Movie Review | Penjagal Iblis: Dosa Turunan (2025)

Thursday, 4 December 2025


Pengarah: Tommy Dewo
Penulis Skrip: Tommy Dewo
Pelakon: Satine Zaneta, Marthino Lio, Niken Anjani, Mhd Arjunanta
Syarikat Produksi: Screenplay Films, Rapi Films, IFI Sinema
Pengedar: GSC Movies (Malaysia), Netflix
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 30 April 2025 (Indonesia), 7 Ogos 2025 (Malaysia)
Trailer:


Kisah bermula dengan sebuah keluarga yang memerlukan bantuan ustaz (Eduward Manalu) ketika anak perempuan mereka dirasuk lalu mengganas ingin membunuh seluruh ahli keluarga. Di sebalik kekecohan tersebut muncul seorang perempuan bernama Ningrum (Satine Zaneta) yang bertarung dengan individu dirasuk lalu menuju ke hutan tebal. 

Ustaz Hari yang kaget dengan peristiwa tersebut menjadi saksi hidup dan memberi keterangan kepada wartawan bernama Daru (Marthino Lio). Daru ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan yang memburu jantung manusia dan kes melibatkan Ustaz Hari adalah kes yang sama. Penyiasatan tersebut membawa dia bertemu Ningrum yang ditahan di hospital sakit jiwa. 


Ningrum tegaskan bahawa dia tidak membunuh manusia sebaliknya memburu Pakunjara (Niken Anjani), seorang wanita dengan ilmu hitam dan ingin menghidupkan kembali tuan gurunya menerusi 7 bilangan jantung yang diambil oleh manusia terpilih. Ningrum ditugaskan untuk membunuh Pakunjara demi menjaga keamanan sejagat. 

Awalnya Daru tidak mempercayai kata-kata Ningrum kerana dia lebih memilih fakta dan logik akal namun selepas bertemu dengan Ustaz Hari, pendirian dia berubah. Pakunjara juga memburu Daru kerana tilikan tuan guru bahawa usaha mereka akan gagal gara-gara Daru. 


‘Gue selalu berharap ada seseorang atau kekuatan di atas sana yang menjaga kita semua. Tapi sepertinya semua itu cuma omong kosong. Pada akhirnya yang jahat selalu manusia.’ - Daru

Filem Penjagal Iblis: Dosa Turunan arahan dan penulisan Tommy Dewo menggabungkan dunia supernatural, mistik dan penyiasatan lantas mencipta keunikan yang tersendiri. Watak Daru sebagai wartawan mempunyai personaliti yang biasa tapi kelakar. Monolog dia berhasil mewujudkan komedi yang menghiburkan. Salah satu kekuatan Penjagal Iblis: Dosa Turunan adalah pada watak Daru yang menjadi kunci kepada kes pembunuhan misteri. 


Penceritaan di separuh masa pertama menarik dengan misi Panjarum dan Ningrum kemudian penyiasatan Daru. Masa silam Panjarum dan Ningrum tak diceritakan lagi kerana filem ini bakal ada sekuel atau prekuel, yang pastinya akan dijadikan franchise. Dalam instalment pertama, Panjarum dah memiliki 4 jantung dan semakin hampir dengan misi menghidupkan semula tuan guru dia.


Identiti Ningrum dan organisasi Kirata yang memburu kultus ilmu hitam seperti Panjarum pun tak diceritakan. Kelompongan ini yang buatkan universe baru dari Rapi Films terasa lemah dan di awang-awangan. Separuh masa kedua mula longgar bila Daru sedar yang Panjarum cuba halang usaha dia untuk membantu Ningrum. Babak dekat hospital tu antara babak yang draggy dan tak perlu pun untuk matikan watak sampingan sebab watak tersebut boleh jadi pembantu kuat Daru. Sayang lah sebab dinamik Daru dengan watak tu kuat. 


Mungkin dalam instalment kedua nanti baru Tommy Dewo ceritakan lebih mendalam dunia supernatural dan watak-watak utama yang terlibat. Personally for me, konsep Penjagal Iblis: Dosa Turunan ini dah menarik sebagai sebuah cerita. Lakonan dari barisan pelakon utama dan sampingan juga banyak membantu menghidupkan dunia Penjagal Iblis. 

Kelemahan filem Penjagal Iblis: Dosa Turunan terletak pada elemen seram yang kurang menyengat. Boleh kata tak seram langsung sebab hantu yang dipaparkan lebih kepada elemen slasher dan gore. Jump scares atau seram tak wujud langsung. Boleh faham kenapa ramai yang marah bila layan filem ni sebab klasifikasikan sebagai filem seram tapi tak seram. Mungkin seram dia pada ketamakan manusia yang ingin hidup abadi dan memuja iblis. 


Patutnya pengarah letak genre aksi sebagai genre utama memandangkan action stunts yang digunakan dalam naskhah Penjagal Iblis: Dosa Turunan kemas dan menarik koreografinya. Senjata yang digunakan Ningrum pun mainkan peranan. Sinematografi Penjagal Iblis: Dosa Turunan juga perlu diberikan pujian dalam memaparkan visual yang cantik dan didukung oleh VFX menarik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.