Showing posts with label movie Hollywood. Show all posts
Showing posts with label movie Hollywood. Show all posts

Movie Review | X-Men: Days of Future Past (2014)

Sunday, 20 September 2026

 


Pengarah: Bryan Singer  
Penulis Skrip: Jane Goldman, Simon Kinberg, Matthew Vaughn  
Pelakon: Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin, Elliot Page, Peter Dinklage, Ian McKellen, Patrick Stewart   
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, The Donners' Company, Bad Hat Harry Productions, Kinberg Genre, Down Productions   
Pengedar: 20th Century Fox
Genre: Superhero  
Durasi Tayangan: 131 minit
Tarikh Tayangan: 10 Mei 2014 (Javits Center), 23 Mei 2014 (United States)    
Trailer:


Pada tahun 2023, robot bernama Sentinels memburu dan membunuh mutan dan juga manusia yang mempunyai keturunan mutan atau sesiapa yang melindungi mutan. Di Moscow, Kitty Pryde (Elliot Page), Blink (Fan Bingbing), Warpath (Booboo Stewart), Bishop (Omar Sy), Iceman (Shawn Ashmore) dan Sunspot (Adan Canto) bertarung dengan Sentinel untuk pastikan Kitty dapat masa yang cukup untuk menghantar Bishop beberapa hari ke masa lalu untuk maklumkan keadaan mereka. 


Mendengar khabar tersebut, Storm (Halle Berry), Wolverine (Hugh Jackman), Magneto (Ian McKellen) dan Charles Xavier (Patrick Stewart) berkumpul di sebuah tokong Cina yang terpencil. Di sana Prof X terangkan bahawa program Sentinel diwujudkan oleh Dr. Bolivar Trask (Peter Dinklage) yang mencipta senjata yang terhasil dari sampel DNA kepunyaan Mystique (Jennifer Lawrence) pada tahun 1973.

 
Prof X cadangkan supaya pulang ke tahun 1973 dan halang Mystique dari membunuh Trask tapi perjalanan tersebut boleh membunuh Xavier lalu Logan wakilkan diri kerana dia sahaja yang mempunyai kuasa penyembuhan. Sebaik saja sampai, Logan terus menuju ke X-Mansion kemudian terjumpa dengan Dr. Hank Mcoy (Nicholas Hoult) yang maklumkan bahawa sekolah tersebut ditutup kerana Perang Vietnam sementara Magneto ditahan setelah membunuh Presiden John F. Kennedy. 


Agak sukar untuk Logan yakinkan Charles Xavier muda (James McAvoy) kerana dia di dalam fasa kemurungan setelah dikhianati oleh Erik Lehnsherr (Michael Fassbender). Charles juga boleh berjalan kerana serum yang dihasilkan oleh Hank namun hilang kuasa telepatinya. 

Instalment ketujuh X-Men membawakan latar masa yang agak jauh dari filem The Wolverine (2013) dan X-Men: The Last Stand (2006) namun tak lah terlalu jauh dari X-Men: First Class (2011). Kalau ikutkan, sekuel secara langsung kepada First Class bila Marvel Entertainment mengekalkan pelakon yang sama. 


Bryan Singer yang bekerja untuk X-Men (2000) dan X2 (2003) kembali ke bangku pengarah menggantikan Matthew Vaughn yang mengarahkan X-Men: First Class (2011). Matthew memilih untuk bekerja dalam filem Kingsman: The Secret Service (2014) dan Fantastic Four (2015). 

Filem X-Men: Days of Future Past mempunyai jawapan ke mana perginya Azazel, Angel, Riptide dan mutan lain. Havok (Lucas Till) juga ada kemunculan yang pendek untuk jelaskan beberapa mutan ditangkap oleh Mejar Stryker sebagai eksperimen tentera. Banyak watak dari X-Men era lama dan baru dimuatkan dalam 131 minit tayangan bersama konflik dan peristiwa-peristiwa penting pada latar masa tersebut. 


Dari instalment ni juga peminat X-Men berkenalan dengan Peter / Quicksilver (Evan Peters) yang mempunyai kuasa untuk bergerak dengan sangat laju. Walaupun dia cuma membantu sikit sahaja tapi kemunculan dia menyuntik elemen komedi. 

Menarik tapi tak puas sebab penulis fokus pada watak utama yang mempunyai konflik peribadi. Sekali lagi Charles dan Erik bertelagah tentang prinsip mereka berdua. Sekali lagi James McAvoy dan Michael Fassbender berjaya menghidupkan dinamik juga emosi yang kuat untuk watak mereka berdua. 


