Luangkan Masa di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur

Monday 8 May 2023


Cuti Hari Wesak haritu pergi jejakkan kaki di Balai Seni Negara buat pertama kalinya semua gara-gara Hallyu Korean Wave Exhibition yang viral dekat TikTok. Balai Seni Negara ni terletak bersebelahan Istana Budaya dan berhadapan dengan Pusat Darah Negara. Senang sangat nak jumpa sebab betul-betul tepi jalan utama. 

Di bahagian luar pun dah ada beberapa arca seni sebagai tarikan pengunjung. Ada juga beberapa booth seni tapi masa tu tak buka pun. 



Disebabkan kitorang datang dengan tren MRT laluan Putrajaya, berjalan kaki lah dari Istana Budaya jadi masuk ikut pintu belakang. Dekat kawasan belakang boleh nampak Hospital Seni. Tak pasti boleh masuk ke tak sebab tinted. Menarik dengan nama dia sebab karya seni pun ada hospitalnya tersendiri untuk pulihkan kembali artifak atau karya seni yang rosak. 

Tengok dekat Gogle, Balai Seni Negara ni baru saja dibuka bermula bulan Mei 2023 untuk orang awam lepas ditutup sementara untuk renovasi. Ada banyak exhibitions untuk pengunjung bermula Mei 2023 sebagai tarikan, rujukan dan aktiviti jual beli. Sekarang tengah rancak dengan NFT, seni digital jadi Balai Seni Negara pun ada juga inisiatif ke arah tu. 


Dekat Balai Seni Negara pun boleh buat menyewa untuk karya seni tapi charges tu tak pasti lah berapa sebab belum umum secara rasmi pun. Dekat kawasan pintu utama boleh nampak senarai exhibitions yang berlangsung di Balai Seni Negara. Sebelum masuk kena daftar sebagai pelawat. Kalau datang secara berkumpulan boleh wakilkan seorang sahaja untuk mendaftar dan bayaran masuk adalah percuma. 

Exhibition pertama yang kitorang pergi ialah Hallyu Korean Wave Exhibition sebab tu tujuan utama datang ke sini. Nak baca pasal tu boleh baca dekat SINI. 

Dia yang suruh ambik gambar cenggitu




Selain exhibitions, bangunan Balai Seni Negara ni sendiri berseni dan cantik untuk jadi port untuk bergambar.Untuk phone cikai macam I punya kena pandai cari lighting and few spots boleh hasilkan gambar yang berkenan di hati. Kalau iPHONE, di mana-mana pun boleh *cry in Huawei*

Tak ada had masa untuk mana-mana exhibition, ikut suka lah nak masuk berapa lama pun sebab karya seni ni lain orang lain cara dia hadam. Lepas Hallyu Korean Wave Exhibition tu kitorang pergi jenguk exhibition NUSA pula sebab exhibition ni adalah pameran tetap yang memaparkan sebanyak 400 karya koleksi pilihan Khazanah Negara. 

Tak pasti kitorang masuk pameran yang mana satu sebab dekat sini kesemua lukisan menggunakan pensil atau pensil warna 2B jadi lukisan dia halus je. Ada juga yang guna watercolour tapi tak lah pekat sangat. 







Bumi Yang Bahagia Lombong Bijih Malaya
'Apa yang bahagia dengan lombong bijih timah? Lukisan dia tak nampak bahagia pun?'
'Bijih timah equals to money. Money equals to happiness.'


Like I said earlier tak semua mampu pandang karya seni dengan cara yang sama. Macam I tengah hadam apa yang dimaksudkan oleh pelukis sebab tajuk lukisan dia 'Ombak Besar' tapi lukisan dia ombak beralun kecil je. Bahasa kiasan? Should I look deeper than that? Next time, maybe. 


Masa kitorang pergi ni ada lukisan yang belum siap dilukis pun lagi. Kalau pelukis dia tak datang sambung lukisan, ingat lukisan tu dah siap sebab cantik je tengok. Seronok juga la dapat pengalaman tengok pelukis buat kerja walaupun dia nak warna satu bahagian kecil tu dah tertonggeng sana sini. 

Habis melawat pameran NUSA tu kitorang balik sebab I dah lapar. Tapi bila turun bawah nampak pula pameran awan dekat ruangan lobi. Nak abaikan je sebab nanti nak datang lagi tapi kalau dah tak ada dah nanti macam mana? Singgah lah kejap bergambar. Kekdahnya sekejap ke? 







Awan ni cantik in real life tapi tak boleh pegang so boleh tengok macam tu je lah bila nak bergambar. Nak masuk ke ruangan tu pun kena buka kasut. Disebabkan pameran awan ni tak banyak, jadi 100 je lah gambar kitorang dekat sini. Kalau upload semua dekat sini, ada yang muntah karang. 

Semalam ada nampak video TikTok penjual bunga dekat area Balai Seni Negara. Bunga dah lah jenis aesthetic, kenapa la tak buka booth masa Hari Wesak tu? Kalau tak dah melenggang nyanyi lagu Gadis dan Bunga. 

Anyway I had fun spending time in Balai Seni Negara. Just like I said, lepas ni akan datang lagi sebab nak masuk jenguk Hospital Seni dan pameran lain. Staff dekat sini ramah dan baik belaka so don't be afraid to ask them anything related. Dekat sini tak pasti ada cafe dengan surau ke tak. Tandas dia pun tak masuk jadi tak tahu level bersih atau cantik tahap mana. Masa pergi haritu pun makan dekat belakang Istana Budaya since boss kecik bagitahu dia selalu lepak situ kalau ada meeting dekat area Jalan Tun Razak. 

3 comments

  1. wah bestnya..pernah pegi sekali dulu...dulu ..dulu sgt..

    ReplyDelete
  2. nice boleh buat video Wes anderson dalam tu. cantik

    ReplyDelete
  3. beribu kali lali beribu kali dok niat sudahnya smpi laa ni x sggh2 lg BSN ni... adehhh pd hal IB kat sblh tu byk kali dah msk😂

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.