J&T Courier Service Buka Cawangan Di Subang Bestari

Tuesday 30 March 2021


Sekarang ni mudah sangat urusan pembelian barang ataupun nak hantar barang sebab J&T Express courier service dah buka dekat sangat dengan kawasan rumah. Dalam 1km dari rumah macam tu je. Sebelum ni ada Ninja Van dengan Pos Laju tapi dua courier service ni jarang ada dalam option kalau order barang dekat Shopee. Dan sebelum tu ada Citylink tapi dah berpindah ke kawasan lain. 

Dulu nak tunggu lama jugak lah barang sampai, dalam masa seminggu macam tu tapi sekarang ni fuhhh performance mantul kemain. Masa weekend pun ada barang sampai. Tapi rasa kesian jugak lah sebab tak mengharapkan pun barang sampai on weekend which means diorang kena kerja untuk kejar komisyen. Nasib baik hub Subang ni tak pernah ada masalah pekerja rosakkan barang. Alhamdulillah for that. 

Minggu lepas adik order biskut Florentine dekat Shopee dari seller Cookies Delicious sebab murah je RM19 sebalang. Dalam satu balang ni ada 50 pcs. Biskut Florentine ni masa nak raya memang sakan la dia menjelmakan diri. Kalau dulu susah nak jumpa rumah yang hidang biskut Florentine sebab bahan nak buat tu bukan murah wei. Sekarang ni memasing dah boleh beli, apa ada hal sangat lah. 


Masa order ni sampai, dapat small note dari seller untuk customer. 

'Dear cust:
- Florentine jenis cookies mudah hancur jadi saya pack masuk plastik kecil2 untuk elak dari hancur.
- Jika hancur sikit2 semasa transit tu normal la ye...
- Sebarang masalah atau cadangan boleh terus ke Shopee chat saya
- Maaf kalau ada kekurangan
- Sebalang ada 50pcs

TQ order


So based on small note dia tu memang betul lah biskut Florentine ni ada yang hancur walaupun dia dah pack kecil-kecil dalam plastik Hello Kitty yang comel tu. Tapi tak banyak pun lah yang hancur. Even hancur pun still sedap nak krup krap masa layan Netflix. 


Biskut Florentine dia quite nipis dan tak lah manis sangat, just nice dekat tekak je. Bila makan biskut Florentine ni tak lah rasa nak makan banyak-banyak sebab teringat malas nak workout. Semua jenis kacang yang dia letak pun rangup. Setiap kali makan memang beringat la makan satu plastik je. 


Rasa macam nak repeat order dekat Cookies Delicious ni untuk raya nanti sebab malas buat sendiri. Lagipun kalau order lambat takut pulak stok habis. Order awal-awal pun susah jugak lah sebab takut habis awal jugak haha dilemanya.....

Anyway korang dah start memborong persiapan raya ke? 

Movie Review | Jolly LLB 2 (2017)

 

Director : Subhash Kapoor

Writer : Subhash Kapoor

Cast : Akshay Kumar, Annu Kapoor, Huma Qureshi, Saurabh Shukla, Kumud Mishra, Ram Gopal Bajaj, Sayani Gupta, Manav Kaul 

Production Company : Fox Star Studios

Distributor : Fox Star Studios

Genre : Legal / Drama / Comedy

Running Time : 137 minutes

Release Date : 10 February 2017 (India)

Trailer :

Sequel kepada Jolly LLB (2013) masih lagi menggunakan kreativiti dan dedikasi pengarah juga penulis Subhash Kapoor dengan tema keadilan. Lebih kurang sama dengan installment pertama di mana peguam kecil bertarung dengan peguam ternama di kamar mahkamah. Cuma kali ni kes lebih besar dengan pertuduhan yang lebih berat, sesuai lah dengan tajuk movie - The State vs Jolly LLB 2. 

