Showing posts with label movie Bollywood. Show all posts
Showing posts with label movie Bollywood. Show all posts

Movie Review | Deewangee (2002)

Monday, 28 September 2026

Pengarah: Anees Bazmee  
Penulis Skrip:  Anees Bazmee, Neeraj Pathak, Humayum Mirza
Pelakon: Akshaye Khanna, Urmila Matondkar, Ajay Devgn, Seema Biswas, Farida Jalal, Vijayendra Ghatge, Suresh Oberoi, Nirmal Pandey, Suhasini Mulay, Tiku Talsania, Tannaz Irani 
Syarikat Produksi: Neha Arts   
Pengedar: Shemaroo Entertainments
Genre: Psikologi / Thriller   
Durasi Tayangan: 169 minit
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2002   
Trailer:


Filem bermula dengan babak peguam muda bernama Raj Goyal (Akshaye Khanna) dijemput ke parti kejayaan album Sargam (Urmila Matondkar). Di sana Raj mula jatuh hati dengan penyanyi cantik tersebut. Sargam merupakan penyanyi di bawah pengarah muzik terkenal, Ashwin Mehta (Vijayendra Ghatge). 

Keesokan paginya, Ashwin dibunuh dengan kejam di bilik tidurnya dan polis sempat menangkap Tarang Bharadwaj (Ajay Devgn), seorang penulis lirik dan juga kawan baik Sargam. Mendengar berita tersebut Sargam memohon bantuan Raj untuk selamatkan Tarang kerana dia percaya rakannya takkan mampu buat jahat kepada orang lain. 


Bila bersemuka dengan Tarang buat kali pertama di penjara, Raj juga yakin Tarang tak bersalah. Ketika perbicaraan di mahkamah, Raj dapat tahu tentang motif pembunuhan bila pendakwa maklumkan Ashwin membeli musik Tarang dengan harga yang murah. Lagu yang dijual bukan saja popular malah memenangi banyak anugerah sementara Tarang cuma dapat hasil jualan asal. 

Raj berang dengan pendedahan tersebut namun Tarang bertegas musik bukanlah sesuatu yang besar untuk dia. Walaupun Raj yakin Tarang tidak bersalah, Raj mengupah seorang doktor psikatri, Dr. Sarla (Seema Biswas) untuk menjelaskan keadaan mental Tarang. Dari sesi kaunseling yang dijalankan, Dr. Sarla mengesahkan Tarang menghidap DID dan pembunuhan Ashwin dilakukan oleh Ranjeet, watak yang sentiasa menyelamatkan Tarang. 


Filem Deewangee (Obses) arahan dan penulisan Anees Bazmee menggunakan tema psikologi di mana watak Tarang mempunyai Dissociative Identity Disorder (DID) selepas kematian ibunya dan hidup melarat setelah ayah dia juga meninggal. Tarang tak ceritakan sangat pun macam mana dia survive sampai lah berjaya keluar kemudian berjumpa semula dengan Sargam. 


Kekuatan filem Deewangee terletak pada lakonan Akshaye Khanna sebagai peguam muda yang berkarisma dan Ajay Devgan yang membawa dua watak yang berbeza personaliti juga karakter. Mudah sangat dia switch bila cerita memerlukan. Kalau jadi Raj pun takkan sampai hati nak biarkan Tarang kena hukum dengan mahkamah bila dia buat muka kasihan. 


Tapi melebih-lebih pula bila doktor pun kesian sampai benarkan dia discharge awal dari hospital sakit jiwa padahal watak Ranjeet ganas hingga tahap bunuh orang dengan kejam. Bertambah merepek bila doktor tak bagi ubat langsung untuk surpress watak Ranjeet dalam badan Tarang. 

First half Deewangee dah seronok tengok sebab konflik dan kes jenayah yang dimasukkan terlihat menarik tapi sekejap sangat dah habis. Selebihnya melarat bila Tarang tak puas hati dengan Raj nak kahwin dengan Sargam. Mesti Raj malu nak pergi mahkamah lepas kes Tarang nak pula bila berselisih dengan peguam senior (Suresh Oberoi) yang dia lawan dalam kes tu. 


Urmila Matondkar hidupkan watak Sargam dengan cemerlang sebagai penyanyi dan wanita polos. Geram tengok dia defend Sargam lepastu sembang pasal jahat perlu lawan dengan kebaikan tapi dia juga menggeletar bila nampak pengurus dia kena belasah dengan Ranjeet. 

Tapi nak salahkan dia pun tak boleh juga sebab sepanjang Sargam hidup dengan Tarang, Ranjeet tak pernah muncul pun. Hidup diorang penuh dengan bunga dan nyanyian je. Cantik betul Urmila dalam filem ni, muka macam Barbie. 


