Pengarah: Faizul A. Rashid, Megat Sharizal
Penulis Skrip: Hadi M. Nor, Haris M. Nor, Lepat Hafiz
Pelakon: Zahirah MacWilson, Aloy Paradoks, Mustaqim Bahadon, Chew Kin Wah, Nia Atasha, Aqilah Abas, Wan Raja, Azhar Sulaiman, Dato’ Yusri Abdul Halim, Aleza Shadan, Megat Sharizal, Azri Iskandar, Aida Amirah, Eamie Elyana, Megat Adli
Syarikat Produksi: Razor's Edge Pictures
Penyiaran: TV3, Tonton, Netflix
Genre: Misteri / Jenayah
Jumlah Episod: 10 Episod (minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2024 – 6 Julai 2024 (TV3 - Slot Lestary)
Trailer:
Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? Mengisahkan tentang kes pembunuhan kejam Syarinie (Eamie Elyana) di rumah sewanya. Mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan setelah dirogol oleh pembunuh. Wartawan jenayah dari Harian Metro, Rozimi Razak (Aloy Paradoks) ditugaskan untuk membuat liputan kes jenayah tersebut tapi rakan sekerjanya, Fatema (Zahirah Mcwilson) bertegas untuk kendalikan kes tersebut bersama-sama.
Walaupun dilarang oleh ketua mereka, Zabidi (Wan Raja) tapi Fatema tetap curi-curi melakukan siasatan dan serahkan tugasannya kepada Hazi (Nia Atasha), intern di situ. Fatema yang terkesan secara peribadi dengan kes pembunuhan tersebut berazam untuk mencari pembunuh Syerinie.
Makin bertambah semangat untuk melaporkan kes tersebut apabila Fatema berjaya mendapatkan maklumat eksklusif dari saksi utama bernama Liza (Amanda Tan) yang dianggap sengaja disorokkan oleh DSP Marzuki (Mustaqim Bahadon). Tindakan Fatema menyebabkan Harian Metro dan juga pihak polis berada dalam keadaan yang berisiko.
Sebelum ni pernah nampak ada tweet yang puji skrip drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? Ni lain dari yang lain ditambah pula genre jenayah dimasukkan buatkan drama ni tampil segar untuk industri tempatan. Bila masuk Netflix, laju juga lah tekan butang play sebab suka dengan genre misteri dan jenayah.
Dekat intro pun dah bagitahu yang kes Syerinie merupakan adaptasi longgar dari kes jenayah yang pernah berlaku di Malaysia. Bila tengok episod 1, dah boleh agak kes ni diambil dari kes Noritta Samsudin, eksekutif pembangunan dan perniagaan yang mati dibunuh di kediamannya di Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas pada Disember 2003.
Fakta kes yang itu sahaja yang sama, selebihnya diolah mengikut kreativiti penulis dan kisah ini diceritakan melalui perspektif wartawan jenayah. Dari gaya drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? Diceritakan, boleh nampak yang barisan penulis buat homework dan bekerja mengikut guidance dan supervision Harian Metro lah. Nama pun dah ambil nama penerbitan yang betul, takkan lah nak main belasah je buat cerita kan?
Dekat dalam drama ni boleh nampak macam mana wartawan jenayah bekerja rapat dengan mangsa, suspek, saksi, pihak polis dan pelbagai pihak luar. Kalau ikutkan agak berisiko juga lah kerja sebagai wartawan jenayah ni sebab sentiasa diperhatikan oleh watak-watak antagonis. Nak sebarang tulis pun tak boleh juga sebab ada risiko disaman oleh beberapa pihak macam dalam babak Zafran (Azri Iskandar) saman Harian Metro lepas Fatema keluarkan artikel tentang sisi gelap kehidupan Syerinie.
Dari episod-episod awal lagi kurang gemar dengan watak Fatema yang baran dan memilih kerja. I faham kehendak penulis yang nak bangkitkan isu gender bias tapi dalam drama ni a bit too much. Bila tengok barisan penulis semuanya adalah lelaki dan pengarah juga lelaki, I rasa mereka gagal untuk kupas isu yang sering berlaku dalam alam pekerjaan ni dengan baik. Watak Fatema nampak sentiasa baran dan emosi tak kena tempat.
Sama juga dengan watak Hazi dan Yasmin. Nampak ketara penulis tak pandai nak kembangkan situasi Hazi menangis depan Yasmin dalam kereta. Babak tu patutnya ada emosi yang mendalam tapi nampak dangkal sebab dialog yang keras. Apa salahnya bercinta dengan bos sendiri? Bukan kerja Hazi terganggu pun. Tiba-tiba Hazi cakap men are trash bagai lepastu Yasmin pun setuju. Girls talk bukan macam tu eh. Sama lah dengan babak Fatema baran sampai tuduh Rozimi mansplaining dekat dia.
Barisan pelakon dah deliver yang terbaik untuk watak masing-masing tapi sayang lah bila skrip dan dialog melemahkan penampilan mereka. Kalau di episod-episod awal penceritaan terlihat menarik, masuk episod 6 hingga ke hujung dah mula longgar sebab banyak babak yang tergesa-gesa. Patutnya stick dengan Imadi sebagai antagonis dan perbalahan antara Fatema dengan DSP Marzuki sahaja. Bila muncul watak Riyad (Azhar Sulaiman) dengan isteri dia (Aleza Shadan), dah tak seronok dah.
Sub-plot Edisi Khas tu pun selesai macam tu je padahal anak buah DSP Marzuki dah syak orang dalam. Buat kerja tak clean langsung, memang senang lah orang syak ada mole. Patutnya biar watak lain yang handle akaun Twitter Edisi Khas tu supaya akaun ni tetap wujud dekat musim 2 nanti. Baru kena sergah sikit dah bakar laptop.
Dalam drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? Baru boleh nampak lakonan Wan Raja menjadi sebab sebelum ni nampak dia sebagai pelakon sampingan dalam ruang yang terhad. Seronok lah tengok watak Zabidi, ketua yang cool dan sempoi. No wonder lah TC (Chew Kin Wah) dengan Rozimi seronok bekerja dengan dia. Walaupun dia tegas dengan Fatema tapi boleh faham lah yang dia buat tu untuk jaga anak-anak buah dia dari Ishak (Megat Sharizal). Tak syok bila penulis wujudkan love angle dengan Hazi yang entah untuk tujuan apa sebab sub-plot dua watak ni tak menambahkan apa-apa substance pada penceritaan pun. Chemistry pun lemah.
Idea tu dah gempak tapi execution lemah, tapi tak hairan lah sebab tak berapa minat sangat dengan karya Megat Sharizal. Apapun kalau ada musim 2 nanti, harapnya ada improvement supaya boleh jadi arkib dan rujukan untuk kes jenayah di Malaysia. Nak tunggu pembikinan filem macam lambat lagi. Filem Dukun tu pun kena peram lama.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.