Walaupun filem X-Men: Days of Future Past adalah hasil sutradara Bryan Singer namun penceritaan masih lagi seakan sama dengan X-Men: First Class (2011) yang menghasilkan sebuah naskhah yang bergaya. Mungkin sebab skrip ditulis oleh pengarah lama dan produksi tak nak penonton X-men era baharu hilang minat bila bertukar pengarah. 


Dalam filem X-Men: Days of Future Past, bukan saja dapat tengok Charles Xavier muda, malah dapat juga nampak Prof X yang sepatutnya dah meninggal selepas Jean Grey mengamuk dalam X-Men: The Last Stand (2006). Mungkin ada kaitan dengan end credit tapi Marvel tak ceritakan pun macam mana Prof X boleh hidup semula. 

Lepas The Wolverine (2013), watak Logan sekali lagi muncul sebagai maskot X-Men tapi entah bila dia nak faham yang dia bukan tandingan Magneto pun. Wolverine ni kacak dan gagah perkasa tapi kurang bijak. Dia boleh hidup lama pun sebab kuasa penyembuhan tu dan Magneto sibuk dengan agenda dia. Kalau tak, mungkin Wolverine duduk lama dalam sungai. Dalam The Wolverine (2013), Logan ingat tentang masa lalu dia tapi dalam filem ni sebaliknya. Entah lah tak faham kenapa universe ni mengelirukan. 


X-Men: Days of Future Past dikategorikan sebagai instalment yang terbaik dalam siri X-Men namun watak antagonis agak lemah bila penulis tak kembangkan kenapa Dr. Bolivar Trask benci dengan mutan sampai sanggup wujudkan Sentinel yang boleh membahayakan manusia. Sekurang-kurangnya, Mejar Stryker ada misi untuk cipta super soldier demi keselamatan negara. Bila watak antagonis lemah, tak semena-mena bagi peluang pada Magneto untuk naik sheikh. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Movie Review | The Wolverine (2013)

Saturday, 19 September 2026

Pengarah: James Mangold  
Penulis Skrip: Mark Bomback, Scott Frank  
Pelakon:  Hugh Jackman, Svetlana Khodchenkova, Rila Fukushima, Tao Okamoto, Hiroyuki Sanada, Will Yun Lee, Famke Janssen  
Syarikat Produksi: Marvel Entertainment, Donners' Company 
Pengedar: 20th Century Fox   
Genre: Superhero / Aksi 
Durasi Tayangan: 126 minit
Tarikh Tayangan: 26 Julai 2013 (United States)  
Trailer:


Selepas insiden yang berlaku di New York dan rasa bersalah Logan (Hugh Jackman) terhadap Jean Grey (Famke Janssen) dalam X-Men: The Last Stand (2006), Logan bertemu dengan Yukio (Rila Fukushima) yang mempunyai kuasa untuk melihat sekilas apa yang terjadi di masa hadapan. Dia dihantar oleh Ichiro Yashida (Haruhiko Yamanouchi) yang ingin bertemu dengan Logan buat kali terakhir di Tokyo. 

Pada tahun 1945, Logan merupakan tahanan tentera Jepun di kem yang terletak berdekatan dengan Nagasaki. Logan dikurung bersendirian di dalam sebuah perigi buta. Ketika bom nuklear dijatuhkan di Jepun, Logan selamatkan Ichiro Yashida (Ken Yamamura) dari letupan tersebut kemudiannya mereka berdua membawa haluan masing-masing. Yashida menjadi yakuza dan memiliki harta yang banyak. 


Setibanya di Tokyo, Jepun, Logan terus berjumpa dengan Yashida yang sedang nazak. Keadaannya dianalisa oleh doktor peribadi bernama Dr. Green (Svetlana Khodchenkova). Dah lama Yashida mencari Logan kerana rasa terhutang budi tapi dia juga mempunyai permintaan lain bila dia ingin kuasa mutan Wolverine dipindahkan ke dalam badannya. Kuasa penyembuhan yang telah selamatkan Logan sehingga berdekad lamanya. Untuk apa Logan sia-siakan kuasa mutan tersebut dan hidup tanpa arah tuju. 


Tapi permintaan tersebut ditolak mentah-mentah oleh Logan dan berhasrat untuk pulang keesokan harinya. Malamnya, Logan diracun oleh Dr. Green hingga menyebabkan kuasa mutannya beransur hilang. Yashida pula disahkan meninggal dunia keesokan paginya. Di majlis pengebumian Yashida, Mariko (Tao Okamoto) diserang oleh pembunuh upahan lalu  bersembunyi dengan Logan di Nagasaki.
 