Disebabkan filem Deewangee ni filem lama, banyak kali juga lah tergelak dengan hasil seni Pushan Kripalani. Segala shot dia nak masukkan sepanjang cerita. Shot dari atas sampai nampak pusar rambut Ajay tu kelakar padahal tengah sembang benda penting. 



Musik pun tak nak kalah, bila masuk babak penting dia guna sound effect mega untuk tarik fokus. Filem Deewangee terbitan Neha Arts menghimpunkan 11 buah lagu termasuk dua lagu reprise dan instrumental tapi lagu Hai Ishq Khata dengan Pyar Se Pyare Tum Ho je yang I suka. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 6.6/10

Movie Review | Don't Be Shy (2026)

Pengarah: Sreeti Mukerji
Penulis Skrip: Sreeti Mukerji, Sehaj Kaur Maini  
Pelakon: Javed Khan King, Aarushi Bajaj, Ansh Duggal, Bianca Arora, Piyush Khati, Kunaal Roy Kapur, Anurag Basu, Neha Dhupia, Aditi Jha  
Syarikat Produksi: Eternal Sunshine Productions, Chalkboard Entertainment 
Pengedar: Amazon Prime Video  
Genre: Romantik / Komedi 
Durasi Tayangan: 148 minit
Tarikh Tayangan: 25 September 2026   
Trailer:


Shyamili ‘Shy’ Das (Aarushi Bajaj) mempunyai impian untuk intern dalam mana-mana syarikat yang dimiliki oleh Jhujunwala kemudian berkahwin dengan kekasihnya, Mayank Jhujunwala (Piyush Khati). Kemudiannya menjadi CEO dalam syarikat milik Jhujunwala. 

Untuk semua itu terjadi, dia perlu rahsiakan kehidupannya yang miskin dan perlu bersembunyi dari lintah darat akibat hutang orang tuanya. Jirannya merangkap rakan sekelas, Dhruv (Ansh Duggal) tahu tentang rahsia Shy tapi pilih untuk diamkan saja. 


Mr. Q (Kunaal Roy Kapur), guru kaunseling nasihatkan Shy untuk buat backup plan sebab tak semua akan berlaku mengikut kehendak kita. Tapi Shy tetap obsess dengan impiannya dan yakin Mayank akan melamar di parti hari jadinya yang ke-21. 

Namun, semuanya berubah apabila Mayank umumkan dia ingin menjadi penyanyi walaupun orang tua dia mahu anak tunggal mereka menguruskan syarikat. Mayank putuskan hubungan dengan Shy kemudian bercinta dengan Tara (Bianca Arora) selepas seminggu berlalu. 


Shy buat keputusan saat akhir menyertai semula kem dengan harapan dia akan pujuk Mayank untuk bersama kembali dan impiannya akan tercapai. 

Naskhah Don’t Be Shy merupakan projek ketiga Alia Bhatt di bawah syarikat produksinya, Eternal Sunshine Productions setelah filem Darlings (2022) dan Jigra (2024). Filem Don’t Be Shy mendapat sentuhan dari pengarah dan juga penulis baru, Sreeti Mukerji yang menggunakan kehidupan remaja di kolej pada latar masa awal 2000. 


Kekuatan utama filem Don’t Be Shy terletak pada lakonan barisan pelakon. Walaupun keempat-empat pelakon merupakan pelakon baru namun tak ada langsung rasa kekok atau kaku. Pemilihan Aarushi Bajaj sebagai watak utama, Shy adalah pemilihan yang tepat. Dia cantik yang bersahaja dan ada iras Disha Patani. 

Kelemahan filem romantik komedi baru di Bollywood bila produksi cuba nak cramp semua benda dalam penceritaan tapi Don’t Be Shy berjaya keluar dari masalah tu dan biarkan Shy teroka kehidupan dia sama seperti remaja yang lain. Dia ada impian yang sempurna, dia ada teman lelaki yang sempurna, populariti, bijak dan berbakat. Watak dia dengan mudahnya mengingatkan penonton pada Shanaya Singhania dalam Student of the Year (2012) atau watak Simran dalam I Hate Luv Storys (2010). 


Sembang pasal Student of The Year (2012), ada banyak babak dalam filem Don’t Be Shy seakan sama dengan filem debut Alia Bhatt. Babak-babak yang diwujudkan sebagai tribute kepada mentor Alia, Karan Johar. Kalau dekat dalam Student of The Year, Abhimanyu dengan Rohan bergaduh sebab Shanaya, kali ni Shy dan Tara berebutkan Mayank. 

Actually, tak berebut pun tapi Shy yang rasa Tara adalah saingan dia sedangkan Tara pun baru dalam proses nak kenal Mayank selepas pindah dari Dubai. Watak Tara hadir sebagai ikon girl power bila dia sentiasa faham Shy dan bagi sokongan moral walaupun perlu abaikan Mayank. Bianca cemerlang sebagai Tara dan buktikan size zero bukan definisi cantik. 


