Pengarah: Subhash Kapoor
Penulis Skrip: Subhash Kapoor
Pelakon: Akshay Kumar, Arshad Warsi, Saurabh Shukla, Amrita Rao, Huma Qureshi, Gajraj Rao, Seema Biswas
Syarikat Produksi: Star Studio18
Pengedar: Star Studio18, Netflix
Genre: Komedi / Drama / Undang-undang
Durasi Tayangan: 157 minit
Tarikh Tayangan: 19 September 2025
Trailer:
Instalment ketiga untuk franchise Jolly LLB kembali dengan menghidangkan filem yang diambil dari kisah benar yang berlaku di Uttar Pradesh tahun 2011. Jagdishwar Mishra a.k.a Jolly (Akshay Kumar) menyelesaikan kes lelaki tua ingin menceraikan isterinya yang sebenarnya merupakan seorang lelaki.
Setelah berjaya mendapatkan legal fees dari klien, Jagdish Tyagi a.k.a Jolly (Arshad Warsi) mengamuk dan mengadu kepada council supaya legal fees tersebut dibahagi kepada dua kerana dia yang mencari klien tapi dicuri oleh Jolly lain.
Pulang ke rumah, Jolly berjumpa dengan Laxmi (Rajshree Sawant), ketua persatuan NGO yang ingin menyelesaikan masalah para petani apabila tanah milik mereka diambil oleh Haribhai Khaitan (Gajraj Rao) untuk projek pembangunan Bikaner to Boston. Jolly sengaja kenakan Jolly Mishra dan minta semua petani untuk daftar kes mereka di mahkamah secara pro bono.
Keesokannya helah Jolly Tyagi menjadi lalu kedua-dua Jolly mengelak untuk ambil kes para petani juga Janki walaupun wanita berusia tersebut datang dari jauh untuk bersihkan nama baik mendiang suami dan menantunya yang mati kerana perbuatan terkutuk Haribhai.
Konsep yang sama digunakan dalam Jolly LLB 3 arahan dan penulis Subhash Kapoor bila peguamnya buat perangai di first half dan dapat kesedaran di second half. Ingatkan jalan cerita akan berubah apabila kedua-dua Jolly berlakon dalam satu filem yang sama. Buang masa juga lah sebab mereka berdua sepatutnya bergabung dan lawan watak-watak antagonis macam Haribhai dan peguamnya, Vikram Rai Chaudhary (Ram Kapoor).
Watak Haribhai sebagai bisnes taikun yang licik memang menjadi dengan pesona bermuka-muka di hadapan media dan khalayak ramai. Berbeza dengan watak Vikram yang merupakan anak kepada Hakim Mahkamah Tinggi Delhi juga peguam senior yang sudah berpengalaman dalam mahkamah sivil. Bila dengar hujahan dia, rasa macam tiru hujahan chambee sebab jet lag dari London tak habis lagi. Lemah sangat.
Patutnya elemen komedi kena datang dari penyiasatan kes atau cara Jolly conduct trial dan berhujah tapi kita tak didedahkan dengan babak tu sebaliknya pergaduhan tak matang antara dua Jolly. Berbeza sangat dengan babak-babak courtroom dalam Jolly LLB (2013) dan juga Jolly LLB 2 (2017) yang tekankan realiti dunia perundangan dan mahkamah. Geleng kepala tengok Subhash Kapoor wujudkan balik bawa masuk saksi pada saat akhir dan babak Jolly pass baton kepada Jolly untuk buat hujahan penutup. Dah conduct dari awal, teruskan je lah sampai habis. Kalau hujahan penutup bagus tak apa lah juga.
Sudah lah hujahan dalam kamar mahkamah tak kuat, watak Hakim Sunder Lal Tripathi pun tak mampu nak bagi dialog yang mencengkam dalam filem sebaliknya lebih fokus dengan kisah cinta dia. Ada perbualan Hakim Sunder Lal dengan pembantu dia tentang kes ni tapi lemahnya skrip dia sebab lebih bersandarkan pada emosi dan bukannya logik. Franchise Jolly LLB dah bertukar kepada mainstream padahal penonton dah muak dengan adunan ni.
Yang buatkan dua franchise sebelum ni berjaya sebagai sebuah filem bila kekuatannya terletak pada dialog terutamanya hujahan bersemangat dari peguam plaintif dan defendan. Jelas dalam Jolly LLB 3, watak antagonis dimalapkan untuk bagi ruang kepada kedua-dua hero menyerlah sedangkan tak perlu pun. We need an intense fight just like previous instalments.
Amrita Rao buat kemunculan setelah sekian lama tapi sama macam Jolly LLB (2013), watak Sandhya tak dapat banyak ruang pun. Nasib baik watak Pushpa Pandey Mishra (Huma Qureshi) ada momen kelakar dengan Jolly. Terhibur tengok suami isteri ni bergaduh pasal pendapatan harian masing-masing.
Kecewa lah dengan Jolly LLB 3 sebab dah excited bila dapat tahu the OG Jolly bergabung dengan Jolly komersial tapi hasilnya biasa je nyah. Music album gubahan Mangesh Dhakde pun mengecewakan. Mungkin expectation I tinggi sangat lepas seronok layan dua filem sebelumnya so I would say, untuk tontonan santai kinda okayish.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.