Showing posts with label Media Prima. Show all posts
Showing posts with label Media Prima. Show all posts

Debaran menuju pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 semakin terasa apabila senarai rasmi turutan persembahan bagi 11 negara peserta diumumkan, dengan Aina Abdul bakal menutup saingan menerusi lagu Bluest Sky di urutan ke-11.

Pertandingan yang bakal berlangsung pada Sabtu, 14 November ini di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand itu menghimpunkan 11 artis dari seluruh Asia yang masing-masing bakal mempertaruhkan karya tersendiri dalam merebut trofi sulung Eurovision Asia. Berikut merupakan turutan persembahan rasmi bagi kesemua peserta:

  1. Vietnam: Tóc Tiên – EM TIÊN
  2. Kemboja: Monetrey – I Let You Go
  3. Laos: Thinla – BAE
  4. Mongolia: Beck – Chamguigeer (Without You)
  5. Bhutan: Nyendra – Lhayi Semo
  6. Filipina: CARMELLE – Sobra-Sobra
  7. Bangladesh: Beatmosphere – Tumi Ele
  8. Thailand: MANG x DAOU – Aroma
  9. Korea Selatan: JUNHEE – DEEP DIVE
  10. Nepal: Pratik Himal Rai – Ananta Maya
  11. Malaysia: Aina Abdul – Bluest Sky

Barisan peserta Eurovision Song Contest Asia 2026 menampilkan kepelbagaian latar belakang seni dan identiti muzik yang mencerminkan warna industri hiburan di rantau Asia. Terdiri daripada penyanyi solo, duo hinggalah kumpulan a cappella dan beatbox, setiap peserta membawa keunikan tersendiri menerusi karya yang merangkumi genre pop, R&B, balada, muzik rakyat dan tradisional serta gabungan elemen kontemporari.

Pengumuman turutan persembahan tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang meluahkan keterujaan untuk menyaksikan kemunculan Aina Abdul di pentas antarabangsa. Antara komen yang ditinggalkan termasuklah, “Save the best for the last. Aina Abdul of Malaysia😍🫰🏻”. Seorang lagi pengguna pula menyuarakan, “Memang ramai pun nak tunggu persembahan Aina Abdul. Setakat tinjauan dekat media sosial memang Aina Abdul dan Bluest Sky tengah popular”.

Apakah kejutan yang bakal dibawakan Aina dalam persembahan Bluest Sky dan bagaimana beliau bakal menghidupkan pentas? Segala-galanya bakal terjawab pada 14 November ini.

Saksikan Aina Abdul membawa nama Malaysia di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 menerusi siaran langsung di TV3 atau strim juga di Tonton pada Sabtu, 14 November ini, jam 9.30 malam.

KUALA LUMPUR, 2 November 2026 – Sejak mula diperkenalkan pada April 2022, Women Talk kini memasuki musim kesepuluh, terus menyerlah sebagai antara program bual bicara berbahasa Inggeris berfokuskan wanita dan gaya hidup yang paling banyak ditonton serta berpengaruh di Malaysia.

Selepas melengkapkan sembilan musim, program ini terus membawa perbualan terbuka dan progresif yang memperkasa wanita, sambil memperluas skop perbincangan kepada realiti keluarga merentas generasi, hubungan dan cabaran golongan muda dalam menghadapi perubahan sosial masa kini.

Istimewanya musim terbaharu ini, program yang diterajui oleh pelakon Diana Danielle dan pengacara televisyen serta bekas Miss World Malaysia, Nadia Heng ini bakal melangkaui ruang studio menerusi temu bual lapangan dan segmen vox-pop, selain menampilkan perbincangan panel serta sesi bersama pakar di studio.

Mengulas perkembangan program, Anida Tahrim, Pengurus Besar Kanan, Strategi Kandungan & Audiens, TV3 & TV9 berkata, “Memasuki musim kesepuluh, program ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform perkongsian kisah, pengalaman dan perspektif yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Musim ini, Women Talk memperluas jangkauan perbincangannya menerusi lebih banyak segmen vox-pop dan laporan lapangan bagi membawa suara masyarakat secara langsung ke dalam program, sekali gus merapatkan perspektif antara ibu, golongan muda dan keluarga.”

Sepanjang 13 episod, Women Talk Musim 10 akan mengetengahkan lima kelompok topik utama, iaitu keluarga dan keibubapaan, budaya Gen Z dan anak muda, literasi kewangan, kesihatan dan kesejahteraan, serta hubungan dan perkembangan diri, selaras dengan isu dan keperluan masyarakat yang semakin berkembang.

Ikuti Women Talk Musim 10 mulai 7 November 2026, setiap Sabtu, jam 5.00 petang di TV3, atau strim juga menerusi Tonton.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan  TikTok di @TV3Malaysia. 

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 – Aura diraja membawa tuah buat Muhammad Aidil Luqman Hakim dan si bulus kesayangannya, Sashimi, apabila dinobatkan sebagai juara Purina Felix Cat Fashion Week, sekali gus bergelar “Super Meow-del” berserta trofi kejuaraan serta wang tunai RM5,000.

Menerusi persembahan bertemakan “The Royal Golden Renaissance”, Luqman dan Sashimi membawa penonton ke dunia diraja yang penuh kemewahan dan aksi dramatik. Babak pertempuran serta aksi berpedang membuka tirai persembahan sebelum Sashimi melangkah ke pentas peragaan sebagai figura diraja, diiringi dua pengawal peribadi. Dengan susuk sasa, wajah garang dan aura tersendiri, Sashimi menghidupkan watak pemerintah diraja yang menjadi tarikan utama persembahan mereka. 

Mengulas pemilihan tema tersebut, Luqman berkata karakter Sashimi menjadi inspirasi utama dalam membentuk penampilan mereka di pentas akhir.

“Bila melihat saiz Sashimi yang besar, wajahnya yang garang dan auranya yang tersendiri, saya rasa dia memang sesuai dengan konsep diraja. Jadi, kami cuba tonjolkan keistimewaan Sashimi menerusi busana dan persembahan yang nampak mewah serta penuh karisma. Saya bersyukur apabila konsep yang kami bawakan berjaya menarik perhatian juri dan akhirnya membawa kami bergelar juara. Pengalaman ini sangat bermakna buat saya dan Sashimi,” katanya.

Naib Juara menjadi milik Ahmad Fazwan bersama Athity Amore menerusi “Silver Purrince of Perak: Legasi Sebuah Impian” yang diinspirasikan daripada warisan diraja Perak, selain turut membawa pulang Anugerah Felix. 