Filem The Wolverine arahan James Mangold diadaptasikan dari komik Wolverine, karya ilustrasi Chris Claremont dan Frank Miller merupakan instalment keenam untuk siri X-Men. Perubahan besar yang menarik dan segar bila Tokyo dimasukkan sebagai latar tempat utama. Sebelum ni berlegar di sekitar New York, kali ni berubah ke benua baru dengan latar budaya baru juga. 


Kuasa mutan dalam dunia X-Men nampaknya tak tertakluk pada penduduk Amerika tapi di seluruh dunia juga bila watak Yukio mempunyai kuasa mutan. Dr. Green mungkin berasal dari Rusia. Tak banyak watak yang dimasukkan dalam filem The Wolverine namun membantu lengkungan watak dan personaliti Logan sebagai manusia dan bukan sebagai mutan Wolverine. 


Perjalanan filem The Wolverine terlihat menarik dari awal hingga ke babak klimaks kerana ada babak aksi yang bagus dimasukkan walaupun Logan dalam keadaan lemah tanpa kuasa penyembuhan yang laju seperti sebelumnya. Minda dan hati dia pun tak stabil bila berada dalam keadaan mengalami existential crisis, boleh kata takdir banyak memberi peluang pada pihak lawan untuk berada di hadapan dan dekat dengan misi mereka. 


Walaupun watak Yukio tak membantu Logan sangat untuk babak aksi tapi membantu juga pada dinamik dan pembentukan karakter Logan yang memang ada soft spot pada wanita. Relationship Logan dengan Yukio, tak lari jauh dengan Rogue dalam X-Men (2000) dan X2 (2003). Bezanya, Yukio lebih agresif dan baddie. 


Tak pasti lah kenapa ada bibit percintaan antara Logan dengan Mariko sebab sub-plot ni melemahkan momentum filem The Wolverine. Nak kata sebab Mariko ada persamaan dengan Jean Grey pun tak juga. Personally, for me watak Mariko agak lemah dalam The Wolverine bila kebanyakan masanya cuma mengharapkan watak lain untuk selamatkan dia dari konflik yang berlaku. 


Latar masa mengganggu juga sedikit sebanyak penceritaan filem The Wolverine malah memori Logan tentang Perang Dunia Kedua pun agak mengelirukan. Dalam filem X-Men Origins: Wolverine (2009) dia dah hilang ingatan tentang masa lalu. Dia boleh ingat sikit tentang eksperimen Mejar Stryker masa pergi Alkali Lake dalam X2 (2003) sebab pergi ke situ. 

Patutnya Mariko ni muncul awal sikit dalam hidup Wolverine supaya dia tak kacau hubungan Jean Grey dengan Cyclops. Hujung-hujung lupakan Jean Grey jugak. Red flag. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.2/10

Movie Review | You Should Have Left (2020)

Wednesday, 16 September 2026

Pengarah: David Koepp
Penulis Skrip: David Koepp 
Pelakon: Kevin Bacon, Amanda Seyfried, Avery Essex   
Syarikat Produksi: Blumhouse Productions   
Pengedar: Universal Pictures 
Genre: Seram / Psikologi  
Durasi Tayangan: 93 minit
Tarikh Tayangan: 18 Jun 2020 (United States)  
Trailer:


Diadaptasikan dari novel You Should Have Left, karya nukilan Daniel Kehlmann yang diterbitkan pada tahun 2017, filem mengisahkan tentang Theodore Conroy yang ingin keluar dari trauma kisah silam. Theo merupakan seorang pesara pegawai bank dan berkahwin dengan Susanna (Amanda Seyfried) yang bekerja sebagai pelakon muda. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Ella (Avery Essex). 

Sebelum Susanna pergi ke London selama 8 minggu untuk sesi penggambaran untuk filem terbarunya, Theo cadangkan mereka sekeluarga pergi bercuti di Wales. Susanna menempah sebuah rumah yang terletak di atas bukit kepunyaan Statler. Sebaik saja sampai, Theo jatuh suka dengan binaan rumah tersebut, minimalis tanpa banyak perabot atau hiasan walaupun mempunyai ruang yang banyak dan luas. 


Baru malam pertama di situ, Theo sudah mengalami gangguan aneh ketika dia ingin padamkan lampu di tingkat bawah. Dia rasa macam hanya turun sebentar tapi dia pergi agak lama hingga Susanna tertidur. Ella juga diganggu apabila terlihat bayang-bayang lelaki di dinding biliknya tapi hanya diamkan perkara tersebut. 

