Tropical Mango Croffle KFry KLCC Sooooo Worth It!

Tuesday 30 May 2023


Nak spend voucher KLCC dekat Chinoz in the park sebab ada bruschetta salmon tapi dah tutup pula. Pening tak tahu nak makan apa jadi scroll lah restoran yang available untuk guna voucher. Pelik bila nampak KFry sebab tak pernah tahu ada cawangan dekat sini juga. 

Bila tanya staff KLCC dekat kaunter pertanyaan tu baru tahu KFry tersorok nun jauh di hujung sana. No wonder lah tak pernah nampak. Disebabkan kitorang datang awal, baru jejak kaki dah dapat seat dekat dalam. Kalau dekat OU memang bercinta lah walaupun datang sebelum sign close bertukar open. 

Memandangkan dah bosan makan menu yang sama, kitorang try lah makan menu lain pulak dekat KFry ni. Lagi satu sebab, bumbuk menu special tu dah naik harga ye. I rasa macam nak goreng ayam sendiri lepastu balut dengan cheese. 

Belek menu dia ada beberapa menu baru, macam tahu-tahu je kan? So kitorang pilih HAMBURG STEAK RICE, BULGOGI TATER TOTS, TROPICAL MANGO CROFFLE, PEACH MOJITO ADE, STRAWBERRY MOJITO ADE, SEAFOOD K’SPICY NOODLE.


Seafood Ramyeon tu entah lah kenapa sesat masuk sekali padahal setiap kali pergi KFry mesti order. I tak nak makan ramyeon sebab hari sebelumnya dah makan ramyeon dah. Hari-hari makan ramyeon, kembang jugak tekak. 

Kecewa sebenarnya tengok Hamburg Steak Rice yang sampai tak sama dengan yang dalam menu sebab I happy tengok ada mash potato tapi yang datang ubi kentang sebiji macam tu. Tekstur tak sama walaupun bahan yang sama jadi pengalaman makan pun berbeza lah. I do not recommend this menu sebab tak ada apa yang special pun. Makan nasi dengan daging burger dan kentang. Kuah dia okay lah tapi sebab minyak dari butter tu jadi kembang tekak nak habiskan. 

Sudahnya I makan seafood ramyeon sebab nak bersihkan minyak yang melekat dekat tekak hshshs. 


Menu Tater Tots ni dah lama pun wujud dekat KFry tapi kitorang baru nak cuba sebab kalau makan bumbuk, perut confirm dah tak banyak ruang untuk sumbat menu lain. Tater tots ni selalunya orang buat side dish tapi kitorang buat appetizer lah sebab dia sampai dulu. Tapi memang kena makan awal pun sebab bahagian atas dah penuh dengan mayonis, bawang, daun bawang dan bulgogi. 


Tater Tots ni kentang yang diparut lepastu dibentuk silinder kecil ataupun bebola kemudian digoreng dalam minyak panas sampai warna dia keemasan. Bila makan boleh terasa rangup lapisan luar kentang tu. Makan pulak dengan daging perap yang lembut dan manis tu. Kurangnya bila dia tak pedas so kitorang mintak sos cili tapi still tak syok lah. I rasa lagi sedap kalau daging tu perapan dia pedas. 

Menu ni tak habis makan so kitorang tapau bahagian yang tak kena mayonis. Malam tu makan pun masih sedap lagi lepas reheat dalam air fryer. 


Lepas dah habis makan semua menu tu, baru kitorang request untuk prepare Tropical Mango Croffle. Antara menu baru dekat KFry sebab sekarang Malaysian tengah hype dengan croffle (croissant + waffle). Ada 6 jenis croffle dekat KFry - Tropical Mango, Salted Caramel Biscoff, Chocolate Ganache, Cheese Honey, Very Berry dan Classic. Kalau tak silap ada juga Milo Croffle tapi tak sure lah yang tu menu bermusim ataupun akan kekal ada. 

