Drama Review | Aku Yang Kau Gelar Isteri (2021)

Tuesday 16 March 2021

Pengarah : Shuhaimi Lua

Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil

Pelakon : Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Adi Putra, Atiq Azman, Lana Nordin, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen, Puteri Ateeqah Ayu, Zaleha Abdul Kadir, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran

Syarikat Produksi : Tanah Beris Film Production

Penyiaran : TV3 (Slot Samarinda), Iqiyi

Genre : Seram / Drama

Jumlah Episod : 15 Episod

Tarikh Tayangan : 17 Februari 2021 – 15 Mac 2021

OST : Purnama - Naim Daniel / Semalam - Aina Abdul

Trailer :

Tertarik dengan konsep susuk yang diketengahkan dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua di mana watak Laila (Sharifah Sakinah) ikut jejak langkah mak saudara dia, Cik Embun (Lana Nordin) kerana sedih dipinggirkan gara-gara mukanya yang hodoh. Malah kebaikan dia juga dipergunakan untuk kepentingan Azlan (Adi Putra). 

'Kau kena sedar taraf perempuan macam kau ni takat pelepas nafsu je tau! Kau sedar lah sikit kau tu hodoh! Lelaki dekat luar tu tak hingin pun dekat kau!' - Azlan  

Geram ditikam belakang oleh sahabat baik dia sendiri, Raihani (Nadia Brian) bila berkahwin dengan Azlan, Laila berpindah keluar setelah kematian ibu dia. Laila datang kembali 10 tahun kemudiannya untuk balas dendam. Penampilan dia berubah sepenuhnya, wajahnya juga makin cantik setelah hidup bersama Cik Embun dan selepas bercerai dengan Hadi (Ariff Amran). 

Walaupun dah rampas kekayaan milik bekas suami dia dengan ilmu hitam, dia tak pernah puas dan tenang bila tengok Hadi dan Sarah (Puteri Ateeqah Ayu) bahagia. Plan untuk buat Azlan tunduk pun berjaya tapi Cik Embun dah pesan supaya jangan mengandung dan jaga pantang larang. Kalau dia langgar, buruk padahnya. 

Raihani yang diganggu tanpa henti oleh saka Laila dijaga oleh Pian (Atiq Azman) sehinggakan menjadi buah mulut orang kampung gara-gara Pak Leh (Rosli Rahman Adam). Selepas Rai diceraikan, Naim (Zaki Azeman) pujuk ibu dia (Kuza) untuk kahwinkan saja Pian dengan Rai untuk jaga aib keluarga. 

Penceritaan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri pada episod-episod awal nampak menarik sangat dengan kisah duka dari watak Laila sampaikan dia berubah menjadi hati batu dan memuja syaitan untuk dapat apa yang dia nak. Lakonan Sharifah Sakinah mantap macam biasa tapi bila dah masuk dekat bahagian tengah drama dah mula nampak longgar dah. Susah la kalau semuanya nak digalas oleh seorang pelakon sahaja sedangkan yang lain lemah kan? Watak Pian pun bagus juga tapi screentime dia tak panjang dan tak dikembangkan dengan bagus. Sekadar menjadi safe net untuk Rai. 

Scene seram menjadi sangat dengan gangguan saka, ilmu hitam yang dihantar kepada beberapa watak cuma scene dirasuk tu je lah macam over sangat mata tu merah menyala. Gerun tengok scene Laila rejam Rais (Ummar Dzariff) dalam kolam renang. Suka tengok rumah Laila sebab gabungan kayu jati dan konsep rumah dalam taman. Wardrobe Laila dengan Cik Embun pun cantik, sesuai dengan karakter mereka berdua yang elegan dan strong. 