Syazreen Damia bersama Micco pula menduduki tempat ketiga menerusi “The Greatest Feline Diva Micco”, yang menampilkan gaya glamor dengan iringan lagu tersendiri berinspirasikan filem The Greatest Showman.

Sementara itu, Azizah bersama Lolalisa Braveheart melengkapkan senarai pemenang dengan Anugerah Meow-nificent menerusi “Miss Meow-World Lolalisa Si Kucing Kampung”, dengan Lolalisa tampil bak anak patung ragdoll dalam busana dan mahkota yang menyerlahkan pesonanya di pentas.

Sorotan persembahan finalis lain: 

Aiman & Seri Embun menampilkan “Koleksi Aura Seri Embun” yang mengetengahkan imaginasi Aiman sebagai pereka fesyen untuk si bulus, menerusi lapan rekaan busana kucing sebelum mereka memperagakan rekaan terakhir koleksi tersebut.

Farah & Mochi mengangkat konsep mafia menerusi “Meowfia & The Boss”, menampilkan Mochi sebagai ketua kumpulan bersama dua pengawal peribadi serta troli berisi wang dan jongkong emas, sebelum persembahan diakhiri dengan taburan wang sebagai simbol hasrat membantu kucing jalanan.

Mengulas perkembangan program daripada musim pertama hingga musim kedua, Puan Anida, Pengurus Besar Kanan, Strategi Kandungan & Audiens, TV3 & TV9 berkata pengenalan sesi masterclass dan kolaborasi fesyen pada musim ini bertujuan memberi peluang kepada finalis Top 6 untuk meneroka idea baharu dan mengembangkan kreativiti. “Kami mahu Cat Fashion Week menawarkan lebih daripada sekadar pertandingan merebut gelaran juara. Menerusi sesi masterclass dan kolaborasi fesyen, finalis berpeluang mengembangkan idea serta kreativiti masing-masing. Hasilnya dapat dilihat melalui persembahan yang lebih pelbagai di pentas akhir, selain keunikan hubungan setiap gandingan bersama si bulus mereka,” katanya.

Terlibat dalam kolaborasi fesyen tersebut, Kashfi Zulkufli berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan finalis dalam merealisasikan idea busana masing-masing untuk pentas akhir. “Apa yang menarik ialah keberanian dan kepelbagaian idea yang dibawakan setiap finalis. Mereka bukan sahaja memberi tumpuan kepada busana si bulus, malah turut mengolah tema masing-masing menerusi gaya persembahan dan kreativiti di atas pentas,” jelasnya.

Pentas akhir yang dikendalikan oleh Fiza Frizzy dan Sissy Imann sebagai hos turut dimeriahkan dengan persembahan Aina Abdul, Ayda Jebat dan Nabila Razali. Aina Abdul turut menyertai barisan juri jemputan bersama Mark Adam dan Mohd Jeffri.

Purina Felix Cat Fashion Week turut mencatatkan 3.2 juta capaian tontonan (sumber: Nielsen) serta 881 juta capaian di media sosial (sumber: Meltwater). Pencapaian ini meneruskan momentum musim pertama, sekali gus memperlihatkan daya tarikan program yang menggabungkan fesyen, kreativiti dan gelagat comel si bulus.

Membawa tagline “Meow Menggoda, Comel Berganda”, Purina Felix Cat Fashion Week dibawakan oleh Felix sebagai penaja utama dan Meow Meow sebagai penaja bersama.

Jom gunakan #FelixCatFashionWeekxTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media sosial! Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program ini, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok menerusi @TV3Malaysia.

DARI SKRIN KE KOMUNITI, HELO DOKTOR TOUR DEKATI MASYARAKAT | Bermula di Publika, Helo Doktor Tour Sedia Menjelajah Malaysia pada 2027

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026 - Daripada perkongsian di kaca televisyen kepada pengalaman secara langsung bersama masyarakat, program bual bicara kesihatan popular TV3, Helo Doktor kini melangkah lebih jauh menerusi Helo Doktor Tour by MHTC. Hasil kerjasama Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), TV3 dan Tourism Malaysia, jelajah ini bakal membawa perkongsian kesihatan, akses kepada kepakaran perubatan serta peluang mengenali perkhidmatan hospital ahli MHTC kepada masyarakat tempatan, komuniti ekspatriat dan pelancong kesihatan antarabangsa di seluruh negara.

Helo Doktor Tour by MHTC dirasmikan di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur, dengan kehadiran wakil daripada pelbagai sektor termasuk barisan pengacara Helo Doktor, Anim Ezati Rizki dan Nadia Azmi. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kesedaran terhadap kelebihan perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia, seiring usaha menyokong Malaysia Year of Medical Tourism 2026 (MYMT2026) yang mengangkat naratif “Healing Meets Hospitality”.

Jelajah ini akan memulakan langkah pertamanya menerusi program rintis (pilot event) di Publika, Kuala Lumpur, pada November 2026, sebelum diteruskan setiap suku tahun sepanjang 2027 yang merangkumi beberapa lokasi di seluruh negara, termasuk kawasan utara, selatan, timur dan barat Semenanjung Malaysia, selain Sabah dan Sarawak.

Sepanjang siri jelajah ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan wakil hospital ahli MHTC untuk mengenali kepakaran, dan perkhidmatan perubatan yang ditawarkan, selain menyertai sesi interaktif bersama pakar perubatan serta mendapatkan pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma.

YBhg. Dato’ Suriaghandi Suppiah, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)

Lebih istimewa, inisiatif ini turut merangkumi empat episod khas Helo Doktor yang akan disiarkan menerusi TV3, menampilkan wakil pengurusan MHTC bersama ahli-ahli hospitalnya. Setiap episod akan mengetengahkan pelbagai topik kesihatan semasa, di samping memberi pendedahan kepada penonton mengenai kepakaran rawatan serta kemudahan perubatan moden yang ditawarkan di Malaysia. Usaha ini turut diperluas menerusi platform digital bagi memastikan perkongsian Helo Doktor dapat dinikmati oleh lebih ramai lapisan masyarakat, melangkaui siaran televisyen.