Music album Don’t Be Shy menghiasi penceritaan dengan 5 buah lagu yang dhimpunkan oleh Ram Sampath. Jhoomo jadi ruang untuk cinta tiga segi dengan rentak pop dan groovy. Tere Sang menyerlahkan suasana romantik dengan keasyikan suara Armaan Malik dan Yaashasvii Ddasane sementara Re Bawri mewarnai penceritaan Don’t Be Shy dengan suntikan lirik yang positif, sesuai dengan vibe coming of age filem ni. 



Kelemahan filem Don’t Be Shy mungkin terletak pada latar masa yang keliru dengan era millenium dan zaman sekarang. Kalau dalam filem tak mention pasal Blackberry, memang tak terfikir filem Don’t Be Shy berlaku pada era 2000. 

Walaupun I suka dengan rakan-rakan Shy tapi dinamik Tinaz (Ami Trivedi) dan Aashni (Aditi Jha) melemahkan watak Shy. Patutnya dua watak ni diberi ruang untuk dukung dia sebagai watak utama tapi dua-dua lebih kepada bimbo dan cuba untuk wujudkan vibe Poo dan minions dia dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham (2000). 


Naskhah Don’t Be shy patutnya dihasilkan dalam template web siri supaya penceritaan boleh dikembangkan dengan lebih baik. Konflik cinta tiga segi dalam Don’t Be Shy tak mampu cipta ketegangan yang kuat dalam durasi 148 minit. Mungkin sebab watak Mayank dengan mudahnya boleh dibuang bila Shy jumpa Plan B seperti yang Mr. Q sarankan. Lemah betul bila Mayank kejar Shy tanpa kita tahu kenapa. 


Lagi satu sebab kenapa Don’t Be Shy patut jadi web siri ialah Ansh Duggal perlu wujud dalam ruang yang lebih banyak. Kalau dia dapat skrip yang bagus lepas filem Don’t Be Shy, nama dia memang bersinar sebaris dengan pelakon baru yang lain. Thanks Alia Bhatt bagi peluang untuk Bollywood fans dapat crush baru. Lurrveeee!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.6/10

Movie Review | Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai (2026)

Sunday, 20 September 2026


Pengarah: David Dhawan
Penulis Skrip: Yunus Sajawal
Pelakon: Varun Dhawan, Mrunal Thakur, Pooja Hegde, Maniesh Paul, Chunky Panday, Jimmy Sheirgill, Mouni Roy
Syarikat Produksi: Tips Films, Maximilian Films (UK)
Pengedar: Tips Films, Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 136 minit
Tarikh Tayangan: 5 Jun 2026
Trailer:

Jass Ahuja (Varun Dhawan) dan isterinya, Baani (Mrunal Thakur) berada di bilik kaunseling untuk perkahwinan mereka yang semakin goyah. 5 tahun mereka bersama tapi kali terakhir mereka sama-sama bersetuju adalah untuk berkahwin. 

Jass mahukan anak tapi Baani tak nak ada halangan untuk menjadi CEO jadi Hakim (Ali Asgar) putuskan mereka bercerai secara rasminya dalam masa 6 bulan sekiranya masing-masing tetap ingin bercerai. Baani tak teragak-agak untuk tinggalkan Jass dan minta bekas suaminya untuk move on.

Tak lama kemudian, Jass bertemu dengan Preet Randhawa (Pooja Hedge) di London semasa bekerja sebagai jurugambar bebas. Preet terhutang budi dengan Jass kerana dia pernah diselamatkan ketika water rafting. Bukan saja terhutang budi malah tertarik dengan kekacakan Jass. Mereka berdua bercinta dan Preet mengandung. 

Baru saja ingin mulakan hidup baru dengan Preet, Baani datang ke rumah Jass dan maklumkan yang dia juga mengandung. Semuanya terjadi pada malam sebelum mereka berpisah bila kedua-duanya mabuk ketika mengemas rumah. Ikutkan mereka berdua masih lagi suami isteri sebab belum rasmi bercerai. Ibu Jass (Ayesha Raza Mishra) segera pergi ke London mendengar khabar gembira tersebut. 

Jass mula panik kerana Jogi Randhawa (Jimmy Sheirgill) mula menekan-nekan supaya Jass berkahwin dengan adiknya sebelum bayi lahir. 

Naskhah romantik komedi Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai adalah filem terakhir arahan David Dhawan sebagai pengarah. Filem ni pun ambil masa yang lama untuk disiapkan kerana Varun mengalami kecederaan di tulang rusuk dan David juga ditahan di wad kerana sakit. 

Filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai adalah filem keempat kerjasama anatara David Dhawan bersama anak bongsunya, Varun Dhawan selepas filem Main Tera Hero (2014), Judwaa 2 (2017) dan Coolie No. 1 (2020). Tak ramai yang letak expectation tinggi pun pada filem David Dhawan sebab dah tahu dia akan cuba bentuk Varun jadi seperti Govinda dan Salman Khan. 

