Showing posts with label Primeworks Studios. Show all posts
Showing posts with label Primeworks Studios. Show all posts

Bukan semua orang membesar dengan kehidupan yang senang. Ada yang setiap hari bangun memikirkan cara nak cari duit, bantu keluarga dan sekadar cukup makan untuk esok. Namun, di sebalik kehidupan sederhana sebuah kampung, tersimpan kisah yang jauh lebih rumit daripada apa yang kita bayangkan.

Itulah dunia yang dibawakan menerusi filem BAGA: Esok Untuk Siapa, sebuah karya arahan Ariff Zulkarnain yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 5 November 2026.

Kejujuran Penceritaan Dan Dialek Yang Autentik

Berlatarbelakangkan perkampungan nelayan di Pantai Timur, BAGA menampilkan kehidupan masyarakat setempat dengan loghat yang pekat serta suasana kampung yang sungguh autentik. 

Keistimewaan utama filem ini terletak pada penggunaan dialek tempatan yang memberikan identiti tersendiri dan roh kepada setiap bait dialog serta penceritaan. Kehidupan sederhana di persisiran pantai selain cabaran harian penduduk tempatan dalam mencari rezeki di laut menjadi latar utama yang mengemudi emosi penonton sepanjang tayangan.

Realiti Kehidupan Dan Budaya Masyarakat

Namun, di sebalik keindahan suasana kampung dan tradisi yang masih kuat diamalkan, BAGA turut membuka mata tentang realiti yang jarang dipaparkan di layar perak. 

Karya ini berani membongkar isu kemiskinan, kesempitan hidup, tekanan masyarakat serta konflik keluarga tanpa sebarang penapis atau perhiasan palsu. Ia turut memperlihatkan hubungan kekeluargaan yang mendalam serta perjuangan gigih anak muda yang mahu keluar daripada kehidupan serba kekurangan demi mengubah nasib diri dan keluarga tercinta.

Kisah Yang Dekat Di Hati Penonton

Menerusi watak (Jani) yang dijayakan oleh Amir Ahnaf dan (Melur) oleh Amirah Razak, penonton dibawa menyelami konflik emosi antara cinta, tanggungjawab serta impian masa depan. Kisah ini terasa sangat dekat dengan masyarakat kerana ia memperlihatkan sisi kehidupan sebenar yang berlaku di sekeliling kita tanpa perlu diperindahkan.

BAGA bukan sekadar memperkenalkan budaya Pantai Timur, tetapi memperlihatkan sisi kehidupan yang jarang kita dengar walaupun ia berlaku di sekeliling kita. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan BAGA: Esok Untuk Siapa, mulai 5 November 2026 di pawagam seluruh negara!

#BAGA #EsokUntukSiapa #BAGA2026

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2026 – Sebuah majlis perhimpunan semula (reunion) bertukar menjadi tragedi berdarah apabila rahsia lama kembali terbongkar dalam Pemuja Syaitan, filem seram sulung arahan pengarah berbakat besar, Liana Jasmay. Mengangkat tema persahabatan, pengkhianatan, dan elemen ketakutan yang mendalam, karya ini mula menghantui penonton di pawagam seluruh negara sejak 15 Oktober 2026.

Bagi merancakkan lagi pelancaran filem berkenaan, pelakon utama Zul Ariffin bersama Liana Jasmay serta barisan pelakon lain telah meluangkan masa bertemu rakan media dan peminat menerusi dua sesi khas pada 14 Oktober 2026 bertempat di TGV Suria KLCC.

Acara dimulakan pada sebelah petang menerusi Sesi Tayangan Bersama Media, di mana rakan media diberi peluang menjadi antara yang terawal menyaksikan filem ini, diikuti dengan sesi temu ramah eksklusif bagi mengupas pengalaman serta cabaran di sebalik pembikinan naskhah seram berkenaan.

Kemuncak promosi diteruskan pada sebelah malam menerusi Malam Gala Pemuja Syaitan yang dihimpunkan bersama barisan pelakon, jemputan VIP, serta para peminat. Acara penuh gilang-gemilang itu turut disusuli dengan persembahan secara langsung lagu tema (OST) bertajuk ‘Dendam’ yang disampaikan oleh penyanyi berbakat, Elica Pauji.

Diterbitkan oleh Mermaid Studios dan Suraya Filem Production & Distribution, filem ini turut mendapat kerjasama Skop Productions Sdn Bhd selaku rakan pengedaran serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran. Selain penampilan julung kali Zul Ariffin menerusi arahan Liana Jasmay, filem ini turut diperkuatkan dengan persembahan mantap barisan pelakon seperti Aila Azizul, Nadhir Nasar, dan Elizabeth Tan.

Pemuja Syaitan mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekelas yang berkumpul semula di kampung halaman beberapa bulan selepas tamat persekolahan. Pertemuan yang sepatutnya sarat dengan nostalgia bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tindakan mereka menggali semula sebuah kapsul masa telah membongkar pengkhianatan serta rahsia pahit yang lama terpendam.

Malam penuh duka itu berakhir dengan penemuan enam mayat pada keesokan harinya, manakala seorang individu dilaporkan hilang dan seorang lagi ditemui dalam keadaan trauma berat. Kejadian menyayat hati ini membawa Inspektor Zul (Zul Ariffin) ke pulau berkenaan untuk merungkai kronologi sebenar. Namun, semakin dalam siasatan dijalankan, semakin banyak kebenaran gelap yang dibongkar menuntut harga yang jauh lebih besar daripada apa yang dibayangkan.

Bersiap sedia untuk merasai sendiri pengalaman sinematik yang mencengkam jiwa menerusi Pemuja Syaitan, kini sudah menayangkan misterinya di pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Oktober 2026.

Untuk maklumat lanjut, perkembangan terkini, serta kandungan eksklusif mengenai filem ini, sila ikuti saluran rasmi Facebook, Instagram, X, dan YouTube Primeworks Studios.