Keesokan harinya Theo pergi membeli barangan dapur di pekan tapi dia ditegur oleh penduduk di situ. Rumah yang disewa ada sejarahnya tersendiri sampaikan peniaga kecil berikan pembaris tiga segi sebagai hadiah. Theo pelik dengan hadiah tu tapi tak lah menolak pemberian tersebut. Malamnya, Theo nampak tulisan dalam jurnal dia minta supaya keluar dari rumah tapi dia endahkan kemudiannya terjumpa bilik bawah tanah padahal ruang tu tak wujud pun sebelumnya. 


Filem You Should Have Left arahan dan penulisan David Koepp mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami walaupun bermain dengan konsep masa dan ruang sekaligus menjadikan olahan tersebut sebagai kekuatan juga keunikan filem. 


Dari awal lagi penulis tak berselindung dengan personaliti Theo yang mempunyai masalah dan tidak disenangi oleh ramai orang kerana kes jenayah dia diketahui umum. Layanan orang luar terlihat berbeza dengan layan Susanna dan Ella terhadap dia. 


Konflik yang dimasukkan bukan saja elemen seram malah konflik psikologi yang kaitkan Theo dengan kisah silam dia. Bila entiti seram datang untuk ganggu keluarga dia, terus rasa kesian sebab bonding kekeluargaan tu kuat sangat. Even watak Ella comel dan polos setiap kali muncul. Nak kata Ella dilayan buruk dengan Theo, jauh sekali sebab dia selesa bila berdua dengan ayah dia walaupun dia tahu ayah dia pelik. 

‘But.... I love you no matter what. Don't you know that yet?’ – Ella Conroy


Kekuatan lakonan barisan pelakon utama dalam latar tempat yang terhad juga jadi kekuatan You Should Have Left. Chemistry Kevin Bacon dan Amanda Seyfried buatkan elemen romantik dan kekeluargaan jadi lebih kuat walaupun ada jarak umur yang agak besar. Kalau jadi Susanna pun memang akan terpikat dengan Theo sebab dah tua pun menjaga penampilan. 

Memandangkan Kevin Bacon adalah produser untuk filem You Should Have Left, production memang jaga betul visual dia. Masa tengok babak Kevin dalam filem ni teringat Jisung dalam drama Doctor John (2019) sebab pengarah menjaga imej pelakon utama. Dia terkejut handsome, dia berjalan ada gaya, dia takut pun aesthetical pleasing. Sebab filem ni dah tak memasal terpesona dengan Kevin Bacon. 


Bila pengarah dah fokus pada pesona Kevin dalam filem, konflik peribadi Theo yang insecure dengan posisi dia sebagai suami berusia tu terasa goyah. Dari penampilan dia pun dah boleh nampak dia yang sara keluarga, tambah pula dialog Susanna bagitahu dia cuma hidup dengan duit suami. Patutnya Susanna yang insecure kalau suami dia cari lain.

Pengarah boleh kuatkan juga konflik Susanna dengan Theo bila mereka berdua bergaduh ketika dalam kereta. Ketegangan makin kuat, elemen misteri juga semakin bertambah. Jadi draggy pula bila Theo batalkan hasrat nak keluar dari rumah tu bila dia dah perasan banyak benda pelik. 


Filem You Should Have Left mudah diteka siapa bayang-bayang di dinding yang mengganggu Ella dan semakin kuat tekaan pada separuh masa kedua filem tapi disebabkan banyak elemen misteri yang kuatkan rasa ingin tahu buatkan kelemahan tu terlindung. 

Atau mungkin pengarah tak berselindung pun sebenarnya sebab kekuatan misteri tu cuma boleh disorok dalam penulisan dan bukan spektrum visual. Mungkin juga pengarah sinematografi yang tak mampu mendukung visi pengarah. I wish penulis kembangkan lebih lagi watak utama atau masukkan banyak dialog terutamanya Susanna. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10

Movie Review | X-Men: The Last Stand (2006)

Sunday, 6 September 2026

Pengarah: Brett Ratner  
Penulis Skrip: Simon Kinberg, Zak Penn  
Pelakon: Hugh Jackman, Halle Berry, Ian McKellen, Famke Janssen, Anna Paquin, Kelsey Grammer, James Marsden, Rebecca Romijn, Shawn Ashmore, Aaron Stanford, Vinnie Jones, Patrick Stewart  
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, The Donners' Company, Dune Entertainment, Ingenious Film Partners
Pengedar: 20th Century Fox 
Genre: Superhero / Aksi   
Durasi Tayangan: 104 minit
Tarikh Tayangan: 24 Mei 2006 (Cannes), 26 Mei 2006 (United States)   
Trailer:


