Pengarah: Kim Won-seok
Penulis Skrip: Lim Sang-choon
Pelakon: IU, Park Bo-gum, Moon So-ri, Park Hae-joon, Kim Seon-ho, Lee Jun-young, Oh Jung-se, Kim Yong-rim, Yeom Hye-ran, Choi Dae-hoon, Kang You-seok, Jang Hye-jin
Syarikat Produksi: Pan Entertainment, Baram Pictures
Penyiaran: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod: 16 Episod (49–85 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 7 Mac – 28 Mac 2025
Trailer:
‘One day, life might get so tough that you feel like you can’t go on. Don’t just lie still. Struggle with all your might. You’ll get through the dark waters and see the sky. Tell yourself you won’t die and must survive, no matter what.‘
Berlatarkan Masyarakat di Kepulauan Jeju, Ae-Sun (IU) yang hidup sendiri setelah kematian ibunya dibantu oleh Gwan-Sik (Park Bo-Gum) yang sentiasa mengekorinya sejak berumur 9 tahun lagi. Satu kampung tahu Gwan-sik suka dengan Ae-sun tapi gadis tersebut endahkan saja kerana impiannya untuk hidup di Seoul sebagai penulis puisi.
Impian hanya tinggal Impian bila Ae-sun tak dapat pergi ke kolej kerana terpaksa menjaga adik-adiknya yang lain sehingga lah ayah tirinya berkahwin lain. Ae-sun ajak Gwan-sik lari ke Busan tapi tertangkap kerana dirompak dan masih bawah umur. Ae-sun dan Gwan-sik berkahwin dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan muda di kampung tersebut. Ae-sun menjaga anak-anak di rumah sementara Gwan-sik keluar bekerja sebagai nelayan.
Pelbagai cabaran Ae-sun dan Gwan-sik perlu tempuhi ketika membesarkan anak-anak mereka termasuklah kehilangan Do-myeong.
Pada mulanya ingatkan tajuk drama ni a creative twist dari idiom When life gives you lemon, makes lemonade sebab berlatarkan Pulau Jeju jadi tukar kepada limau. Rupanya bukan twist tapi ada pepatah yang menggambarkan bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian. Bila kita kopek kulit limau mungkin penat dan renyah, kadang terkena percikan air limau yang pedih di mata, ataupun perbuatan mengopek kulit tu sendiri makan masa tapi bila dapat makan isi limau yang manis automatik hilang rasa penat mengopek tu sampai tak sedar tangan dah kopek lagi limau yang lain.
Naskhah drama arahan Kim Won-seok menggunakan latar masa tahun 60-an hingga ke masa sekarang dengan penceritaan yang bersilih ganti antara masa lalu dan masa sekarang. Walaupun When Life Gives You Tangerines menggunakan konsep bercerita tentang kisah peribadi Ae-sun namun penulis masukkan beberapa elemen women empowerment pada setiap fasa kehidupan watak utama.
Rasa sayang Gwan-sik yang menggerakkan drama romantik menjadi luar biasa melalui small gestures terhadap Ae-sun. Dekat awal perkahwinan, Ae-sun cuma ada satu pin rambut namun semakin drama bergerak, semakin banyak pin rambut yang dimiliki Ae-sun. Pin rambut adalah barang yang murah tapi besar maknanya untuk Ae-sun. Gestures Gwan-sik juga diceritakan melalui watak lain macam Yeong-ran (Chae Seo-an) yang cemburu dengan kehidupan Ae-sun mengahwini lelaki yang dia suka walaupun tak kaya.
Babak Gwan-sik berenang dari kapal ke darat untuk peluk Ae-sun tu sama dengan babak Kabir Mehra (Ranveer Singh) berenang untuk kejar Farah (Anushka Sharma) dalam filem Dil Dhadakne Do (2015). So yes, don’t settle for less girl.