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2026 – Filem-filem tempatan yang dipromosikan dan diedarkan oleh Primeworks Studios terus melakar kejayaan membanggakan apabila meraih pelbagai pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM 35). Kejayaan ini dipimpin oleh filem fenomena Khadam, yang muncul antara pencalon senarai teratas selepas berjaya mengungguli 12 kategori pencalonan.

Filem terbitan Komet Productions bersama beberapa syarikat produksi lain itu bukan sahaja mendapat pengiktirafan bagi hasil teknikal, malah turut tercalon dalam kategori-kategori utama (Top 5). Antara pencalonan utama yang dicapai oleh Khadam termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik menerusi (Shamyl Othman), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Zarra Zhaf) serta Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Karl'el).

Bukan itu sahaja, kepakaran serta kualiti pembikinan filem ini turut diiktiraf menerusi pencalonan dalam kategori Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik dan Poster Terbaik.

Selain Khadam, beberapa filem lain di bawah payung promosi Primeworks Studios turut tersenarai dalam pencalonan akhir Top 5 bagi pelbagai kategori. Antaranya ialah filem Gayong 2 yang tercalon bagi Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Aksi & Lagak Ngeri Terbaik dan Penataan Seni Terbaik. Manakala filem Qifarah dan Polong masing-masing berjaya melangkah ke peringkat Top 5 bagi kategori Tatarias/Solekan Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Kesan Khas Visual Terbaik di samping Mimi Lana yang tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Polong).

Pencalonan rasmi ini telah diumumkan Sabtu lalu, 10 Oktober 2026 dalam Majlis Perasmian dan Pengumuman Top 5 FFM 35 yang berlangsung di Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Damansara. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. 

Pemenang kategori Filem Terbaik FFM 35 bakal menerima geran bernilai RM1 juta menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK). Pengumuman pencalonan lima filem terbaik dan kategori lain ini hadir sewaktu industri filem tempatan berada di prestasi terbaik dengan enam filem tempatan berjaya melepasi kutipan RM10 juta pada tahun ini, sekali gus menjadi dorongan untuk terus mengukuhkan aspek pengedaran dan pembangunan karya tanah air.

Mengangkat tema ‘Spektrum Sinema’, FFM 35 menyaksikan penyertaan sebanyak 73 karya (39 filem cereka, 17 dokumentari dan 17 filem pendek), kemuncaknya bakal berlangsung di Istana Budaya secara langsung pada pukul 8.30 malam pada 21 November 2026.

TRAILER RASMI FILEM ‘BAGA,’ ESOK UNTUK SIAPA DIPAPARKAN KEPADA UMUM

Saturday, 10 October 2026

TRAILER RASMI FILEM ‘BAGA,’ ESOK UNTUK SIAPA  DIPAPARKAN KEPADA UMUM | PERJUANGAN DUA JIWA TERPERANGKAP ANTARA IMPIAN MASA DEPAN DAN PUSARAN TAKDIR

Sesuatu yang penuh emosi dan mendebarkan kini bersedia menanti peminat filem tanah air apabila trailer rasmi bagi filem terbaharu ‘BAGA’, mula dipaparkan secara rasmi kepada umum Jumaat, 9 Oktober 2026, tepat jam 8:00 malam di seluruh platform media sosial Primeworks Studios. Pelancaran visual ini sekali gus memberi gambaran awal mengenai penceritaan jujur, berani dan menyentuh jiwa yang diangkat daripada realiti kehidupan di perkampungan yang konservatif.


Filem genre crime drama ini diterbitkan oleh Syafiq Yusof bersama Syafiq Kyle menerusi produksi Indigo Films Sdn Bhd, manakala edaran rasmi dikendalikan SKOP Productions Sdn Bhd serta pemasaran oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. 

Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakan-rakan media untuk menguar-uarkan lagi mengenai filem terbaharu, BAGA.

Sila klik pautan ini untuk mendapatkan siaran media, poster dan gambar.

KENANGAN LAMA BERTUKAR MIMPI NGERI! PEMUJA SYAITAN, RAHSIA GELAP YANG MENUNTUT HARGA!

Thursday, 8 October 2026

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2026 – Satu pertemuan semula bertukar menjadi mimpi ngeri penuh tragedi apabila rahsia lama kembali terbongkar dalam Pemuja Syaitan, filem horror sulung arahan Liyana Jasmay. Mengangkat kisah persahabatan, pengkhianatan dan ketakutan, filem ini bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara bermula 15 Oktober 2026.

Diterbitkan oleh Mermaid Studios dan Suraya Filem Production & Distribution, dengan Skop Productions Sdn Bhd sebagai rakan pengedaran dan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran, filem ini menampilkan barisan pelakon utama Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan. Turut membintanginya ialah Ellyza Azizi, Dhabita Auji, Aida Amron, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Rosdeen Suboh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay dan Marsha Biddulph.

Pemuja Syaitan mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekelas iaitu Khatijah (Aila Azizul), Ana (Ellyza Azizi), Marissa (Dhabita Auji), Nazim (Nadhir Nasar), P (Aida Amron) dan Julie (Elizabeth Tan) yang kembali berkumpul di kampung halaman mereka beberapa bulan selepas tamat sekolah, bersama beberapa individu lain. Pertemuan tersebut berubah apabila mereka menggali semula sebuah kapsul masa yang pernah ditanam bersama, membuka kembali pengkhianatan dan kenangan pahit yang selama ini terpendam.

Malam yang sepatutnya dipenuhi nostalgia akhirnya bertukar menjadi satu pengalaman ngeri apabila mereka berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah dijangka. Keesokan harinya, enam mayat ditemui, manakala seorang individu hilang dan seorang lagi ditemukan dalam keadaan trauma.

Kes tersebut kemudiannya membawa Inspektor Zul (Zul Ariffin) ke pulau berkenaan untuk menyusun semula kronologi malam berdarah tersebut. Namun, semakin jauh siasatan dijalankan, semakin beliau sedar bahawa kebenaran yang tersembunyi menuntut harga yang lebih besar daripada apa yang dibayangkan.

Apakah yang sebenarnya berlaku pada malam tersebut, dan mampukah Inspektor Zul merungkai apa yang berlaku sebelum semuanya terlambat?

