KOME READY KE? KUANTAN JADI LOKASI TERAKHIR SEBELUM AMT2025 BERLANGSUNG!

Friday, 25 July 2025

Selepas menggamatkan Johor dan Pulau Pinang, kini tiba giliran Kuantan menjadi lokasi terakhir bagi Melodi Terhangat Superstar Tour sebelum malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025)! Jelajah eksklusif ini membawa barisan selebriti paling hangat terus menemui peminat, dan Kuantan City Mall bakal menjadi pentas terakhir yang menyaksikan kehangatan luar biasa sebelum tirai anugerah dibuka!

Pada Sabtu, 26 Julai 2025, peminat Pantai Timur bakal berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan barisan bintang sensasi yang tercalon dalam AMT2025 seperti Aina Abdul, Faizal Hussein, Haqiem Rusli, Che Puan Sarimah, Scha Elinnea dan Zarif Ghazzi. Saksikan sesi meet & greet, persembahan eksklusif serta pelbagai aktiviti interaktif yang pasti menghiburkan. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar, menangi hadiah menarik dan rasai sendiri aura selebriti kegemaran anda dari jarak dekat!

Sebagai Penaja Bersama dan Rakan Kereta Rasmi AMT 2025, PROTON turut menghangatkan jelajah ini dengan kehadiran model terbaharu mereka, All-New PROTON X50. Pengunjung boleh melihat lebih dekat,dengan membuat pre-booking tempahan secara terus di lokasi jelajah. Lebih menarik, ini juga merupakan peluang keemasan untuk menyertai kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, di mana seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah All-New PROTON X50 serba baharu!

Sebagai lokasi penutup bagi siri jelajah ini, Kuantan menjanjikan sebuah pengalaman yang penuh warna dan semangat sebelum tumpuan seluruh negara beralih ke malam anugerah paling dinanti-nantikan. Ini bukan sekadar hentian terakhir, inilah detik kemuncak jelajah, saat terakhir sebelum sejarah bakal tercipta di pentas gilang-gemilang AMT2025!

Kepada anda yang belum mengundi, masih ada masa sehingga 31 Julai ini! Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyokong calon terhangat pilihan anda! Undi sekarang di laman rasmi AMT2025 di tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat — hanya daftar akaun Tonton, langgan TontonUP dan nikmati akses undian: 500 undian untuk langganan 1 bulan atau 2,500 undian dengan langganan 3 bulan!

Untuk info lanjut tentang barisan selebriti yang akan turut serta, aktiviti lokasi dan kejutan yang menanti, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3. Melodi Terhangat Superstar Tour membuktikan, bila pentas hiburan turun padang, rakyatlah yang jadi tumpuan!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.