Jagdishwar "Jolly" Mishra (Akshay Kumar) merupakan peguam di bawah Mr. Rizvi (Ram Gopal Bajaj) tapi dia tak dapat banyak peluang pun untuk practice ilmu guaman tapi lebih kepada menjadi pembantu peribadi sehinggakan diejek oleh rakan sekerja. Di rumah pula dia sering berjanji pada isterinya, Pushpa (Huma Qureshi) yang dia akan belikan barangan mewah lepas dia dapat buka chamber sendiri.

Hajat dia tercapai bila Hina (Sayani Gupta) yang sarat mengandung bayar yuran guaman untuk tuntut bela terhadap mendiang suami dia, Iqbal Qasim (Manav Kaul) yang dituduh sebagai pengganas sedangkan pihak polis ‘terkeliru’ dengan surname. Jolly guna yuran tersebut untuk beli chambers yang diidamkan walhal dia menipu Mr. Rizvi akan bawa kes Hina ke mahkamah. 

Terjerat dengan penipuan sendiri dan dihantui rasa bersalah selepas dibuang keluarga, Jolly berazam untuk dapatkan keadilan dengan failkan kes ni di mahkamah bersama bukti baru seperti yang dipinta oleh Hakim Sunderlal Tripathi (Saurabh Shukla). Pihak polis terutamanya Inspektor Suryaveer Singh (Kumud Mishra) diwakili oleh Peguam Pramod Mathur (Annu Kapoor) yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun. 

Like I said earlier, movie sequel dalam franchise legal ni mempunyai konsep dan tema yang sama dengan first installment, jadi tak hairan lah kalau ending pun berpihak kepada peguam kecil ni. Tapi olahan penceritaan yang dipersembahkan dengan rencah komedi juga drama diadun bersama dialog ampuh dari watak-watak utama yang menjadi kekuatan Jolly LLB 2. 

Hakim pun orang yang sama siap tanya Jolly dia ada abang ke dekat Delhi sebab perangai lebih kurang je. Sepatutnya Arshad Warsi ada buat cameo tapi tak tahu kenapa tak jadi. Lakonan dari barisan pelakon utama juga cemerlang tanpa menenggelamkan mana-mana watak. Bukan sahaj tersenarai dalam Rs100cr club malah mendapat beberapa pencalonan di beberapa award events dalam pelbagai kategori. 

‘When two people fight in India, what’s the first thing they say to each other? I will see you in court! Why do people do that? Because they still have faith in judicial system. They believe if the government, administration and police don’t listen to them, the court will hear them out and give them justice.’ - Judge Sunderlal Tripathi

Walaupun movie Jolly LLB 2 ni diterbitkan di bawah syarikat produksi besar seperti Fox Star Studios tapi music album dari Manj Musik, Meet Bros dan Chirantan Bhatt kurang menarik tumpuan kecuali lagu romantik  Bawara Mann yang menonjolkan chemistry yang sepadan antara Akshay dan Huma. Nasib baik lagu dalam movie ni ada 4 je dan 1 lagu sahaja yang ada solo feature berbanding yang lain, bergerak seiring dengan jalan cerita.

 

Tapi music album tu bukanlah kelemahan besar pun sampai mencacatkan jalan cerita sebab banyak pergelutan sama ada di dalam kamar mahkamah ataupun di luar yang menjadi titik-titik utama penceritaan. Mesej satira dalam beberapa babak yang menekankan korupsi, terrorism dan kelemahan sistem perundangan dipersembahkan dengan baik. 

Kalau ikutkan kejayaan Jolly LLB 2, akan ada installment ketiga dalam franchise Jolly LLB tapi tak pasti siapa pula yang akan pegang watak utama. Antara Arshad Warsi ataupun Akshay Kumar. Boleh jadi pelakon baru pula dengan kes jenayah yang pernah menggemparkan negara India. Looking forward to that. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Movie Review | Jolly LLB (2013)

Director : Subhash Kapoor

Writer : Subhash Kapoor

Cast : Arshad Warsi, Boman Irani, Amrita Rao, Saurabh Shukla, Rajeev Siddhartha, Harsh Chhaya, Sanjay Mishra, Mohan Agashe, Ishtiaq Arif Khan, Mukund Bhatt, Rajiv Siddharth

