Movie Review | Jakarta vs Everybody (2020)

Tuesday 23 May 2023


Pengarah: Ertanto Robby Soediskam
Penulis Skrip: Ertanto Robby Soediskam
Pelakon : Jefri Nichol, Wulan Guritno, Ganindra Bimo, Jajang C Noer, Dea Panendra
Syarikat Produksi: Pratama Pradana Picture
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 26 November 2020 (Estonia), 19 Maret 2022 (Bioskop Online), 11 Mei 2023 (Netflix)
Trailer :


Mengisahkan tentang Dom (Jefri Nichol) yang ingin menjadi pelakon tetapi jalannya tidak semudah yang disangka. Diambil bekerja sebagai pelakon ekstra tapi bayaran tidak setimpal dengan kesakitan yang ditanggung. Datang ujibakat pula diambil kesempatan. 

Sehingga lah dia bertemu dengan Radit (Ganindra Bimo) dan Pinkan (Wulan Guritno) di sebuah mini market kemudiannya tinggal berdekatan dan bekerja sebagai drug dealer. Radit tahu Dom mampu melakukan kerja tersebut kerana bakat lakonan dan intuisi yang ada pada Dom. Pekerjaan ni berisiko tinggi sebab mudah sangat tertangkap oleh polis. 


“Lu bilang lu aktor, ‘kan? Gua butuh keaktoran lu di sini.” - Radit

Kerana pekerjaan tersebut juga Dom berjumpa dengan Khansa lalu berkencan. Baik Radit, Pinkan mahupun Khansa (Dea Panendra), kesemua watak ini membentuk perjalanan hidup Dom secara langsung atau tidak langsung. 
Jarang dapat tengok sisi gelap kehidupan kota Jakarta yang penuh dengan pekerjaan yang tak akan disebut oleh mana-mana individu. Bukan saja kerana haram dari segi undang-undang malah tak akan menjamin masa depan yang terjamin. Seperti Khansa, bekerja sebagai jurusolek mayat di rumah mayat.
 

"Kita gak boleh capek sama hidup, dalam hidup gausah bagus-bagus amat, bisa gila!"

Seperti India, Indonesia juga mempunyai masalah populasi yang ramai sehingga menyebabkan peluang pekerjaan yang terhad. Kerana peluang pekerjaan yang terhad, pendapatan juga terhad jadi wujud lah jenayah dan masalah sosial. Tapi kalau nak diikutkan negara kita juga mempunyai masalah yang sama sebab ketidakseimbangan penduduk. Ramai nak pergi ke ibu kota sebab ada jaminan pekerjaan dan kawasan luar bandar dibiarkan sendu. Walhal kalau kedua-duanya dibangunkan dengan seimbang, akan berkurang banyak masalah yang kita hadap sekarang. 

Filem Jakarta vs Everybody juga mengangkat masalah jenayah yang tak cuma terhad mengikut kelas sosial. Watak Dom bukan hanya menjual kepada golongan kelas bawahan malah kepada bos besar dalam sebuah perusahaan. Kalau tengok luaran, dia memiliki segalanya, kaya, cantik dan bijak tapi dia juga terjebak dengan masalah dadah. 


Jalan cerita Jakarta vs everybody yang dikarang dan diolah oleh Ertanto Robby Soediskam lebih terarah pada watak Dom yang mempunyai mimpi dalam dunia hiburan. Kenapa Dom datang ke Jakarta tidak pula diceritakan, mungkin kerana Chicco Jerikho kerana itu adalah idolanya. Watak Dom diekspresikan dengan cemerlang oleh Jefri Nichol melalui gaya badan dan ekspresinya. Boleh nampak walaupun dia pilih jalan untuk menjadi penghantar dadah tapi dia ada prinsipnya tersendiri. 

Watak Radit antara watak yang penting dalam hidup Dom sebab banyak benda dia belajar dari Radit. Semua tips yang diajar oleh Radit, Dom pegang sampai lah dia keluar dari dunia tersebut. Kelakar masa Radit cakap jangan kurangkan jumlah timbangan dadah sebab nanti timbangan dekat akhirat pun berkurang juga. 


‘Emang kamu percaya mimpi? Ibarat nyabu, mimpi itu cuma kaya asapnya doang, kalo lo bakarnya benar ya asapnya banyak, jadinya indah kaya mimpi-mimpi lo. Tapi kalo bakarnya lagi gak benar ya pahit aja rasanya. Hidup itu bukan tentang mimpi, tapi perjalaan ke suatu titik. Kita semua ini sebenarnya terjebak oleh konsep realita, konsep waktu, gak bisa maju ke depan, gak bisa mundur ke belakang, jadi hadapin aja semua yang ada di depan lo.’ - Radit

Kalau ikutkan watak Radit boleh dikembangkan dengan lebih banyak lagi sebab watak dia mampu bertahan lama di jalan tu. Tapi ruang untuk dia terhad sebab penulis masukkan love angle antara Pinkan dengan Dom padahal tak perlu pun. Boleh kata watak Dom terlampau enak di jalan tu, ada Khansa, ada Pinkan, ada juga duit yang dicari. 


Sinematografi Akhmad Khomaini jelas memaparkan sisi gelap Jakarta jadi tak boleh nak expect filem ni akan tampak cantik lah. Kawasan tempat tinggal Dom, Pinkan dengan Radit pun dah tak selera nak tengok. Sama juga dengan bilik berapa petak persegi kepunyaan Khansa tu. 

Pace penceritaan Jakarta vs Everybody dibikin perlahan mungkin sebab drama walhal boleh saja dibikin laju. Sayangnya filem ini terlampau banyak adegan seksual sampaikan penceritaanya tersasar dari tujuan asal. Nak juga tengok macam mana Dom guna kelebihan yang dia ada bila berdepan dengan polis macam watak Jerry yang guna muka suci dia untuk terlepas dari syak wasangka pihak polis dalam filem Good Luck Jerry (2022). 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.