Dekat hujung drama memang banyak kali kasihankan nasib hidup Pian. Dah lah difitnah kacau isteri orang sedangkan Azlan sendiri yang suruh jaga kemudiannya dipaksa berkahwin padahal ada peluang pergi sambung diploma lepas dapat result 10A SPM. Rugi sangat lah kena kahwin dengan Rai yang ambil kesempatan. Bila susah datang cari Pian lepastu bagi harapan palsu. Bila dah sihat, menggelupur cari Azlan. Dah la disebabkan dia Azlan dengan Pian tak dapat sambung belajar. Betul la cakap Mak Lang (Aznah Hamid), Rai ni pemusnah kehidupan orang lain. 

Beberapa dialog dalam drama ni nampak tak relevan sangat macam Azlan yang beria nak ke KL sebab nak gaji besar. Katanya gaji 2000 lebih hasil bekerja dekat kebun Pak Leh tu tak cukup. Dah la kelulusan SPM je, tak ada skills apa pun tapi berangan nak dapat gaji besar dekat KL. Sewa bilik pun mahal dekat KL ni. 

Facepalm tengok episod-episod hujung drama ni sebab semua watak nak salahkan Laila padahal sendiri yang cari penyakit. Laila tak pernah paksa pun Rai dengan Pian berkahwin, dia tak pernah tahu pun kewujudan Pian atau Naim. Yang Naim beria nak marahkan Laila sebab isteri dia, Rose (Jasper Supayah) tergedik nak rapat dengan Laila. Yang Rai pula nak salahkan Laila sebab terpaksa kahwin dengan Pian padahal dia yang terima pinangan tu. Saka Laila pun tak ada kena-mengena dalam hal ni. Masing-masing taknak bertanggungjawab atas kesilapan sendiri tapi tuding jari dekat orang lain. Acah suci!

Merepek tengok ramai watak sampingan beria nak selamatkan Laila padahal diorang boleh selamatkan diri sendiri. Tak logik langsung watak orang gaji dia kesian dengan Laila dan harap Laila boleh berubah. Ada scene Cik Embun cakap Laila dengan Azlan tak boleh dipisahkan walaupun kematian sebab sihir tu dah sebati dengan darah tapi elok je boleh berpisah. Apooooo!

Dekat awal drama pelik bila Cik Embun kata susuk ni ada saka dan dia dapat dari mak dia tapi dekat hujung cerita elok pulak watak tu mati sedangkan orang bela dan puja saka ni azabnya lah masa nak mati. Drama ni patutnya dibikin sebanyak 10 episod atau lebih pendek sebab dekat hujung tu dah mula draggy dengan unnecessary scenes. Paling menyampah bila tengok scene Rai menangis. Cringe tengok flashback hari perkahwinan dia dengan Azlan bila suami dia sayang dia sebab muka dia cantik. Tak perlu nak sedih sangat kot kalau Azlan berubah hati dekat Laila. Hidup ni macam roda, hari ni kau dekat atas, esok lusa jatuh la. 

Sebelum ni ada baca yang pengarah kecewa skrip dia ditukar dari kisah seram kepada drama air mata. Simpati jugak lah bab tu sebab boleh nampak alur cerita dari bagus bertukar murung. Apapun kalau ada season 2, harapnya watak Azlan mati sebab muntah darah teruk sangat. Dah la tak sempat nak tengok Azlan cium tapak kaki Laila. Grr! 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.6/10

8 comments

  1. sakit hati dengan semua watak dalam drama ni terus malas nak tengok sampai habis..haha

    ReplyDelete
  2. abe kie tgok last episode je. mcm x logik pompuan buleh gali kubur sorang2 pd waktu tgh mlm!

    ReplyDelete
  3. setuju sangat..patut sampai 10 episode dah cukup

    banyak sangat plot filler

    ReplyDelete
  4. Memang tak tengok langsung drama ni huhu :)

    ReplyDelete
  5. i skipped baca your review sbb i nak marathon hehehe ... tkot spoiler

    ReplyDelete
  6. akak da tgk. kat iqiyi.
    semua salah azlan tu!!!
    krn dia, ramai org lain seksa :(
    geram sgt!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.