Production Company : Fox Star Studios

Distributor : Fox Star Studios

Genre : Legal / Drama / Comedy

Running Time : 128 minutes

Release Date : 15 March 2013

Trailer :


Diinspirasikan dari kes langgar lari Sanjeev Nanda pada tahun 1999, kes pelakon superstar Salman Khan pada tahun 2002 dan juga beberapa kes yang sama berlaku di India, pengarah dan penulis Subhash Kapoor mengangkat konsep ketidakadilan yang berlaku pada kelas bawahan. 

Berlatarbelakangkan kehidupan di Delhi yang terkenal dengan kes jenayah, Jagdish "Jolly" Tyagi (Arshad Warsi) cuba menjadi terkenal dengan failkan affidavit terhadap kes Rahul Dewan (Rajeev Siddhartha) sementelah Hakim Sunderlal Tripathi (Saurabh Shukla) putuskan bahawa cucu businessman kaya tersebut tidak bersalah atas tuduhan melanggar 6 orang lelaki yang tidur di bawah flyover. 

Walaupun anak guam Tejinder Rajpal (Boman Irani) dah mula tak senang duduk, dia masih lagi tak tergugat dengan kehadiran Jolly. Dengan mudah Tejinder dapat hidu niat busuk Jolly dan hantar Albert Pinto (Harsh Chhaya) untuk peralatkan pihak lawan. Malah membuka tawaran wang tunai dengan jumlah yang tinggi dan sebuah kereta jika Jolly berdiam diri di mahkamah nanti. 

Bak pucuk dicita ulam mendatang, Jolly terima wang tersebut lantas melamar kekasih hati dia, Sandhu (Amrita Rao) tapi perbuatan dia dianggap jijik dan memalukan. Tamparan Kaul Saab (Ramesh Deo) menyedarkan Jolly dan setelah berfikir panjang, dia ambil keputusan untuk cari bukti kukuh terhadap kes langgar lari Rahul Dewan dan pulangkan kembali duit Tejinder. 

‘Everyone present at this court knows that the accident caused by Rahul Dewan. But I am the judge. People’s thought and my feelings cannot influence my judgment. I have to pass the judgment based on evidence.’ - Judge Sunderlal Tripathi

Kekuatan movie Jolly LLB pada keunikan penceritaan, plot yang realistik, screenplay dipersembahkan secara progresif, skrip digarap kemas, dialog padu dalam beberapa scene juga lakonan dari barisan watak utama merupakan faktor kemenangan di  National Film Award untuk kategori Best Feature Film in Hindi juga National Film Award for Best Supporting Actor : Saurabh Shukla. 

Selalunya watak Hakim dalam movie Bollywood lebih banyak mendiamkan diri sehinggalah keputusan dikeluarkan tetapi watak  Hakim Sunderlal Tripathi nampak hidup dengan karakter yang cepat terasa, menyampah dengan permainan para peguam dan seperti penjawat awam biasa, menggunakan kabel untuk dapatkan kepentingan peribadi macam dalam scene dia pujuk Tejinder untuk book rumah di Fabulous City.  

Walaupun pada first half, pace movie agak perlahan dan watak Sandhya tak dikembangkan dengan baik cuma memenuhi quota heroin, ditambah dengan music album dari Krsna yang agak lemah sehinggakan plot lari dari landasan asalnya tapi perbalahan dalam kamar mahkamah dengan keseimbangan rencah drama dan komedi yang menaikkan momentum penceritaan. Pujian harus diberikan pada lakonan Arshad Warsi dan Boman Irani dengan persembahan yang bagus dari watak masing-masing. 

Tema movie Jolly LLB di bawah terbitan Fox Star Studios ni adalah ketidakadilan dalam sistem perundangan yang mana pengarah menggunakan korupsi untuk melawan korupsi dalam template satira. Macam scene Guruji  (Sanjay Mishra) sebagai bookie untuk jual bahan bukti yang disembunyikan oleh pihak polis. 