Lebih daripada sekadar inisiatif kesedaran kesihatan, Helo Doktor Tour by MHTC menggabungkan kepakaran MHTC, TV3 dan Tourism Malaysia untuk memperluas akses kepada maklumat kesihatan serta menyokong usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai Destinasi Penjagaan Kesihatan Pilihan (Preferred Healthcare Destination). Kerjasama ini turut menyasarkan pembangunan sebuah platform kebangsaan yang mampan dan berterusan, sekali gus membolehkan masyarakat membuat pilihan penjagaan kesihatan berdasarkan maklumat yang sahih.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan Helo Doktor Tour, ikuti saluran rasmi @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, X, Threads dan Tiktok serta platform digital rasmi MHTC

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2026 – Apabila takdir memberi peluang untuk bermula semula, mampukah rahsia silam dan persepsi masyarakat dipadamkan oleh kejujuran serta tekad yang utuh? Slot Lestary TV3 kembali membawakan sebuah naskhah terbaharu yang sarat dengan emosi, suspen dan pengajaran, ‘Reset Jalan Kedua’ bermula 30 Oktober 2026, setiap Jumaat dan Sabtu jam 9.00 malam.

Diterbitkan oleh Anomalous Films dengan sentuhan pengarah berkaliber Fairul Nizam Ablah, drama terbaharu ini menampilkan gandingan pelakon muda berbakat besar Lorenzo Irman, Amylia Aidura, Idan Aedan, Ellyza Aziera dan Maxximus Towle di samping penampilan mantap pelakon senior Edika Yusoff serta Adriana Adnan.

Reset Jalan Kedua mengisahkan perjalanan Rudy (Lorenzo Irman), seorang bekas pelajar juvana berusia 18 tahun yang tekad membina kehidupan baharu selepas dibebaskan. Walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat kolej dalam bidang kejuruteraan, perjalanan Rudy tidak sedamai yang diharapkan. Meskipun dekan kolej telah berjanji untuk merahsiakan statusnya, kehadiran segelintir pensyarah bersikap skeptikal serta tentangan daripada Khairy (Idan Aedan), pelajar yang sering menggunakan pengaruh dan kedudukan bapanya untuk membuli serta  menggugat ketenangan Rudy.

Keadaan bertambah rumit apabila Khairy mendedahkan identiti sebenar Rudy ke seluruh kolej. Dia bukan sahaja dipulaukan, malah sering difitnah dan dituduh atas pelbagai masalah yang berlaku. Amri (Maxximus Towle) berdiri teguh sebagai kawan baik Rudy yang sentiasa berada di sisi, sewaktu situasi menjadi semakin sukar. Dalam pada itu, Rudy bertemu dengan Mira (Amylia Aidura), pelajar cemerlang yang pada mulanya menganggap Rudy sebagai pesaing akademik dan Alia (Ellyza Azizi). Namun, sifat gigih, jujur dan kebenaran yang ditunjukkan oleh Rudy akhirnya membuka mata Mira untuk berdiri sebagai penyokong setianya. Dari isu fitnah pencurian, ancaman petisyen penyingkiran hingga konspirasi yang dirancang untuk menjatuhkannya, Rudy terpaksa berjuang demi membersihkan namanya dan mempertahankan haknya untuk mendapatkan peluang kedua.

Jelas pengarah Fairul Nizam Ablah, naskhah ini membawa sudut pandang penting tentang stigma masyarakat terhadap mereka yang ingin berubah. “Drama 'Reset Jalan Kedua' bukan sekadar drama remaja biasa tetapi sebuah perjalanan emosi yang mendalam tentang pemaafan, kejujuran dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang yang cuba menebus kesilapan lalu. Menerusi watak Rudy, kami mahu menyampaikan mesej bahawa setiap orang berhak mendapat peluang kedua sekiranya mereka ikhlas untuk berubah. Saya berharap penonton dapat menyerap iktibar daripada kisah ini.” katanya.

Mengangkat tema perjuangan anak muda, cabaran membina semula kehidupan serta erti persahabatan dan kemaafan, Reset Jalan Kedua menjanjikan penceritaan yang mendalam tentang realiti kehidupan yang terperangkap antara prasangka dan peluang kedua.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Reset Jalan Kedua, bermula 30 Oktober 2026, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

TAK DAPAT HADIR KE KJH JOHOR BAHRU? | Tonton Bawakan Strim Langsung 2 Hari Konsert Jom Heboh Dengan Hanya RM3!

Tak dapat hadir ke Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2026? Jangan risau! Anda kini boleh menikmati kemeriahan Konsert Jom Heboh Johor Bahru 2026 secara langsung menerusi Tonton pada 31 Oktober dan 1 November ini. Dengan harga hanya RM3 untuk pas strim langsung dua hari, peminat muzik di seluruh Malaysia berpeluang menyaksikan persembahan artis popular tanah air hanya dari rumah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menerusi format Pay-Per-View (PPV), Tonton membawakan pengalaman menonton konsert terus ke skrin anda, membolehkan peminat mengikuti kemeriahan acara ini. Pas PPV boleh mula dibeli pada hari ini, 27 Oktober, menerusi aplikasi Tonton atau laman web rasmi Tonton, sekali gus memberi peluang kepada peminat membuat persediaan awal untuk menikmati persembahan sepanjang dua malam konsert.

Berlangsung di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, konsert ini menampilkan barisan artis popular tanah air selama dua malam bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Pada Sabtu, 31 Oktober, saksikan persembahan Khai Bahar, Haiza, Nabila Razali, Ara Johari, Bunga Isme dan Haqiem Rusli, manakala Ahad, 1 November menampilkan Mamat Exist, Alyph, Wany Hasrita, Drama Band dan Mariam Saim.

Saluran khas Konsert Jom Heboh kini tersedia di Tonton, membolehkan peminat mendapatkan pas lebih awal bagi menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka secara langsung. Konsert ini akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di Tonton untuk penonton di Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kedua-dua malam konsert ini dan menikmati setiap detik persembahan artis pilihan anda! 

Bawakan kehangatan  Konsert Jom Heboh terus ke ruang tamu anda! Dapatkan Pas PPV pada harga RM3 menerusi aplikasi Tonton atau laman web rasmi Tonton dan nikmati persembahan artis kegemaran bersama insan tersayang. Untuk maklumat terkini mengenai program dan kandungan eksklusif, ikuti Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.

TV3 DAN TONTON RAIH 11 ANUGERAH ASA 2026

Monday, 26 October 2026

TV3 DAN TONTON RAIH 11 ANUGERAH ASA 2026 | AJL 39 raih pengiktirafan dalam empat kategori

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2026 – Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) menyerlah di Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 apabila merangkul empat anugerah daripada tujuh pencalonan finalis, menyumbang kepada keseluruhan 11 kemenangan TV3 dan Tonton.

