“NIKMAT DIKONGSI, REZEKI DIBERKATI” | MI SEDAAP SANTUNI KOMUNITI DI 3 LOKASI SEKITAR LEMBAH KLANG
KUALA LUMPUR, 5 Mac 2026 – Mi Sedaap, dengan kerjasama TV3, Pepper Labs dan Dapur Digital telah menyemarakkan lagi suasana Ramadan menerusi siri jelajah Jom Berbuka Bersama Mi Sedaap. Aktiviti padang ini merupakan lanjutan istimewa kepada program Jom Berbuka terbitan TV3 yang ditaja sepenuhnya oleh Mi Sedaap bagi mendekati masyarakat secara langsung sepanjang bulan yang mulia ini.
Setiap sesi diisi dengan aktiviti memasak bersama selebriti di dapur Pepper Labs sebelum diagihkan kepada kira-kira 350 penerima di setiap lokasi. Siri jelajah ini turut dimeriahkan dengan pelbagai permainan bagi menghiburkan komuniti PPR yang menyokong usaha kami ini. Selain menyantuni penduduk, Mi Sedaap turut menyampaikan kotak Kongsi Rezeki yang mengandungi barangan keperluan asas kepada rakan-rakan Dapur Digital yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah sesuai dengan tagline “Kongsi Rezeki, Nikmati Rasa Asli Mi Sedaap.”
Lokasi Jom Berbuka Bersama Mi Sedaap melabuhkan tirainya di PPR Hiliran Ampang dan dihadiri oleh Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima, Puan Farah Shamsudin, serta Pengurus Serantau Gentle Supreme Sdn Bhd, Encik Ng Hock Guan.
Tiga siri jelajah ini telah dilaksanakan di lokasi yang strategik iaitu:
- PPR Wangsa Sari (21 Februari): Dimeriahkan oleh pasangan ibu dan anak popular, Nabila Huda & Keisha Laila, serta dihoskan oleh personaliti TV3, Zati Nizam dan Asyraf Jamaluddin.
- PPR Sri Perlis 2 (28 Februari): Menampilkan kemesraan pelawak Angah & Wawa, bersama pengacara Syahira Izzati dan Asyraf Jamaluddin.
- PPR Hiliran Ampang (3 Mac): Lokasi kemuncak yang diserikan oleh Chef Fazley & Fariedz Fazley, dikendalikan oleh Syahira Izzati dan Asyraf Jamaluddin.
Usahasama ini membuka ruang kepada TV3, penaja dan rakan strategik untuk mengeratkan ukhuwah serta mendekatkan diri dengan penonton dan pengguna. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam berkongsi keberkatan Ramadan dengan komuniti, selaras dengan aspirasi untuk terus kekal relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan demi memberi manfaat berterusan kepada komuniti.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.