Tak pasti lah kelemahan dalam plot cerita terutamanya di second half adalah disengajakan untuk menunjukkan betapa besarnya korupsi dalam badan berkuasa ataupun pengarah Subhash Kapoor terlepas pandang terhadap perincian cerita macam scene polis tersalah tangkap sedangkan pernah berjumpa dengan mangsa. Anyway, movie ni antara yang tersenarai dalam wajib tonton terutamanya yang suka dengan tema jenayah atau undang-undang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9/10

Ini Komplikasi Berkaitan Pelvis Yang Berisiko Terjadi, Wanita Perlu Ambil Tahu!

Monday 29 March 2021

Masalah berkaitan otot pelvik banyak berlaku dalam kalangan wanita. Mengapa? Ini kerana bahagian otot ini terletak berhampiran dengan organ-organ pembiakan yang penting. Ingin ketahui komplikasi berkaitan tulang pelvik wanita dengan lebih mendalam? Mari ikuti kupasan ini!

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan

Rahim retroverted & anteverted

Posisi rahim berbeza mengikut wanita. Secara amnya, organ rahim akan condong ke arah pundi kencing yang berada di hadapan.

Rahim terbalik (retroverted)

Rahim yang terbalik berada pada kedudukan di belakang serviks dan bukannya di hadapan. Bagi pemilik rahim retroverted, mereka akan mengalami simptom seperti:
  • Sakit semasa haid
  • Sukar menggunakan tampon
  • Kerap kencing
  • Mudah mendapat jangkitan saluran kencing
  • Kencing tidak lawas
  • Abdomen bawah tertonjol
  • Sakit faraj atau belakang semasa melakukan hubungan seks

Rahim condong ke depan (anteverted)

Jika anda didiagnosis dengan rahim anteverted, maka ini bermaksud, rahim anda berada pada kedudukan condong ke hadapan pada serviks dan ke arah perut. Ini adalah posisi normal rahim yang tidak mendatangkan sebarang komplikasi.

Namun, sekiranya kecondongan anda sangat teruk, kemungkinan akan merasa tekanan atau kesakitan di bahagian hadapan pelvis.

Sakit bahagian pelvis

Masalah berkaitan otot pelvik lain adalah kesakitan di bahagian pelvis yang mempengaruhi kawasan bahagian bawah perut, yang terletak di antara pusat dan pangkal paha. Bagi sesetengah wanita, sakit pelvis mungkin adalah petanda kekejangan haid, ovulasi atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan. Namun, ia juga berisiko berkembang menjadi masalah yang lebih serius. Ada ketikanya, sakit pelvis boleh menjadi petanda jangkitan atau masalah berkaitan sistem pembiakan lain di sekitar kawasan tersebut.

Prosedur pembedahan (RASPA)

Prosedur dilation and curettage atau raspa adalah sejenis pembedahan di mana serviks dibuka dan sejenis alatan iaitu curette, dimasukkan ke dalam rahim. Kemudian, curette digunakan untuk mengikis atau mengeluarkan tisu dari lapisan rahim (curettage).

Mengapa ia dilakukan?

#1 Untuk mendiagnosis keadaan pesakit

Doktor mungkin mengesyorkan sejenis D&C yang disebut sebagai pensampelan endometrium untuk mendiagnosis keadaan berikut:

  • Mengalami pendarahan rahim yang tidak normal
  • Mengalami pendarahan selepas menopaus
  • Doktor menemui sel-sel endometrium yang tidak normal semasa ujian rutin kanser serviks

#2 Untuk merawat keadaan berikut

Semasa melakukan D&C, doktor akan membuang kandungan dalam rahim dan bukan sekadar sampel tisu kecil. Doktor juga boleh melakukan perkara ini untuk:
  • Membersihkan sisa tisu di rahim selepas keguguran untuk mengelakkan jangkitan atau pendarahan berat
  • Keluarkan kehamilan anggur (molar pregnancy)
  • Rawat pendarahan berlebihan selepas bersalin dengan membersihkan plasenta yang masih ada di dalam rahim
  • Keluarkan polip serviks atau rahim, yang biasanya tidak bersifat kanser (jinak)
Penyakit radang pelvis