Memang terserlah gaya tu dalam watak Jass tapi penghalang untuk filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai jadi menarik ialah skrip yang lemah dan dialog yang kurang kelakar. Hampir kesemua babak kelakar perlu bergantung pada Varun Dhawan sementara yang lain cuma menghiasi set. Antara Pooja dan Mrunal, chemistry Varun dengan Pooja lebih menyerlah tapi filem ni bukan pertandingan siapa lebih siapa kurang sebab yang menggerakkan adalah Varun Dhawan. 

Tak pasti kenapa Maniesh Paul perlu masuk sebagai sidekick Jass sebab dia tak kelakar pun. Sebelum ni dia jadi watak sampingan untuk Varun juga dalam filem Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari (2025) tapi tak berjaya. 

Music album Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai digubah oleh White Noise Collectives, Tanishk Bagchi dan lain-lain menghimpunkan 5 buah lagu baru dan 1 remake iaitu Chunnari Chunnari – Let’s Go. Lagu remake dah cun tapi bila masuk rap, dia jadi kucar-kacir so I stick with the original je lah. Lurvvvvve Tera Ho Jaun dan WOW. 

Sinematografi dari Ayananka Bose menjadikan filem romantik komedi ini terlihat moden, segar dan bergaya. Anayanka pernah bekerja dalam Student of the Year (2012) dan Judwaa 2 (2017) jadi dia berpengalaman untuk mencari sisi positif Varun sepanjang filem. Keindahan latar tempat  seperti di Goa, Glasgow atau Scotland juga mengukuhkan premis romantik.

Masa tulis skrip Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai ni David Dhawan dah minta pendapat beberapa penulis muda untuk elakkan sebarang kontroversi. Tak hairan lah kalau perjalanan filem terasa selesa dan selamat malah di penghujung pun keluar dari zon tipikal zaman 90-an. 

Filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai okay lah untuk tontonan santai di hujung minggu. Sebagai peminat Varun, I okay je layan sebab Varun comel dan handsome dalam filem ni walaupun konflik dalam cerita ni boleh selesai kalau Jass bercakap macam orang normal dan matang. 

I lega juga ini adalah projek terakhir Varun dengan David. Harapnya kalau Varun nak berlakon dalam genre komedi, bukan komedi yang mengikut acuan Govinda atau Salman tapi versi Varun sendiri. Lahhh tiberr curhat. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 6.2/10

Movie Review | Alpha (2026)

Sunday, 6 September 2026

Pengarah: Shiv Rawail  
Penulis Skrip: Uday Chopra, Soumil Shukla, Shridhar Raghavan, Ishita Moitra (Dialog)  
Pelakon: Alia Bhatt, Sharvari, Anil Kapoor, Bobby Deol, Dia Mirza, Hrithik Roshan, Dibyendu Bhattacharya, Pavleen Gujral
Syarikat Produksi: Yash Raj Films
Pengedar: Yash Raj Films, Netflix  
Genre: Aksi / Thriller 
Durasi Tayangan: 140 minit
Tarikh Tayangan: 03 Julai 2026   
Trailer:


Filem bermula dengan latar masa pasca perang Kargil tahun 1999 di mana Kolonel Fateh Singh Lakhawat (Bobby Deol) pujuk Leftenan Kolonel Vikrant Kaul (Anil Kapoor) untuk menjayakan program Alpha. Program yang menggunakan serum khas untuk meningkatkan lagi stamina dan pancaindera setiap askar komando. 


Tiga tahun kemudian, projek Alpha mendapat kelulusan dari pihak atasan. Vikrant kemudiannya mendapat khabar bahawa isterinya, Janaki (Dia Mirza) mengandung setelah lama mencuba. Namun kandungan tersebut bakal mengancam nyawa Janki kerana keadaan jantungnya yang lemah. Tak mahu kehilangan kedua-dua orang yang disayangi, Vikrant guna serum Alpha untuk bayi yang di dalam kandungan Janaki. 


Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Dr. John Verghese (Dibyendu Bhattacharya) maklumkan kesemua askar komando dalam projek Alpha meninggal kerana pendarahan dalaman di bahagian otak akibat serum tersebut. Janki juga mengalami simptom yang sama lantas menyebabkan dia meninggal dunia selepas melahirkan. 

Fateh bertegas ingin mengambil bayi Vikrant kerana sel darahnya mempunyai serum Alpha lantas menjadikan bayi tersebut sebagai aset negara. Fateh tipu Vikrant dan maklumkan bayinya meninggal dunia. Sejak kejadian tersebut bayi perempuan itu diberikan nama Sita (Khushi Hajare) dan dilatih seperti tentera komando dan ditugaskan untuk membunuh ketika menginjak usia 18 tahun. 