Berpatah balik ke tahun 1986, di mana Charles Xavier (Patrick Stewart) dan Erik Lehnsherr (Ian McKellen) bertemu dengan Jean Grey (Haley Ramm) yang masih kanak-kanak di rumah orang tuanya. Charles menjemput Jean untuk tinggal di sekolahnya. 10 tahun kemudian, pada tahun 1996, Warren Worthington II (Ben Foster) mengetahui anak lelakinya (Cayden Boyd) adalah mutan dan mempunyai kepak di bahagian belakang badan. 


Pada latar masa sekarang, Worthington Labs mengumumkan mereka berjaya menghasilkan serum yang boleh mengubati individu yang mempunyai sel mutan. Serum tersebut dihasilkan menggunakan sel darah Jimmy / Leech (Cameron Bright) yang boleh meneutralkan sel mutan sekiranya individu tersebut berada dekat dengan dia. 


Mendengar khabar tersebut, Rogue (Anna Paquin) ingin mendapatkan serum tersebut kerana dia tak mahu membahayakan orang lain dengan kuasanya. Hubungan dia dengan Bobby (Shawn Ashmore) juga semakin renggang apatah lagi Bobby banyak habiskan masa bersama Kitty Pryde (Elliot Page). 

Dr. Hank McCoy melawat ke Xavier’s School untuk maklumkan pada Prof X tentang penemuan terbaru tersebut. Sementara mereka berbincang bersama Storm (Halle Berry) dan Logan / Wolverine (Hugh Jackman), Scott Summers / Cyclops (James Marsden) pergi ke Alkali Lake untuk mencari Jean Grey (Famke Janssen). 


Pencarian dia berhasil namun Jean Grey yang muncul bukanlah Jean Grey yang dia kenal. Akibat kemalangan yang berlaku, minda Jean melepaskan personaliti alternatif yang berbahaya dan bersifat menghancurkan dinamakan sebagai Phoenix. Mengetahui situasi tersebut, Magneto ajak Jean bersama dengan dia dan mutan lain untuk menghalang misi Kerajaan yang ingin mengubat sel mutan. 


Setelah filem X-Men (2000) dan X2 (2003), Bryan Singer digantikan Brett Ratner sebagai pengarah untuk instalment kepada trilogi asal X-Men. Selain kemunculan beberapa watak baru di Xavier’s School, di pihak Magneto juga diperkenalkan Juggernaut yang kuat, Multiple Man, Kid Omega yang boleh hasilkan duri beracun, Psylocke (Meiling Melancon) dengan kebolehan teleport, Archlight (Omahyra Mota) yang boleh menghasilkan shock waves dan banyak lagi. 


Fun fact, watak Juggernaut muncul dalam filem Deadpool 2 (2018) sampai jadi punca Deadpool  bergabung dengan Cable.  


Dalam filem X-Men: The Last Stand juga dimaklumkan bahawa mutan mempunyai kelas bawah dan kelas atasan bergantung pada kebolehan kuasa masing-masing. Memandangkan durasi filem agak terhad, tak semua watak diperkenalkan dengan terperinci, cukup sekadar nama dan kuasa. Pandai-pandai lah penonton fikir siapa yang berada di kelas mana.

Kalau ikutkan, penghasilan serum untuk hilangkan sel mutan dalam badan manusia tu wajar dan beri pilihan kepada mutan seperti Rogue. Wolverine tak halang Rogue untuk ambil serum kalau alasannya semata untuk bercinta dengan Bobby tapi dia nak Rogue fikir masak-masak. 


Pilihan Rogue tu munasabah je kalau bukan nak bercinta dengan Bobby sebab keluarga Rogue sayang dengan dia tapi tak boleh nak buat apa. Rogue sendiri yang lari dari rumah sebab tak nak ada yang cedera. Walaupun sekejap tapi boleh nampak mak dia cuba nak tenangkan Rogue dalam X-Men (2000). Bila dia minta Wolverine panggil dia Marie, masa tu dia dah nekad dengan pilihan cuma ragu-ragu kalau pilihan dia bebankan ahli X-Men yang lain. 


Masa pengumuman oleh Warren pun, dia tak cakap sesuatu yang provokatif walaupun awalnya dia tak suka mutan. Lepas tahu Angel ada sel mutan, dia cuba cari jalan supaya Angel boleh hidup normal. Sebab tu dia kata mutan pun manusia dalam ucapan tu. 