Antara komplikasi tulang pelvik wanita yang lain merangkumi penyakit radang pelvis (PID), jangkitan pada organ pembiakan wanita. Ia selalunya berlaku apabila bakteria menular secara seksual merebak dari faraj ke rahim, tiub fallopio atau ovari.

Antara gejala-gejala kebiasaan yang dirasai oleh pesakit:

  • Sakit (bermula daripada tahap yang ringan hingga parah) di bahagian bawah perut dan otot pelvik
  • Keputihan yang tidak normal atau banyak berserta bau yang tidak menyenangkan
  • Pendarahan rahim yang tidak normal, terutamanya semasa atau selepas hubungan seksual, atau antara kitaran haid
  • Sakit semasa persetubuhan
  • Demam menggigil
  • Kesulitan atau kerap kencing
Endometriosis


Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yang melapisi bahagian dalam rahim iaitu endometrium tumbuh di luar rahim. Ia paling kerap melibatkan ovari, tiub fallopio dan tisu yang melapisi pelvis. Dalam kes yang jarang berlaku, tisu endometrium boleh merebak di luar organ pelvis. Selain menyebabkan kesakitan, masalah kesuburan juga mungkin timbul.

Antara simptom-simptom yang dialami adalah : 
  • Haid yang menyakitkan (senggugut)
  • Sakit saat bersenggama
  • Sakit dengan pergerakan usus atau membuang air kecil
  • Pendarahan berlebihan
  • Kemandulan
  • Tanda dan gejala lain seperti keletihan, cirit-birit, sembelit, kembung atau loya
  • Sekiranya, ada di antara pembaca yang mengalami kesakitan di bahagian abdomen atau belakang, cuba semak gejala-gejala yang telah penulis kupaskan.
Dikhuatiri simptom yang sedang dialami adalah petanda kepada penyakit-penyakit di atas, yang memerlukan perhatian serius. 

Movie Review | Vaada Raha

Sunday 28 March 2021

Director : Samir Karnik

Writer : Aseem Arrora

Cast : Bobby Deol, Kangana Ranaut, Dwij Yadav, Mohnish Behl, Atul Agnihotri, Sharat Saxena, Vivek Shauq, Farida Dadi

Production Company : Eros International

Distributor : Eros International

Genre : Drama

Running Time : 90 minutes

Release Date : 11 September 2009

Trailer :

Dr Duke Chawla (Bobby Deol) merupakan doktor pakar dan berjaya mendapatkan dana dari American Medical Association untuk kajian tentang kanser tulang sum-sum. Dalam perjalanan pulang dari rumah tunang dia, Pooja (Kangana Ranaut), Dr. Duke terlibat dalam kemalangan gara-gara hujan lebat. 

Kereta belakang terlanggar kereta Dr. Duke kemudiannya dia dilanggar lori menyebabkan spinal shock dan lumpuh seluruh badan. Setelah sedar dari koma selama dua hari, kawan baik dia, Dr. Max (Mohnish Behl) datang melawat sebab Dr. Duke dimasukkan ke hospital East West. Katanya keadaan ni cuma sementara kalau Duke kuat, makan ubat on time dan buat fisio. 

Dr. Duke yang kecewa dengan keadaan dia yang akan membebankan orang sekeliling dia bertambah murung bila Pooja putuskan hubungan lepas dapat tahu tentang hal ni. Kalau sebelum ni dia bukan setakat bantu pesakit dengan kata semangat dan harapan tapi bila dia sakit, susah untuk yakinkan diri dia sendiri yang dia akan pulih dari ujian hidup ni. Dr. Duke cuba untuk bunuh diri tapi kehadiran Roshan (Dwij Yadav) bagi semangat dan harapan untuk dia teruskan hidup dan guna ilmu dengan pengalaman dia untuk bantu orang lain. 

