Movie Review | The Hunger Games: Catching Fire (2013)

Sunday, 13 July 2025


Pengarah: Francis Lawrence    
Penulis Skrip: Simon Beaufoy, Michael deBruyn
Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Lenny Kravitz, Philip Seymour Hoffman, Jeffrey Wright, Stanley Tucci, Donald Sutherland
Syarikat Produksi: Lionsgate, Color Force
Pengedar: Lionsgate, Netflix 
Genre: Aksi 
Durasi Tayangan: 146 minit
Tarikh Tayangan: 11 November 2013 (Odeon Leicester Square), 22 November 2013 (United States) 
Trailer:


Setahun selepas ditabalkan sebagai pemenang The Hunger Games Ke-74, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) dan Peeta Mellark (Josh Hutcherson) pulang ke District 12 dan tinggal di Victor’s Village dalam keadaan yang jauh lebih selesa berbanding kehidupan lama mereka. Setelah pertandingan tersebut, Katniss menjauhkan diri dari Peeta kerana mengalami PTSD. 

Akibat dari kemenangan bersama sebagai star-crossed lover yang ingin mati bersama di dalam pertandingan buatkan beberapa rakyat Panem mula berani untuk memberontak. Perbuatan Katniss dan Peeta bagi harapan kepada mereka untuk melawan pihak atasan setelah 74 tahun tertindas. 


President Snow (Donald Sutherland) menjejakkan kaki ke rumah baru Katniss dan mengugut supaya pasangan sehati sejiwa tersebut yakinkan rakyat Panem ketika Victory Tour nanti bahawa mereka memang sebetulnya bercinta. Jika tidak, keluarga mereka berdua akan hilang malah seluruh District 12 akan menjadi debu seperti Dictrict 13.

Gagal untuk yakinkan rakyat Panem, President Snow umumkan untuk mengadakan Quarter Quell sempena The Hunger Games ke-75 di mana setiap juara akan bertanding di dalam arena menggunakan konsep yang sama. Berang dengan keputusan tersebut Katniss merayu pada mentornya, Haymitch Abernathy (Woody Harrelson) supaya gantikan tempat Peeta. 


Malangnya sebaliknya pula berlaku bila Peeta yang sukarela gantikan tempat Haymitch. Akur dengan kehendak Peeta, mereka berdua rancang untuk umum bakal berkahwin kerana Katniss mengandung. Rakyat Capitol bertegas supaya Quarter Quell dibatalkan tapi President Snow tetap tak berganjak dari keputusannya. 

Sekuel The Hunger Games (2012) cuma mempunyai jarak selama setahun namun hasil The Hunger Games: Catching Fire lebih cemerlang berbanding instalment pertama. Gary Ross lakukan yang terbaik untuk filem pengenalan kemudian Francis Lawrence levelled up the bar a bit higher. 


‘People are looking to you, Katniss. You've given them an opportunity. They just have to be brave enough to take it.’ – Gale Hawthorne (Liam Hemsworth)

Dalam Catching Fire dah mula nampak penulis masukkan semangat pemberontakan dengan babak-babak rakyat Panem yang semakin berani walaupun Katniss masih terikat untuk bersuara. Hint diberikan di awal filem macam babak Gamemaker Plutarch Heavensbee berminat untuk berbual dengan Katniss di Capitol. 

Satira dystopia masih menjadi salah satu elemen penceritaan macam team Gamemakers mengeluh kena buat 24 unit cip penjejak yang baru untuk Quarter Quell sebab nak guna untuk juara-juara The Hunger Games padahal sebelum ni guna balik cip lama dari peserta yang mati dibunuh dalam arena. Babak Peeta ditawarkan minuman supaya boleh muntah bila kenyang supaya dapat makan lebih banyak lagi sedangkan dekat District 12 semua orang tengah kebulur sebab tak ada benda nak makan. Rakyat Capitol makan sampai muntah berkali-kali sebab bosan tak tahu nak buat apa. 


Sinematografi The Hunger Games: Catching Fire juga menggunakan khidmat bakat lain - Jo Willems yang paparkan naskhah dalam visual lebih terang, bergaya dan berani. Sesuai sangat dengan Quarter Quell yang terdiri dari barisan juara sekaligus menjadikan instalment kedua sebagai naskhah yang meninggalkan impak sebelum menuju ke sesuatu yang lebih besar di fasa akhir. Set design untuk arena The Hunger Games lebih mengerikan dengan ujian yang lebih berat untuk semua juara.

Wardrobe team juga art department lebih menonjol dalam sekuel bila barisan juara mempunyai penaja yang tersendiri. Bukan saja Katniss dan Peeta terlihat elegan dalam busana pengantin mereka malah mempunyai wardrobe yang bergaya untuk beberapa aktiviti sebagai Juara The Hunger Games. Kostum untuk Quarter Quell pun antara kostum kegemaran I dalam sekuel ni. 

Perkembangan Katniss dengan Peeta dalam instalment pertama terhenti di permulaan cerita bila Katniss jauhkan diri tapi lepas pengumuman Quarter Quell, Katniss dan Peeta makin rapat. Babak romantik kedua-dua watak makin banyak dan lebih genuine walaupun hati Katniss masih ada pada Gale. 


Katniss Everdeen: I don't want to be with anyone else in there. Just you.
Peeta Mellark: If that's what you want.
Katniss Everdeen: That's what I want.

I lah yang happy tengok progress Katniss dan Peeta especially masa babak Peeta temankan Katniss lepas dia mimpi ngeri, sepanjang di pusat latihan dan arena The Hunger Games. Masa Katniss menangis suruh Finnick selamatkan Peeta pun dah nampak dia dah sayang dengan Peeta lebih dari kawan. 

Mungkin sebab dia dah terima takdir akan hidup dengan Peeta macam Haymitch bagitahu tentang kehidupan juara. Menang The Hunger Games tak akan hidup selesa pun sebab setiap tahun akan jadi mentor kepada peserta dari daerah sendiri. Tak hairan lah watak Haymitch sentiasa mabuk sebab sunyi jadi juara. Dah lah dia seorang sahaja juara dari Daerah 12. Tak hairan juga kenapa Haymitch beria jaga Katniss bila nampak potensi gadis remaja tu. 


My rant on The Hunger Games: Catching Fire bila Katniss cium Gale lepas kena sebat dengan Peacemakers. Kalau dia keliru pun tak perlu bagi harapan dalam keadaan macam tu. Mungkin dalam novel diterangkan lebih jelas situasi Katniss tapi I tak nampak keperluan untuk buat macam tu. Babak Mags (Lynn Cohen) bunuh diri pun nampak terpaksa sebab Katniss boleh sangat dukung Mags dan biar Finnick angkat Peeta. The transition itself feels forced. 

I suka dengan watak Johanna Mason (Jena Malone) dari District 7 sebab dia lantang bersuara, mungkin sebab lagi tua dari Katniss. Watak dia digambarkan sebagai watak yang berani dan rebellious sebab menyampah dengan kehidupan sebagai juara, sama macam Haymitch. Lakonan dia cemerlang dan menyerlah dalam ruang yang terhad. Sama juga dengan Sam Claflin sebagai Finnick yang berlagak, kacak dan digilai ramai. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.