Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Movie Review | Verity (2026)

Sunday, 15 November 2026


Pengarah: Michael Showalter
Penulis Skrip: Nick Antosca  
Pelakon: Anne Hathaway, Dakota Johnson, Josh Hartnett, Ismael Cruz Córdova, Brady Wagner   
Syarikat Produksi: Amazon MGM Studios, Eat the Cat, Semi-Formal Productions, Shiny Penny, Somewhere Pictures, Heartbones Entertainment   
Pengedar: Amazon MGM Studios (Amerika Syarikat, Kanada), Sony Pictures Releasing International (Antarabangsa) 
Genre:  Psikologi / Thriller 
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 24 September 2026 (Curzon Mayfair), 2 Oktober 2026 (Amerika Syarikat)   
Trailer:


Lowen Ashleigh (Dakota Johnson) merupakan seorang penulis buku yang tinggal di New York dan baru sahaja kematian ibunya kerana kanser. Dalam perjalanan ke mesyuarat bersama penerbit buku terkenal, dia menyaksikan kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat. Kerana badan dia dipenuhi dengan darah mangsa, Jeremy Crawford (Josh Hartnett) tolong Lowen bersihkan diri dan salin pakaian di tandas hotel. 

Tak sangka pula Lowen kemudiannya bertemu dengan Jeremy dalam mesyuarat bersama Hachette. Editor senior, Amanda Thomas (K.K. Moggie) bersama peguamnya, Barron Stephen tawarkan $75,000 dollar kepada Lowen sekiranya dia berminat untuk menjadi ghost writer kepada Verity Crawford (Anne Hathaway), penulis buku terkenal untuk genre seram psikologi. 


Verity mengalami kemalangan hingga menyebabkan dia hilang semangat untuk hidup. Sepanjang masa dia dijaga oleh jururawat bernama Anna (Irina Dvorovenko), bergerak menggunakan kerusi roda dan tidur menggunakan katil hospital. 

Lowen menetap di kediaman Crawford di Vermont sepanjang menyiapkan manuskrip kepunyaan Verity. Namun sesuatu yang mengerikan pada autobiografi yang ditulis oleh penulis terkenal tersebut. Imej yang dipamerkan di hadapan kamera ternyata jauh berbeza dengan realiti sebenar. Rasa kasihan dengan Jeremy buatkan Lowen semakin intim dan ingin rampas semua yang dimiliki oleh Verity. 


Filem Verity arahan Michael Showalter merupakan adaptasi kepada novel dengan judul sama hasil nukilan Colleen Hover yang diterbitkan pada tahun 2018. Penceritaan dalam novel dan filem ada beberapa perbezaan ketara tapi masih mengekalkan premis juga persoalan yang sama. 

Tak jauh beza vibe filem Verity dengan The Housemaid (2025) yang menggunakan genre sama dan juga masukkan pelakon yang terkenal dengan intimate scenes. Kalau The Housemaid ada Sydney Sweeney, Verity pula tampilkan Dakota Johnson yang popular dengan franchise 50 Shades of Grey (2015). 


Kedua-dua watak yang dipaparkan juga mempunyai latar belakang dan masalah yang sama, hidup dalam kelas bawah juga terbeban dengan hutang. Jalan keluar yang dirasakan wajar adalah dengan menjadi penyondol. Tak ambil masa yang lama pun untuk si suami jatuh cinta dengan penyondol sebab kedua-dua pun memang tengah mencari pengganti. 

Filem Verity gagal menjadi naskhah psikologi thriller yang menarik bila pengarah lebih beri fokus pada genre erotik. Makin melemahkan cerita bila Dakota tenggelam sebagai penyondol. Mungkin sebab dia tak keluar dari kepompong Anastasia. Lakonan yang sama, tona suara yang sama, gaya rambut yang sama dan ekspresi yang sama. Babak saspens dan thriller pun tak menjadi sebab dia tak mampu nak deliver. 


Kekuatan Verity terletak pada lakonan Anne Hathaway yang mempunyai dua sisi berbeza. Dia mungkin berjaya tarik minat penonton untuk tahu Verity sebenar di pihak yang mana. Manuskrip atau dalam surat. 

Sayangnya olahan pengarah tak mampu hidupkan kekeliruan dan misteri dalam keluarga Crawford. Aura dia yang menggoda pun lebih kuat dari Dakota, screen presence dia pun lebih kuat. Bila Anne dengan Dakota dalam skrin yang sama, memang tenggelam terus Dakota which is not good since she needs to play the innocent antagonist character.


