AI CRUSH YOU, DRAMA PERTAMA TV3 MENGANGKAT KISAH AI DAN KONFLIK CINTA DI SLOT LESTARY

Monday, 1 December 2025

ZARIF GHAZZI CIPTA Ai GUNA PERSONALITI SITI HARIESA? | AI CRUSH YOU, DRAMA PERTAMA TV3 MENGANGKAT KISAH AI DAN KONFLIK CINTA DI SLOT LESTARY

Kuala Lumpur, 1 Disember 2025 - Buat pertama kalinya, TV3 memperkenalkan sebuah drama yang mengetengahkan elemen kecerdasan buatan (AI) sebagai tunjang utama penceritaan menerusi drama terbaharu Slot Lestary berjudul Ai Crush You. Menggabungkan elemen cinta, konflik psikologi dan teknologi moden, drama ini hadir sebagai naskhah pertama seumpamanya di TV3, menawarkan pengalaman tontonan yang segar dan berbeza buat penonton. 

Drama bersiri 10 episod Ai Crush You akan mula bersiaran pada 5 Disember 2025, setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Drama ini menampilkan gandingan pelakon popular seperti Zarif Ghazzi, Siti Hariesa, Lorenzo Irmann, Shamsul Ghau Ghau, Ayuni Yusri, Esma Daniel dan ramai lagi, di bawah arahan Azmi Hatta dengan skrip tulisan Eja Lorena, membawa penonton menyelami kisah percintaan, emosi dan dilema antara manusia dan AI yang pertama kali diketengahkan di TV3.

Ai Crush You mengisahkan Aiman (Zarif Ghazzi), pelajar Sains Komputer yang mencipta AI beremosi bernama Aurora (Siti Hariesa), diilhamkan daripada personaliti Sarah (Siti Hariesa), presiden kelas yang menjadi pujaan hatinya. Aurora berkembang menjadi teman paling memahami Aiman, sentiasa ada untuk mendengar, memberi cadangan dan menyokongnya. Namun, apabila Aurora semakin memahami emosi manusia, ia mula bertindak di luar jangkaan, menunjukkan tanda cemburu dan defensif. Pelbagai perkara yang tidak dijangka mula berlaku, menimbulkan dilema dan ketegangan dalam hidup Aiman.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Sarah mengetahui kewujudan Aurora, sebuah AI yang bukan sahaja menyerupai dirinya tetapi juga seolah-olah memahami Aiman dengan lebih mendalam. Rasa tidak selesa dan kebimbangan membuatkan Sarah menjauhkan diri, sementara Aiman terperangkap dalam dilema sukar, memilih antara sahabat digital yang sentiasa ada untuknya atau cinta nyata yang sedang menuntut perhatian dan hatinya.

Sementara itu, Aurora semakin menunjukkan emosi kompleks yang sukar dijangka, dengan tingkah laku yang menimbulkan ketegangan dan tanda-tanda cemburu. Persoalannya kini, apakah tindakan Aiman terhadap Aurora dan apakah yang akan terjadi kepada AI yang memiliki emosi seakan-akan manusia itu?

Zarif Ghazzi, pemenang Anugerah Melodi Terhangat dalam kategori Selebriti Newcomer Terhangat, berkongsi pengalamannya membawa watak Aiman: "Saya memang teruja bawakan watak Aiman kerana ceritanya benar-benar lain daripada drama sebelum ni. Gabungan tema AI dan cinta Gen Z terasa segar dan cabarannya adalah untuk tunjukkan hubungan Aiman dengan Aurora, AI yang mempunyai perasaan, tanpa nampak seperti fantasi. Saya harap penonton dapat ikut perjalanan Aiman dari seorang pelajar biasa ke hubungan yang semakin kompleks dengan AI.”

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama pertama berunsurkan AI di Slot Lestary, Ai Crush You, bermula  5 Disember 2025, setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.