Bagi menghangatkan lagi promosi Pemuja Syaitan, satu tayangan khas diadakan di TGV Suria KLCC, malam ini. Pengarah Liyana Jasmay turut hadir bersama-sama sebahagian besar pelakon filem ini, menjadikan acara tersebut lebih meriah dengan kehadiran rakan media dan tetamu jemputan.


Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 15 Oktober 2026. Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Pemuja Syaitan, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

ESOK UNTUK SIAPA? POSTER RASMI ‘BAGA’ KINI DIMUAT NAIK | ANTARA CINTA DAN TAKDIR, KISAH PENUH DEBARAN TEMUI PENONTON DI PAWAGAM PADA 5 NOVEMBER 2026

Masa depan dan cinta dua jiwa muda kini diuji apabila poster rasmi filem Baga: Esok Untuk Siapa akhirnya dipaparkan secara rasmi di media sosial. Diterbitkan oleh Syafiq Yusof dan Syafiq Kyle menerusi produksi Indigo Films Sdn Bhd, filem arahan Ariff Zulkarnain ini membawakan sebuah penceritaan yang jujur, berani dan menyentuh jiwa mengenai realiti kehidupan di sebuah perkampungan pesisir pantai Pantai Timur yang konservatif.

Membariskan pelakon teraju utama Amir Ahnaf dan Amirah Razak, disokong oleh barisan pelakon berpengalaman termasuk Wan Hanafi Su, Cech Adrea, Kimal Mokhtar, Idham Maulana, Asrulfaizal dan Mat Over. 

Gandingan mantap ini bakal menghidupkan karakter Jani dan Melur, dua pasangan kekasih yang terperangkap antara impian untuk melarikan diri demi kehidupan yang lebih baik atau menerima realiti warisan kehidupan yang menghimpit.

Kisah bermula apabila kehamilan luar jangkaan memaksa pasangan ini membuat keputusan paling sukar dalam hidup mereka. Demi mengukuhkan masa depan mereka, Jani mengambil jalan terdesak dengan terjebak dalam kancah perdagangan dadah, sekali gus menyaksikan bagaimana cinta berdepan dengan ketagihan, kemiskinan dan ketatnya norma tradisi di sebuah komuniti di mana peluang adalah sangat terhad dan setiap pilihan membawa akibat yang besar.

Adakah cinta dan kesetiaan mampu menyelamatkan mereka daripada pusaran takdir atau adakah esok sebenarnya tiada lagi harapan buat mereka? Edaran rasmi oleh SKOP Productions Sdn Bhd bersama strategi pemasaran daripada Primeworks Studios ini bakal membawakan jawapannya terus ke layar perak.

Saksikan kisah penuh emosi dan pengorbanan ini yang bakal menemui anda di pawagam seluruh negara bermula 5 November 2026. 

#Baga #EsokUntukSiapa #Baga2026

OFFICIAL TRAILER ‘PEMUJA SYAITAN’ KINI DIPAPARKAN!

Thursday, 1 October 2026

OFFICIAL TRAILER ‘PEMUJA SYAITAN’ KINI DIPAPARKAN! | RAHSIA KAPSUL MASA, BISIKAN KEGELAPAN DI PULAU TERPENCIL 

Misteri yang lama terpadam kini kembali menyapa, apabila Official Trailer filem seram paling dinantikan tahun ini Pemuja Syaitan, arahan pengarah berdedikasi Liyana Jasmay secara rasminya telah dimuat naik dan sedia menghantui media sosial anda.

Menerusi paparan trailer baharu Instagram Mermaid Studios, penonton disajikan dengan visual sinematik yang tebal dengan ketegangan dan atmosfera misteri yang mencengkam emosi. Kisah bermula dengan perhimpunan semula sekumpulan bekas rakan sekolah di sebuah pulau terpencil bagi mengimbau kenangan lama. Namun, suasana nostalgia itu bertukar menjadi mimpi buruk selepas sebuah kapsul masa lama digali semula, lalu membongkar rahsia terlarang yang sekian lama tersimpan. 

Paparan trailer tersebut turut memperlihatkan satu demi satu babak mencemaskan, daripada gangguan ghaib yang sukar dijelaskan, pengkhianatan sesama rakan, sehinggalah kepada ketakutan sebenar apabila sisi gelap manusia dan ancaman ilmu hitam mula memburu mereka tanpa henti.

Naskhah penuh suspen psikologi ini menghimpunkan persembahan mantap daripada gandingan julung kali pelakon terkemuka dan berbakat besar Zul Ariffin, Aila Azizul,, Elizabeth Tan dan Nadhir Nasar. 

Sinergi mantap mereka turut diperkuatkan lagi dengan watak-watak penting yang dihidupkan oleh Dr Rosdeen Suboh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay, Marsha Biddulph, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Aida Amron, Ellyza Azizi, dan Dhabita Auji.

Diterbitkan oleh Mermaid Studios bersama Suraya Filem Production & Distribution, Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober 2026. Filem ini diedarkan oleh SKOP Productions Sdn Bhd, manakala Primeworks Studios bertindak sebagai Rakan Pemasaran. 

Saksikan Official Trailer Pemuja Syaitan di platfom media sosial rasmi Mermaid Studios sekarang, seterusnya bersiap sedia mengumpulkan rakan-rakan serta keluarga untuk merasai sendiri pengalaman sinematik yang mencengkam jiwa ini di pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Oktober 2026. 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal membongkar rahsia kegelapan di pulau berkenaan dan kunci tarikh anda di pawagam berdekatan!

#PemujaSyaitan

'CHELOT' MELETOP DI PAWAGAM: KUTIPAN KINI MENCECAH RM19.5 JUTA!

Monday, 28 September 2026

'CHELOT' MELETOP DI PAWAGAM: KUTIPAN KINI MENCECAH RM19.5 JUTA! | Adrian Teh Sahkan Perjuangan Diteruskan Menerusi Sekuel 'Chelot 2'

Filem aksi tempatan, Chelot, terus mencetuskan fenomena luar biasa serta melakar sejarah tersendiri di pawagam seluruh negara apabila berjaya mengumpul kutipan rasmi mencecah RM19.5 JUTA.