AJL 39 berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik bagi kategori Hiburan Muzikal TV Terbaik, Montaj TV Terbaik, Jurukamera MCP Terbaik, Penataan Cahaya TV Terbaik, Audio Rancangan TV Terbaik, Pengimbangan Muzik TV Terbaik dan Set TV Terbaik.

Daripada tujuh pencalonan tersebut, AJL 39 membawa pulang empat anugerah, mengiktiraf gabungan kreativiti dan kepakaran teknikal pasukan dalam menghasilkan persembahan pentas yang memukau

  • Hiburan Muzikal TV Terbaik — Jamira Ramli.
  • Penataan Cahaya TV Terbaik — Nageshwaran Ramanujem.
  • Pengimbangan Muzik TV Terbaik — Mohd Zaidi Taib.
  • Set TV Terbaik — Muhamad Hafizan Muhammad Nor.
Tahniah kepada seluruh pasukan AJL 39 atas pencapaian ini. Daripada perancangan produksi hingga pelaksanaan di pentas, kerjasama setiap individu menyatukan muzik, pencahayaan dan rekaan set menjadi pengalaman hiburan yang bermakna buat penonton. Tujuh pencalonan finalis dan empat kemenangan ini menjadi penghargaan kepada dedikasi serta ketelitian pasukan di sebalik setiap persembahan.

TV3 turut meraih enam lagi kemenangan dalam bidang berita, hiburan, drama dan dokumentari, menjadikan jumlah keseluruhan stesen itu sebanyak 10 anugerah:

  • Montaj TV Terbaik — Melodi, Mohd Hussinudin.
  • Buletin TV Terbaik — Buletin Utama, Saberi Malik / Norazlina A’ala.
  • Jurukamera SCP Terbaik — M3: Stadium Merdeka Saksi Cerita Kita, Rishigeysannambiar Sivasangaram. 
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik — Lukisan Hati Umar, Muhammad Dzul Haziq.
  • Pelakon Komedi TV Terbaik — Ramadan I Miss U, Zahiril Adzim.
  • Wartawan TV Terbaik — Buletin Utama: Isu Pemerdagangan Manusia, Fahmi Tajuddin.
Tonton melengkapkan pencapaian tersebut dengan satu kemenangan dalam kategori media baharu menerusi:

  • Drama/Drama Bersiri/Drama Mikro Terbaik — BRU, Nik Amir Hafiz bin Nik Mustapha, Lumatic Films Sdn Bhd.
Sebelas kemenangan ini mencerminkan kekuatan bakat dan kreativiti di sebalik kandungan TV3 dan Tonton, sekali gus menyuntik semangat untuk terus meningkatkan mutu penerbitan, mengangkat karya tempatan dan memperkukuh hubungan dengan penonton.

SIAPA BAKAL PEGANG TAKHTA “SUPER MEOW-DEL” SETERUSNYA?👑

Saturday, 24 October 2026

SIAPA BAKAL PEGANG TAKHTA “SUPER MEOW-DEL” SETERUSNYA?👑 | Finale Purina Felix Cat Fashion Week Musim Kedua Bakal Disiarkan Tidak Lama Lagi! 

Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum Purina Felix Cat Fashion Week musim kedua menemui penonton, sekali gus menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara “super meow-del” seterusnya!

Enam finalis terbaik, Sashimi Aryan Braveheart, Micco Al Farsy, Lolalisa Braveheart, Athithy Amore, Mochi dan Seri Embun, bersama pemilik masing-masing, kini semakin hampir ke pentas finale selepas melalui pelbagai cabaran serta persiapan bersama pereka fesyen sepanjang musim.

Masing-masing pastinya bakal membawa gaya, karakter dan pesona tersendiri dalam usaha merebut trofi serta hadiah wang tunai RM5,000.

Siapakah yang mampu mencuri perhatian juri dengan penampilan dan persembahan paling memukau?

Saksikan persaingan sengit enam finalis ini dan ketahui siapa yang bakal membawa pulang mahkota “super meow-del” musim kedua!

Tandakan kalendar sekarang dan jangan terlepas siarannya!🐾✨

📺 25 Oktober 2026 | Ahad | 9.00 malam | TV3

#FelixCatFashionWeekxTV3


Kuala Lumpur, 23 Oktober 2026 - Bermula sebagai pemain daripada pasukan lawan, siapa sangka gelanggang pickleball menjadi titik pertemuan kepada perasaan yang sekian lama terpendam? Pickle Rival, drama bersiri mikro arahan Faliq Sharif dan dibawakan khas AIA PUBLIC Takaful Bhd., mengisahkan perjalanan dua atlet yang perlu mengimbangi persaingan, impian dan perasaan ketika memburu kemenangan.

Dibintangi Imran Aqil, Trisha Ooi, Yusuf Bahrin, Puteri Khareeza dan Firdaus Ghufran, Pickle Rival diperkenalkan menerusi sidang media eksklusif yang berlangsung di Ruang Disebalik Tabir, Balai Berita Bangsar, hari ini. 

Sidang media tersebut turut menyaksikan pelancaran kempen Selangkah Berkat, satu inisiatif oleh Media Prima Berhad dan AIA PUBLIC Takaful, sebagai simbol usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di samping menyemarakkan semangat kebersamaan serta mencipta impak positif kepada komuniti. 

Menerusi kempen ini, orang ramai boleh menyumbang langkah harian mereka ke arah sasaran kolektif sebanyak 100 juta langkah, yang kemudiannya akan diterjemahkan kepada sumbangan kasut sekolah  bagi murid-murid yang memerlukan di seluruh Semenanjung Malaysia. Orang ramai boleh menyertai kempen Selangkah Berkat melalui www.SelangkahBerkat.com dari 23 Oktober 2026 hingga 31 Disember 2026.

Selari dengan semangat kesukanan yang diketengahkan dalam Pickle Rival serta komitmen AIA PUBLIC Takaful untuk membantu rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna, inisiatif ini mencerminkan bagaimana setiap langkah kecil mampu membawa manfaat dan perubahan yang bermakna apabila dilakukan secara bersama.

Kisah Pickle Rival bermula apabila perseteruan antara Irfan (Yusuf Bahrin) dan Ruwaida (Puteri Khareeza), dua atlet badminton legenda, kembali menjadi perhatian sehingga mencetuskan sebuah rancangan realiti yang menemukan mereka sebagai jurulatih kepada pemain pilihan masing-masing. 