Bila tengok second half, dengan mudahnya nampak Verity di pihak yang mana. Mungkin sebab kita tengok Verity dari apa yang diketahui oleh Lowen sedangkan Lowen dipengaruhi oleh nafsu seksual terhadap Jeremy dan hasrat untuk menjadi penyondol. Dalam bahasa mudah, Lowen adalah parasit masyarakat. Tak mampu berusaha sendiri tapi lebih selesa ambil kehidupan orang lain. 

I okay je kalau dia hadir sebagai orang ketiga dan bagi kita banyak alasan yang munasabah untuk selamatkan Josh dan Crew dari Verity tapi dari awal pun dah nampak niat jahat dia. Dari reaksi Anna pun dah jelas yang dia tak suka dengan Lowen. 


Baca review yang dah baca novel dan tengok filem Verity, ramai lagi suka dengan novel sebab perasaan dan personaliti Verity diceritakan secara mendalam sampai susah untuk pembaca pilih manuskrip atau surat. 


Walaupun filem Verity ni kurang memuaskan tapi okay lah untuk tontonan santai. Plus, ada Brady Wagner yang comel sebagai anak kepada Jeremy dan Verity. Pandai lah casting director cari pelakon kanak-kanak ni sebab muka dia ada iras Anne dengan Josh. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 5/10

Movie Review | Sita Ramam (2022)

Monday, 9 November 2026


Pengarah: Hanu Raghavapudi
Penulis Skrip: Hanu Raghavapudi, Rutham Samar, Jay Krishna, Raj Kumar Kandamudi  
Pelakon: Dulquer Salmaan, Mrunal Thakur, Rashmika Mandanna   
Syarikat Produksi:  Vyjayanthi Movies, Swapna Cinema  
Pengedar:  
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 163 minit
Tarikh Tayangan: 05 Ogos 2022    
Trailer:


Pada tahun 1985, Afreen (Rashmika Mandanna), seorang pelajar Pakistan yang memberontak di London diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak Rs10,000.000 setelah merosakkan kereta milik dermawan India, Dr. Anand Mehta (Tinnu Anand). Afreen buat keputusan untuk pulang ke Pakistan dan minta datuknya, Brigedier Abu Tariq (Sachin Khedekar) bayarkan jumlah wang tersebut. 


Namun sebaik saja sampai ke rumah, peguam yang dilantik sebagai pentadbir (Neeraj Kabi) maklumkan Abu Tariq sudah meninggal dunia. Untuk dapatkan semua harta yang dimiliki, Afreen perlu selesaikan satu tugas iaitu menghantar surat kepada Sita Mahalakshmi (Mrunal Thakur). Sepanjang hidup Abu Tariq, dia cuba untuk hantar tapi dua kali dipulangkan semula.  


Surat milik Leftenan Ram (Dulquer Salmaan) sejak tahun 1962 jadi beban kepada Afreen sebab dia pun tak tahu nak mula dari mana. Siapa Sita? Dia pun tak kenal. Makin bertambah sakit hati pulang ke rumah tapi Afreen usahakan juga amanat Abu Tariq supaya dia dapat wang untuk bayar ganti rugi.


Afreen bersama Balaji (Tharun Bhascker) pergi ke Hyderabad menuju alamat yang tertera di surat Ram tapi tempat tersebut sudah bertukar menjadi kolej perempuan dan tiada pelajar bernama Sita di situ. Afreen mencuba nasib untuk mulakan pencarian dengan maklumat peribadi Ram lalu mereka bertemu dengan Leftenan Vikas Varma (Shatru), kawan baik Ram. Dari situ Afreen dan Balaji mula kenal siapa dua watak yang berutus surat dan bakal menyingkap rahsia besar melibatkan kisah silam Afreen. 


Filem romantik drama arahan dan penulisan Hanu Raghavapudi terinspirasi dengan sepucuk surat yang dijumpai dalam sebuah buku yang dibeli. Surat yang dikirim oleh si ibu untuk anaknya yang tinggal di asrama. Dia dapat ilham untuk cipta sebuah cerita bagaimana surat yang tak dibaca bakal mengubah realiti orang sekeliling. 