Bukan Dr. Duke je tapi dah ramai pesakit dekat hospital tu happy dengan kebaikan Roshan. Walaupun dia masih kecil tapi banyak perkara dia dah buat sampaikan semua doktor dengan staff dekat situ sayang sangat dengan Roshan. 

Rasanya TV3 pernah tayang movie ni dulu sebab teringat scene Roshan bercerita dekat Dr. Duke setiap pagi pasal keadaan dekat luar hospital. Plot movie Vaada Raha oleh pengarah Samir Karnik ni diinspirasikan oleh novel Russia tentang persahabatan dua pesakit di hospital. Pace movie ni agak perlahan tanpa suntikan emosi atau momen dramatik yang menyengat dengan durasi yang agak singkat, 90 minit sahaja. Nasib baik lah pelakon utama movie Vaada Raha ni Bobby Deol yang memang dah deliver banyak movie dengan genre drama. 

Better kalau penulis Aseem Arrora letak banyak inspirational quotes ataupun dialog yang lebih bermain dengan emosi pada watak Duke ataupun Max. Sesuai lah dengan tema movie yang berkisarkan tentang harapan dan percaya pada diri sendiri. Watak Pooja pun tak menyerlah sangat padahal dia tunjang utama pada watak Dr. Duke. Patutnya dekat scene Pooja tinggalkan Dr. Duke boleh kembangkan lagi ataupun bagi peluang untuk watak Pooja justify tindakan dia dengan beberapa flashbacks yang terangkan personaliti atau karakter Dr. Duke. 

Untuk medical scenes I think passable la kot untuk tahun tu so I tutup mata je lah lagipun tak banyak sangat pun untuk dipertikaikan. Scene Dr. Duke gigit IV tube tu macam kelakar lah but at least he tried. Keadaan Roshan ataupun kakak dia, Roshni pun nampak sihat je padahal sakit kanser tahap kronik. Visual dari Sanita Radha cantik untuk semua lagu yang featured dalam movie di bawah terbitan Eros International ni. Chemistry Bobby Deol dengan Kangana pun nampak cantik walaupun tak banyak scene diorang berdua.

 

Awalnya movie ni guna tajuk Roshan (Cahaya) tapi diubah kepada Vaada Raha which suit better lah kot sebab janji Dr. Duke kepada Roshan adalah scene klimaks dalam movie ni. Tengok pada plot, skrip dan music album, no wonder lah movie ni tak boleh pergi jauh sangat masa release dekat cinema walaupun bawa cerita yang lain dari kebiasaan di Bollywood. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 5.7/10

Kalau tengok dalam drama Korea, lepas balik kerja ataupun pergi dating ada tempat untuk diorang main baseball atau softball. I said to my sister kan best kalau ada dekat sini. Stress balik kerja je pergi pukul bola. Baru la hilang geram kena hadap benda-benda yang menyakitkan hati dekat office macam orang yang tak mampu beza geram dengan makian sampai menangis mengadu sana-sini. 

Bila Izani bagitahu tangan dia lebam sebab main baseball dekat OU, rasa nak try jugak lah alang-alang semalam hujan lebat and kitorang pun malas nak balik meredah jem. Since batting cages ni dekat rooftop, ada certain area yang basah sebab terkena tempias but that's okay lah bukannya kitorang basah masa main pun. 

Rate harga nak main dekat batting cage ni agak mahal lah. RM40 untuk 15 minit dan RM75 untuk setengah jam. Alang-alang dah datang kan lebur lah RM40 untuk pengalaman selama 15 minit tu. Nasib baik dekat sini ada payment guna wave debit so tutup mata je lah masa letak kad tu. Ni kalau mak I baca entry ni confirm kena bebel hshshs

Dah settle payment dekat cashier counter, aunty tu suruh kitorang ambik topi dekat shelf tu then pergi ke batting cage number 6. Sebelum pergi tu dia bagi glove warna ungu then pesan pilih speed 40mp/h je je. By the way dekat batting cage ni ada dua jenis - softball ataupun baseball. Aunty tu kata softball senang sebab bola dia besar. 