Kejayaan cemerlang ini membuktikan dominasi padu karya arahan pengarah tersohor Adrian Teh yang terus mendapat tempat di hati peminat filem tanah air menerusi sokongan berterusan di dewan tayangan. Setiap tiket yang dibeli serta perkongsian positif daripada penonton menjadi penolak utama kejayaan box office ini.

Filem Chelot membawa penonton menyelami kisah suspen seorang pegawai Unit Operasi Khas yang dihimpit masalah kewangan kritikal sehingga terjerat dalam sindiket penyeludupan senjata akibat satu keputusan yang salah. Kini, dia terpaksa bertindak sebagai orang dalam dan mempertaruhkan segala-galanya, merangkumi kerjaya, keselamatan keluarga serta nyawanya sendiri demi menumpaskan sindiket berbahaya tersebut.

Kehangatan filem ini terus didorong oleh persembahan mantap barisan pelakon terkemuka tanah air seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani, dan Theebaan G yang berjaya menghidupkan watak serta menyajikan babak aksi mendebarkan di layar perak.

Sebagai kemuncak kejayaan ini, Adrian Teh, secara rasminya mengumumkan bahawa perjuangan Chelot masih belum berakhir. Kehangatan fenomena ini bakal diteruskan menerusi sekuel terbaharu, Chelot 2! Pengumuman eksklusif ini dijangka bakal meledakkan lagi rantaian francais aksi tempatan dengan garapan plot yang lebih agresif, skala pertarungan lebih mantap, serta pelbagai kejutan menarik yang pasti memukau penonton kelak.

Pihak produksi dan seluruh tenaga kerja filem Chelot merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan “Terima Kasih Malaysia” atas sokongan padu yang tidak berbelah bahagi. Bagi mereka yang belum menyaksikan atau mahu merasai semula kehangatan filem ini, orang ramai dijemput untuk terus meramaikan pawagam berdekatan hari ini.

#Chelot #FilemChelot #TerimaKasihMalaysia

FENOMENA 10 TAHUN EJEN ALI: KONSERT ORKESTRA ‘EJEN ALI IN CONCERT’ BAKAL GEGAR PLENARY HALL KLCC | Tiket Early Bird Kini Dibuka! Jom Sama-Sama Raikan 10 Tahun Ejen Ali!

KUALA LUMPUR, 24 September 2026 — Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2016, francais animasi terbitan Wau Animation dan Primeworks Studios, Ejen Ali, terus mencetuskan fenomena luar biasa serta memikat hati jutaan peminat daripada pelbagai lapisan usia. Meraikan sedekad perjalanan Ejen Ali, satu pertunjukan muzik berskala besar, Ejen Ali In Concert, bakal berlangsung pada 28 dan 29 November 2026 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Mempersembahkan runut bunyi Ejen Ali ke pentas megah, konsert ini bakal dipimpin oleh Pengarah Muzik, Azri Yunus, dengan iringan 41 ahli orkestra KL City Opera serta barisan vokalis ikonik. Sebanyak 22 buah susunan muzik hasil gubahan Pengarah Muzik sendiri bakal dipersembahkan secara langsung, mengadunkan muzik orkestra dan elemen animasi bagi menghidupkan dunia Ejen Ali secara nyata di atas pentas.

Bagi memberikan pengalaman yang lebih sesuai untuk pelbagai lapisan usia penonton, konsert ini dirangka khusus menerusi dua sesi persembahan berbeza:

1. Family Fun Day (11.00 Pagi)

Sesi mesra keluarga yang menampilkan persembahan lagu-lagu popular, lengkap dengan aktiviti interaktif bersama Ejen Ali dan rakan-rakan.

  • Harga Tiket Pakej Keluarga: RM200 untuk 4 tiket (2 Dewasa & 2 Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah).
  • Harga Tiket Individu: RM69.

2. Ejen Ali In Concert (8.00 Malam)

Pertunjukan malam berskala penuh yang menampilkan iringan orkestra, penyanyi vokal asal dan artis jemputan termasuk Hael Husaini dan Ida Rahayu. Barisan artis lain akan diumumkan dari semasa ke semasa.

  • Harga Tiket: Bermula dari CAT D (RM 119), CAT C (RM 149), CAT B (RM 238), CAT A (RM 269), Premium (RM299), sehingga Kategori VIP (RM369).

Berita baik buat peminat! Tiket Early Bird rasmi kini boleh didapati di WOWTIX bermula 24 September 2026. Pembeli tiket sepanjang tempoh promosi ini turut berpeluang membawa pulang cenderamata eksklusif edisi terhad.

Lebih daripada sebuah persembahan muzik, konsert ini menjadi penanda aras baharu dalam industri animasi tempatan serta satu bentuk penghargaan buat semua yang telah menyokong Ejen Ali sepanjang sedekad. Pertemuan muzik, animasi dan orkestra ini membuka ruang buat peminat meraikan perjalanan Ejen Ali bersama-sama serta mencipta kenangan baharu.

Ayuh, dapatkan tempat anda sekarang! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah persembahan muzik animasi terbesar tanah air dan saksikan sendiri keajaiban Ejen Ali In Concert secara langsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 dan 29 November 2026. Bertindak segera!

Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini, ikuti akaun media sosial rasmi Ejen Ali di Facebook (@EjenAli), Instagram (@ejen_ali), dan TikTok (@ejenali_official).

PROMOSI HARI GAJI GSC, NIKMATI RM5 OFF UNTUK TIKET CHELOT!

Thursday, 24 September 2026

PROMOSI HARI GAJI GSC, NIKMATI RM5 OFF UNTUK TIKET CHELOT! | Dapatkan Sekarang Dan Saksikan Chelot Di Pawagam Sebelum Terlepas! 

Bersempena Promosi Hari Gaji GSC, GSC menawarkan RM5 OFF untuk tiket CHELOT menerusi pembelian di Aplikasi GSC dari 25 hingga 27 September 2026.