I pilih Tropical Mango sebab yang ni ada buah. Very Berry pun ada tapi I tak rasa nak makan strawberry sebab kitorang dah order Strawberry Mojito Ade. Dekat croffle tu ada sirap mangga dan kekacang untuk rasa rangup dan manis. I prefer kalau croffle tu dimasak lebih rangup tapi okay je yang ni pun. Tak suka tang whipping cream tu je sebab I tak suka cream. Mangga dia manis, pandai KFry cari buah untuk menu ni. 


For drinks, both are worth to try. Kalau kena pilih antara Strawberry Mojito Ade ataupun Peach Mojito Ade, I pilih peach sebab wangi buah pic. Rasa strawberry tu tak padu sangat bila dibikin mojito ade. Bila makan buah pic dekat dalam tu I rasa buah pic ni sedap buat air je lah daripada dimakan. Anyway, I had a great day here. Thanks to Brian for your hospitality :)

POLIS EVO 3 RAIH RM16 JUTA PADA HARI KE 4 TAYANGAN RASMI: PECAH REKOD MAT KILAU

Monday 29 May 2023

Selepas 4 hari tayangan rasmi dan tayangan awal (sneak preview) di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, Polis Evo 3 berjaya mengaut kutipan RM16 juta, sekali gus menjadikan filem arahan Syafiq Yusof ini sebagai filem dengan kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, termasuk mengatasi filem Mat Kilau. 

Untuk rekod, Mat Kilau berjaya memungut RM12.2 juta selepas 4 hari tayangan. Ini membuktikan filem tempatan masih mendapat sokongan daripada peminat dan menginginkan filem yang berkualiti.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah atas kejayaan luar biasa ini dan ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. Jutaan terima kasih kepada semua. Sokongan padu anda menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan  melangkah setanding naskhah luar negara. Terima kasih kepada rakan penerbit Skop Productions, TGV Pictures, rakan-rakan media serta pihak pawagam yang banyak membantu melakar kejayaan Polis Evo 3.”

“Memandangkan cuti sekolah telah tiba, kami mengharapkan lebih ramai penonton dapat datang menyaksikan filem aksi komedi ini bersama seisi keluarga kerana filem ini memang sesuai untuk hiburan sekeluarga.”

“Hujung minggu lalu kami telah memulakan sesi jelajah di Pantai Timur dan kehadiran kami di sana telah disambut dengan meriah oleh ribuan penonton serta peminat. Ada dalam kalangan penonton yang sanggup datang dari jauh seperti Kota Bahru semata-mata untuk menyaksikan filem ini di pawagam. Nantikan kunjungan kami bersama barisan pelakon Polis Evo 3 di Utara pada hujung minggu ini pula. 

Road tour Polis Evo 3 di Kuala Terengganu

Road tour Polis Evo 3 di Kuantan

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya pada 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

Makan Tengahari Di Nan & Co. Ara Damansara, Tak Nak Repeat Dah

Saturday 27 May 2023


Lepas viral dekat Tik Tok kitorang pun nak jugak merasa masakan chef hotel yang terletak 5 minit saja dari kawasan office. Shaz dah pernah pergi sebelum ni jadi kitorang dah tahu masakan dia sedap. Awalnya nak pergi bulan Syawal tapi disebabkan semua tengah sibuk dengan puasa 6 lepastu open house sini sana terpaksa lah tangguh hajat tu. 

Rabu lepas baru dapat pergi makan dekat Nan & Co. Actually kitorang dah pernah try untuk buat reservation supaya tak perlu berebut tempat atau beratur lama. Datang je terus dapat makan tapi owner kata dia tak ada reservation slot dengan penutup kata 'tak minta untuk viral'. 

Sebab tu Husna dengan Sheera keluar awal untuk beratur dan order dulu, 10 minit sebelum yang lain keluar makan. Kitorang dapat tempat dekat luar, bawah pokok. It's fine by us sebab nama pun makan western dekat warung kan. Hadap je lah. 