Konflik dalam X-Men: The Last Stand sekali lagi paparkan perbalahan pendirian Charles dan Erik tentang mutan atau manusia. Erik agak melebih-lebih bila kumpulkan mutan yang jahat untuk serang Kerajaan dan Worthington Labs padahal tak ada siapa pun yang paksa mutan untuk hidup seperti manusia. 


Watak Jean Grey yang dimasukkan sebagai konflik kedua juga kurang mendukung jalan cerita bila cuma ditafsirkan sebagai distraction kepada Scotts dan Logan. Patutnya penulis asingkan dua konflik ni supaya filem tak jadi serabut bila ada dua konflik utama. Kedua-duanya ada emosi yang tersendiri tapi disebabkan ruang yang terhad, naskhah X-Men: The Last Stand terlihat lemah. 

Latar masa yang dimasukkan dalam X-Men: The Last Stand juga mengelirukan atau mungkin juga production sengaja tak disclose latar masa yang tepat supaya penonton tak bertanya tentang Charles dan Erik muda macam dalam X-Men: First Class (2011).


Babak pertempuran antara Magneto dan X-Men pun draggy bila pihak tentera tak mampu nak bantu X-Men padahal ada senjata yang kuat iaitu serum Leech. Masalah utama franchise X-Men untuk babak aksi adalah bila protagonis tak pernah bincang apa-apa strategi sebelum berperang. Mana maunya kurang dari 10 orang lawan dengan satu kumpulan walaupun yang sikit tu mutan kelas 5. Tak sampai 5 saat, Magneto boleh kalahkan Wolverine. 

Kerajaan ada Mystique yang sakit hati bila dibuang oleh Magneto padahal dia dah setia sejak 1962, bukan satu tempoh yang pendek. Magneto juga yang tekankan supaya Mystique terima keunikan dia sebagai mutan. Patutnya pengarah masukkan babak Mystique balas dendam bukan sebagai pembelot tapi sebagai watak yang tersakiti. 


Filem X-Men: The Last Stand adalah instalment paling lemah untuk franchise X-Men terutamanya bila hentikan watak Cyclops untuk naikkan Storm sebagai pengganti Prof X dan bagi ruang kepada Wolverine mencipta kisah cinta sejati terhadap Jean Grey. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

Movie Review | X2 (2003)

 

Pengarah: Bryan Singer  
Penulis Skrip: Michael Dougherty, Dan Harris, David Hayter 
Pelakon: Patrick Stewart, Hugh Jackman, Ian McKellen, Halle Berry, Famke Janssen, James Marsden, Rebecca Romijn, Brian Cox, Alan Cumming, Bruce Davison, Anna Paquin 
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Enterprises, The Donners' Company, Bad Hat Harry Productions   
Pengedar: 20th Century Fox
Genre:  Superhero / Aksi 
Durasi Tayangan: 133 minit
Tarikh Tayangan: 24 April 2003 (London), 02 Mei 2003 (United States)  
Trailer:


Mutan bernama Nightcrawler (Alan Cumming) pecah masuk ke Rumah Putih untuk hantar mesej kepada Presiden Amerika Syarikat supaya bebaskan mutan. Dalam masa yang sama, Logan (Hugh Jackman) dihantar oleh Proffesor X (Patrick Stewart) untuk menyiasat kegiatan yang berlaku di Alkali Lake, Alberta kerana di situ lah tempat Logan dijadikan bahan eksperimen oleh Kolonel William Stryker (Brian Cox). Di penghujung X-Men Origins: Wolverine (2009), Logan ditembak hingga hilang ingatan. 


Jean Grey (Famke Janssen) mula mengalami simptoms yang sama dengan Charles ketika muda bila dia tak mampu mengawal semua suara yang dia dengar apatah lagi bila berada di tempat awam. 

Setelah berita Presiden diserang oleh Nightcrawler, Storm (Halle Berry) dan Jean Grey dihantar oleh Proffesor X untuk menyiasat mutan tersebut. Sementara dia dan Cyclops (James Marsden) pergi ke penjara untuk berjumpa dengan Magneto yang dikurung di sana. Logan yang baru saja pulang diminta untuk jaga kesemua pelajar di sekolah tersebut. 


Ketika berbual dengan Bobby (Shawn Ashmore), Logan terhidu bau tentera yang datang untuk menangkap semua mutan di sekolah tersebut. Kitty Pryde (Katie Stuart) dengan mudahnya melarikan diri kerana boleh menembus dinding dan manusia. Kerana jeritan nyaring Theresa Rourke / Siryn (Shauna Kain), Peter Rasputin / Collosus (Daniel Cudmore) terjaga dan kumpulkan beberapa orang mutan pergi ke laluan rahsia dan lari dari situ. 