Bagi yang ingin kembali menikmati aksi dan debaran CHELOT, inilah peluang untuk mengajak keluarga serta rakan-rakan menonton bersama dan menyaksikan filem arahan Adrian Teh di layar perak pada harga lebih istimewa.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket CHELOT dan terus menyokong filem tempatan yang masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia  

Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, mengajak anda untuk terus mengikuti perkembangan terkini filem ini dan berkongsi keterujaan menerusi tanda pagar #CHELOT.

YB DATO’ SERI FAHMI FADZIL LUANGKAN MASA SAKSIKAN FILEM ‘CHELOT’

Tuesday, 22 September 2026

YB DATO’ SERI FAHMI FADZIL LUANGKAN MASA SAKSIKAN FILEM ‘CHELOT’ | Filem Aksi Tempatan Arahan Adrian Teh, Yang Terus Cipta Fenomena Di Pawagam

Filem aksi tempatan CHELOT terus mendapat perhatian apabila YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi meluangkan masa menyaksikan naskhah arahan Adrian Teh itu di GSC Mid Valley Megamall semalam. Kehadiran beliau turut menyerlahkan sokongan terhadap perkembangan karya tempatan yang kini terus mendapat tempat dalam kalangan penonton Malaysia.

Turut hadir bersama pada kesempatan tersebut ialah YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), YBhg. Dato’ Dr. Hans Isaac, Pengerusi FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, barisan pengurusan tertinggi Kementerian Komunikasi serta pelakon CHELOT, Theebaan G.

Diterbitkan oleh Act 2 Pictures, CHELOT terus menerima sambutan menggalakkan apabila berjaya meraih 1 juta penonton di Malaysia. Pencapaian ini menjadi antara perkembangan membanggakan buat filem arahan, tulisan dan terbitan Adrian Teh, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan penonton terhadap karya aksi tempatan. Dengan sambutan yang masih diterima, CHELOT terus ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia untuk tatapan peminat filem tempatan. 

Menggabungkan aksi dan penceritaan yang penuh debaran, CHELOT mengangkat kisah keberanian, pengorbanan serta pertarungan antara keadilan dan dunia jenayah yang sarat dengan muslihat. Filem arahan, tulisan dan terbitan Adrian Teh ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theebaan G.

Salah satu tarikan utama filem ini ialah babak aksi single-take selama 5 minit 19 saat yang dirakam sepanjang laluan sejauh 1.9 kilometer. Keunikan babak tersebut turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi rekod “Longest Single-Take Action Sequence in a Movie”.

Dengan kutipan yang terus meningkat dan pencapaian yang diraih, CHELOT memperlihatkan potensi karya tempatan dalam mengetengahkan filem aksi berskala besar kepada penonton Malaysia. Orang ramai dijemput untuk terus menyokong industri filem tempatan dengan menyaksikan CHELOT di pawagam seluruh Malaysia.

Kepada yang masih belum berkesempatan menyaksikan filem ini, CHELOT masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri aksi dan debarannya di layar besar. Jangan lupa ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X serta YouTube untuk mendapatkan kandungan eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik berkaitan CHELOT.

KHADAM” KINI MELEBAR KE ASIA SELEPAS KEJAYAAN BOX OFFICE DAN ULASAN POSITIF

Wednesday, 16 September 2026

KHADAM” KINI MELEBAR KE ASIA SELEPAS KEJAYAAN BOX OFFICE DAN ULASAN POSITIF | Filem seram dramatik Asia Tenggara terbitan Komet Productions dan Red Communications yang telah melebarkan tayangan ke Kemboja dan Singapura, kini akan memasuki Indonesia dan telah pun tular menjelang tayangan di Hong Kong pada bulan Oktober di mana hak pengedaran antarabangsa kini dibuka untuk seluruh dunia.

KUALA LUMPUR, 14 September 2026 — Khadam, filem seram dramatik arahan Shamyl Othman, telah muncul sebagai antara filem tempatan yang mencatat pencapaian besar di pawagam Malaysia pada tahun ini, dan kini membawa momentum tersebut ke peringkat serantau. Selepas kejayaan tayangannya di tanah air, dan menemui peminatnya di Kemboja dan Singapura, kini ia mendapat perhatian di platform media sosial menjelang tayangannya di Hong Kong pada 8 Oktober.

Filem ini juga sedang membuat persiapan untuk tayangan sulungnya yang amat dinantikan di Indonesia pada 16 September ini. Susulan sambutan yang menggalakkan di rantau ini, Khadam kini membuka peluang pengedaran dan jualan antarabangsa di luar Asia Tenggara.

KEJAYAAN KOMERSIL DAN SAMBUTAN KRITIKAL MENGGALAKKAN DI TANAH AIR

Khadam mula ditayangkan di lebih 120 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei pada 11 Jun 2026, dan terus menduduki tangga teratas carta kutipan filem tempatan. Filem ini meraih RM1.2 juta pada minggu pembukaan, dan ini meletakkan Khadam sebagai antara filem tempatan berprestasi tinggi tahun ini. Dalam tempoh seminggu, kutipan meningkat kepada RM2.6 juta, dan menjelang awal Julai, ia melonjak melebihi RM5 juta di pawagam Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling menonjol tahun ini.

Kejayaan komersial filem ini turut disusuli sambutan positif daripada penggiat industri dan pengkritik filem. Pengarah veteran Erma Fatima memuji filem ini kerana berjaya menyampaikan setiap elemen dengan tepat, manakala pelakon berpengaruh Sofea Jane secara khusus menyanjung kekuatan skripnya. Liputan media hiburan utama di Malaysia pula berulang kali menyorot kekuatan yang sama: skrip yang mantap, persembahan barisan pelakon yang hebat - khususnya lakonan memukau bintang Indonesia Aghniny Haque, reka bentuk bunyi yang imersif, serta keupayaan luar biasa filem ini membina rasa ngeri tanpa terlalu bergantung pada klise genre seram.

