Sekuel kepada The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 (2014) bermula setelah pasukan khas yang diketuai oleh Gale (Liam Hemsworth) berjaya menyelamatkan Peeta Mellark (Josh Hutcherson) dari cengkaman Presiden Snow (Donald Sutherland). Terkejut bukan kepalang bila Katniss melihat keadaan Peeta yang cengkung dan hilang kewarasan. Peeta mengamuk setiap kali nama Katniss disebut kerana bagi dia Katniss merosakkan keamanan di Panem.
Sementara menunggu Peeta dirawat, Katniss dan Gale teruskan misi mereka dengan berjumpa pemberontak dari District 2 untuk berbincang strategi menyerang Capitol. Di sana mereka semua berbincang secara digital dengan Presiden Alma Coin (Julianne Moore) yang dibantu oleh Plutarch Heavensbee (Philip Seymour Hoffman).
Kebanyakan idea Presiden Alma tidak dipersetujui oleh Katniss kerana serangan mereka mengabaikan orang awam di Capitol sementara Gale pula menyokong tindakan tersebut kerana orang awam Capitol tak pernah pun peduli dengan orang awam di daerah lain.
It’s war, Katniss. Sometimes killing isn’t that personal. Figures if anyone knew that, it was you.’ – Gale
Filem The Hunger Games: Mockingjay – Part II ada banyak momen yang mengerikan bila berada di zon perang. Macam babak Katniss dan Gale berbalah tentang situasi menyelamatkan penduduk di Capitol. Katniss memilih untuk selamatkan orang awam sementara Gale lebih selesa memilih untuk letupkan satu bandar Capitol, sama seperti apa yang Presiden Snow buat pada District 12 selepas Quarter Quell.
Babak perbalahan tu berlatarkan bunyi pesawat letupkan sebahagian kawasan di District 2 tambahkan lagi emosi dan ketegangan perbalahan Katniss dan Gale. Kemudian bunyi sorakan dari penduduk District 2 bila pesawat ditumpaskan oleh pemberontak sedangkan Katniss bercakap hal kemanusiaan. Babak yang ringkas dan mudah tapi emosi jadi makin mendalam untuk Katniss sebab dia perlu pertahankan ideologi dia seorang diri.
Makin bertambah emosi bila pemberontak mula masuk ke Capitol kemudian keadaan berubah menjadi huru-hara. Ada kematian watak yang tak dijangka sebab benda boleh dielak tapi pengarah nak juga buatkan babak sedih sebabak.
Kalau dalam Mockingjay: Part I kurang babak aksi, dalam sekuel ni ada banyak fight scenes bila Katniss ikut serta Skuad Bintang yang diketuai oleh Boggs (Mahershala Ali). Screentime banyak diberikan kepada Katniss pada separuh masa kedua apabila mereka semakin mendekat dengan rumah agam Presiden Snow.
Lepas Quarter Quell, watak Finnick Odair (Sam Claflin) tak muncul banyak sangat tapi Finnick pun membantu Katniss dalam skuad yang sama. I kinda miss Johanna sebab dia pun bantu Katniss masa Quarter Quell dalam The Hunger Games: Catching Fire (2013).
Filem The Hunger Games: Mockingjay – Part II mempunyai babak-babak sekaan sama dengan instalment sebelumnya untuk franchise Mockingjay. Sekali lagi Katniss buktikan dia sanggup buat apa saja untuk pertahankan Primrose Everdeen (Willow Shields). Sekali lagi Katniss dan Peeta mulakan semula hubungan mereka berdua. Sekali lagi juga Katniss yakinkan diri yang hati dia ada pada Peeta. Beberapa babak ni kalau tak ada pun tak apa sebab semua pun dah sedia maklum dan kenal dengan watak Katniss.
Peeta: Your favorite color is green. Is that real?
Katniss: Yeah. That’s real. Yours is orange. Not bright orange. Soft, like the sunset. You’re a painter. You’re a baker. You always sleep with the windows open. You never take sugar with your tea. You always double-knot your shoelaces.
Memandangkan I team Katniss-Peeta, ending The Hunger Games: Mockingjay – Part II tersangatlah manis dan tetap dikenang sampai bila-bila. Perfect end game for me. Babak romantik Katniss dengan Peeta selepas kekecohan di Panem tak tergesa-gesa tapi perlahan-lahan bergerak sampai Katniss sendiri buka hati untuk ajak Peeta ke hubungan yang lebih serius. It just their signature I guess. And it just my ideal relationship.
Bila tengok babak Katniss dengan Peeta duduk depan pintu tengok permandangan luar tu dah teringat kenapa babak Rinku dan Vishu dalam filem Atrangi Re (2021) terasa dekat di hati.
Tak pasti kenapa James Newton Howard tak himpunkan lagu-lagu yang menarik untuk perkuatkan lagi mood dan emosi dalam filem Mockingjay: Part II. Makin lama makin suram music department dalam franchise The Hunger Games (2012) ni. Agak mengecewakan juga lah sebab musik latar adalah elemen yang penting juga untuk penceritaan.
Universe The Hunger Games ada instalment terbaru tapi prequel dan kesemua watak adalah watak yang baru so I guess I’m gonna watch that one too.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.