Movie Review | Pengepungan di Bukit Duri (2025)

Saturday, 27 December 2025


Pengarah: Joko Anwar 
Penulis Skrip: Joko Anwar, Tia Hasibuan
Pelakon: Morgan Oey, Omara Esteghlal, Hana Malasan, Endy Arfian, Fatih Unru    
Syarikat Produksi: Amazon MGM Studios, Come and See Pictures   
Pengedar: Amazon Prime Videos
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan:  17 April 2025 (Indonesia)  
Trailer:


Berlatarkan rusuhan kaum yang berlaku di Jakarta pada Mei 1998 yang tercetus kerana isu ekonomi dan rasuah, penduduk tempatan mula menunjukkan sifat benci terhadap etnik Tionghoa kerana kepercayaan masyarakat di mana etnik Tionghoa hidup mewah. 

Pada tahun 2009, sekali lagi rusuhan kaum berlaku di Jakarta lalu mengakibatkan Silvi, pelajar SMA dirogol dalam perjalanan pulang ke rumah. Adiknya, Edwin (Theo Camillo Taslim) cuba untuk menghalang namun dipukul hingga pengsan. Apabila sedar, Edwin segera pulang ke rumah namun apartment yang didiami mereka sekeluarga dibakar. 


Menginjak tahun 2027, Edwin (Morgan Oey) bekerja sebagai guru di SMA Bukit Duri, sekolah yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar nakal namun Edwin tiada pilihan kerana dia sudah bekerja di lima buah sekolah di Jakarta namun tidak kekal lama. Lagi pula, Edwin dalam misi mencari anak Silvi (Lia Lukman), hasil dari pemerkosaan 17 tahun lepas. 

Baru hari pertama mengajar di kelas 3F, Edwin diserang oleh Jefri (Omara Esteghlal) yang suka membuli pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Jefri juga merupakan ketua dalam kumpulannya. Sakit hati dengan Edwin yang tak terkesan dengan gertakannya, Jefri mengajak kumpulannya untuk bunuh Edwin. 


Dalam masa yang sama, Edwin berkenalan dengan Diana (Hana Pitrashata Malasan), guru wanita di SMA Bukit Duri dan mula tertarik dengan karakter wanita tersebut. Edwin berkongsi tentang misi dia mencari anak Silvi dan dia percaya pelajar 3F iaitu Kristo (Endy Arfian) adalah orangnya kerana wajah yang ada iras juga kerana bakat seninya. 

Filem Pengepungan di Bukit Duri arahan dan penulisan Joko Anwar memenangi 5 anugerah di Festival Film Indonesia untuk kategori Pemeran Pendukung Pria Terbaik, Pengarah Sinematografi Terbaik, Penata Efek Visual Terbaik, Penata Musik Terbaik dan Penata Rias Terbaik.


Sebelum layan filem berunsur racism ni, tak pernah tahu pun yang negara Indonesia juga ada rusuhan kaum seperti yang pernah berlaku di Malaysia. Tapi bila tengok filem Pengepungan di Bukit Duri, I rasa rusuhan di Indonesia lebih teruk berbanding Malaysia sebab dekat Malaysia, kaum Cina masih boleh berbual dalam Mandarin atau Hokkien tapi dekat Indonesia, bangsa lain harus fasih berbahasa Indonesia. Correct me if I’m wrong on this. 

Sebab tu bila ada dialog atau babak yang risaukan Edwin, I boleh faham ketakutan dan kerisauan tu. Bila Jefri cuba untuk kacau Edwin, situasi rusuhan di permulaan filem dah mula terngiang-ngiang sebab tak ada orang yang akan tolong watak utama tambah pula ada ramai yang menyokong tindakan Jefri tanpa perlu dia justify kenapa. Tindakan Jefri dengan mudahnya akan dapat sokongan penuh dan sesiapa sahaja untuk menunggang keadaan tu. 


Walaupun menggunakan genre aksi sebagai genre utama tapi rasa berdebar dan drama terasa lebih kuat mencengkam setiap kali Edwin berada di kawasan sekolah ataupun di luar. Latar tempat yang digambarkan oleh Jaisal Tanjung benar-benar mengangkat idea Joko Anwar untuk mencipta Jakarta yang menakutkan hanya kerana perbalahan perkauman. Sayangnya babak aksi tak lah banyak sangat dan tak juga menarik untuk ditonton.

Lakonan Morgan Oey sebagai Edwin yang sentiasa dalam keadaan bersedia dan juga keseorangan digambarkan dengan cemerlang. Walaupun watak Jefri agresif dan baran tapi Edwin tetap tenang dan tegas. Pelakon sampingan juga menggalas tanggungjawab dengan baik walaupun tak punya ruang yang banyak kerana kebanyakan masanya dipenuhi oleh watak-watak utama. 


Kelemahan filem Pengepungan di Bukit Duri terletak pada second half bila Edwin cuba berunding dengan Jefri sekaligus buatkan momentum filem turun mendatar. Watak Rangga (Fatih Unru) juga mengganggu proses dengan keadaan gelisah dia. Bukan rasa gelisah dia yang salah tapi fokus pengarah yang buatkan I rimas dan rasa draggy. Kita nak tengok Jefri dan Edwin tapi bingit dengan babak Rangga. Mungkin sebab tahu dia kaum majoriti jadi tak akan ada apa-apa masalah pun kalau dilepaskan keluar. Ada babak yang sengaja dibikin melebih-lebih padahal boleh selesai dengan mudah. 


Bila dah ke hujung cerita, baru nampak yang filem ni tak ada mesej yang berat pun cuma untuk ceritakan pengalaman Edwin bertemu dengan Jefri yang mempunyai masalah tumbesaran. Kalau dua watak ni bertemu bukan pada latar masa yang berpaksikan rusuhan, filem Pengepungan di Bukit Duri akan jadi filem drama biasa atau mungkin akan jadi seperti filem Galaksi (2023) atau Dilan (2018). Si Omara ni memang suka berlakon watak pelajar tak ada harapan ke? Dalam filem Budi Pekerti (2024) pun sama kan?

It's a good watch anyway. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.