DAPUR JADI KECOH! AIN EDRUCE & SUAMI BERGELUT DALAM “RESIPI SERASI”

Saturday, 21 February 2026

Kuala Lumpur, 21 Februari 2026 - Ramadan selalu sinonim dengan bunyi kuali berdesing dan aroma juadah yang menggamit selera. Kali ini, bukan sekadar hidangan yang hangat, malah dapur sendiri boleh jadi ‘panas’! Kadangkala, rahsia sesuatu hidangan bukan hanya terletak pada bahan atau resipi yang tepat, tetapi juga siapa yang berada di sisi kita ketika memasak.

Dalam kempen Jwanjih Kenyang, TV3 mempersembahkan Resipi Serasi, sebuah program yang lebih daripada sekadar masak-masak untuk berbuka. Menyatukan Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz, penonton bakal menyaksikan gelagat pasangan ini: pertembungan gaya memasak, perang kecil di dapur, usik-mengusik manja, serta gelak tawa yang pasti berbeza daripada kebiasaan.

Ain Edruce terkenal dengan energinya yang sentiasa menceriakan suasana  secara spontan dan petah. Berbeza pula dengan Amirul yang tenang, bersahaja dan jarang melatah. Kombinasi dua personaliti yang berbeza inilah ‘ramuan utama’ program ini, mencipta keserasian yang menghiburkan dan memberikan Resipi Serasi identiti tersendiri.

Setiap episod menampilkan pasangan ini menyediakan menu pilihan bersama. Namun, yang lebih menarik adalah kisah-kisah yang terselit di sebalik setiap hidangan: kenangan awal perkahwinan, detik lucu di dapur, serta momen kecil yang nampak sederhana tetapi sarat makna, menjadi pengikat hubungan suami isteri.

Sebagai sebahagian daripada kempen Jwanjih Kenyang, program ini menambah warna kepada Ramadan TV3 dengan sentuhan yang lebih intim dan emosi. Ramadan kali ini bukan sekadar tentang juadah yang mengenyangkan, tetapi juga dipenuhi cerita dan momen yang menyentuh hati.

Resipi Serasi akan mula bersiaran pada 22 Februari 2026, setiap Ahad jam 3.00 petang di TV3 dan turut boleh distrim melalui Tonton. Teruskan tradisi kebersamaan sepanjang Ramadan dan Raya 2026, saksikan program istimewa ini di TV3 atau strim bila-bila masa – kerana setiap detik berharga wajar diraikan bersama!

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia, ikuti juga Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat serta platform rasmi tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.