Walaupun menggunakan kisah romantik antara Sita dan Ram, namun latar tempat yang digunakan mempunyai situasi yang genting dan tegang bila melibatkan rusuhan antara kaum Hindu dan Muslim juga di sempadan penting antara India dan Pakistan. Insiden yang sama pernah diceritakan dalam filem The Kashmir Files (2022) dan Baramulla (2025).

Setiap insiden yang berlaku bukan saja menguatkan semangat patriotism malah buatkan Sita dan Ram lebih menghargai setiap detik mereka luangkan bersama. Tak melebih-lebih kalau Sita berlari kejar Ram sebelum dia pergi operasi. Entah berapa kali nangis tengok Sita Ramam ni. 


Sebelum ni pernah nampak klip Dulquer puji Mrunal sama cantiknya dengan Kashmir dan pujian dia tu tak melebih-lebih sebab Mrunal cantik sangat sebagai Sita dalam filem Sita Ramam. Semua wardrobe dan gaya rambut dia guna dari sentuhan Sheetal Sharma sesuai sangat dengan keayuan dan elegan yang dipamerkan. 

Walaupun filem Sita Ramam bermula dengan watak-watak sampingan yang agak lemah lakonannya terutama Rashmika Mandanna yang baran tak semena tapi bila masuk kisah Ram dengan Sita, semua tu terubat sebab chemistry Dulquer dengan Mrunal menguatkan suasana romantik sampai terlupa dengan misi jihad Ansari (Ashwath Bhatt). 


Music album Sita Ramam yang digubah oleh Vishal Chandrasekhar menguatkan lagi babak romantik bersama lirik puitis yang tepat menggambarkan situasi mereka berdua. Comel sangat lagu Dil Se Dil yang didendangkan oleh suara lunak Shashwat Singh. Lagu O Sita pun comel sebagai lagu latar Sita dan Ram yang semakin asyik bercinta. 


Sinematografi dari P.S. Vinod mungkin lemah pada penggunaan CGI untuk menggambarkan kawasan perang namun cemerlang untuk menggambarkan latar masyarakat juga budaya India pada tahun 60-an. Cantik sangat babak Sita menari Kathak dekat Kashmir atau babak Sita berjalan depan perarakan askar India. 

Kalau ada babak Ram terpesona dengan kecantikan Kashmir, memang itu natural impression dari Dulquer sebab itu pertama kali jejak ke Kashmir. Tapi siapa je tak jatuh cinta dengan keindahan Kashmir. 


I tengok filem Sita Ramam dalam versi Hindi jadi ada emosi yang kurang sampai atau melebih-lebih tapi tak terganggu sangat lah sebab I yang pilih untuk layan dalam dubbed version. Mungkin versi Telugu lebih menarik tapi I okay je dengan Hindi.

Kalau ikutkan penceritaan Sita Ramam ada part yang nampak meragukan macam tanggapan Ram terhadap Sita. Tak pasti kenapa dia tak boleh teka yang Sita hidup dalam keluarga berada sebab pertama kali jumpa pun Sita ambil koc mahal, pakaian dia jelas menunjukkan dia orang ada-ada ditambah dengan penggunaan aksesori mutiara. 


Mungkin dia tahu tapi dia sengaja play dumb sebab dah jatuh cinta even dia pun perasan Sita dah suka dengan dia sebaik saja sampai ke rumah Durjaya (Vennela Kishore). 

Lepas bertahun baru ada peluang nak tengok filem Sita Ramam dan terbuai dengan kisah cinta sampai mati ni. Kalau penulis tak beria nak kuatkan elemen dramatik, mungkin ramai yang tengok balik filem Sita Ramam. 


p/s: It feels good to watch Bhumika Chawla in Sita Ramam. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

Movie Review | Ikka (2026)

Sunday, 8 November 2026


Pengarah: Siddharth P. Malhotra  
Penulis Skrip: Althea Kaushal, Mayank Tewari  
Pelakon: Sunny Deol, Akshaye Khanna, Dia Mirza, Tillotama Shome   
Syarikat Produksi: Alchemy Films    
Pengedar: Netflix
Genre: Guaman / Thriller  
Durasi Tayangan: 140 minit
Tarikh Tayangan:  10 Julai 2026 
Trailer:


Wanita muda bernama Soma Mittal (Akansha Ranjan Kapoor) luangkan masa bersama Shauryaman Gaur (Akshaye Khanna), anak kepada ahli politik ternama (Shishir Sharma). Tak lama kemudian Soma dicampak keluar dari kereta dalam keadaan yang berdarah akibat luka tusukan di bahagian leher. Soma dibawa ke hospital sementara Shauryaman memohon bantuan dari Arjun Mehra (Sunny Deol), peguambela dalam kes jenayah. 