Ketika berumur 20 tahun, Sita (Alia Bhatt) mula memberontak dan membunuh pangkalan Alpha kemudiannya memburu Kolonel Vikrant Kaul yang telah dilantik menjadi Ketua Research & Analysis Wing (R&AW) seperti yang diceritakan dalam WAR 2 (2025) selepas kematian Sunil Luthra (Ashutosh Rana). Pemburuan dia berhasil lalu di Kashmir, Sita mengetahui tentang rahsia yang disimpan oleh Fateh yang dianggap seperti bapanya sendiri. 

Instalment ketujuh untuk YRF Spy Universe menggunakan latar masa selepas WAR 2 (2025) dan tampil unik dengan menggunakan konsep women-centric movie. Selain Alia Bhatt sebagai Sita, Sharvari Wagh juga menyerlah sebagai Durga di mana kedua-dua watak diinspirasikan dari dewi dalam kitab Sanskrit. 


Tak ada masalah untuk layan Alpha tanpa melihat filem-filem sebelumnya bila filem Alpha perkenalkan watak ahli baru dalam YRF Spy Universe dan belum pernah muncul dalam mana-mana instalment sebelumnya. 

Filem Alpha diarahkan oleh Shiv Rawail yang mendapat pujian dari juri filem untuk arahannya dalam siri The Railway Men: The Untold Story of Bhopal 1984 (2023) dan menang anugerah Pengarah Baru dari pelbagai acara. 


Personally for me, lepas Siddharth Anand yang bekerja untuk WAR (2019) dan Pathaan (2023), Shiv Rawail adalah pengarah terbaik yang berkhidmat untuk YRF Spy Universe. Kemunculan Mejar Kabir Dhaliwal (Hrithik Roshan) menjadi sweet treats untuk peminat universe sekaligus mengingatkan pada babak ikonik Kabir dalam filem WAR (2019). 

Sayangnya, filem Alpha dikecam teruk oleh penonton sebab ramai yang tak suka Alia berlakon watak berumur 20-an sedangkan fizikal dia petite, muka pun tampak muda lagi untuk galas watak Sita. Tak sepatutnya jadi masalah sebab Gen Z yang 20-an pun dah nampak matang dari usia. 


Makin menjadi isu bila pengarah tunjuk darah period padahal tak ada masalah pun. Menyampah bila penonton lelaki sengaja jatuhkan women-centric movies guna alasan yang merepek macam ni. Nampak macam remeh tapi benda-benda macam ni bagi kesan dekat kutipan panggung sekaligus buatkan produser tak yakin nak terbitkan women-centric movie. 

Jangankan dekat India, distributors dekat Malaysia pun tayang sekejap sangat filem Alpha. I tak sempat nak tengok dekat pawagam sebab tak sihat. Bila dah sihat, tayangan dah berkurang banyak, ditayangkan pun di pawagam yang jauh dari rumah. Nasib baik masuk juga dekat Netflix walaupun ambil masa yang sedikit lama dari filem-filem lain. 


Sembang pasal filem Alpha, babak aksi yang dipaparkan mempunyai kekuatan tersendiri. Bila tengok Sita berlawan di pangkalan Alpha, teringat babak aksi Zoya dalam Tiger Zinda Hai (2017). Entah bila nak termakbul harapan untuk tengok filem solo Zoya ataupun bergabung dengan watak-watak ejen wanita dalam universe ni. Selain Zoya, Sita dan Durga, ada Kavya Luthra (Kiara Advani) dan Rubai (Deepika Padukone) yang masih menunggu peluang untuk ditampilkan sebagai wira negara. 


Penceritaan Alpha memang mudah sangat untuk dijangka hala tujunya dan siapa yang bakal menjadi antagonisnya namun Shiv Rawail sajikan penonton dengan babak aksi yang memukau dan bergaya, sesuai dengan signature YRF Spy Universe. Ada beberapa babak yang menggunakan CGI dan visual effects tapi tak lah mengganggu sangat. Sama juga dengan teknik close-up yang berlebihan untuk tonjolkan reaksi dan kuatkan emosi padahal situasi dan atmosfera suasana tu sendiri dah cukup memilukan. 

Kelemahan utama pada Alpha mungkin terletak pada skripnya yang kurang menyengat sebagai filem aksi dan patriotik ditambaj pula dengan yang kurang sentuhan emosi kerana dikarang oleh Uday Chopra dan penulis lelaki yang lain sedangkan filem yang tertumpu pada watak wanita. Tambahan pula konflik yang dimasukkan terarah pada hubungan kekeluargaan tapi sayang tak mampu hidangkan drama yang sepatutnya. 