Walaupun datang awal, setengah jam juga lah tunggu untuk semua makanan sampai. Sempat lah beli karipap dekat aunty menjual tepi simpang jalan tu untuk alas perut. Air pulak tak ada sebab habis stok. So kitorang memang pergi Nan & Co. untuk makan semata. Stress tapi tak apa, tak cuba tak tahu. 



Chicken Chop Spaghetti
Seafood Aglio Olio

Beef Carbonara

Semua makanan okay je lah sebab nama pun ikut tekak masing-masing kan, but we can say spaghetti dia tak lah masak elok mungkin sebab dia kejar masa memandangkan ramai beratur. Beef carbonara sedap sebab daging lembut dan serap rasa kuah yang creamy. 

Seafood Aglio Olio pun not bad sebab seafood dia guna fresh walaupun harga murah cuma yang tak syoknya, Seafood Aglio Olio Husna tak dapat bahan yang sama dengan I. Sebab nak cepat agaknya, I dapat 6 potongan sotong sementara Husna dapat 1. Okay lah sebab kitorang duduk sebelah sebelah tapi kalau I jenis tak suka berkongsi macam mana? Kalau kata dia masak menu yang sama dalam waktu yang sama tapi kumpulan pelanggan yang berbeza macam mana? 

Chicken Chop Spaghetti set tu okay lah tapi banyak sangat minyak sampai kembang tekak. Sama juga dengan makanan Shaz, Alfredo Pasta dia yang sampai lepas satu jam menunggu tu penuh dengan minyak. Tak menarik di mata, tak sedap juga di tekak. Nak minta tapau sebab order sampai lambat pun jenuh request. 

Mungkin makanan okay je lah kalau pada waktu biasa tapi untuk kitorang, Nan & Co is a no no. Bak kata Ain, tak semua chef hotel masak sedap pun tapi tu lah, yang masak pun bukan chef hotel tu tapi pekerja dia. 

KUTIPAN HARI PERTAMA POLIS EVO 3 MELEBIHI FAST X DUA KALI GANDA

Friday 26 May 2023


KUTIPAN HARI PERTAMA POLIS EVO 3 MELEBIHI FAST X DUA KALI GANDA | Polis Evo 3 Raih RM3.4 Juta Secara Keseluruhan Setakat Ini


Filem Polis Evo 3 yang mempamerkan aksi komedi tanpa henti terus cemerlang pada hari pembukaan tayangan rasminya semalam dengan kutipan keseluruhan RM3.4 juta, termasuk tayangan awal. 

Polis Evo 3 berjaya mengetepikan filem antarabangsa, FAST X dengan kutipan melebihi 2 kali ganda pada Khamis 25 Mei, sekali gus mendominasi carta kutipan pawagam. 

Bukan itu sahaja, Polis Evo 3 terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures, turut tular di media sosial pada hari tayangan rasminya semalam dan rata-rata penonton berkongsi reaksi positif. 

A picture containing text, font, screenshotDescription automatically generated
A screenshot of a social media postDescription automatically generated with medium confidence
A screenshot of a social media postDescription automatically generated with low confidence
A screenshot of a social media postDescription automatically generated
Polis Evo trending di hari pertama tayangan rasmi

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Syukur alhamdulillah, sokongan penonton terhadap Polis Evo 3 amat luar biasa. Kami rasa amat berbesar hati apabila penonton memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan dan di kesempatan ini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyaksikan Polis Evo 3 di pawagam. Momentum positif ini membuktikan penonton kita masih meletakkan kepercayaan pada karya tempatan. Kami harap penonton akan berpuas hati serta terhibur selepas menyaksikan Polis Evo 3. Kejayaan filem tempatan mengatasi kutipan filem antarabangsa ini juga selaras dengan tagline Polis Evo 3 iaitu ‘Kita Lagi Kuat Boh’.”

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta. 

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 bermula hari ini 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.