Arjun dan Shauryaman mempunyai sejarah lama tapi disebabkan terdesak ingin menyelamatkan nyawa anaknya, Samaira (Daria Bedi), dia terpaksa bersetuju untuk membela walaupun kes percubaan membunuh ini open and shut case. Semua bukti terarah pada Shauryaman dan pihak pendakwa yang ditugaskan kepada Madhura Banerjee (Tillotama Shome) yakin akan menang dengan mudah. 


Namun Madhura tetap gugup bila Arjun yang digelar sebagai Ikka (Ace) kerana tak pernah kalah sepanjang practice sebagai peguam bersetuju untuk bela Shauryaman. Saksi dan bukti mereka sama tapi Arjun Mehra tetap selangkah di hadapan Madhura. Dalam masa yang sama, Arjun dan isterinya, Avantika (Dia Mirza) cuba yang terbaik untuk selamatkan anak perempuan mereka yang disahkan menghidap leukimia. 


Filem Ikka arahan Siddharth P. Malhotra mempunyai barisan pelakon yang bagus untuk sebuah naskhah jenayah dan courtroom drama. Tak pernah lagi tengok Sunny Deol sebagai peguam tapi selalu nampak dia berlakon dengan dialog yang meninggalkan impak dan menguatkan lagi ketegangan situasi yang dimasukkan. Ditambah pula dengan kehadiran Akshaye Khanna yang sentiasa cemerlang dalam membawakan grey characters. In fact, watak Shauryaman seakan sama dengan watak Karan Malhotra dalam Humraaz (2002).   


Dalam filem Ikka, watak Shauryaman mungkin nampak bersalah pada awalnya tapi semakin kes berjalan, semakin bertambah keraguan sama ada dia yang bersalah atau mangsa keadaan. Masa dia geram dengan Arjun bila kena soal kali kedua tentang perjalanan kes tu, terdetik juga persoalan macam mana kalau dia betul-betul tak bersalah? 


Sayangnya filem Ikka lemah pada perjalanan plot yang hanya bergantung pada drama peribadi setiap watak yang dimasukkan. Bukan sahaja pada keluarga Arjun Mehra malah pada Soma atau Gauri Gaur (Sanjeeda Sheikh) juga keluarga Madhura. Pengarah cuba hadirkan sentimen penindasan terhadap kaum wanita tapi gagal seimbangkan dengan thriller pada kes utama. 


Cringe dialog Arjun Mehra bila dia beria tak nak korek hal peribadi Soma padahal dah memang itu fakta kes, masukkan je lah dalam siasatan dan hujahan. Kalau Shauryaman jumpa Soma dekat tempat awam boleh lah dia meragui personaliti Soma tapi dah sah lagi jelas juga nyata jumpa dekat kelab malam. 

Kejutan yang dimasukkan di final act pun tak perlu sebab penonton sedia maklum memang Shauryaman pelakunya bila pihak pendakwaraya dengan peguambela pun tak mampu nak cari pelaku lain ataupun situasi di mana mangsa sendiri yang tikam leher dia. 


Lakonan Tillotama Shome agak mengecewakan sebagai pendakwaraya sebab dia tak mampu nak buat siasatan dan seringkali terkejut dengan saksi yang dibawa ke kamar mahkamah. Hakim Kamra (Vijay Vikram Singh) sampai dah give-up dengan perangai dua orang peguam. Yang sorang asyik terkejut, yang sorang lagi asyik minta kes ditangguhkan. 


Tapi bukan salah mana-mana pelakon pun kalau performance masing-masing tak bagus bila penulis sendiri tak mampu nak karang sebuah naskhah yang cantik. Merepek betul bandar Mumbai tak ada CCTV sampai kena guna saksi mata yang muncul di saat akhir. Banyak juga perkara yang tak logik dimasukkan sampai hilang minat dengan perbalahan yang sengaja dipanjangkan antara pihak plaintif dan defendan. 


