Pengarah: Yash Chopra
Penulis Skrip: Yash Chopra, Tanuja Chandra, Pamela Chopra
Pelakon: Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor, Akshay Kumar
Syarikat Produksi: Yash Raj Films
Pengedar: Yash Raj Films
Genre: Romantik
Durasi Tayangan: 180 minit
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 1997
Trailer:
Bila Netflix dapat hak tayangan eksklusif untuk filem-filem Yash Raj Films, seronok dapat layan balik filem-filem lama dengan kualiti bagus. Bermula dengan filem Dil To Pagal Hai sebab music album dia best. Lagu Le Gayi dengan Dholna are my personal favourites. Bila rewatch baru perasan dekat opening sequence dalam lagu Ek Duuje Ke Vaaste ada video pasangan-pasangan team production yang dah berkahwin termasuklah Aditya Chopra dan bekas isteri dia. Sekarang dah bercerai dah pun, Aditya dah berkahwin dengan Rani Mukherji.
Dil To Pagal Hai mengisahkan tentang Rahul (Shah Rukh Khan) dan Nisha (Karishma Kapoor) yang mencari penari baru untuk skrip musikal baru berjudul Maya. Rahul perlukan seseorang yang cantik, sopan, pandai menari dan sedang menunggu kedatangan Prince Charming. Kebetulan, studio tarian mereka bersebelahan dengan studio tarian klasik, tempat Pooja (Madhuri Dixit) berlatih di masa senggang.
Sebelum ini Rahul dan Nisha dah beberapa kali bertemu tapi hanya sepintas lalu jadi mereka tak berkenalan. Tanpa teragak-agak, Rahul minta Pooja berlakon sebagai Maya. Sejak dari tu, hubungan mereka semakin rapat sehingga Nisha rasa terpinggir dan cemburu. Nisha dah lama simpan perasaan terhadap Rahul tapi cinta dia cuma bertepuk sebelah tangan. Rahul anggap Nisha sebagai kawan baiknya sahaja.
'Somewhere, someone has been made for me ... and someday I will definitely meet him' - Pooja
Rahul mula jatuh cinta dengan Pooja tapi Pooja telah menerima lamaran rakan baiknya, Ajay (Akshay Kumar) yang menetap di London. Pooja yakin Ajay boleh jadi suami yang baik tapi dia dalam dilema juga kerana perasaan suka pada Rahul.
Faham juga lah kenapa Pooja ambil masa untuk buat keputusan sampai Rahul baran sebab dia pun takut nak pilih antara cinta dan kestabilan. Kalau dia kahwin dengan Ajay, bab kewangan dan keluarga mertua dah tak ada masalah sebab memang besarkan dia dari kecil. Tapi dia tak cintakan Ajay cuma anggap macam abang. Kahwin dengan Rahul mungkin ada turun naik tapi perasaan cinta tu kuat lah.
Cantik sangat Karisma dalam filem Dil To Pagal Hai ni dengan wardrobe dia yang chic dan feminine tapi moden dan elegan. Thanks to Manish Malhotra yang put details untuk wardrobe Nisha. Sama juga untuk watak Pooja, sebab semua sari dia simple, minimalis, basic tapi selesa. Terserlah keayuan Madhuri sebagai Pooja atau Maya dalam filem ni.
Paling suka wardrobe dia dalam lagu Dholna sebab Manish tak guna warna yang sepadan dengan watak Rahul tapi gabungan warna yang wujudkan harmoni antara lead pairing. Mental juga lah 54 kali idea Manish kena reject dengan Yash Chopra untuk watak Pooja. Kalau I mungkin dah menangis lepastu keluar dari projek.
Sinematografi dari Manmohan Singh yang banyak bekerja dengan Yash Chopra mewujudkan suasana romantik untuk dunia musikal Dil To Pagal Hai. Bila rewatch baru perasan yang latar tempat dalam filem ni pun dreamy. Selalunya Dharma Productions yang wujudkan tempat romantik dan aesthetic tapi sekarang dah tahu Karan Johar belajar dari pakcik dia untuk hidupkan dunia cinta. Lagipun Karan Johar terlibat juga untuk pembikinan filem ni cuma tak pasti bahagian wardrobe semata atau props juga. Lepas 28 tahun pun production design dalam filem Dil To Pagal Hai masih kekal relevan untuk dijadikan inspirasi dan rujukan.
Lepas dah tengok Dil To Pagal Hai, boleh lah disimpulkan filem ni antara filem green flag SRK walaupun dia senang baran bila Nisha dengan krew lain tak faham seni dia. Mungkin sebab tu juga lah kot Rahul tak boleh pergi dengan Nisha, sebab perspektif seni masing-masing tak sama. Walaupun dia tak suka Nisha tapi dia tak bagi harapan atau berkasar dengan Nisha.
Cara masing-masing handle rejection dengan matang antara highlight dalam naskhah romantik ni kecuali part Rahul salahkan Tuhan lah. To be honest perjalanan filem Dil To Pagal Hai sendiri paparkan kisah cinta yang sihat dan matang. Mungkin sebab penulisnya pun dah banyak makan garam. Terkesan juga bila Nisha cakap tak semua orang bertuah dalam percintaan, masa kecil ingat benda ni senang tapi bila dah dewasa, benda ni lah paling susah.
Menariknya chemistry SRK dengan Madhuri dan Karisma sama-sama padu dalam Dil To Pagal Hai ni sedangkan berbeza energy dan vibe. SRK-Madhuri more to dreamy fantasy delulu type sementara SRK-Karisma giving platonic love vibe. Akshay dengan Karisma pun comel cuma babak diorang tak dikembangkan.
Thank you Netflix bekerjasama dengan Netflix, boleh repeat lagi selagi kontrak belum tamat tempoh hiks
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.