Filem X2 merupakan sekuel kepada X-Men (2000) dan masih lagi menggunakan khidmat pengarah yang sama, Bryan Singer. Sama seperti sebelumnya, X-Men memperkenalkan beberapa watak mutan yang baru di dalam setiap naskhah seperti Nightcrawler yang boleh teleport seperti Azazel juga watak Deathstrike yang mempunyai kebolehan seperti Wolverine. 

Kali ni, Xavier’s School menguatkan lagi watak Collosus yang boleh berubah menjadi besi, Kitty yang boleh tembus setiap jisim, Siryn yang mempunyai jeritan sonic yang kuat seperti Banshee yang pernah muncul dalam X-Men: First Class (2011). 


Watak Pyro mempunyai lebih banyak ruang berbanding X-Men (2000) dengan dialog yang menjelaskan bagaimana sel mutan wujud ketika berkunjung ke rumah Bobby. Dr Hank McCoy / Beast muncul sekejap di televisyen ketika Mystique cuba goda pengawal keselamatan tapi Hank dah diganti dengan Steve Bacic. 

Gara-gara agenda Kolonel William Stryker yang terhenti pada penghujung X-Men Origins: Wolverine (2009), dia kini teruskan misi dengan agenda yang baru. Dalam filem X2, baru nampak X-Men bergabung dengan Magneto untuk halang niat jahat Stryker terhadap mutan. 


Dalam filem X2 pun ada kekeliruan fakta bila Magneto bagitahu dia yang bantu Charles bina Cerebro padahal Dr. Hanks McCoy guna dana CIA bina Cerebro dalam X-Men: First Class (2011). 

Sinematografi dari Newton Thomas Sigel dipertingkatkan lagi dengan visual yang menarik seperti babak Magneto keluar dari penjara menggunakan plat besi. Babak Nightcrawler serang Rumah Putih di permulaan filem antara highlights X2 juga babak Pyro serang polis dan sekolah Xavier diserang oleh tentera. Seronok juga tengok kuasa Bobby sebagai Iceman terutamanya bila dia cuba selamatkan Logan. 


Kelemahan X2 terletak pada cinta tiga segi Jean Grey, Wolverine dan Cyclops. Tak pasti kenapa Wolverine suka dengan Jean Grey sampai beria yakinkan dia adalah orang yang tepat sebagai suami. Kalau jadi Jean Grey pun malas nak layan perangai Wolverine sebab Cyclops lebih bagus sebagai ketua. Ibarat macam Wolverine adalah Alpha sementara Cyclops adalah Sigma. Siapa yang lebih berkualiti? Mestilah Sigma. 


Filem X2 juga singkat bila tak dapat jelaskan kenapa keluarga Bobby tak suka dengan kelebihan yang dia ada walhal kuasa dia tak menyakiti orang pun. Mudah sangat kerja mak dia dekat dapur nak pula kalau ada perayaan. Ais habis tak payah suruh Bobby pergi kedai sebab anak dia boleh buat ais guna tangan je. I boleh faham mak dia takut kalau Bobby pernah bekukan orang dekat sekolah tapi Bobby baik je budaknya, tak macam Pyro. 


Penghujung X2 pun agak lemah bila ada watak yang terpaksa berkorban padahal setiap mutan yang berada di babak klimaks adalah mutan yang kuat. Tak ada masalah pun untuk Nightcrawler pindahkan semua ke tempat yang selamat sementara Storm alihkan air empangan jadi ribut. Mungkin sebab nak kuatkan babak dramatik dan permulaan konflik untuk filem X3 nanti. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Movie Review | X-Men (2000)

 

Pengarah: Bryan Singer  
Penulis Skrip:  Tom DeSanto, Bryan Singer, David Hayter
Pelakon:  Patrick Stewart, Hugh Jackman, Ian McKellen, Halle Berry, Famke Janssen, James Marsden
Bruce Davison, Rebecca Romijn, Ray Park, Anna Paquin  
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment Group, The Donners' Company, Bad Hat Harry Productions    
Pengedar: 20th Century Fox 
Genre: Superhero / Aksi  
Durasi Tayangan: 104 minit
Tarikh Tayangan:  12 Julai 2000 (Ellis Island), 14 Julai 2000 (United States)
Trailer:


Senator Amerika Syarikat, Robert Kelly (Bruce Davison) meluluskan Akta Pendaftaran Mutan di mana setiap mutan perlu mendedahkan identiti dan keupayaan mereka. Di Meridian, Mississippi, Marie (Anna Paquin) yang berumur 17 tahun tanpa sengaja buatkan teman lelakinya, David (Shawn Roberts) koma kerana sel mutannya menyerap sumber dari manusia atau makhluk lain. 