Music score untuk Ikka dan sinematografi dari Jishnu Bhattacharjee okayish lah, sesuai dengan tontonan santai di hujung minggu. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 4.3/10

Movie Review | Pemuja Syaitan (2026)

 

Pengarah: Liyana Jasmay 
Penulis Skrip: Nadia Khan, Mamu Vies, Farah Bani  
Pelakon: Zul Ariffin, Alia Azizul, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar, Ellya Azizi, Hakim Khan, Aaliyah Natasha, Marsha Biddulph, Aida Amron, Dhabita Auji, Yusuf Amin, Atoi Tohet    
Syarikat Produksi: Mermaid Studios, Suraya Filem, Skop Productions, KL Post   
Pengedar: Primeworks Studios 
Genre: Seram  
Durasi Tayangan:   minit
Tarikh Tayangan: 15 Oktober 2026    
Trailer:


Mengisahkan tentang sekumpulan bekas rakan sekolah yang berkumpul semula di sebuah pulau terpencil untuk mengenang kembali zaman persekolahan mereka sebelum memilih haluan masing-masing. Nazim (Nadhir Nasar) bawa kekasih baru dia, Amira (Aaliyah Natasha) sementara P (Aida Amron) bawa adik sepupunya, Halim (Hakim Khan) ke reunion tersebut. 

Mereka semua berjanji untuk buka semula tin kapsul yang menyimpan rahsia semua orang 4 tahun lagi tapi Anna (Ellyza Azizi) ajak mereka semua buka ketika reunion tersebut. Tak semena-mena Anna dirasuk dan muntah hitam. Selepas insiden aneh tersebut, mereka mula diganggu dengan pelbagai kejadian aneh dan misteri. 


Kesemua yang berlaku pada malam tersebut diceritakan semula oleh Katijah (Alia Azizul) kepada Inspektor Zul (Zul Ariffin) dalam usaha mencari semua yang hilang di pulau itu. Inspektor Zul minta pemandu bot untuk ambil dia semula pada jam 5 petang, satu tempoh masa yang cukup bagi dia untuk mencari semua mangsa juga motif insiden. 

Filem seram Pemuja Syaitan arahan sulung Liyana Jasmay menggunakan latar tempat yang terpencil dan menakutkan untuk genre seram. Bukan saja ada kawasan berpaya malah ada sebuah banglo usang untuk menguatkan lagi suasana seram. 


Dari perbualan sekumpulan remaja ni pun kita dah boleh nampak hubungan masing-masing tak lah akrab mana pun. Nazim dengan Katijah ada kisah cinta lama, Julie (Elizabeth Tan) pula ketara sebagai dominan dan pembuli didukung pula dengan watak P dan Marissa. Watak Anna dan Katijah lebih submisif yang diperlukan dalam mana-mana kumpulan pembuli.

Mudah untuk Inspektor Zul dapat motif tapi dia tetap kena hubungkan insiden yang terjadi. Dia masih perlukan Katijah bercerita tapi sayangnya cerita dia ada banyak lompong. Mungkin kelemahan pada skrip, mungkin juga kelemahan pada sutradara pengarah yang lebih agresif untuk wujudkan naskhah seram berserta slasher. 


Filem Pemuja Syaitan ada banyak watak yang terlibat tapi tak semua watak dikembangkan dengan baik untuk buat kita connect sekaligus rasa kasihan. Tak kisah lah watak utama atau watak sampingan, semuanya terlihat lemah. Kelemahan bakat barisan pelakon baru terserlah dengan ketara malah Nadhir Nasar nampak try hard dalam beberapa babak. Mungkin filem ini sudah dibikin lama tapi baru berjaya keluar. 

Penceritaan Pemuja Syaitan bersilih ganti antara latar masa sekarang dan latar masa sbeelumnya tapi perubahan tu bergerak cantik dan kreatif. Sayangnya pencahayaan yang gelap melampau mengganggu mood cerita. Hantu muncul tapi tak nampak apa. Saspens tu ada tapi tak mencengkam bila berselubung dalam gelap. Banyak sangat penggunaan close-up dalam filem Pemuja Syaitan sampai I rasa tak selesa untuk menonton hingga ke hujung filem. 


Kalau kecewa di separuh masa pertama filem, makin bertambah kecewa bila tengok separuh lagi hingga ke final act. Tak sepatutnya naskhah dari pengarah wanita wujudkan perspektif yang menjatuhkan wanita. 

Tak ada impak dan depth pada babak yang diambil dari celah kangkang pelakon wanita. Tak ada logiknya juga sekumpulan remaja wanita masuk dalam hutan berpakaian seksi tapi yang lelaki elok bertutup-litup. Babak di tandas agak memalukan juga sampai tertanya macam mana babak tu boleh lepas. 