I was a bit late to the watch party sebab nampak ramai yang cakap setiap episod akan buatkan kita menangis so ambil masa lah nak tengok. Bila dah hujung tahun macam keadaan bertenang sikit baru layan drama beremosi ni. Betul lah macam orang cakap tu, ada saja dugaan Ae-sun dan Gwan-sik semasa hidup tambah bila anak-anak dah besar. Babak Ae-sun dengan Geum-myeong mostly macam kena dekat batang hidung sendiri sebab selalu bergaduh dengan mak sebab masing-masing ada perspektif sendiri. Babak Geum-myeong dengan Gwan-sik pula teringat sayang bapa kepada anak perempuan.
Lakonan IU sebagai Ae-sun di waktu muda dan Geum-myeong sometimes mengelirukan sebab gaya lebih kurang. Even narrator tu pun mengelirukan sama ada si ibu atau si anak yang bercerita. Tak pasti kenapa pengarah bagi IU double role sedangkan boleh bagi watak Geum-myeong kepada pelakon lain.
Mungkin pengarah nak kuatkan babak Gwan-sik sayang Ae-sun lebih dari anak perempuan dia bila Geum-myeong bagitahu yang dia mungkin keutamaan Gwan-sik tapi tak ada siapa boleh lawan tempat Ae-sun di hati Gwan-sik. Walaupun kedua-dua watak ada muka yang sama tapi sayang dekat Ae-sun lebih dari rupa. Faham tak? But still, it just pointless sebab kasih sayang ayah bukan pada rupa so yes, what’s the need for playing double role?
Lakonan dan chemistry main lead yang menjadikan naskhah When Life Gives You Tangerines meninggalkan impak dan bermakna. Susah untuk I declare Ae-sun dan Gwan-sik adalah lakonan terbaik dalam karier masing-masing sebab I tak layan semua filem atau drama kedua-dua pelakon utama cuma I boleh puji kekuatan lakonan masing-masing buatkan watak Ae-sun dan Gwan-sik hidup di dunia nyata.
Moon So-ri dan Park Hae-joon pun banyak membantu penceritaan kehidupan Ae-sun dan Gwan-sik di usia pertengahan semakin beremosi dan romantik. Sedih bila tengok masing-masing jadi kekuatan masing-masing bila anak-anak buat perangai. Momen berdua pun tampak romantis walaupun dah berusia. Walaupun berbeza pelakon pada fasa umur yang berlainan tapi kedua-duanya masih kekalkan lenggok dan gaya yang sama. Bila waktu sekarang bersilih ganti ke masa lalu pun tak terasa perubahan tu sebab kita masih tengok Ae-sun dan Gwan-sik yang sama.
Sinematografi dari lensa Choi Yoon-man dan Kim Dong-soo menjadikan Kepulauan Jeju sebagai landskap yang cantik tapi mengerikan kerana risiko yang menanti para haenyeo dan juga nelayan. Selalunya kita digambarkan Jeju sebagai destinasi romantic atau pelancongan yang menarik namun berbeza dalam naskhah When Life Gives You Tangerines yang paparkan realiti kehidupan masyarakat di sana. Apapun, Jeju masih lagi menjadi latar tempat yang romantik dengan kehadiran ladang bunga tempat Gwan-sik dan Ae-sun dating. Teringat pulak filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (1994).
I nak bagi full rating untuk drama When Life Gives You Tangerines tapi I tak suka dengan plot drama yang diwujudkan untuk watak Yang Eun-myeong (Kang You-seok). Nak pula masa dia bercinta dengan Bu Hyeon-suk (Lee Soo-kyung), anak perempuan Bu Sang-gil dan Yeo-ran. Mungkin ada yang rasa elemen komedi kuat dekat situ but personally for me, a bit draggy dan bosan.
Tahniah untuk team production yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam drama When Life Gives You Tangerines terbitan Pan Entertainment dan Baram Pictures. Tak tahu akan repeat lagi ke tak sebab drama ni buat I faham pengorbanan ibu bapa nak besarkan anak-anak dengan lebih mendalam melalui Ae-sun dan Gwan-sik tapi tak sanggup nak go through babak-babak yang menyayat hati.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.