MOMENTUM KHADAM DI PERINGKAT SERANTAU SEMAKIN MENINGKAT

Susulan kejayaan di tanah air, Khadam telah melebarkan langkah ke Kemboja dan Singapura, memperkenalkan pendekatan unik filem ini terhadap kisah dan kepercayaan supernatural masyarakat se-Nusantara kepada khalayak baharu di rantau ini. Indonesia pula akan menyusul bermula 16 September. Filem ini turut mendapat perhatian di Hong Kong dan kini sedang tular di media sosial, menjelang tayangan pawagamnya di sana Oktober nanti.

Perkembangan ini mengukuhkan daya tarikan Khadam merentasi sempadan iaitu sebuah kisah yang berakar kukuh dalam kepercayaan budaya Nusantara, namun berjaya mencetuskan resonans dalam kalangan penonton jauh melangkaui Malaysia dan bukan sekadar dalam kalangan peminat filem seram. Kekuatan ini turut didorong oleh premis dramatik yang tragis dan menyentuh emosi, yang menjadi teras kepada kisah Khadam.

SINOPSIS

Berlatar tahun 1950-an, Khadam mengisahkan Melor, seorang ibu yang selepas kematian ibunya, terpaksa mewarisi ‘saka’, entiti supernatural yang diwarisi turun-temurun. Apabila entiti tersebut perlahan-lahan mengambil alih peranannya sebagai isteri dan ibu, menjelma dalam bentuk dirinya yang ideal dan serba sempurna, Melor terpaksa berjuang untuk merampas kembali identitinya dan melindungi keluarganya sebelum dia kehilangan dirinya sepenuhnya juga sebelum entiti itu menuntut harga yang amat mengorbankan, sekaligus mengerikan.

TENAGA KREATIF DAN BARISAN PELAKON

Khadam adalah sebuah filem seram arahan Shamyl Othman. Sentuhan beliau dalam filem ini disifatkan oleh penonton dan pengamal industri sebagai penanda aras baharu bagi genre seram Malaysia.

Filem ini diterajui oleh barisan pelakon hebat:

  • Aghniny Haque (Indonesia) sebagai Melor (kemunculan sulung antarabangsa), persembahan yang sebahagian besarnya tanpa dialog, yang disifatkan pengkritik sebagai lakonan terbaik dalam kerjayanya
  • Datuk Remy Ishak sebagai Awang
  • Siti Khadijah Halim sebagai Manis
  • Zarra Zhaff sebagai Puteh
  • Karl' El sebagai Hitam
  • Jun Lojong, penampilan khas sebagai Nek Mak
PENERBIT DAN RAKAN KERJASAMA SERANTAU

Khadam diterbitkan oleh Red Communications dan Komet Productions dari Malaysia, dengan kerjasama rangkaian rakan produksi serantau dari pelbagai negara: Magma Entertainment dan VMS Studios (Indonesia), Sil-Metropole Organisation Ltd. (Hong Kong), Applause Entertainment (India), Golden Screen Cinemas (Malaysia) dan Primeworks Studios (Malaysia). Filem ini diedarkan di Malaysia oleh GSC Movies, manakala Primeworks Studios bertindak sebagai rakan pemasaran. Filem ini turut dihasilkan dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Gabungan penerbitan, pengedaran, dan pemasaran ini dibentuk khas bagi memberikan Khadam platform pelancaran bertaraf antarabangsa lantas memadukan cerita tempatan Asia Tenggara dengan nilai penerbitan serta strategi edaran global.

PELUANG JUALAN ANTARABANGSA

Dengan rekod pecah panggung yang terbukti di Malaysia, penerimaan kritikal yang kukuh, serta perkembangan tayangan yang semakin meluas di Kemboja, Singapura, Hong Kong dan tidak lama lagi Indonesia, Khadam menawarkan peluang yang menarik kepada wakil jualan dan pengedar antarabangsa. 

Filem ini hadir dengan kelebihan tersendiri di mana mempunyai peminat serantau yang semakin berkembang, barisan pelakon yang mempunyai daya tarikan antarabangsa, serta bukti jelas bahawa kisahnya mampu mendapat sambutan penonton di luar pasaran asalnya.

Lebih daripada sekadar filem untuk peminat genre seram, Khadam berpotensi menarik perhatian khalayak umum yang dahagakan kisah tempatan Asia Tenggara yang kuat, dramatik dan sarat dengan emosi.

Ikuti perkembangan terkini menerusi @khadamthemovie di TikTok, Thread, Instagram, Facebook dan YouTube.

“PEMUJA SYAITAN” BUKA TIRAI, BAWA MISTERI KE LAYAR PERAK

Tuesday, 15 September 2026

“PEMUJA SYAITAN” BUKA TIRAI, BAWA MISTERI KE LAYAR PERAK | Pelancaran Rasmi Perkenal Barisan Pelakon, Poster Rasmi dan Teaser Trailer Kepada Umum 

Kuala Lumpur, 15 September 2026 - Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, Pemuja Syaitan, arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada umum hari ini. Acara eksklusif tersebut menampilkan pendedahan barisan pelakon, pelancaran poster rasmi serta tayangan eksklusif teaser trailer, sekali gus memberikan gambaran awal mengenai kisah penuh misteri dan kegelapan yang bakal dibawakan ke layar perak. 

Barisan pelakon utama Pemuja Syaitan yang bakal menerajui naskhah ini terdiri daripada Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar dan Aila Azizul. Gandingan keempat-empat pelakon ini akan menghidupkan karakter utama dalam kisah penuh misteri dan kegelapan. Gandingan pelakon daripada latar dan generasi berbeza ini dijangka menambahkan lagi tarikan terhadap kisah yang sarat dengan persoalan dan kejadian di luar jangka. 

Turut melengkapkan barisan pelakon ialah Rosdeen Subuh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay, Marsha Biddulph, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Aida Amron, Ellyza Azizi dan Dhabita Auji yang akan menghidupkan watak-watak sampingan dalam perjalanan cerita ini. 

Pemuja Syaitan mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah yang kembali berkumpul di sebuah pulau terpencil untuk mengimbau kenangan lama. Pertemuan tersebut berubah apabila mereka menemui semula sebuah kapsul masa yang ditanam bertahun-tahun dahulu, lalu membuka kembali rahsia yang sekian lama tersimpan. 