Sebelum Pemuja Syaitan, dah pernah tengok projek arahan Liyana Jasmay jadi I tak letak expectation yang tinggi tapi bila ada nama Nadia Khan dan Mamu Vibes, I yakin penceritaan dia mungkin di tahap sederhana. Sayangnya, sangkaan tu meleset. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 4/10

Movie Review | Kudrat 1968: High Council (2026)

Tuesday, 27 October 2026

 

Pengarah: Zulaikha Zakaria, Khairi Asyraff (bersama)
Penulis Skrip: Zulaikha Zakaria, Anwari Ashraf, Luqman Sheikh Ghazali, Muqri Azlan, Natasha Azlan 
Pelakon: Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Dai Fuad, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes, Zamarul Hisham, Nabila Huda, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aziz M. Osman, Aleza Shadan, Yasmin Hani, Rusdi Ramli, Muzayyin Mahyuddin, Johnny Gillett, Jebat Zulfar, Balkisyh Semundur Khan, Umar Shakur, Nix Wong, Mokhtar Mohsin, Zarul Zaidee, Aloy Paradoks, Christy Ng, Rafique Iskandar, Merah Muhaimin, Danish Zamri, Adeeb Zaquan, Adam Mikhail, Fitri Iskandar, Qusyairi Naqiudin
Syarikat Produksi: Astro Shaw, Pasal Productions, Zak Capital 
Penyiaran: Astro Shaw, sooka, Netflix 
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 116 minit
Tarikh Tayangan: 29 Oktober 2026
Trailer:


Pengakhiran naskhah Kudrat 1968: High Council (2026) meletakkan fokus pada konflik antara Piji (Akmal Asyraf) dan Pa (Dai Fuad) setelah KUDRAT diawasi oleh pihak polis selepas Inspektor Boon (Douglas Lim) menemukan bukti baru dalam kes kemalangan Mazli (Chech Harith). Semua pelajar disiasat tapi hanya keterangan Abbas (Zarif Ghazzi) berbeza hingga dia dijadikan suspek utama. 

Setelah Piji dan ibunya, Mak Jah (Aleza Shadan) keluar dari rumah Pa, dia semakin berani untuk melawan The Council. Kuda (Mierul Aiman) yang dihurung rasa bersalah menjadi punca kemalangan pada malam tersebut cuma berdiam diri dan beri kerjasama kepada pihak polis. Pa cuba minta bantuan Datuk Aziz (Datuk Seri Eizlan Yusof) tapi ayah dia pula kecewa dengan perangai anak yang tak mampu dibendung lagi. 


Penceritaan filem Kudrat 1968: High Council (2026) arahan dan penulisan Zulaikha Zakaria agak terbatas dan lebih serahkan pada visual untuk bercerita sedangkan ada banyak konflik yang belum terjawab. Malah bagaimana High Council yang dikatakan wujud bermula tahun 1968 juga tak diceritakan langsung sedangkan masa sidang media cast reveal Kudrat 1968: High Council, dah diberitahu semua akan terjawab dalam instalment ketiga untuk francais High Council. 

Konflik yang melibatkan isu perkauman dan juga perbezaan darjat juga tak banyak dikembangkan dalam filem. Ingatkan masa babak Inspektor Zubir bin Zaharin (Fauzi Nawawi) ingatkan Inspektor Boon tentang akibat mengganggu orang kenamaan akan diperdalamkan lagi konfliknya tapi habis dekat situ sahaja. 


Kenapa Nur tak ceritakan konflik keluarga yang berlaku dan siapa sebenarnya Fuad juga tak disentuh langsung. Watak Tunku Ghaffar tak ada beza dengan siri, masih tak ada banyak dialog walaupun watak dia melambangkan orang kerabat yang tak dibenarkan masuk campur dengan konflik orang kebanyakan. 

Tapi tak ada masalah kalau dia guna pelajar lain untuk bergerak. Dia boleh guna status dan pengaruh untuk selamatkan The Council atau tamatkan konflik Piji dengan Pa supaya tak melarat. Ada banyak yang pengarah boleh kembangkan pada watak Ghafar dari biarkan dia dibenci penonton gara-gara tak banyak dialog.


Filem Kudrat 1968: High Council boleh jadi naskhah prekuel yang menarik kalau separuh masa pertama ceritakan tentang kematian Piji dan Pa kemudian separuh masa kedua diberi ruang untuk menubuhkan High Council. Sayangnya 116 minit hanya fokus pada Piji yang meledak dan Pa yang cuba cari jalan untuk lari. Abbas pula cuma menjadi watak sampingan dengan usaha dia untuk menghalang Piji. 

