Pengarah: Jeropoint
Penulis Skrip: Agung Saputra
Pelakon: Shareefa Daanish, Sujiwo Tejo, Luna Maya, Teuku Rifnu Wikana, Sujiwo Tejo, Kiki Narendra, Jajang C. Noer, Ruth Marini, Widika Sidmore, Raffan Al Aryan, Fajar Rezky, Cetul Leatherart, Rachel Mikhayla, Mikayla Sofia Mercedes, Eduwart Manalu, Martha Alichya
Syarikat Produksi: Leo Pictures, Legacy Pictures
Pengedar: Legacy Pictures, Netflix
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: minit
Tarikh Tayangan: 19 Jun 2025 (Indonesia), 24 Julai 2025 (Malaysia)
Trailer:
Menjelang ulang tahun Arum (Saskia Chadwick), dia kerasukan dan menyerang rakan sekelas. Kerana tindakan Arum, dia dibuang sekolah. Kakak angkatnya, Lia (Taskya Namya) mencadangkan kepada Lastini (Luna Maya) agar daftarkan Arum di hospital sakit jiwa kerana keadaan Arum semakin parah. Mendengar cadangan tersebut, Lastini berang lalu membuka kembali diari lama milik arwah suaminya.
Surya (Edward Manalu) juga adalah korban kerasukan Arum ketika menyambut ulang tahun yang lepas. Surya titipkan pesan kepada Lastini supaya bawa Arum berjumpa dengan nama-nama yang dicatatkan dalam diarinya sebelum ulang tahun akan datang. Surya percaya Lastini punya banyak waktu kerana ulang tahun Arum jatuh pada tahun lompat. Namun kerana tidak percaya dengan perkara-perkara mistik, Lastini hanya biarkan pesanan itu berlalu.
Melihat keadaan Arum semakin parah, Lastini pergi ke tempat berubat yang pertama iaitu dukun Ki Rustaman (Kiki Narendra). Walaupun hampir terlambat, namun Ki Rustaman boleh merawat Arum dengan wang pengeras yang lebih tinggi agar dia boleh berkahwin semula. Namun Arum yang dirasuk oleh roh Marsinah (Shareefa Daanish) membunuh Ki Rustaman kerana dukun tersebut lebih kejam gara-gara membunuh kanak-kanak untuk upacara ritual.
Di tempat berubat yang kedua, Lastini dipaksa untuk ingat semula siapa Marsinah dan apa dendamnya terhadap keluarganya kerana hanya Lastini dapat selamatkan Arum dan anak-anaknya yang lain.
Naskhah seram misteri arahan sulung Jeropoint menggunakan tema dendam sebagai plot utama Jalan Pulang dengan dua latar masa berbeza. Latar masa pertama ketika Lastini masih kecil berumur 7 tahun sementara latar masa kedua iaitu latar masa sekarang, setelah 30 tahun kemudiannya. Penceritaan Jalan Pulang juga bersilih ganti antara dua latar masa kerana watak utama, Lastini masih belum dapat merungkai misteri keluarganya hingga lah dia betul-betul pulang ke Giri Lawe.
Kata produser, kekuatan filem Jalan Pulang adalah pada barisan pelakonnya bila menghimpunkan dua orang ratu filem seram Indonesia – Luna Maya dan Shareefa Danish juga seorang puteri filem seram – Taskya Namya. Personally for me, ruang untuk Taskya tersangatlah terhad sebab terlindung dalam watak Lia, doktor psikiatri.
Patutnya watak dia lebih banyak membantu Arum supaya kuat dari segi mental tapi dia pula yang lemah lutut bila nampak Arum kerasukan. Of course, it’s a new experience for her tapi dia muncul bila perlu sahaja. Bila Lastini perlukan seseorang untuk jaga Rama (Raffan Al Aryan), baru Lia munculkan diri. Sayanglah sebab Taskya dah buat research untuk watak dia tapi pengarah tak kembangkan sangat pun.
Penceritaan Jalan Pulang timbulkan banyak persoalan juga bila Surya lebih mengetahui tentang keadaan Arum berbanding Lastini yang mempunyai sejarah dengan Marsinah. Kenapa roh Marsinah tak menghantui Lastini sebaliknya mengganggu Arum? I dislike the ending yang nak angkat tema pengorbanan sedangkan apa yang Lastini lalui tu dah cukup menderita walhal dia mewarisi nilai murni Ranti (Widika Darsih Sidmore).
Sinematografi Jalan Pulang ada kalanya mengganggu penceritaan dengan visual yang shaky dan penggunaan CGI yang lemah. But I do love the grading and warm tone for Jalan Pulang. Huge respect for the props and wardrobe team yang all out untuk dua tempat perubatan tradisional yang kaya dengan budaya warisan Jawa. Sama juga untuk dekorasi rumah keluarga Djatmiko (Teuku Rifnu Wikana) di kawasan terpencil. Gabungan Jawa dengan Belanda tak silap sebab ibu Lastini lebih kepada gaya Barat.
Jalan Pulang boleh jadi naskhah yang lebih menarik kalau produser beri perhatian pada skrip dan olahan. Pace laju sebab ada banyak sub-plot dimasukkan, misteri pun terjaga rapi hingga ke hujung. Lakonan Saskia Chadwick betul-betul hidup sebagai Arum yang hidup dalam trauma dan seram apabila dirasuk roh Marsinah.
p/s: Movie ni tak sesuai ditonton waktu makan sebab gore and slasher theme yang dimasukkan.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 6.8/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.