Membuat penampilan pertamanya di Malaysia, aktor popular Korea Selatan, Lee Soo-hyuk, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) sekitar jam lima petang tadi, disambut meriah oleh ratusan peminat setia yang menunggu dengan penuh teruja sejak awal lagi.
Ketibaan aktor popular itu ke Malaysia adalah bersempena dengan acara Samsung Galaxy Unfolds yang akan berlangsung, di Pavilion Kuala Lumpur, esok - Rabu, 16 Julai 2025. Lee Soo-hyuk dijadualkan membuat penampilan khas di Concourse Utama Pavilion KL dari jam 3.30 petang hingga 7.30 malam. Ini merupakan penampilan sulung beliau di Malaysia dan pastinya detik yang dinanti-nantikan oleh peminat K-drama tempatan.
Menariknya, kehadiran Lee Soo-hyuk ke Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Tonton, bersempena tayangan eksklusif drama thriller terbaharu lakonannya, S LINE. Drama ini telah mencuri perhatian ramai apabila ia tersenarai sebagai antara pilihan utama di festival Canneseries di Perancis, sekali gus mengukuhkan reputasi karya Korea di persada global.
S LINE kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton, dengan episod pertama dan kedua telah pun ditayangkan pada 11 Julai 2025, serentak dengan siaran di Korea. Drama ini menggabungkan elemen penuh misteri dan gaya visual yang memukau, menjadikannya antara kandungan yang paling dinantikan tahun ini.
Langkah membawa Lee Soo-hyuk ke Malaysia membuktikan komitmen Tonton sebagai platform penstriman utama negara dalam menyajikan kandungan antarabangsa berkualiti tinggi secara eksklusif kepada penonton tempatan.
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu Lee Soo-hyuk secara langsung di Pavilion KL esok! Pastikan anda hadir awal bagi mendapatkan lokasi terbaik untuk menyaksikan kehadiran oppa kegemaran ramai ini secara dekat.
Strim ‘S LINE’ sekarang di Tonton, dengan memuat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my sekarang!
😍😍😍
ReplyDeleteWahhh mesti penuh orang ni
ReplyDelete