Kalau dia tak memberontak dan terima hibah ayah dia, Fuad tak perlu hidup merempat dan jadi anak buah Acai. Kalau Abbas tak memberontak dan masuk The Council, Mazli dengan Piji tak akan terima padah. Abbas boleh masuk The Council dan jadi macam Tunku Ghaffar, tak ada ayam dan tak ikut bersabung. Bak kata Piji dalam Episod 1, jangan bermain dengan api. 


Olahan filem agak berbeza dengan siri bila emosi yang dipamerkan tampak lemah macam babak Pa dengan Bonda dalam bilik tahanan atau babak Abbas merentan Piji adalah dosa dia. Tak faham kenapa dia rasa bersalah tinggalkan Piji waktu kecil sedangkan Nur yang bawa dia lari tengah malam. Dia patut rasa bersalah dia belasah Fuad sampai nak pecah muka budak tu. 

Dialog yang dimasukkan dalam filem tak lah meninggalkan impak macam siri gara-gara pengarah biarkan babak diterjemah melalui visual. Memang lakonan para pelakon hebat tapi dialog masih ada peranan penting untuk jelaskan situasi yang tegang dan konflik yang kritikal dimasukkan dalam naskhah Kudrat 1968: High Council. 


Pengarah bagitahu yang babak riot adalah babak paling mencabar dalam Kudrat 1968: High Council sebab bermain dengan ruang yang besar. Patutnya tak perlu tunjuk riot dalam ruang yang besar pun bila tak mampu bagi impak yang kuat sebaliknya melemahkan jalan cerita. Dalamr uang tu dah tak nampak siapa di pihak yang mana. Continuity pun hilang, watak yang kejap ada kejap hilang pun meragukan. 

Babak Datin Maizun (Yasmin Hani) dengan Datuk Aziz naik kereta tu babak paling merepek sekali dalam Kudrat 1968: High Council. Sebelum riot tu dua watak ni ada dekat mana? Kenapa tak tarik je anak balik sekali. Buat apa sedih sampai menangis kalau nak lari menonong macam tu? Watak polis pun kena tone down hanya sebab pengarah nak bagi laluan pada konflik Pa dengan Piji. 


Mungkin Astro Shaw akan keluarkan instalment baru untuk francais High Council sebab ada yang belum terjawab lagi. Tambahan pula, Kudrat 1968: High Council adalah permulaan untuk Astro Shaw Cinematic Universe. Personally, for me instalment Kudrat 1968: High Council adalah instalment paling lemah dalam francais dan watak Abbas adalah peneraju paling lemah dalam dunia High Council. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 5/10

Movie Review | Lembayung (2024)

Sunday, 18 October 2026

 

Pengarah: Baim Wong   
Penulis Skrip: Gemati Rahayu  
Pelakon: Anna Jobling, Taskya Namya, Yasamin Jasem, Arya Saloka   
Syarikat Produksi: Tiger Wong Entertainment   
Pengedar: Prime Eagle Studios, Netflix 
Genre: Seram   
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 19 September 2024 (Indonesia), 05 Disember 2024 (Malaysia)
Trailer:


Pica (Taskya Namya) dan Arum (Yasamin Jasem) merupakan mahasiswi yang dihantar ke Klinik Lembayung untuk menjalani latihan industri di situ. Sebaik saja mereka tiba, Dr. Ringgo Adrian (Oka Antara) merengus kerana menerima pelajar wanita sedangkan dia sudah memohon pelajar lelaki. 

Mereka berdua risau akan dihantar pulang ke universiti sedangkan sudah datang dari jauh ke klinik tersebut. Namun, Dr. Teto Adi Baskoro (Arya Saloka) menerima mereka berdua untuk menjalani praktikal kerana mereka sedang memerlukan tenaga kerja di situ. Kak Ida (Asri Welas) sentiasa membantu mereka berdua sepanjang berada di situ. 


Arum merahsiakan kehamilannya kerana dia mahu menggugurkan kandungannya menggunakan pil tanpa diketahui sesiapa pun. Dia juga sering diganggu oleh jelmaan Dr. Tantri (Anna Jobling) yang meninggal akibat bunuh diri di ruang hydrotherapy 5 tahun yang lalu. Kerana kematian Dr. Tantri juga, Klinik Lembayung ditutup hingga penduduk di situ takut untuk mendapatkan rawatan di situ. 


