Movie Review | Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai (2026)

Sunday, 20 September 2026


Pengarah: David Dhawan
Penulis Skrip: Yunus Sajawal
Pelakon: Varun Dhawan, Mrunal Thakur, Pooja Hegde, Maniesh Paul, Chunky Panday, Jimmy Sheirgill, Mouni Roy
Syarikat Produksi: Tips Films, Maximilian Films (UK)
Pengedar: Tips Films, Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 136 minit
Tarikh Tayangan: 5 Jun 2026
Trailer:

Jass Ahuja (Varun Dhawan) dan isterinya, Baani (Mrunal Thakur) berada di bilik kaunseling untuk perkahwinan mereka yang semakin goyah. 5 tahun mereka bersama tapi kali terakhir mereka sama-sama bersetuju adalah untuk berkahwin. 

Jass mahukan anak tapi Baani tak nak ada halangan untuk menjadi CEO jadi Hakim (Ali Asgar) putuskan mereka bercerai secara rasminya dalam masa 6 bulan sekiranya masing-masing tetap ingin bercerai. Baani tak teragak-agak untuk tinggalkan Jass dan minta bekas suaminya untuk move on.

Tak lama kemudian, Jass bertemu dengan Preet Randhawa (Pooja Hedge) di London semasa bekerja sebagai jurugambar bebas. Preet terhutang budi dengan Jass kerana dia pernah diselamatkan ketika water rafting. Bukan saja terhutang budi malah tertarik dengan kekacakan Jass. Mereka berdua bercinta dan Preet mengandung. 

Baru saja ingin mulakan hidup baru dengan Preet, Baani datang ke rumah Jass dan maklumkan yang dia juga mengandung. Semuanya terjadi pada malam sebelum mereka berpisah bila kedua-duanya mabuk ketika mengemas rumah. Ikutkan mereka berdua masih lagi suami isteri sebab belum rasmi bercerai. Ibu Jass (Ayesha Raza Mishra) segera pergi ke London mendengar khabar gembira tersebut. 

Jass mula panik kerana Jogi Randhawa (Jimmy Sheirgill) mula menekan-nekan supaya Jass berkahwin dengan adiknya sebelum bayi lahir. 

Naskhah romantik komedi Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai adalah filem terakhir arahan David Dhawan sebagai pengarah. Filem ni pun ambil masa yang lama untuk disiapkan kerana Varun mengalami kecederaan di tulang rusuk dan David juga ditahan di wad kerana sakit. 

Filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai adalah filem keempat kerjasama anatara David Dhawan bersama anak bongsunya, Varun Dhawan selepas filem Main Tera Hero (2014), Judwaa 2 (2017) dan Coolie No. 1 (2020). Tak ramai yang letak expectation tinggi pun pada filem David Dhawan sebab dah tahu dia akan cuba bentuk Varun jadi seperti Govinda dan Salman Khan. 

Memang terserlah gaya tu dalam watak Jass tapi penghalang untuk filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai jadi menarik ialah skrip yang lemah dan dialog yang kurang kelakar. Hampir kesemua babak kelakar perlu bergantung pada Varun Dhawan sementara yang lain cuma menghiasi set. Antara Pooja dan Mrunal, chemistry Varun dengan Pooja lebih menyerlah tapi filem ni bukan pertandingan siapa lebih siapa kurang sebab yang menggerakkan adalah Varun Dhawan. 

Tak pasti kenapa Maniesh Paul perlu masuk sebagai sidekick Jass sebab dia tak kelakar pun. Sebelum ni dia jadi watak sampingan untuk Varun juga dalam filem Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari (2025) tapi tak berjaya. 

Music album Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai digubah oleh White Noise Collectives, Tanishk Bagchi dan lain-lain menghimpunkan 5 buah lagu baru dan 1 remake iaitu Chunnari Chunnari – Let’s Go. Lagu remake dah cun tapi bila masuk rap, dia jadi kucar-kacir so I stick with the original je lah. Lurvvvvve Tera Ho Jaun dan WOW. 

Sinematografi dari Ayananka Bose menjadikan filem romantik komedi ini terlihat moden, segar dan bergaya. Anayanka pernah bekerja dalam Student of the Year (2012) dan Judwaa 2 (2017) jadi dia berpengalaman untuk mencari sisi positif Varun sepanjang filem. Keindahan latar tempat  seperti di Goa, Glasgow atau Scotland juga mengukuhkan premis romantik.

Masa tulis skrip Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai ni David Dhawan dah minta pendapat beberapa penulis muda untuk elakkan sebarang kontroversi. Tak hairan lah kalau perjalanan filem terasa selesa dan selamat malah di penghujung pun keluar dari zon tipikal zaman 90-an. 

Filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai okay lah untuk tontonan santai di hujung minggu. Sebagai peminat Varun, I okay je layan sebab Varun comel dan handsome dalam filem ni walaupun konflik dalam cerita ni boleh selesai kalau Jass bercakap macam orang normal dan matang. 

I lega juga ini adalah projek terakhir Varun dengan David. Harapnya kalau Varun nak berlakon dalam genre komedi, bukan komedi yang mengikut acuan Govinda atau Salman tapi versi Varun sendiri. Lahhh tiberr curhat. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 6.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.