Irfan memilih Imelda (Trisha Ooi), pemain berbakat yang mula berputus asa dengan sukan, manakala Ruwaida memilih Naim (Imran Aqil), yang mengejar populariti demi mendapatkan dana tambahan untuk membantu keluarganya.

Bersaing dalam pasukan lawan, Naim dan Imelda pada mulanya sering bercakaran sebelum hubungan mereka semakin rapat dan masing-masing mula berkongsi rahsia. Namun, dengan pelbagai drama yang berlaku, mampukah mereka mengetepikan perbezaan dan mengharungi cabaran yang menanti di dalam dan di luar gelanggang?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Pickle Rival menerusi TikTok Drama Sangat, setiap hari pada jam 12.00 tengah hari, bermula 25 Oktober 2026, atau strim drama ini menerusi Tonton. Ikuti perjalanan Naim dan Imelda dalam mengejar impian serta menghadapi cabaran apabila perasaan mula menguji hubungan mereka.

KARNIVAL JOM HEBOH KEMBALI GEGARKAN JOHOR BAHRU!

Friday, 23 October 2026

KARNIVAL JOM HEBOH KEMBALI GEGARKAN JOHOR BAHRU! | Pelbagai Hiburan, Aktiviti Menarik dan Persembahan Artis Popular Menanti Pengunjung Selama Tiga Hari Berturut-turut! 

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2026 - Khabar gembira buat warga Johor! Bersiap sedia untuk merasai sendiri kemeriahan acara padang paling ikonik di Malaysia apabila Karnival Jom Heboh (KJH) 2026 kembali menemui pengunjung di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, selama tiga hari berturut-turut bermula 30 Oktober hingga 1 November 2026 (Jumaat hingga Ahad). Dengan pelbagai aktiviti menarik, tawaran istimewa dan hiburan untuk seisi keluarga, hujung minggu anda pastinya lebih bermakna dengan kunjungan ke KJH!

Memasuki tahun penganjuran ke-23, KJH terus mengukuhkan kedudukannya sebagai acara padang ikonik negara apabila diiktiraf sebagai “LONGEST RUNNING OUTDOOR CARNIVAL” oleh The Malaysia Book of Records. Berteraskan konsep kekeluargaan dan kemasyarakatan, KJH bukan sekadar destinasi hiburan, malah menjadi ruang untuk masyarakat berkumpul, meluangkan masa bersama insan tersayang dan mencipta kenangan melalui pelbagai pengalaman yang ditawarkan.

Sepanjang tiga hari berlangsung, pengunjung boleh menikmati pelbagai pengisian menarik termasuk Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge, sesi Meet & Greet bersama pelakon drama TV3 dan personaliti TV9, serta Kids Colouring Contest. Turut tersedia ialah pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, aktiviti Zumba dan Jom Lokal Jam. 

Selain hiburan dan aktiviti keluarga, pengunjung juga boleh meneroka lebih daripada 150 reruai yang menawarkan pelbagai produk, promosi istimewa dan hadiah menarik. Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk Mi Sedaap, FGV, BABA’S, AFFIN Bank dan CelcomDigi, selain reruai di bawah naungan Media Prima. Antara jenama lain yang turut serta ialah GRAB yang akan menawarkan kod diskaun untuk kemudahan penggunaan e-hailing. 

Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik bersama KWSP

Selepas menerima sambutan menggalakkan di Kota Samarahan dan Miri, Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik bersama KWSP kini meneruskan langkah ke Johor Bahru dengan dua kategori larian, iaitu 5KM dan 8KM. Setiap peserta bakal menerima medal finisher eksklusif, jersi rasmi, tote bag, bib eksklusif serta goodies menarik. Lebih istimewa, Pakej Keluarga bagi kategori 5KM ditawarkan pada kadar khas untuk empat orang dalam satu pendaftaran. Peserta turut berpeluang memenangi 50 hadiah cabutan bertuah serta berlari bersama artis drama, personaliti Media Prima dan selebriti popular tanah air.

Reruai Studio Tonton Drama Sangat (STDS)

Bagi pengunjung yang ingin mendekati personaliti televisyen dan selebriti kegemaran, Reruai Studio Tonton Drama Sangat (STDS) menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang karnival. Pada hari Jumaat, pengunjung boleh menyertai Pertandingan Mewarna mengikut kategori umur, Karaoke Challenge serta sesi Meet & Greet bersama hos Wanita Hari Ini, Nurin Razmyn, Hanna Faresha dan Izza Izelan, serta hos Bersamamu, Zazleen Zulkafli dan Naufal Isa. Kemeriahan diteruskan pada hari Sabtu dengan penampilan maskot Ejen Ali, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Karaoke yang melibatkan 20 peserta serta sesi bertemu selebriti TV3.

Pada hari Ahad pula, pengunjung boleh menyaksikan Pertandingan Pakaian Tradisional Kanak-Kanak, menyertai Pertandingan Mewarna dan bertemu maskot Ejen Ali. Peluang beramah mesra dengan selebriti TV3 menerusi sesi Meet & Greet turut menanti, membariskan Imran Aqil, Puteri Khareeza, Lorenzo, Idan Aedan, Amylia Aidura, Ellyza Azizi, Maxximus, Farah Nabilah, Shahz Jaszle, Nafiz Muaz, Nazrief Nazri dan Malik Macrone. Sementara itu, Karaoke Challenge pada setiap malam memberikan peluang kepada pengunjung untuk turut serta memeriahkan suasana.

Konsert Jom Heboh

Kemuncak acara, Konsert Jom Heboh yang berlangsung selama dua malam berturut-turut pada Sabtu, 31 Oktober 2026 dan Ahad, 1 November 2026 bermula jam 9.00 malam di Pentas Utama akan dihoskan oleh Amirulhakim Lokman dan Haiza Kool FM. Malam Sabtu akan dimeriahkan oleh barisan artis popular seperti Khai Bahar, Haiza, Nabila Razali, Ara Johari, Bunga Isme dan Haqiem Rusli, manakala pada malam Ahad pula akan menampilkan Mamat Exist, Alyph, Wany Hasrita, Drama Band dan Mariam Saim yang bakal menghiburkan para pengunjung dengan persembahan bertenaga masing-masing. 

Love Food Fest

Turut menjadi tarikan ialah Love Food Fest yang menghimpunkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan makanan viral untuk diterokai pengunjung. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai sajian menarik ini sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang sepanjang tiga hari penganjuran KJH kali ini! 