Dr. Teto mencari pekerja untuk robohkan ruang hydrotherapy tapi tak ada siapa pun yang berani bekerja di situ. Malah Moming (Erick Estrada) yang cuba menutup laluan masuk ke ruang tersebut juga dibunuh oleh roh Tantri. Sebelumnya, Heru (Ence Bagus) yang bekerja di situ juga diganggu oleh Tantri. 


Satu hari Pica terdengar tentang kes Dr. Tantri dan kenapa Klinik Lembayung ditutup sehingga 5 tahun. Dia mula menyiasat tentang Klinik Lembayung dan mengesyaki Dr. Ringgo adalah dalang di sebalik kejadian tersebut. 

Di bawah produksi Tiger Wong Productions, Baim Wong debut sebagai pengarah untuk filem seram Lembayung yang mengambil hampir 50%-60% kisah asal yang dimuatnaik di platform X. Since I tak jumpa thread asal, so let’s assume gangguan yang terjadi dekat Klinik Lembayung tu lah gangguannya dan kisah Dr. Tantri adalah kisah fiksyen yang dimasukkan untuk menggerakkan filem. 


Dalam filem Lembayung dapat lah tengok screentime Anna Jobling yang agak panjang berbanding filem Sukma (2025) walaupun dia tak ada banyak dialog. Baim Wong bagitahu yang dia ambil Anna Jobling berlakon sebab senyum dia mengerikan. Sebab tengok babak Tantri senyum masa jumpa Arum tu rasa meremang. Tak boleh imagine kalau ada di tempat Arum masa tu, mau lembik kaki jadi jeli. 

Dua kali Anna Jobling berlakon filem seram, dua kali juga lah dia digandingkan dengan Oka Antara tapi kedua-dua filem tak bagi ruang yang panjang walhal mempunyai hubungan istimewa. Nak tengok juga chemistry Anna dengan Oka sebagai life partner. Filem Lembayung ni bermain dengan emosi tapi gagal dipaparkan dengan baik. 


Babak seram dalam Lembayung tak ada masalah, cukup rencah untuk genre seram tapi penceritaan dia banyak lompongnya. Tak faham kenapa perlu adanya konflik persahabatan antara Arum dengan Pica bila penulis masukkan babak Dimas (Daffa Wardhana) kemalangan. Patutnya biar Arum ada masalah dengan Dimas sahaja tak perlu nak meleretkan lagi masalah. 

Masa Arum balik menangis-nangis cakap nak berhenti tu, tak dijelaskan pun kenapa tapi Pica pujuk untuk stay padahal masalah Arum besar dan patut melibatkan polis. Masa tu ingatkan Arum dengan Pica dah tahu tentang kematian di klinik rupanya tak pun. 


Watak Kak Ida yang rapat dengan Dr. Tantri dari awal tak dikembangkan sangat pun. Patutnya dia yang paling terkesan bila dia jumpa kawan baik mati tergantung dalam klinik. Dia yang patut ada rasa ingin tahu kenapa dan bagaimana Dr. Tantri boleh ke arah tu. Takkan sepanjang 5 tahun dia tak diganggu sedangkan dia pun ada kaitan secara tak langsung. 


Filem jump antara babak tanpa penjelasan ditambah pula dengan twist yang boleh dijangka. Bila masuk babak klimaks dan final act, mula lah draggy padahal dah tahu siapa antagonis Lembayung. Patutnya penulis tamatkan dekat Klinik Lembayung tanpa perlu pergi ke latar tempat yang lain. 


Kalau ikutkan filem Lembayung ada mesej sosial yang kuat bila gangguan seksual berlaku di tempat kerja seperti yang dialami oleh Arum dan Dr. Tantri tapi pendekatan yang diambil oleh watak-watak yang terlibat terlihat sangat lemah. Geleng kepala juga lah tengok Dr. Tantri minum air sedangkan beza betul air dia dengan air biasa. Kemain berkeladak air dia tapi tak rasa pelik dengan rupa air tu. 

Baim Wong jumpa kisah yang menarik untuk dijadikan naskhah tapi gagal untuk mengolah material yang ada sampaikan penceritaan Lembayung terlihat lemah. Sayang lah dah ada barisan pelakon yang bagus tapi semuanya tersia. Tonton Lembayung di Netflix atas risiko sendiri ye. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 5.6/10