Apa yang bermula sebagai sebuah pertemuan semula bertukar menjadi pengalaman mengerikan apabila mereka berdepan dengan kejadian misteri yang sukar dijelaskan. Ketika cuba mencari jawapan, mereka mula menyedari bahawa pulau berkenaan mungkin menyimpan sesuatu yang jauh lebih gelap daripada apa yang pernah mereka bayangkan. 

Menurut Liyana Jasmay, selaku Pengarah, “Pemuja Syaitan bukan sekadar sebuah filem horror yang bergantung kepada elemen seram semata-mata, sebaliknya turut mengetengahkan rahsia, pengkhianatan dan sisi gelap manusia apabila berdepan dengan perkara daripada masa lalu. Sebagai pengarah, saya mahu memastikan setiap elemen dalam cerita ini dapat disampaikan dengan baik, terutama dalam membina ketegangan dan suasana yang membuatkan penonton terus tertanya-tanya tentang apa yang bakal berlaku. Saya harap penonton dapat menikmati pengalaman menonton Pemuja Syaitan dan merasai sendiri debaran serta misteri yang kami cuba bawakan apabila filem ini ditayangkan di pawagam nanti. ” 

Dengan pendedahan awal barisan pelakon, poster rasmi dan teaser trailer, Pemuja Syaitan kini membuka tirai kepada sebuah kisah yang menjanjikan ketegangan dan persoalan yang sukar dijawab. Namun, satu persoalan masih kekal, apakah sebenarnya yang menghantui mereka di pulau tersebut? 


Diterbitkan oleh Mermaid Studios bersama Suraya Filem Production & Distribution, Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober 2026. Filem ini diedarkan oleh SKOP Productions Sdn Bhd, manakala Primeworks Studios bertindak sebagai Rakan Pemasaran. 

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Pemuja Syaitan, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios. 

RM16 JUTA SELEPAS 18 HARI! CHELOT TERUS KUASAI PAWAGAM!

Monday, 14 September 2026

CHELOT terus mencipta kejayaan di pawagam apabila berjaya mencatat RM16 JUTA kutipan selepas 18 hari tayangan termasuk Tayangan Awal!

Lebih membanggakan, CHELOT kekal sebagai filem #1 DI MALAYSIA selama 18 hari berturut-turut!

Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi bukti sokongan padu anda semua yang terus memilih CHELOT dan menyokong karya tempatan. Terima kasih kerana terus bersama kami dalam perjalanan filem ini! 

Buat yang masih belum menonton, jom terus support karya tempatan arahan Adrian Teh! Ajak geng, keluarga dan kawan-kawan untuk saksikan CHELOT di pawagam seluruh Malaysia dan rasai sendiri aksi serta debarannya di layar besar! 

Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, mengajak anda untuk terus mengikuti perkembangan terkini filem ini dan berkongsi keterujaan menerusi tanda pagar #CHELOT.

TERIMA KASIH, MALAYSIA!

#CHELOT

SENSASI BOX OFFICE FILEM ‘CHELOT’ ARAHAN ADRIAN TEH RAIH KUTIPAN RM10.7 JUTA!

Monday, 7 September 2026

 

Filem aksi tempatan terbaharu, Chelot, terus mencetuskan fenomena luar biasa di pawagam seluruh negara apabila berjaya meraih kutipan terkini mencecah RM10.7 juta setakat jam 8:00 malam. Lebih membanggakan, karya terbaharu arahan pengarah tersohor Adrian Teh ini berjaya mengekalkan dominasinya sebagai filem nombor satu di Malaysia selama 11 hari berturut-turut, hasil sokongan padu peminat filem tempatan yang tidak putus-putus memenuhi dewan tayangan.

Filem Chelot membawa penonton menyelami kisah suspen seorang pegawai Unit Operasi Khas yang dihimpit masalah kewangan kritikal sehingga terjerat dalam sindiket penyeludupan senjata akibat satu keputusan yang salah. Kini, dia terpaksa bertindak sebagai orang dalam dan mempertaruhkan segala-galanya termasuk kerjaya, keselamatan keluarga serta nyawanya sendiri demi menumpaskan sindiket berbahaya tersebut.

Impak dan kejayaan fenomena filem ini digerakkan oleh persembahan hebat barisan pelakon terkemuka tanah air seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theebaan G. Gandingan mantap para pelakon ini berjaya membawa watak dengan begitu berkesan dan menghidupkan setiap babak aksi yang mendebarkan.

Kemeriahan fenomena Chelot turut dirai bersama para peminat menerusi penganjuran peraduan Teka & Menang. Dalam pengumuman terbaharu, saudara Qaihusni telah dinobatkan sebagai pemenang utama peraduan tersebut dan membawa pulang hadiah istimewa berupa GSC One Year Movie Pass untuk menikmati tayangan tiket wayang percuma selama setahun. Sokongan terhadap karya tempatan ini masih diteruskan dan orang ramai dijemput untuk terus meramaikan pawagam berdekatan hari ini. #Chelot 

RUMAH TANGGA SYAMIM FREIDA RETAK AKIBAT CEMBURU DALAM ‘KE MANA HILANG CINTA’

Thursday, 3 September 2026

RUMAH TANGGA SYAMIM FREIDA RETAK AKIBAT CEMBURU DALAM ‘KE MANA HILANG CINTA’  | KETIKA KEPERCAYAAN HANCUR AKIBAT SIKAP OBSESI BERLEBIHAN 

Kuala Lumpur, 2 September 2026 – Sejauh manakah cemburu mampu meruntuhkan sebuah perhubungan? Persoalan itu menjadi nadi drama terbaharu TV3 menerusi slot Samarinda, Ke Mana Hilang Cinta yang mengupas isu cinta, cemburu buta serta konflik rumah tangga apabila kasih sayang bertukar menjadi ketertiban untuk memiliki secara obsesif.

Diterbitkan oleh Million Pictures serta karya penulis Sha Hanim Ramli, drama 20 episod ini Menampilkan Syamim Freida, Keith Foo dan Marc Syahmie sebagai teraju utama, bakal menemui penonton mulai 3 September 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3.