Duo Sanchit Balhara dan Ankit Balhara sekali lagi bekhidmat untuk YRF selepas filem WAR (2025) dengan menghimpunkan 13 lagu latar dan musik tema. My personal favourite is Massacre sebab energetic dan groovy. Walaupun lirik dia cringe tapi lantaklah. Lagu Haaniya dendangan Vishal Dadlani memberikan tenaga yang setara dengan personaliti Sita dan Durga dalam perjalanan di Kashmir ke Ladakh. Lirik padu dalam menceritakan persahabatan dan menyuntik semangat positif. 



Walaupun ramai yang kritik lakonan Alia Bhatt sebagai Sita tapi I suka tengok badass personality yang ditonjolkan secara natural dan bersahaja. Dia pun dah pernah lakonkan watak macam ni dalam Gully Boy (2019) sebagai Safeena dan Jigra (2024). Dinamik Alia bersama Sharvari menjadi kekuatan Alpha dan tak ada isu tenggelam bila berada dalam skrin yang sama. Senang sangat terbeli bila Sita mula berubah setelah hadirnya Durga. 


I do enjoy watching Alpha walaupun ada kelemahannya yang tersendiri kerana produser sendiri tak mampu keluar dan cari penulis yang bagus. Entah bila YRF nak jadi penggerak dalam industri untuk menghargai bakat dan kreativiti penulis skrip. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Movie Review | Cocktail 2 (2026)

Sunday, 23 August 2026

Pengarah: Homi Adajania  
Penulis Skrip: Luv Ranjan, Tarun Jain 
Pelakon: Shahid Kapoor, Kriti Sanon, Rashmika Mandanna, Pulkit Samrat, Tiku Talsania, Suparna Marwah
Syarikat Produksi:  Maddock Films, Luv Films  
Pengedar: Jio Studios, Netflix
Genre: Romantik / Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 150 minit
Tarikh Tayangan: 19 Jun 2026   
Trailer:


Diya (Rashmika Mandanna) dan Kunal (Shahid Kapoor) bercinta sejak zaman kolej dan meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius dengan tinggal bersama di Delhi. Diya rasa mereka berdua perlu fokus dengan kerjaya sebelum berkahwin dan Kunal tak ada masalah langsung dengan pendirian Diya. Tapi setelah 10 tahun bersama, Diya mula merasakan Kunal cuma setia kerana dia dah terbiasa hidup bersama dan bukan kerana cinta. 


Ketika bercuti di Sicily, Itali, Diya bertemu dengan rakannya bernama Ally (Kriti Sanon) di sana. Diya minta bantuan Ally untuk goda Kunal. Kalau Kunal jatuh hati dengan Ally, Diya tak ada masalah untuk putuskan hubungan mereka. Namun sekiranya Kunal tetap setia, Diya yakin untuk berkahwin dengan Kunal dan bina rumahtangga bersama. 


Sekuel kepada filem Cocktail (2012) yang pernah melonjakkan nama Deepika Padukone dalam industri kini mendapat sentuhan Luv Ranjan sebagai penulis dan Homi Adjania kekal di bangku pengarah. Tak ada kaitan pun Cocktail 2 dengan previous instalment, cuma tajuk dan konsep saja yang sama. Kisah cinta tiga segi dan perlu memilih antara cinta dan persahabatan. 

Persamaan juga pada watak Ally dan Veronica lah yang free-spirit, cantik, menggoda dan berhati sensitif. Dekat babak dia berbual dengan Diya pun dia dah bagitahu yang dia tak mampu terima rejection tapi dia tetap layan idea Diya sebab dia tak sangka boleh jatuh hati dengan Kunal. Babak dia peluk gelandangan tu pengarah cuba nak tunjuk sisi softie Ally tapi watak dia tak dikupas mendalam macam Veronica dan disebabkan tu juga babak emosi dekat klimaks tak menjadi sangat. 


Bab lakonan, Kriti Sanon cemerlang sebagai Ally dan bukan pertama kali pun dia bawa watak macam ni. Chemistry dia dengan Shahid pun tak perlu dipertikai sebab dah pernah bercinta dalam filem Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya (2024). Mungkin sebab tu juga Maddock Films satukan Shahid dengan Kriti kembali supaya mampu menggugat team Kunal-Diya. 


Sama seperti sebelumnya, Cocktail 2 tampil sebagai filem musim panas yang mengujakan dengan menggunakan kekuatan panorama Sicily dari lensa Santhana Krishnan dan Ravichandran. Wardrobe Ally penuh dengan warna yang terang, boho dan terdedah, sesuai lah dengan watak dia yang playful dan menggoda. Kunal pula selesa dalam persalinan yang santai sementara Diya lebih kepada kasual yang cantik. Dia pergi bercuti pun dekat muzium arkitek, entah macam mana boleh ngam dengan Kunal. 


Pritam menjayakan filem Cocktail 2 dengan himpunan lagu yang menarik, romantik dan bertenaga. Filem Cocktail 2 adalah filem terakhir menampilkan Arijit Singh sebagai penyanyi latar untuk industri Bollywood. Lagu pertama yang dilancarkan adalah Jab Talak tapi kurang gemar sebab vibe dia tak macam berparti sangat bila masuk lirik untuk part Ally dan Diya. 