Dengan kehadiran purata lebih 300,000 pengunjung bagi setiap lokasi, KJH terus menjadi platform yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang menerusi gabungan hiburan, gaya hidup dan aktiviti komuniti. Edisi Johor Bahru kali ini turut menawarkan ruang untuk seisi keluarga menikmati hujung minggu dengan pelbagai pilihan aktiviti, daripada hiburan pentas dan pengalaman bersama selebriti hinggalah kepada riadah serta tawaran menarik di reruai pameran.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2026! Bawa keluarga dan rakan-rakan ke Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, dari 30 Oktober hingga 1 November 2026, untuk menikmati tiga hari penuh hiburan, aktiviti menarik dan pengalaman yang sukar dilupakan.

Kongsikan keterujaan anda dengan menggunakan tanda pagar rasmi #KJH, #KarnivalJomHeboh dan #KJHJohor. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti Facebook dan Instagram rasmi di @jomhebohofficial.

SAKSIKAN MUFTI MENK SECARA LANGSUNG DI TONTON | Dapatkan Pas PPV RM70 Bermula 26 Oktober Ini Dan Nikmati Langganan Tonton Percuma Selama Sebulan 

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2026 – Platform penstriman digital, Tonton, bakal membawakan perkongsian khas daripada tokoh ilmuwan Islam terkenal di peringkat antarabangsa, Mufti Menk, menerusi program bertajuk “None of This Life Is Wasted: The Qur'an's Response to Hurting Hearts” yang akan disiarkan secara langsung di Tonton pada 1 November 2026, Ahad, jam 12.00 tengah hari.

Membawakan mesej yang dekat dengan kehidupan seharian, program ini mengajak penonton melihat kembali pengalaman hidup, termasuk saat berdepan kesedihan, kekecewaan dan pelbagai ujian, menerusi perspektif serta panduan Al-Quran. Perkongsian ini membuka ruang untuk penonton mencari pengertian, kekuatan dan harapan dalam menghadapi cabaran kehidupan, di samping menghayati bagaimana ajaran Al-Quran dapat menjadi panduan ketika hati berdepan kesukaran.

Dikenali dengan pendekatan penyampaian yang santai dan mudah didekati, Mufti Menk merupakan seorang ilmuwan Islam dari Zimbabwe yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau turut dikenali menerusi siri ceramah yang menyampaikan mesej keagamaan dalam konteks kehidupan seharian, sekali gus menjadikan perkongsiannya dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi membolehkan penonton di seluruh dunia  mengikuti perkongsian ini tanpa mengira lokasi, pas akses Pay-Per-View (PPV) ditawarkan pada harga RM70 dan boleh dibeli menerusi aplikasi Tonton atau laman web rasmi Tonton. Lebih menarik, setiap pembelian pas PPV turut disertakan dengan langganan Tonton percuma selama sebulan khusus untuk penduduk Malaysia, selain akses tanpa iklan selama sebulan bagi aplikasi Waktu Solat Malaysia, aplikasi digital Islamik rasmi yang melengkapi tawaran ini.

Pas PPV boleh mula dibeli pada 26 Oktober 2026 menerusi aplikasi Tonton atau laman web rasmi www.tonton.com.my. Meskipun tiket fizikal telah habis dijual, penonton masih berpeluang menyaksikan perkongsian Mufti Menk secara langsung menerusi Tonton, sambil menikmati manfaat tambahan bagi setiap pembelian pas. 

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkongsian bermakna ini bersama Mufti Menk secara langsung di Tonton pada Ahad, 1 November 2026, jam 12.00 tengah hari. Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy. 

‘SEPENUH HATI RINDU’ Duka Seorang Isteri Dan Rindu Yang Tak Pernah Padam

Thursday, 22 October 2026

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2026 – Apabila takdir merenggut kebahagiaan dalam sekelip mata, mampukah sebuah janji setia bertahan menempuh badai pengkhianatan dan ketaksuban terlarang? Sepenuh Hati Rindu, sebuah drama berat 20 episod yang sarat dengan konflik jiwa, ketabahan wanita dan ujian kasih sayang, bakal menemui penonton bermula 27 Oktober ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Menampilkan gandingan mantap Farah Nabilah, Shahz Jaszle dan Razzuan Rosli sebagai teraju utama, drama ini turut dibintangi Syafie Naswip, Raja Azmi, Adam Corrie, Lan Siro dan Sayf Mikael. Diterbitkan untuk sajian emosi penonton, Sepenuh Hati Rindu menyelami kisah duka seorang wanita yang bangkit daripada kemurungan selepas kehilangan suami tercinta, hanya untuk terperangkap dalam sangkar ketaksuban insan lain.

Sepenuh Hati Rindu mengisahkan Summayah (Farah Nabilah), seorang wanita berjiwa kental yang mendirikan rumah tangga bersama Imran (Shahz Jaszle), seorang pemuda anak yatim yang gigih membuktikan cintanya. Namun, kebahagiaan yang baru dibina mereka hancur berkecai apabila Imran dilaporkan hilang dan dianggap telah meninggal dunia dalam satu tragedi bot karam ketika menyertai misi dakwah di Batam.

Kehilangan suami ketika sarat mengandung membawa Summayah ke jurang tekanan emosi dan kemurungan teruk selepas melahirkan anaknya, Qhalifah Dhany (Sayf Mikael).

Demi memulihkan semangat dan kestabilan jiwanya, Summayah dihantar ke pusat terapi Baiti Syifa di mana dia bertemu dengan Luth Mikael (Razzuan Rosli), salah seorang pakar terapi di pusat tersebut yang kelihatan berkarisma. Kehadiran Luth secara perlahan-lahan menjadi sandaran emosi buat Summayah sehingga terbit satu ikatan baharu antara meraka. Namun, mampukah hubungan ini merawat luka lama Summayah, atau ia sekadar permulaan kepada takdir yang lebih mencabar?

Mengulas mengenai penglibatannya dalam drama ini, Farah Nabilah berkongsi bahawa watak Summayah membawa cabaran emosi yang sangat mendalam buat dirinya. "Watak Summayah adalah satu perjalanan jiwa yang sangat berat dan mencabar. Daripada seorang wanita yang ceria dan tegas, dia jatuh ke fasa kemurungan yang teruk akibat kehilangan suami, sebelum terpaksa berdepan dengan ujian rumahtangga baharu yang toksik. Saya berharap penonton dapat merasai penderitaan, keberanian, dan perjuangan Summayah dalam mempertahankan anaknya serta mencari keadilan buat cintanya,” katanya. 

