Bisik Asmara mengisahkan Farhan (Zul Ariffin) dan Sheila (Sophia Albarakbah), pasangan suami isteri yang menjalani perkahwinan jarak jauh kerana tanggungjawab terhadap keluarga. Sheila mengajar sebagai guru sekolah rendah di Ipoh sambil menjaga uminya (Rusminah Sidek) sementara Farhan bekerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur.
Setiap minggu Farhan akan pulang ke Ipoh untuk menemani Sheila atau pulang ke rumah ibunya (Fadilah Mansor) namun sejak berkawan rapat dengan Noreen (Uqasha Senrose), perhatian dia mula beralih. Noreen bukan sahaja pekerja atasan di pejabat malah jiran tingkat atas di rumahnya. Semakin hari Farhan dan Noreen semakin rapat hingga mereka berdua luahkan perasaan sayang antara satu sama lain.
Noreen mula obsess dengan Farhan dan mahukan perhatian yang penuh setiap masa sampai sanggup kacau Farhan di Ipoh dan bagi hint pada Sheila. Rakan sekerja mereka, Fikri (Syazuwan Hassan) perasan perubahan Noreen dan Farhan dan mula pelbagai cara untuk elakkan keadaan menjadi keruh. Dalam masa yang sama, Zhariff (Zaki Azeman), bekas tunang Noreen juga muncul untuk pujuk Noreen kembali ke dalam hidupnya.
Naskhah Bisik Asmara yang sarat dengan episod kecurangan arahan Jamal Khan dan ditulis oleh Rozie Rashid juga Zakinah Ab Zarith menggunakan tema kecurangan dan skandal di pejabat sebagai penggerak cerita. Awalnya tak berminat nak tengok tapi Zul Ariffin segak sangat dalam Bisik Asmara ni.
I tak letak expectation tinggi pun untuk Bisik Asmara sebab drama tempatan yang biasa je cuma terkejut dengan lakonan Sofia Albarakbah. Nampak macam dah improve banyak tambah pula untuk babak emosi. Chemistry dengan Zul pun nampak meyakinkan sebagai pasangan suami isteri cuma kekangan haruslah pada skrip bila tak diperkuat atau diperdalamkan lagi tentang hubungan Sheila dan Farhan.
Tumpuan banyak diberikan pada hubungan terlarang Farhan dan Noreen sebab taktik produser pun nak tarik penonton dengan babak-babak curang. Dalam promo Zul Ariffin ada bagitahu yang love language dia adalah physical touch sebab tu dia mudah sangat sayang Noreen dan tak boleh adapt dengan PJJ. Tengok gaya Farhan ni, bukan love language yang jadi isu tapi memang lemah dengan godaan Noreen.
Tak ada beza pun plot curang Bisik Asmara dengan naskhah curang yang lain. Cara Farhan kena sondol pun sama je dengan suami orang yang lain. Pengakhiran watak-watak utama pun dah boleh dijangka tapi akan ada telemovie masa Raya nanti jadi tak tahu lah kalau Noreen berjaya dapat apa dia nak.
Latar pekerjaan yang dimasukkan dalam Bisik Asmara ni lemah lah jugak sebab I pernah terlibat dalam sektor pembinaan jadi bila tengok babak Noreen dengan Farhan dekat tempat kerja rasa nak geleng kepala. Reaksi Noreen dengan Farhan setiap kali ada masalah dekat site pun muka tenang je padahal benda tu tak sepatutnya berlaku pun. Tersalah measurement pun Farhan boleh cool padahal isu tu isu besar. Tak pasti lah siapa jadi rujukan penulis, yang pastinya tak buat extra homework. Kalau tak tahu tak payah masukkan.
Episod akhir makin merepek sebab meleret dengan doa dan tazkirah dari pelakon pembantu padahal tak memberi impak apa pun pada cerita. Makin bosan ada lah. Ingatkan Kak Long (Nadia Brian) nak bergaduh dengan Noreen rupanya ulang dialog sama je. Umi yang demensia pun kemain panjang pula doa dia.
Selain watak Sheila, kesian dengan watak Puan Mahani (Aleza Shadan) sebab dapat suami tak guna dan anak tak kenang budi. Kesian bila dengar dia kata anak yang dibesarkan dengan doa sebab dia terkesan dengan episod kecurangan tapi alih-alih anak dia sondol suami orang pulak. Memang patut lah Pn Mahani bercerai dengan En Mustapha (Arash Mohamad), nak jadi bapa pun tak mampu, nak jadi suami yang qawwam jauh sekali. Geli tengok episod-episod awal bila dia jumpa Noreen. Puas hati bila Pn Mahani bertempik bila tahu Noreen sondol suami orang.
I layan dekat iQiyi jadi tak ada masalah dengan bisikan-bisikan dalam drama Bisik Asmara ni sebab ada sari kata disediakan. Dua hari pun dah boleh habis sebab boleh tukar speed 2x.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.