Filem terbaharu Rangga & Cinta menerima pujian hangat daripada bintang meningkat naik Tracie Sinidol dan Jazmy Juma, yang masing-masing memberikan 5 bintang, menunjukkan filem ini berjaya menyentuh hati penonton dengan kisah percintaan klasik yang penuh nostalgia.
Tracie berkongsi keterujaannya selepas menonton filem ini. “Filem ini sangat mencuit hati dan banyak babak yang dekat dengan Gen Z, terutamanya mengenai percintaan waktu sekolah dan persahabatan. Lagu-lagunya juga sangat menyeronokkan,” katanya.
Beliau paling terkesan dengan babak ketika Cinta meluahkan perasaan dan rakan-rakan Geng Cinta datang memberi sokongan. “Ia menunjukkan persahabatan yang tulus, sentiasa ada untuk menyokong apa yang terbaik untuk Cinta. Memang sangat best!”
Jazmy pula mengakui keserasian Leya Princy dan El Putra Sarira begitu luar biasa sehingga membuatnya terpukau. “Chemistry mereka sangat-sangat hebat! Saya suka juga kerana filem ini sebuah muzikal, tidak terlalu berat dan romantik,” katanya.
Beliau menambah, “Babak paling saya suka ialah ketika Rangga dan Cinta bermain piano dan menyanyi bersama. Sejujurnya, banyak babak yang mengimbau kembali kenangan bercinta, jadi memang kena tengok kalau nak rasa flashback seperti saya.”
Mereka berdua ditemui ketika Watch Party filem tersebut pada 8 November 2025 di TGV One Utama. Bertemakan Back to School, peminat dan selebriti hadir lengkap berpakaian sekolah, mencipta suasana meriah dan penuh ceria sambil membawa kembali memori manis zaman persekolahan.
Selain Tracie Sinidol dan Jazmy Juma, beberapa pelakon lain turut hadir, termasuk Alvin Chong, Tony Eusoff, Shaza Bae, Norish Karman dan Manda.
Rangga & Cinta kini ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia. Dapatkan tiket segera untuk merasai sendiri getarnya cinta, puisi dan kenangan yang hidup semula melalui kisah paling ikonik ini.
Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya..
Kerana setiap generasi punya Rangga & Cinta mereka sendiri.
Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.

Lagu-lagu OST film AADC tuh aku suka semua, Kak. Dari yang sedih sampai yang penuh semangat. Tapi kalau bahas film Rangga dan Cinta ini aku malah teringat dengan Dian Sastro dan Nicholas Saputra.
ReplyDelete