Bukan sekadar drama rumahtangga biasa, Sepenuh Hati Rindu membawa mesej mendalam tentang kesihatan mental, realiti keganasan domestik, ketabahan seorang ibu, serta nilai pengorbanan sebuah cinta sejati. Dengan plot yang penuh suspen, emosi air mata dan konflik yang mendebarkan, drama ini berupaya membuai jiwa penonton sepanjang 20 episod tayangannya.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Sepenuh Hati Rindu, bermula 27 Oktober 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh menyaksikan episod baharu 24 jam lebih awal melalui striman dalam talian di www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

**********************

Tentang TV3

TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar. 

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari. 

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini. 

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2026 – Sebuah majlis perhimpunan semula (reunion) bertukar menjadi tragedi berdarah apabila rahsia lama kembali terbongkar dalam Pemuja Syaitan, filem seram sulung arahan pengarah berbakat besar, Liana Jasmay. Mengangkat tema persahabatan, pengkhianatan, dan elemen ketakutan yang mendalam, karya ini mula menghantui penonton di pawagam seluruh negara sejak 15 Oktober 2026.

Bagi merancakkan lagi pelancaran filem berkenaan, pelakon utama Zul Ariffin bersama Liana Jasmay serta barisan pelakon lain telah meluangkan masa bertemu rakan media dan peminat menerusi dua sesi khas pada 14 Oktober 2026 bertempat di TGV Suria KLCC.

Acara dimulakan pada sebelah petang menerusi Sesi Tayangan Bersama Media, di mana rakan media diberi peluang menjadi antara yang terawal menyaksikan filem ini, diikuti dengan sesi temu ramah eksklusif bagi mengupas pengalaman serta cabaran di sebalik pembikinan naskhah seram berkenaan.

Kemuncak promosi diteruskan pada sebelah malam menerusi Malam Gala Pemuja Syaitan yang dihimpunkan bersama barisan pelakon, jemputan VIP, serta para peminat. Acara penuh gilang-gemilang itu turut disusuli dengan persembahan secara langsung lagu tema (OST) bertajuk ‘Dendam’ yang disampaikan oleh penyanyi berbakat, Elica Pauji.

Diterbitkan oleh Mermaid Studios dan Suraya Filem Production & Distribution, filem ini turut mendapat kerjasama Skop Productions Sdn Bhd selaku rakan pengedaran serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran. Selain penampilan julung kali Zul Ariffin menerusi arahan Liana Jasmay, filem ini turut diperkuatkan dengan persembahan mantap barisan pelakon seperti Aila Azizul, Nadhir Nasar, dan Elizabeth Tan.

Pemuja Syaitan mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekelas yang berkumpul semula di kampung halaman beberapa bulan selepas tamat persekolahan. Pertemuan yang sepatutnya sarat dengan nostalgia bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tindakan mereka menggali semula sebuah kapsul masa telah membongkar pengkhianatan serta rahsia pahit yang lama terpendam.

Malam penuh duka itu berakhir dengan penemuan enam mayat pada keesokan harinya, manakala seorang individu dilaporkan hilang dan seorang lagi ditemui dalam keadaan trauma berat. Kejadian menyayat hati ini membawa Inspektor Zul (Zul Ariffin) ke pulau berkenaan untuk merungkai kronologi sebenar. Namun, semakin dalam siasatan dijalankan, semakin banyak kebenaran gelap yang dibongkar menuntut harga yang jauh lebih besar daripada apa yang dibayangkan.

Bersiap sedia untuk merasai sendiri pengalaman sinematik yang mencengkam jiwa menerusi Pemuja Syaitan, kini sudah menayangkan misterinya di pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Oktober 2026.

Untuk maklumat lanjut, perkembangan terkini, serta kandungan eksklusif mengenai filem ini, sila ikuti saluran rasmi Facebook, Instagram, X, dan YouTube Primeworks Studios.

“POWER” SEBENAR BAKAL TERBUKTI MALAM INI!

Sunday, 18 October 2026

“POWER” SEBENAR BAKAL TERBUKTI MALAM INI! | Siapa Bakal Jadi Paling “Terhangat”?

SHAH ALAM, 18 Oktober 2026 – Enam minggu kuasa peminat menyemarakkan persaingan, malam ini segala debaran bakal terjawab apabila Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) membuka tirai malam kemuncaknya dengan mempertaruhkan 12 anugerah pertama serta 1 anugerah utama yang bakal menentukan siapa antara nama-nama paling popular tahun ini yang layak bergelar paling “Terhangat”.

Bertempat di Selangor International Trade Centre (SITC), malam kemuncak AMT2026 bakal bersiaran secara langsung menerusi TV3 dan Tonton pada jam 9.00 malam. Pentas anugerah kali ini turut menyaksikan buat pertama kalinya Kamal Adli mengemudi sebuah pentas anugerah berskala besar bersama Ain Edruce sebagai hos utama.

Persaingan merebut trofi bukan satu-satunya tarikan malam ini apabila AMT2026 turut menghimpunkan barisan penghibur daripada pelbagai genre dan generasi untuk mengisi pentas kemuncak. Membawa tema “power” dalam acuan masing-masing, Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, DOLLA, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, Shiha Zikir, Alyph, Yasin Sulaiman, K.O.I, Bunga, Luqman Podolski, Mariam Saim dan Mohsein Kush bakal menghangatkan pentas AMT2026.

Turut mengiringi detik penyampaian trofi ialah barisan penyampai daripada pelbagai latar dunia hiburan, termasuk Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Zarif Ghazzi, Siti Saleha, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Fattah Amin, Amira Othman, Phei Yong, Puan Queenie Goh, Sharif Zero, Janna Nick dan Daiyan Trisha.

Sebelum pentas utama mengambil alih, perhatian terlebih dahulu tertumpu kepada Karpet Merah AMT2026 yang dikendalikan oleh Ceddy Ang, Fiza Frizzy dan Ferra Mazlan bermula jam 8 malam menerusi TikTok Melodi Terhangat sebelum penonton dibawa menyelami perkembangan di sebalik pentas pada jam 9 malam. Menariknya, karpet merah turut menampilkan dua cabaran, iaitu Fresh Smile Award Darlie dan Cheesy Pose Terhangat Gardenia QuickBites, yang memberi peluang kepada selebriti untuk memenangi hadiah menarik daripada penaja.

Empat Gelaran Masih Menanti Pemiliknya di CUCKOOTOPIA!

