Rant on Seoul Garden, One Utama

Sunday 28 March 2021

Dah lama tak pergi ke Seoul Garden sebab PKP, so bila dah bertukar status PKPB ni memang laju je lah ke OU. Alang-alang dah cari barang, lunch je lah dekat sini. Tak sangka pulak ramai yang lunch dekat sini. 

Sebelum ni jarang dapat seat dekat luar tapi semalam penuh dengan orang sampai seat dekat luar pun tinggal beberapa meja je lagi yang kosong. Masa nak pilih sup tu agak kecewa lah sebab favorite soup, Milky Seafood dah tak available. Tinggal Tomyum, Kimchi ataupun Tomyum Kimchi. Dah tak syok dah masa tu sebab Milky Seafood ni takkan masin bila letak banyak seafood. Rasa dia pun just nice je bila makan dengan bihun ataupun maggi. 


Nasib baik lah ada favorite daging kitorang - Beef Coffee Marinated. Kalau yang ni takde memang dah lunch tempat lain. Daging ni paling sedap kalah mana-mana daging premium sebab manis kopi bila grill tu fuhhh cicah dalam sos korean garlic memang terangkat lah. Makan pulak dengan salad macam samgyupsal tu perggghhh 


Kalau sebelum ni boleh pilih sama ada nak set biasa ataupun premium, sekarang ni weekend memang kena ambil lunch premium set je dengan harga RM61. Mahal dan tak berbaloi actually sebab sup dapat 1, makanan goreng-goreng pun dah tak banyak. Kalau dulu ada dalam 6 atau 8 menu tapi sekarang tinggal 4 je. Sushi atau kimbap pun dah tak ada sekarang. 

Tak pasti lah kalau cawangan dekat OU je yang macam ni ataupun semua dah berubah. Mungkin ni first and last makan dekat Seoul Garden tahun ni. Kalau nak makan dekat sini kena ambil dinner la kot sebab ada ketam. Itupun entah ada entah tidak. Tak riki-riki pulak harga dia berapa. All in all, kecewa dengan Seoul Garden. Makin lama makin mahal dan makin tak best. 

2 comments

  1. Wahhh sedapnyaaaaaaa. Lama dah tak makan. Last makan haritu sekejap je boleh makan sebab dia set masa. Rasa rugi sebab boleh makan sekejap je tapi bayar mahal hehehe

    ReplyDelete
  2. lama tak makan kat seoul garden ni tapi harga dia memang makin lama makin mahal erk? rasa macam tak berbaloi pula kalau jenis orang yg makan tak banyak.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.