Movie Review | The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 (2014)

Wednesday, 11 February 2026


Pengarah: Francis Lawrence
Penulis Skrip: Peter Craig, Danny Strong
Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Philip Seymour Hoffman, Jeffrey Wright, Stanley Tucci, Donald Sutherland, Sam Claflin
Syarikat Produksi: Lionsgate, Color Force
Pengedar: Lionsgate, Netflix
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 123 minit
Tarikh Tayangan: 10 November 2014 (Odeon Leicester Square), 21 November 2014 (United States)
Trailer:

Permulaan fasa akhir untuk franchise The Hunger Games (2012) tertumpu kepada perjuangan Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) di District 13 yang beroperasi secara rahsia tanpa pengetahuan Snow (Donald Sutherland). Di sana Katniss tinggal bersama ibunya (Paula Malcomson) dan Prim (Willow Shields) yang berkhidmat dalam bahagian perubatan. 

District 13 dijaga oleh Presiden Alma Coin (Julianne Moore) yang ingin Katniss menjadi peneraju utama untuk perjuangan mereka sebagai Mockingjay – simbol pemberontakan terhadap penindasan yang berlaku di Panem. Awalnya Katniss enggan kerana dia masih mencari di mana Peeta (Josh Hutcherson) selepas Quarter Quell namun setelah mendapat tahu Peeta berada dalam tawanan Capitol, Katniss akhirnya bersetuju. 

Katniss dibantu oleh Effie Trinket (Elizabeth Banks) sebagai stylist dan Gale (Liam Hemsworth) sebagai pengawal peribadi semasa bergerak ke daerah-daerah tertentu untuk pastikan semua tahu yang Mockingjay hidup dan akan berjuang bersama mereka. 

Kalau dalam installment kedua - The Hunger Games: Catching Fire (2013), I seronok tengok perjalanan Katniss dan Peeta untuk tawan hati penonton Capitol, berbeza pula ceritanya dalam Mockingjay yang diadaptasi dari novel nukilan Suzanne Collins. Vibe yang dibawa oleh pengarah Francis Lawrence lebih depressing, kelam dan menyakitkan. 

Makin jelas terlihat perasaan tu bila Katniss terpisah dengan Peeta lepas mereka berdua dah selesa bersama dan lihat masa depan bersama. Ketika Katniss berjuang sebagai Mockingjay, Peeta pula menjadi senjata yang paling kuat untuk Snow perlahankan pemberontakan Katniss. Tak pasti apa perasaan shipper Katniss-Gale bila tengok Mockingjay sebab dua watak ni ada banyak momen bersama tapi yang pastinya, I terseksa tengok Katniss struggle tanpa Peeta. 

‘No one hates the Capitol more than me. And I wanna help. But I just keep thinking, even if we win this war, what happens to Peeta? I know he’s not safe there, but he’s definitely not safe here.’ – Katniss Everdeen

Perjuangan Presiden Alma Coins dan Plutarch menggerakkan Mockingjay dengan ideologi politik yang diterapkan sekaligus menjadikan naskhah ketiga ni terlihat bosan dan perlahan sedangkan durasi untuk Mockingjay: Part 1 adalah naskhah paling pendek yang dihasilkan. 

Tapi kalau Mockingjay: Part 1 dihasilkan secara terburu-buru atau digabungkan bersama Part 2 pun I tak rasa audience boleh nampak progress Katniss dari segi mental untuk tampil sebagai Mockingjay. Macam mana watak Katniss yang cuma fikir untuk survive dalam The Hunger Games boleh jadi kuat untuk peperangan terhadap Capitol. I mean, you cannot push a fragile human to lead a batallion. Snow ada agenda even pihak Rebel pun ada permainan tersendiri jadi Katniss kena come up sebagai entiti yang kuat juga. 

Genre aksi mungkin tak banyak dipaparkan tapi gabungan Katniss dan Gale antara kekuatan filem Mockingjay: Part 1. Patutnya tambahkan lagi training session Katniss dengan Gale di District 13 untuk kuatkan genre aksi. Kalau bukan dengan Gale pun, ada lagi watak yang boleh ditonjolkan sebagai orang kuat pihak Rebel. 

Sinematografi dari Jo Willems dikukuhkan lagi dengan production design yang menzahirkan dengan tepat keadaan mengerikan District 12 yang musnah akibat pemberontakan Katniss di penghujung Catching Fire. Babak Katniss menggeletar tengok hospital di District 8 kena bom atau babak ros putih bertaburan di District 13 tepat menggambarkan emosi Katniss yang semakin menebal. 


Lagu The Hanging Tree menguatkan lagi semangat perjuangan Panem menentang Capitol. Meremang bila dengar suara Katniss kemudian bersambung dengan pemberontak yang lain menuju ke daerah yang bersekutu dengan Capitol. Lagu yang dihimpunkan oleh James Newton Howard lebih berentak laju dengan lirik yang sesuai dengan vibe yang dibawa dalam Mockingjay: Part 1. 3 buah lagu dari Lorde – Meltdown (ft Pusha T, Q-Tip & HAIM), Yellow Flicker Beat dan Flicker digunakan sebagai lagu latar. My personal favourite, Dead Air – CHVRCHES. 

Masa tengok filem Mockingjay: Part 1 tahun ditayangkan dulu mungkin naskhah ni agak mengecewakan tapi bila rewatch dan marathon, it gives a new perspective dan makin tak sabar tengok perjuangan Katniss menentang Snow.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.