Ke Mana Hilang Cinta mengisahkan Sya (Syamim Freida), seorang pereka hiasan dalaman kerjaya mantap yang tidak pernah menyangka akan jatuh hati dengan Aidil (Keith Foo), seorang duda anak satu yang kematian isteri dan sekadar bekerja sebagai Pengurus Pentadbiran. Biarpun berbeza taraf kerjaya di samping masing-masing membawa kisah silam, ketulusan cinta membuatkan Sya menerima lamaran Aidil untuk membina bahtera rumah tangga bersama.

Bagaimanapun, selepas setahun mendirikan rumah tangga, sikap Aidil mula berubah secara drastik. Rasa cemburu yang melampau membuatkan setiap pergerakan Sya dikawal ketat, daripada pemeriksaan telefon bimbit dan kawalan kewangan, sehinggalah pergerakan harian yang diekori. Terperangkap dalam perkahwinan yang semakin toksik dan kehilangan kebebasan diri, Sya berada di persimpangan dilema sama ada mahu terus mempertahankan rumahtangganya atau membebaskan diri. 

Keadaan bertambah rumit apabila kehadiran Harris (Marc Syahmie), rakan sekerja merangkap kawan baik Sya yang tidak pernah disukainya secara peribadi, mula menimbulkan salah faham dan meretakkan lagi hubungan mereka. Sya mula menyedari bahawa perubahan sikap suaminya bukan sekadar isu cemburu terhadap Harris tetapi melibatkan sebuah rahsia besar yang disembunyikan oleh Aidil.

Mengenai peranannya, Syamim Freida berkongsi bahawa watak Sya memberikan cabaran emosi yang sangat mendalam.“Sya bukan wanita yang mudah mengalah. Dia cuba mempertahankan rumah tangga dan dalam masa yang sama berdepan dengan perubahan sikap suaminya yang semakin sukar difahami. Watak ini banyak bermain dengan emosi dan saya harap penonton dapat sama-sama merasai perjalanan Sya apabila cinta yang pada awalnya indah mula berubah menjadi sesuatu yang menakutkan,” Ujarnya.

Apabila syak wasangka mengatasi kepercayaan, mampukah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dipertahankan?

Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri Ke Mana Hilang Cinta, mulai 3 September 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton atau memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

'PELANGI DI MARS' PENGEMBARAAN ANIMASI SAINS FIKSYEN TERBAHARU GEGARKAN PAWAGAM

Wednesday, 2 September 2026

Kuala Lumpur, 2 September 2026 – Industri filem tanah air bakal diserikan dengan karya animasi sains fiksyen yang sarat emosi, Pelangi Di Mars, yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 3 September 2026. Menggabungkan elemen pengembaraan, kekeluargaan, dan drama futuristik, naskhah ini menjanjikan sebuah perjalanan luar biasa yang menyentuh hati serta sesuai didedikasikan buat seisi keluarga.

Dibawakan oleh Primeworks Studios selaku Rakan Pengedar dan Pemasaran dengan kerjasama syarikat penerbitan Mahakarya Pictures dan MBK Productions, karya arahan Upie Guava ini tampil dalam versi alih suara Bahasa Malaysia, sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang lebih dekat dengan penonton tempatan. Di sebalik visual futuristik dan pengembaraan merentasi planet, naskhah ini turut mengetengahkan nilai persahabatan, keberanian, pengorbanan dan harapan dalam menghadapi cabaran yang lebih besar daripada diri sendiri.

Berlatarbelakangkan dekad 2100-an ketika krisis air global mengancam kelangsungan hidup di Bumi, Pelangi merupakan kanak-kanak pertama yang dilahirkan di planet Marikh. Bersama sekumpulan robot rosak yang menjadi sahabat baiknya, Pelangi memulakan pengembaraan untuk mencari Zeolite Omega, sejenis mineral nadir yang dipercayai mampu menjadi kunci kepada usaha menyelamatkan Bumi. Namun, misi tersebut bertukar semakin mencabar apabila Nerotek, sebuah korporat gergasi yang menguasai baki bekalan air dunia, turut memburu penemuan berharga berkenaan demi kepentingan mereka sendiri.

Melengkapkan pengalaman tontonan, penyanyi popular Nabila Razali turut meminjamkan suara merdu beliau menerusi lagu tema rasmi (OST) versi Bahasa Malaysia berjudul ‘Warnai Pelangi’. Pemilihan lagu ini bukan sahaja menyuntik sentuhan tempatan, malah memperkasakan emosi dan jiwa pengembaraan Pelangi dalam menempuh cabaran.

Keunikan Pelangi Di Mars turut diserlahkan menerusi barisan pelakon suara yang memberikan karakter dan emosi tersendiri kepada setiap watak. Versi asal menampilkan Keinaya Messi Gusti (Pelangi), Lutesha (Pratiwi), Rio Dewanto (Banyu), Livy Renata (Mirna) dan Myesha Lin (Little Pelangi), selain penyumbang suara Kristo Immanuel (Yoman), Gilang Dirga (Petya), Bimo Kusumo Yudo (Batik), Vanya Rivani (Kimichi) dan Dimitri Arditya (Sulil).

Bagi versi alih suara Bahasa Malaysia pula, watak-watak utama diberikan nafas baharu menerusi barisan bakat tempatan yang terdiri daripada Dania Aleesya (Pelangi), Khayra Anzalna Binti Khaireel Azlee (Pelangi Kecil), Firdaus Sufiyan (Banyu), Mia Sara Shauki (Pratiwi), Radhi Ibrahim (Mirna), Azman Zulkiply (Batik), Ahmad Azizi (Petya), Ezza Afiqa (Kimci), Muhammad Mustaqim (Sulil) dan Dyle Frettman (Yoman)*.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keajaiban filem animasi Pelangi Di Mars di pawagam berdekatan anda bermula 3 September 2026. Untuk perkembangan terkini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, @Primeworks Studios, Instagram, @primeworksstudios.film and TikTok, @Primeworks Studios.