CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM GUGAT KEUTUHAN KELUARGA ZAMARUL HISHAM?

Tuesday, 24 February 2026

CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM GUGAT KEUTUHAN KELUARGA ZAMARUL HISHAM? | Bila Cinta Menjadi Dosa Cipta Jeratan Konflik Keluarga

Kuala Lumpur, 24 Februari 2026 – “Setia dalam permainan luka” adalah satu pengorbanan yang tidak semua sanggup hadapi, terutama apabila kebenaran mula menghimpit dari segenap arah. Bila Cinta Menjadi Dosa menyelami kisah kepulangan yang mencetuskan pergolakan, cinta lampau yang kembali menghantui, serta pertarungan mempertahankan maruah dan pengaruh.

Bakal menemui penonton bermula 27 Februari 2026, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3, drama 30 episod arahan Shuhaimi Lua ini menampilkan naratif penuh tekanan dengan konflik yang menyentuh sisi paling rapuh setiap watak.

Dibarisi nama-nama seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam, Elizad Sharifuddin dan Maria Farida, drama ini memaparkan kisah keluarga yang mula goyah apabila masa silam kembali menuntut penjelasan.

Zhafran (Zairi Aziz) pulang ke tanah air selepas lama membawa diri, disambut oleh bapanya, Dato’ Yusof (Zamarul Hisham), serta ibunya, Datin Kalsom (Maria Farida). Namun kepulangan itu tidak sekadar mempertemukan semula mereka, sebaliknya mencetuskan ketegangan yang selama ini tersembunyi di sebalik reputasi dan kemewahan keluarga.

Kemunculan Eva (Che Puan Sarimah Ibrahim), wanita yang mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan Dato’ Yusof, mula menggoncang kepercayaan dan mencipta perpecahan. Dalam kekalutan itu, Nurul Yasmeen (Alya Iman), bekas kekasih Zhafran, kembali hadir dalam hidupnya sebagai setiausaha kepada Dato’ Yusof. Pertemuan tersebut mengheret kembali kenangan, kesilapan dan janji yang pernah dimungkiri.

Menurut Zairi Aziz, “Kepulangan Zhafran mungkin pada awalnya tampak biasa, namun dia sendiri tidak menyangka ia akan membuat kacau. Apabila keluarganya berdepan ancaman, barulah dia sedar kepulangannya membawa makna yang lebih besar. Dia terpaksa bangkit daripada luka lama dan menjadi pelindung kepada orang yang disayanginya, walaupun dalam diam dia sendiri masih mencari jawapan.”

Bagi Zamarul Hisham pula, “Dato’ Yusof seorang lelaki tegas yang percaya kawalan adalah kunci kestabilan. Namun apabila rahsia yang disembunyikan mula terbongkar, dia terpaksa berdepan akibatnya. Dalam usaha mempertahankan nama dan kedudukan, dia mula memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan, sama ada kerana sedar atau sekadar mahu terus berkuasa.”

Bila Cinta Menjadi Dosa menyaksikan pertembungan antara cinta, tanggungjawab dan kepentingan diri. Setiap pilihan hadir dengan implikasi tersendiri, dan kebenaran yang cuba dikunci akhirnya tetap mencari ruang untuk muncul. Persoalannya, adakah segalanya mampu disimpan, atau ia bakal meruntuhkan seluruh institusi keluarga?

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Bila Cinta Menjadi Dosa minggu ini di slot Lestary TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.


Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.