


Ni lah lauk kitorang. Semua ni tak sampai RM50 tapi kitorang pun tak ambil banyak. Adik lelaki I ambil sup daging, ikan keli bakar, terung berlado. Fariha ambil ikan siakap goreng, masak lemak rebung. I ambil kurma kambing kawah dengan sayur goreng. 

Dah makan baru Fariha teringat nak makan sambal sotong. Tapi dah tak tahu nak letak mana, takut banyak sangat bercampur laur nanti melugai tekak. 

Betul lah macam dekat rating tu semua menu kitorang sedap, sup daging dia pun sedap, daging dia lembut. Kurma kambing dia pekat, wangi kabing, daging pun lembut. Lepas ni kalau ke Gopeng memang akan singgah makan dekat sini sebab nak try menu lain pulak. Bila tu tak tahu tapi ada rezeki, sampai lah tu. 

Muka orang dah kenyang makan. Dekat bahagian luar ni ada penjaja jual makanan yang tak ada dekat dalam. Mostly pencuci mulut / snek dengan buah-buahan. Memang kenyang dan puas hati lah kalau datang sini. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.