Bila lagu Tujhko keluar memang ramai lah yang jatuh cinta sebab lagu romantik balada adalah forte Arijit, digabungkan pula dengan Sunidhi Chauhan. Lirik yang puitis juga dari Amitabh Battacharya. Lagu Leher pun works like magic untuk jadi lagu latar bila perasaan Kunal mula terusik dengan Ally. Suka dengan Mashooqa yang energetic and vibrant, sesuai masuk dalam playlist holiday.


Kelemahan Cocktail 2 terletak pada skrip yang tak mampu nak paparkan kisah cinta tiga segi dengan mendalam sedangkan ada konflik yang dah cukup kuat. Chemistry Rashmika dengan Shahid kuat dan meyakinkan sebagai pasangan hidup yang dah selesa dengan satu sama lain tapi watak Diya agak lemah bila dia perlu bagi ruang untuk kisah Ally dan Kunal berkembang. 


Tak ambil masa yang lama pun untuk Kunal suka dengan Ally sebab dia cantik dan personaliti lebih kurang sama dengan Kunal. Dalam beberapa babak boleh nampak Kunal dah mula goyah dan takut dia akan hanyut dengan perasaan. 

Jalan cerita Cocktail 2 predictable sebab emosi tak kuat pun untuk penonton rasa berbelah bahagi dan saspens dengan pilihan Kunal di hujung cerita. Babak Kunal dalam kereta dengan ayah dia pun draggy, belum masuk bab dia preach pasal hubungan lagi. Luv Ranjan ni memang suka betul letak babak watak utama bersyarah padahal dia boleh je cipta perbualan yang sihat antara watak utama. 


Kalau penulis kuatkan persahabatan Ally dengan Diya mungkin emosi akan lebih kuat tapi dekat awal pun dah banyak kali dua watak ni tekankan yang diorang tak rapat sangat. Mungkin sebab tu Ally berani datang ke Delhi dan cuba untuk rampas Kunal. Dalam Cocktail (2012), Veronica rasa ditikam dengan Meera sebab diorang rapat dan Veronica yang selamatkan Meera dari masalah hidup. 


Apapun, I enjoy je layan Cocktail 2 sebab filem ni masih lagi ada fun moment dia. Shahid in rom-com is awwwdorable. Kalau Maddock Films keluar dari template Cocktail dan cipta filem baru, rasanya Pulkit boleh bring something good to the story. He's cute and hot macam Shahid jugak tapi tersia. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

Movie Review | Liger (2026)

Sunday, 26 July 2026

Pengarah: Puri Jagannadh  
Penulis Skrip: Puri Jagannadh  
Pelakon: Vijay Deverakonda, Mike Tyson, Ananya Panday, Ramya Krishna, Ronit Roy, Chunky Panday, Getup Srinu, Temper Vamsi, Vishu Reddy    
Syarikat Produksi: Dharma Productions, Puri Connects  
Pengedar: AA Films
Genre: Sukan / Masala  
Durasi Tayangan: 138 minit
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2022   
Trailer:


Selepas kematian Lion Tiger Balram Agarwal (Vijay Deverakonda) yang handal dalam sukan mix martial art (MMA), isterinya Balamani (Ramya Krishna) bersama anak terunanya, Liger (Vijay Deverakonda) berpindah dari Karimnagar ke Mumbai untuk mendaftar di JKD milik Christopher (Ronit Roy). Tahun 2004, mendiang Tiger pernah kalahkan Christopher dalam MMA Championship sebab tu Balamani nak anak dia berlatih dengan orang yang sama hebat dengan mendiang suami dia. 

Berbekalkan semangat dan iltizam yang kuat, Liger berlatih bersama Christopher sebelum masuk ke perlawanan MMA. Liger jarang bercakap sebab malu dengan kekurangan dia yang gagap. Dia sentiasa dibuli oleh ahli MMA yang lain terutamanya Ganapath (Getup Srinu) tapi Christopher selalu ingatkan supaya sentiasa kawal rasa marah dan fokus dengan latihan. 


Christopher larang Liger hilang fokus dengan bercinta tapi dia bertemu dengan Tanya (Ananya Panday) yang berusaha menempa nama sebagai selebriti dan ingin ke Hollywood. Selepas melihat kehebatan Liger di gelanggang, Tanya jatuh cinta tapi rasa cinta dia hilang bila abangnya, Sanju (Vishu Reddy) bagitahu Liger gagap. 

Patah hati dengan Tanya, Balamani dan Christopher kuatkan semangat Liger untuk bertanding dalam MMA Championship di India. 