Topi dia besar, masa main ada possibility untuk tercabut

Batting cage dia tak lah besar mana sebab dua orang je boleh masuk dalam satu masa. Dekat dalam cage tu ada satu bat dengan mesin untuk pilih speed berapa. Dekat hujung sana ada pakcik yang control semua bola sebelum dibaling oleh machine dengan speed yang player pilih. 


Dalam berpuluh bola yang dibaling tu ada la 10 bola dapat pukul itupun macam sotong je. Dulu masa sekolah pukul boleh pergi jauh tapi sekarang bila pukul I yang terpusing lebih. Nasib baik ada glove, kalau tak bat tu dah melayang pergi kepala pakcik tu. 




Masa main dekat sekolah dulu rasanya tak pakai glove so the grip lagi kemas tapi entahlah tak pasti kenapa hauk sangat main semalam. Mungkin sebab rabun, berlemak dan berkarat. Ada bola atas, middle dan bawah. Bola akandatang selari dengan tanda home plate tu. Semalam try jugak main sebelah kanan tapi macam lagi susah je. 


Tak tahu lah nak rasa apa bila dapat pukul bola sebab sakit kot bila bat hentam bola tu. Rasa lagi sakit daripada hayun kosong. Baru berapa minit main dah berpeluh macam nak gila. Tangan dah start lenguh macam angkat beras 10kg. Nasib baik ambik 15 minit je, kalau setengah jam, mungkin menjerit surrender dekat pakcik bola tu. 




All in all, we did have fun dekat It's a Hit! Batting Cages, One Utama ni. Tapi untuk datang main lagi dalam masa terdekat tu agak mustahil sebab tapak tangan kiri melecet, tapak tangan kanan pulak dah lebam. Tu belum kira keyakinan yang meluntur gara-gara tak dapat pukul banyak bola. Ada yang dapat pukul sebab nasib je pffttt. 


Dekat sini ada jugak game booths macam dekat fun fair. Baling bola boleh dapat hadiah. Beli 10 tiket RM5 lepastu baling la sampai kena. Kalau tak kena, melebur lah duit macam tu je. 


Lepas dah habis main and rest kejap dekat atas ambil angin petang lepas hujan, on the way nak keluar tu nampak dah makin ramai yang datang ke batting cage ni. Nasib baik masa kitorang main tak ada orang. Yang couple dekat batting cage hujung tu pun sampai masa dah hujung dah. Kalau tak, memang segan lah pukul tak kena. 

Next time bila tengok drama atau movie pasal baseball atau softball I akan tengok dengan rasa kagum. Pukul satu hal, nak lari complete satu padang lagi perrgghhh. Kalau Farhana remaja tengok Farhana dewasa confirm kecewa hshshs I'm sorry~~~

Rant on Seoul Garden, One Utama

Dah lama tak pergi ke Seoul Garden sebab PKP, so bila dah bertukar status PKPB ni memang laju je lah ke OU. Alang-alang dah cari barang, lunch je lah dekat sini. Tak sangka pulak ramai yang lunch dekat sini. 

Sebelum ni jarang dapat seat dekat luar tapi semalam penuh dengan orang sampai seat dekat luar pun tinggal beberapa meja je lagi yang kosong. Masa nak pilih sup tu agak kecewa lah sebab favorite soup, Milky Seafood dah tak available. Tinggal Tomyum, Kimchi ataupun Tomyum Kimchi. Dah tak syok dah masa tu sebab Milky Seafood ni takkan masin bila letak banyak seafood. Rasa dia pun just nice je bila makan dengan bihun ataupun maggi. 