Marie tukar nama kepada Rogue dan lari ke Alberta. Di sana, dia berjumpa dengan Logan / Wolverine (Hugh Jackman) tapi kedua-dua mereka diserang oleh Sabretooth (Tyler Mane). Nasib mereka baik bila Cyclops (James Marsden) dan Storm (Halle Berry) sempat selamatkan dari serangan tersebut lalu bawa ke Xavier’s School di New York. 


Wolverine percaya mereka diserang kerana Magneto (Ian McKellen) inginkan dia untuk misi yang masih belum mereka ketahui. Charles Xavier (Patrick Stewart) minta Wolverine berehat di situ buat sementara waktu. Logan mula berminat dengan Dr. Jean Grey (Famke Janssen) tapi perasaan dia hanya perlu disimpan kerana Jean sudah lama bercinta dengan Cyclops. 

Rogue pula selesa di sekolah baru dan berkawan dengan mutan lain. Di situ dia berjumpa dengan Pyro (John Allerdyce) dan suka dengan Bobby Drake / Iceman yang comel dan baik. 


Magneto menculik Senator Kelly dan lakukan eksperimen hingga badannya berubah menjadi lembik akibat radiasi yang dimasukkan. Dia berjaya lari dari penjara Magneto di pulau Genosha lalu berjumpa dengan Charles Xavier tapi keadaan dia sudah parah kemudiannya mencair seperti air. X-Men mula menyiasat misi terbaharu Magneto dan Brotherhood of Mutants yang ingin mengancam manusia. 

Filem X-Men arahan dan penulisan Bryan Singer yang diadaptasikan dari komik hasil ilustrasi Stan Lee bersama Jack Kirby adalah filem pertama yang diterbitkan oleh 20th Century Fox. Namun disebabkan susur masa yang menggunakan zaman millenium, I tengok selepas filem X-Men: First Class (2011) dan X-Men Origins: Wolverine (2009) yang berlaku jauh lebih awal. 


Dalam filem X-Men, watak Charles, Magneto dan Mystique (Rebecca Romijn-Stamos) dah bertukar orang seiring dengan usia mereka yang semakin tua. Mystique sepenuhnya dalam kulit berwarna biru selepas hidup bersama Erik yang bangga dengan sel mutan mereka. I kinda miss Mystique Jennifer Lawrence sebab lagi cantik dan tak agresif atau garang macam Rebecca. Tapi okay lah sebab watak Mystique tak dapat banyak screentime pun selain jalankan misi Magneto dalam pelbagai rupa. 

Jalan cerita X-Men mengelirukan pada fakta yang dimasukkan sebab watak Cyclops diselamatkan oleh Wolverine dalam filem X-Men Origins: Wolverine (2009) gara-gara Major Stryker jalankan eksperimen ke atas mutan tapi Cyclops tak kenal langsung pun siapa Wolverine. Benda yang sama juga lah terjadi pada watak Emma Frost dalam filem X-Men: First Class (2011).


Tak diceritakan pun kenapa Cyclops boleh jadi orang kanan Professor X walaupun dia adalah adik kepada Havok, antara mutan terawal yang berperang dengan Charles di Cuba. Sementara Storm dan Jean Grey pula digambarkan sebagai watak yang bijak dan mempunyai tugas tersendiri. 


Sut yang digunakan dalam X-Men lebih menarik berbanding X-Men: First Class (2011) walaupun Wolverine tak selesa tapi sut dia paling stylish. Boleh nampak filem X-Men menggunakan visual effects yang banyak bila barisan utama banyak menggunakan kuasa mutan macam Cyclops dengan pancaran laser dari mata, Storm dengan kuasa ribut, Bobby dengan ais dan Pyro selalu show off kuasa api. Sinematografi dari Newton Thomas Sigel mengukuhkan penceritaan supaya terlihat menarik sepanjang 104 minit tayangan. 



Konflik dalam filem X-Men terarah pada misi rahsia Magneto walaupun ada konflik kecil yang menerangkan watak Rogue dan perdalamkan watak Logan. Kalau X-Men dibikin pada zaman sekarang, rasanya kita dah boleh perkembangan watak utama X-Men sebab 104 minit memang terasa singkat. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10