Dah lama nak layan Liger sejak nampak Ananya dengan Vijay promote filem ni dekat Koffee With Karan Musim 7 tapi bila tengok review teruk sangat terus batalkan niat. Sekarang baru ada mood nak layan sebab saja nak tahu betapa teruknya filem Liger arahan dan penulisan Puri Jagannadh yang terkenal di industri Telugu. 

Kalau tengok pada genre utama, filem Liger diklafikasikan sebagai sukan dan masala. Bila nampak perkataan masala tu dah boleh faham kenapa ramai yang kecam filem ni. Kalau dekat India Selatan mungkin suka la kot dengan genre masala tapi dekat Bollywood, hard pass kalau komedi tak jadi. Dan kelemahan Liger adalah pada komedinya dan skrip yang hilang arah tuju. 


Penceritaan filem Liger ni ringkas sebenarnya, Liger datang ke Mumbai nak jadi atlit MMA tapi jatuh cinta kemudian bangkit dan jadi kebanggaan India. Semudah itu dan chemistry Vijay bersama Ananya menjadi. Walaupun dialog Ananya mintak penampar sebab merepek pasal gender equality dan feminism yang merepek gila tapi moment dia dengan Liger comel je. Comel masa Tanya curi-curi pergi rumah Liger dan minta nombor telefon dengan babak dia rawr yang comel dekat Liger. 


Patutnya biar Tanya jadi watak bubbly, diva dan chatbox macam Geet dalam Jab We Met atau Poo dalam K3G tapi watak dia terpesong jadi bimbo untuk hadirkan elemen komedi. Kalau jadi Balamani pun rasa nak penampar Tanya dekat kuil. Dekat tempat orang pergi berdoa pun nak buat content lepastu pakai tak senonoh. Watak Tanya sepatutnya jadi pull factor untuk Liger semangat bertarung dekat gelanggang tapi kartun betul dalam filem ni. 

Masuk second half makin merepek jalan cerita dia. Masa Balamani merayu nak daftarkan anak dia sebagai ahli JKD secara percuma tu I boleh terima lah sebab anak dia ada potential. Liger jadi cleaner tak berbayar dekat situ. Tapi dekat second half penulis tukar watak Mark Anderson (Mike Tyson) jadi antagonis padahal yang tak mampu bayar hutang tu geng Liger. 


Watak Balamani ni pun problematic juga sebagai individu. I faham lah dia describe girlfriend sebagai chudail (syaitan) supaya anak dia tak mudah hilang fokus. Tapi bukan semua perempuan nak rosakkan anak dia pun. Lepas tu bila dia suruh Liger berlawan guna emosi padahal Christopher dah ajar supaya kawal emosi jangan sampai hilang fokus dalam gelanggang. Setiap kali watak Balamani ni masuk mesti jadi emosi tak bertempat. Bila google rupanya dia pernah berlakon dalam filem Bahubali tapi dah boleh kot tinggalkan watak tu dekat set sana. Tak semua watak kena guna personaliti yang sama. 


Sinematografi dari Vishnu Sarma menggunakan latar masyarakat di Mumbai yang tinggal di tepi laut. Tengok rumah Liger dah cantik dah tepi laut tapi bila tengok mak dia buang sisa makanan dekat laut tu rasa nak marah pulak sebab pengotor. Tengok gaya miskin dia tu, rasanya rumah naik secara haram je tu. 


Babak sukan MMA tak lah menarik sangat pun sebab genre filem ni masala so banyak terbang pakai angin je. Perangai Liger dalam gelanggang pun memang ke arah komedi bukannya serius nak berlawan sangat pun. Tak tahu lah kalau ada choreographer untuk stunt action tapi gaya macam tak wujud pun tugas tu dalam filem ni. 


Music album Liger yang digubah oleh Vikram Montrose dan Tanishk Bagchi banyak terarah pada genre masala dan signature India Selatan. Ada 8 buah lagu dengan 1 remake which is Coka 2.0 dan diletakkan di bahagian credit. Tak pasti kenapa lagu Mere Banega Tu tak masuk dalam filem padahal lagu tu romantik, mungkin tak kena konsep dibandingkan Aafat dan Akdi Pakdi. 



Tak faham kenapa Vijay Deverakonda nak debut di Bollywood dengan filem masala dan pengarah Telugu sedangkan boleh cari skrip bertemakan sukan yang lebih baik. Mungkin dia nak filem yang ringan lepas berlakon watak yang berat tapi sedihnya tengok watak Liger ni. Watak dia boleh jadi misteri, cool dan handal berlawan macam watak-watak Salman Khan tapi genre masala tu buatkan watak Liger jadi dungu. Sayang lah babak beremosi jadi bosan. 


Filem Liger ni ada potential dan mungkin itu yang Karan Johar nampak dan jadi punca untuk dia join sebagai produser juga tapi itu lah, dalam skrip lain bila jadi finished prboloduct pula lain. Anyway, watch at your own risk. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 4.2/10