Filem Papa Zola The Movie Terus Kukuh, Raih Kutipan RM 43 Juta!

Monday, 29 December 2025

Filem Papa Zola The Movie Terus Kukuh, Raih Kutipan RM 43 Juta! | Demam Papa Zola The Movie Melanda Penonton Seluruh Negara

29 Disember 2025, Kuala Lumpur - Fenomena ‘Demam Papa Zola’ terus melanda seluruh negara apabila filem Papa Zola The Movie mencatat kutipan box office memberangsangkan sebanyak RM43 juta, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem animasi tempatan paling berjaya dalam sejarah perfileman Malaysia.

Fenomena ini turut menyaksikan pelbagai inisiatif berteraskan aktiviti impak sosial, apabila tayangan khas dan program ‘belanja wayang’ dianjurkan oleh para pempengaruh tempatan seperti Ashhhrap, Xavier Naxa, Cikgu Marviza, Wawan Foodie, Miera Faera, Bella Park bagi memberi peluang kepada lebih ramai keluarga, termasuk komuniti terpilih, untuk menikmati Papa Zola The Movie. Inisiatif ini selari dengan semangat Papa Zola yang menekankan nilai kebersamaan, keceriaan dan sokongan komuniti.

Menurut Pengarah & Penulis Papa Zola The Movie, dan Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak, berkata, “Dalam suasana cuti sekolah, Papa Zola The Movie menjadi ruang untuk keluarga berkumpul dan mencipta kenangan bersama. Apa yang menyentuh hati kami adalah apabila filem ini ditonton bukan sahaja oleh ibu bapa dan anak-anak, tetapi juga apabila mak ayah, atuk dan nenek turut dibawa ke pawagam. Inisiatif komuniti yang membantu lebih ramai keluarga merentas generasi menikmati filem ini sangat dekat dengan nilai yang kami cuba sampaikan melalui Papa Zola The Movie.”

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Kejayaan ini terhasil daripada sokongan penonton dan pencapaian ini amat bermakna buat industri filem tempatan. Walaupun banyak filem baru dari francais popular Hollywood di pawagam ketika ini, tetapi filem tempatan masih mampu memberi saingan. Terima kasih tidak terhingga kepada penonton, rakan-rakan media yang memberi liputan meluas, serta pihak pawagam yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan kejayaan filem ini. Menjelang cuti panjang hujung tahun pada minggu ini, kami mengharapkan lebih ramai penonton akan pergi ke pawagam untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan Papa Zola The Movie.”

Papa Zola The Movie membuktikan bahawa karya animasi tempatan bukan sahaja mampu menarik hati penonton pelbagai lapisan usia, malah berdiri setanding dengan filem antarabangsa di pawagam ketika ini. Sokongan padu penonton Malaysia menjadi pemangkin utama kejayaan Papa Zola The Movie, sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi terhadap kualiti dan penceritaan animasi tempatan.

Lebih daripada sekadar hiburan, Papa Zola The Movie tampil sebagai filem keluarga yang menyatukan ibu bapa dan anak-anak dengan mencipta momen bersama ketika cuti panjang persekolahan.

Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency). Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.

Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini bakal melangkah panggung antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia dan di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.