Meskipun malam kemuncak AMT2026 bakal menentukan sebahagian besar pemenang, persaingan belum berakhir sepenuhnya apabila empat lagi gelaran hanya akan diumumkan pada CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026, yang berlangsung pada 24 Oktober 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Empat gelaran yang masih dinantikan ialah Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat. Pengumuman ini membawa sebahagian daripada debaran malam anugerah ke pentas konsert, sekali gus memberikan peminat satu lagi detik untuk meraikan bintang pilihan mereka.

Persoalannya, siapakah yang bakal mengungguli AMT2026 dan membawa pulang gelaran paling “Terhangat” tahun ini? Segalanya bakal terjawab malam ini!

AMT2026 dihangatkan oleh CUCKOO sebagai Penaja Terhangat, Darlie sebagai Penaja Bersama, Gardenia QuickBites dan Mentos sebagai Rakan Penaja serta Grab sebagai Rakan E-Hailing.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program ini, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan  TikTok di @TV3Malaysia dan @MelodiTerhangat.

AKSI TINJU 34 PETARUNG DARI 9 NEGARA, ALL STAR CHAMPIONSHIP 2026 LIVE EKSKLUSIF DI TONTON PPV

Friday, 16 October 2026

AKSI TINJU 34 PETARUNG DARI 9 NEGARA, ALL STAR CHAMPIONSHIP 2026 LIVE EKSKLUSIF DI TONTON PPV | Siapa Bakal Menguasai Gelanggang? 

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2026 – Bersedia menyaksikan pertembungan luar biasa apabila seramai 34 pempengaruh dari 9 negara bakal berentap di gelanggang tinju menerusi All Star Championship 2026 pada Sabtu ini, 17 Oktober, bermula jam 1.00 petang hingga 11.00 malam. Menghimpunkan elemen sukan tempur, realiti dan hiburan dalam satu acara, kejohanan ini menjanjikan aksi penuh debaran apabila para peserta beralih dari dunia glamor demi memburu kemenangan dan gelaran juara. 

Sebagai rakan penstriman rasmi bagi kejohanan ini, Tonton membawakan siaran langsung All Star Championship 2026 secara eksklusif menerusi Pay-Per-View (PPV). Dengan harga hanya RM10, penonton serta peminat dari seluruh dunia berpeluang menyaksikan setiap pertembungan secara live dari mana sahaja mereka berada, tanpa terlepas detik penting sepanjang kejohanan berlangsung.

Lebih daripada sekadar perlawanan tinju, All Star Championship 2026 membawa personaliti yang dikenali menerusi media sosial ke gelanggang untuk menguji keberanian, disiplin serta ketahanan fizikal dan mental. Persiapan intensif yang dilalui setiap peserta turut menambah debaran menjelang pertembungan, sekali gus menjadikan persaingan lebih menarik untuk disaksikan.

Antara nama yang bakal mencuri perhatian ialah wakil Malaysia seperti Azrai (Azrai The Ace), Khairul (Ray Drac), Fariq (Fariq Fifth Yonko), Muhammad (Danzzllyy The Surgeon), Rahim (Tawan Im), Safwan (Royysparks), Fareez (Fareez The Chosen One), Mikhail (Mikha), Syafrizat (Ijatstyle The Monkey), Ikhmal (Dani The Cheeky Boy), Al-Yassar (Ceman The Zahh), Amir (Supermir) dan Jai yang bakal membawa identiti serta personaliti tersendiri ke gelanggang dalam usaha membuktikan kemampuan masing-masing.

Dengan penyertaan pempengaruh dari 9 negara iaitu dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Jepun, Pakistan, Maghribi, India dan Filipina, persaingan pastinya sengit apabila setiap peserta berusaha mengatasi lawan masing-masing. Persoalan utama, siapakah yang mampu menewaskan pencabar lain dan muncul sebagai juara?

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan All Star Championship 2026 pada 17 Oktober ini, bermula jam 1.00 petang hingga 11.00 malam. Akses eksklusif PPV ini boleh dinikmati oleh penonton tempatan dan antarabangsa pada harga RM10 menerusi aplikasi Tonton atau watch.tonton.com.my/live/asc.

Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2026 – Filem-filem tempatan yang dipromosikan dan diedarkan oleh Primeworks Studios terus melakar kejayaan membanggakan apabila meraih pelbagai pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM 35). Kejayaan ini dipimpin oleh filem fenomena Khadam, yang muncul antara pencalon senarai teratas selepas berjaya mengungguli 12 kategori pencalonan.

Filem terbitan Komet Productions bersama beberapa syarikat produksi lain itu bukan sahaja mendapat pengiktirafan bagi hasil teknikal, malah turut tercalon dalam kategori-kategori utama (Top 5). Antara pencalonan utama yang dicapai oleh Khadam termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik menerusi (Shamyl Othman), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Zarra Zhaf) serta Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Karl'el).

Bukan itu sahaja, kepakaran serta kualiti pembikinan filem ini turut diiktiraf menerusi pencalonan dalam kategori Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik dan Poster Terbaik.

Selain Khadam, beberapa filem lain di bawah payung promosi Primeworks Studios turut tersenarai dalam pencalonan akhir Top 5 bagi pelbagai kategori. Antaranya ialah filem Gayong 2 yang tercalon bagi Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Aksi & Lagak Ngeri Terbaik dan Penataan Seni Terbaik. Manakala filem Qifarah dan Polong masing-masing berjaya melangkah ke peringkat Top 5 bagi kategori Tatarias/Solekan Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Kesan Khas Visual Terbaik di samping Mimi Lana yang tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Polong).

Pencalonan rasmi ini telah diumumkan Sabtu lalu, 10 Oktober 2026 dalam Majlis Perasmian dan Pengumuman Top 5 FFM 35 yang berlangsung di Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Damansara. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. 

Pemenang kategori Filem Terbaik FFM 35 bakal menerima geran bernilai RM1 juta menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK). Pengumuman pencalonan lima filem terbaik dan kategori lain ini hadir sewaktu industri filem tempatan berada di prestasi terbaik dengan enam filem tempatan berjaya melepasi kutipan RM10 juta pada tahun ini, sekali gus menjadi dorongan untuk terus mengukuhkan aspek pengedaran dan pembangunan karya tanah air.

Mengangkat tema ‘Spektrum Sinema’, FFM 35 menyaksikan penyertaan sebanyak 73 karya (39 filem cereka, 17 dokumentari dan 17 filem pendek), kemuncaknya bakal berlangsung di Istana Budaya secara langsung pada pukul 8.30 malam pada 21 November 2026.