Jalan-Jalan Ipoh | Masjid Jamek Baru Gopeng

Wednesday, 23 September 2026


Sebelum makan tengahari, kitorang singgah solat Zohor dekat Masjid Jamek Baru Gopeng dulu. Sebelum nak sampai ke masjid ni ada nampak masjid cantik juga berkilat-kilat dekat sebelah kanan tapi sebab Masjid Jamek Baru Gopeng dalam laluan kitorang so pilih untuk solat dekat sini je lah. 


Masjid ni rare sebab warna cat dia biru terang, dari jauh dah boleh nampak dah menara pagoda dia. Masjid Jamek Baru Gopeng ni dibina pada tahun 1996 dan dirasmikan oleh Sultan Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan. Nampak macam masjid baru rupanya dari zaman 90-an lagi. 



Dekat dalam pun dia kekalkan warna utama dihias dengan warna putih. Pagar je warna emas tapi tak menganggu palette asal. 


I suka solat dekat sini sebab tempat wudhu wanita berhubung dengan ruang solat. Lepas ambil wudhu terus je pergi solat tanpa perlu pakai tudung betul-betul. Lepas ambil wudhu kan basah so untuk terus sarung tudung tu macam rimas lah jugak. 

Masjid dia selesa, nak solat pun sejuk je sebab ada aircond. Tak cukup dengan aircond, ada kipas jugak. Kalau panas lagi memang tu sebab dosa sendiri lah tu. Telekung dengan sejadah yang disediakan pun bersih. 



Design dekat dalam ni unik sikit sebab dekat tengah tu ada ruang kosong pastu nampak kubah. Bila dia buat terbuka macam tu, dapat lah natural lighting so tak perlu bergantung sangat pada lampu untuk waktu siang. 

Masjid Jamek Baru Gopeng ni memang mengalu-alukan orang luar sebab dia ada ruang legar untuk orang berehat. Dekat bahagian luar ni ada gazebo untuk yang menunggu tapi nak rasa angin luar. 

Tandas dia ada shower dan ruang makeup. Tandas pun ada hook dan tong sampah. I tak terfikir nak bawa baju spare masa ni sebab dalam plan tak ada pun nak main air tapi tak expect yang Ipoh akan panas terik sampai baju basah especially bahagian belakang. 

Ada water cooler jugak tapi sebab tak ada botol air atau tumbler, kitorang tumpang minum air je lah. Kalau tengok dekat kawasan luar pun bersih je, pasu bunga pun tersusun kemas. No wonder lah Masjid Jamek Baru Gopeng ni pernah menang anugerah Pengurusan Masjid Terbaik tahun 2023. Mantap lah kepada yang terlibat. 

3 comments

  1. antara tempat yang menarik untuk dikunjungi adalah masjid...cantik masjid tu

    ReplyDelete
  2. Cantiiiiiiik warna biru nyaaa 😍😍😍. Sejuk mata melihat. Biru turquoise kalau tak salah sebutannya .

    Gelaaak saya baca dosa sendiri kalau masih panas 🤣🤣🤣🤣.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.