Nasib baik lah ada favorite daging kitorang - Beef Coffee Marinated. Kalau yang ni takde memang dah lunch tempat lain. Daging ni paling sedap kalah mana-mana daging premium sebab manis kopi bila grill tu fuhhh cicah dalam sos korean garlic memang terangkat lah. Makan pulak dengan salad macam samgyupsal tu perggghhh 


Kalau sebelum ni boleh pilih sama ada nak set biasa ataupun premium, sekarang ni weekend memang kena ambil lunch premium set je dengan harga RM61. Mahal dan tak berbaloi actually sebab sup dapat 1, makanan goreng-goreng pun dah tak banyak. Kalau dulu ada dalam 6 atau 8 menu tapi sekarang tinggal 4 je. Sushi atau kimbap pun dah tak ada sekarang. 

Tak pasti lah kalau cawangan dekat OU je yang macam ni ataupun semua dah berubah. Mungkin ni first and last makan dekat Seoul Garden tahun ni. Kalau nak makan dekat sini kena ambil dinner la kot sebab ada ketam. Itupun entah ada entah tidak. Tak riki-riki pulak harga dia berapa. All in all, kecewa dengan Seoul Garden. Makin lama makin mahal dan makin tak best. 

Morning Coffee Di Mossarium Cafe

Semalam awal pagi dah keluar rumah sebab nak cari barang untuk deco rumah dengan kegunaan office so antara tempat yang nak pergi haruslah Kaison, Daiso, Mr. DIY dengan Parkson di One Utama. Bila pepagi dah keluar ni badan pun lemau lagi sebab Jumaat balik lambat dari office, ada banyak kerja tak settle. 

Dua kali kena pusing OU tu sebab terlepas simpang punya pasal, mata nak tak nak je bukak. Nasib baik lah tak banyak kereta, tak la teruk sangat jam. Dah dapat parking tu nak pergi ke Parkson tapi ternampak pulak cafe cantik ni. 


Sesuai dengan nama Mossarium, dalam cafe ni ada banyak sangat tanaman dan lumut yang dijaga dan dibesarkan dalam bekas kaca yang berbentuk cantik. Mossarium atau mossaria bermaksud bekas yang dipenuhi dengan lumut.





Cafe dia tak lah besar mana, boleh pilih sama ada nak duduk luar ataupun lepak dekat dalam. Of course lah pilih dekat dalam sebab udara dia fresh, sejuk, rasa tenang sangat dekat dalam ni. Dekat dalam ni boleh muat around 8 person je. 


Kalau duduk dekat kaunter boleh la tengok moss dekat dalam tu ataupun baca buku yang disediakan. 



Dekat dalam akuarium kecil ni ada banyaaaakkkkk jenis lumut yang selalu kita nampak macam Lumut Jawa, Pincushion Moss, Leptodicium, Lomariopsis linearus, Mood Moss, Baby Tooth Moss, Fontinalis, Spoon-Leaved Moss dan American Tree Moss. Mungkin ada banyak lagi jenis tapi tak tau nama hihu



Dalam ni pun ada udang hiasan dengan siput. Lama kot dok tengok diorang ni sebab comel. 



At first ingatkan ada yang artificial tapi memang semua hidup. Lembut je lumut dekat dalam bekas kaca ni. Some kind of theraphy pulak bila pegang lumut dan tumbuhan dekat sini. 


Handmade Coffee dekat sini murah je macam harga dekat Familt Mart tapi rasa dia macam Starbucks haa gitteww. Semalam pilih Iced Hazelnut Latte dengan Iced Green Tea Latte. 



Tapi yang tak bestnya tak ada pilihan saiz lah, semua cup saiz medium je. Dekat cafe ni ada juga kek yang famous macam cheesecake, red velvet ataupun chocolate tapi sebab pagi lagi so macam sebu je nak makan kek haha. 


Sebelum minum haruslah ambil gambar untuk Instagram sebab port sini yang paling cantik, lighting pun on point haha




Semalam masa upload dekat Twitter pun dah ada yang tanya dekat mana, so cafe ni dekat Level 3 dekat-dekat dengan entrance Parkson.